Pemuda PAS ajak artis dan seniman berusrah
Salmiyah Harun, | 17 Jul 2012 |
PAS sentiasa memastikan setiap ahlinya akan menyertai program usrah baik di peringkat akar umbi apatah lagi di peringkat pimpