Ahad, 22 Julai 2012

APA KITA BUAT TAK MENJADI...SEBAB RAKYAT LIHAT PERIBADI DAN AMALAN2 HARIAN... JUGA TAKWA ATAU TAK...RAKYAT FIKIR ITU HAK MEREKA...WANG RAKYAT...SEPATUT DIBERI SEJAK DULU2 LAGI...BUKAN SETELAH PEMBANGKANG KUAT DAN DAPAT TEMPAT DIHATI RAKYAT....

Berikan statistik jenayah sebenar, jangan sembunyi fakta
Posted on Saturday, July 21 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh RoketkiniKUALA LUMPUR, 20 JULAI: Orang ramai bimbang dan keliru dengan sikap pihak berkuasa yang didakwa masih menyembunyikan statistik sebenar tentang jenayah yang berlaku di negara.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, apabila pihak polis hanya memberikan statistik yang menyenangkan hati orang ramai, rakyat yang menyedari tentang jenayah yang sedang berlaku, sukar mempercayai statistik yang diberikan oleh polis, PEMANDU dan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya percaya ada menteri yang terlibat untuk memastikan statistik yang tepat tidak dikeluarkan, terutamanya selepas Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) diwujudkan pada tahun 2009.
“Jangan beri statistik yang menyenangkan hati orang ramai tapi tidak beritahu statistik yang sebenar,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Pua, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa ‘persepsi’ rakyat mengenai keselamatan lebih penting daripada kejadian jenayah yang sedia ada.
Justeru, beliau meminta Kementerian Dalam Negeri lebih telus ketika mengeluarkan statistik kadar jenayah serta membuat perubahan yang drastik agar dapat mengubah persepsi dan keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka.
“Sehingga hari ini saya masih belum menerima apa-apa jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai statistik jenis jenayah dan mengikut pecahan daerah yang telah diminta semasa sesi Parlimen yang lepas,” katanya.
Pua menyarankan PDRM agar mencontohi sikap profesional polis di United Kingdom dengan mengemaskinikan statistik di setiap kawasan agar orang ramai dapat berjaga-jaga semasa berada di tempat berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, untuk mencapai ke tahap sepertimana yang dilakukan oleh polis di United Kingdom, polis Malaysia perlu menyiarkan semua data statistik jenayah yang berlaku sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Tambah beliau, statistik sedemikian perlu menyertakan kategori mengikut jenis jenayah, bulan serta daerah yang juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang kerajaan. – Roketkini.com


 USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara
Posted on Sunday, July 22 @ 00:17:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: irama

"Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara. Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.

Pengaliran Wang Haram: Siasat Penglibatan Golongan Politik
SHAH ALAM 21 JULAI: Senator, Dr Syed Husin Ali menggesa kerajaan menjelaskan isu-isu menyentuh penglibatan individu kaya yang menyembunyikan kekayaan dari hasil kegiatan haram dengan memindahkan wang ke luar negara secara haram.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Dewan Negara baru-baru ini.
Katanya, aliran keluar wang haram yang semakin melonjak itu, antara lain disebabkan kebimbangan pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut kehilangan kuasa dan pengaruh.
Beliau turut memberitahu Malaysia menduduki tempat ke lima tertinggi pengaliran wang haram ke luar negara.
“Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi,” katanya.
Selain itu laporan yang dinyatakan Syed itu turut menyebut sejumlah USD291 billion wang haram mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2000 hingga 2008.
Dalam laporan yang sama turut menyebut angka tersebut mencecah antara USD337 billion atau lebih USD1 trilion pada 2009.
Jelasnya kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.
Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara.
“Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.
“Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut,” katanya lagi.
Dari http://www.selangorku.com/?p=11639
------------------------------------------------------------------------------------
Apa itu Illicit Fund (Wang Haram)?
Illicit fund (aliran wang haram) terjadi disebabkan bebarapa faktor. Antaranya:
  • gejala rasuah yang berleluasa
  • pengubahan wang haram
  • urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Kerajaan sepatutnya tidak memandang entang akan hal ini terutamanya apabila hutang Malaysia tahun ini mencecah RM456.1 bilion!
Jika “jerung-jerung” yang selama inibebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wnag rakyat dapat diselalamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.
Aliran wang haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara.

 Dokumen Belanjawan Pakatan Rakyat 2012
Posted on Saturday, July 21 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Pakatan RakyatBehind the façade of the massive, imposing infrastructure projects favoured by the Barisan Nasional government is a much more modest Malaysia. Hundreds of billions have been spent on showcase projects and master plans, but:

 40% of Malaysians still live in households earning an average RM1,500 per month1. More than ¾ of these households - 77% - are Bumiputera2;

 More than 1/3rd - 35% - of household heads work in the informal sector in jobs such as small traders, hawkers, smallholders and taxi drivers.

Dokumen lengkap Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012

(klik di atas untuk muat-turun dokumen, baca & sebar kepada semua) 


 ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais
Posted on Saturday, July 21 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Lim Hong Siang

Mungkin ramai yang terhibur dengan gelagat Hishamuddin Rais yang sentiasa berjenaka, atau dengan sinis memperlekehkan pemerintah, meskipun dirinya pernah diseksa di bawah pemerintahan regim ini. Justeru itu, ramai yang terkejut apabila aktivis yang sering tampil sebagai "pelawak" ini, menangis dalam mahkamah ketika diminta mengisahkan kesan penahanan yang tidak sah itu terhadap dirinya.



Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis.

"Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais.

Seksaan fizikal dan mental

Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi.

Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengisahkan apa yang terjadi pada dirinya selepas mendengar pengalaman isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman, dan diajukan soalan dari bawah pentas. Hishamuddin Rais mendakwa dirinya menolak lawatan keluarga ketika ditahan, dan beliau hanya bertemu dengan ahli keluarganya setahun sekali sama ada pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Beliau tidak mahu orang tuanya datang jauh dari Jelebu ke Kamunting, hanya untuk pertemuan yang singkat.

Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya.

Hishamuddin Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian, kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat. Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan.

Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa.

Seksaan terhadap keluarga tahanan

Sesungguhnya, seksaan ISA tidak terhad kepada tahanan sahaja, tetapi juga ahli keluarga tahanan. Seorang bekas tahanan yang hadir dalam forum semalam, mengisahkan pengalaman pertemuan dengan anaknya yang berusia dua tahun ketika dirinya ditahan. Pada pertemuan kali pertama, beliau dibenarkan bersemuka dengan anaknya, namun pertemuan seterusnya mereka diasingkan dengan kaca. Dalam pertemuan terakhir, sungguhpun mereka dibenarkan bersemuka tanpa kaca, namun anaknya memegang-megang bagaikan ada kaca di antara mereka, katanya sambil menahan sebak.

Norlaila Othman, isteri bekas tahanan ISA, Mat Sah, juga berkongsi pengalamannya bagaimana suaminya ditangkap dan kemudian ditahan untuk lebih tujuh tahun. Pada mulanya, Norlaila diberi satu nombor telefon palsu, kononnya beliau boleh hubungi nombor tersebut untuk mendapat tahu keadaan suaminya. Malah, Norlaila juga ditipu bahawa suaminya mendapat layanan yang baik, dengan bilik "lima bintang" dan makanan buffet.

Maka bermulalah "marathon" Norlaila sebagai seorang isteri dan ibu untuk menyara hidup keluarganya. Setiap kali perjalanan 3 jam setengah diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kamunting, dan masa yang sama diperlukan untuk pulang dari Kamunting - hanya untuk pertemuan selama 45 minit.

Norlaila yang bersendirian dengan anaknya, diserang rasa sedih apabila membeli ayam atau biskut di kedai, terkenang suaminya, sehingga bos kedai runcit bertanya mengapa beliau bersedih? Kemudian Norlaila mengisahkan bahawa suaminya ditahan di bawah ISA, dibalas pula "Masih ada lagi ISA kah?"

Kawannya cuba mengasingkan diri dari keluarganya sejak Mat Sah ditahan. Padahal Norlaila, malah Mat Sah tidak mengetahui apa-apa tentang sebab dirinya ditahan. Namun akhbar yang menyiarkan berita bahawa Mat Sah ditahan kerana terlibat sebagai anggota KMM, ditukar kepada JI kemudiannya.

Norlaila (gambar kanan) berkata, analisis SB (special branch) akan mendapati bahawa penahanan Mat Sah sepanjang tujuh tahun adalah satu kesilapan. Sepanjang tempoh ini, Norlaila giat berkempen untuk menuntut pembebasan suaminya, di pentas PAS mahupun PKR. Norlaila berkata, dirinya berpeluang untuk berucap di kawasan Melayu, termasuk kubu UMNO di Johor dan Pahang, untuk menyedarkan masyarakat Melayu tentang kezaliman ISA.

Menurutnya lagi, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan pernah dua kali melawat suaminya Mat Sah ketika ditahan, dan Norlaila melihat ia membangkitkan semangat Ambiga untuk berjuang mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia.

Turut hadir sebagai panelis dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Lawyers For Liberty (LFL) dan SUARAM ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis, Wan Ji Wan Hussin. Forum ini menarik kira-kira 150 orang hadirin di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, dipengerusikan Muhammad Afiq, peguam LFL. Kempen "Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA" dilancarkan sebagai salah satu usaha menuntut agar 45 tahanan di Kamunting dibebaskan.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

 Politik Jubah @NajibRazak tanda umporno bakal dikapankan..
Posted on Saturday, July 21 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
Alahai Menteri Wanita bermisai..sampai politik Jubah terpaksa digunakan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.



Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Serdang, semalam.

Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Difahamkan, sebanyak RM2 juta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone 



 Demo Bantahan Terhadap SYABAS Catu Air & Gesa Kerajaan Negeri Selangor Ambil
Posted on Saturday, July 21 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AZMIZAM ZAMAN HURI
Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini bangkit atas kesedaran bahawa SYABAS selaku pemegang konsesi bekalan air di Negeri Selangor Darul Ehsan gagal untuk memberikan urustadbir serta perkhidmatan yang baik kepada rakyat Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu AMK Selangor akan tampil dengan satu memorandum bantahan kepada SYABAS kerana bekalan air yang dicatu keterlaluan serta akan mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi SYABAS.


Sehubungan dengan itu AMK Selangor akan menganjurkan satu Demo Bantahan Kegagalan SYABAS di Wisma Rozali Seksyen 13 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan pada 23 Julai 2012 , bermula jam 12.00 tengahari. AMK Selangor menyeru semua rakyat Selangor untuk turun bersama-sama bagi menyatakan bantahan terhadap penganiayaan SYABAS ini.

AMK Selangor juga mengalu-alukan semua parti politik serta NGO dan badan tidak berkepentingan untuk menyertai Demo Bantahan Kegagalan SYABAS bagi memberi satu tekanan supaya mereka segera menyerahkan operasi urustadbir air kepada Kerajaan Negeri Selangor dan tidak lagi bermain tarik tali dengan menyusahkan kehidupan rakyat terutama ketika Ramadhan dan menjelang Syawal.

AMK Selangor dengan rasa hormat menjemput rakan-rakan media untuk turut serta bagi memberi liputan supaya mesej ini dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor Sdr Saifuddin Shafi Muhammad 013-3927477.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK Selangor
 150,000 kondom Olimpik
Posted on Saturday, July 21 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit.

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom. ‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror.

Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri.

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah.
Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.”

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.”

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.”

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.”

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi

.....
http://penjualcendol.blogspot.com
  Imej Cawangan Khas tercemar kerana dakwaan ektremis
Posted on Saturday, July 21 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.

Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.

Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat ysng kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.

Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.

Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam.

PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.

Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS.

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.

Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Julai 2012

DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.



Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

N'N:Ramai orang yang kembali kepada Al-Quran&As-Sunnah selepas berkecimpung dengan PAS,namun ramai orang yang rosak bila berkecimpung dengan UMNO..

Dicatat oleh Na'im Nikmat

Tiada ulasan: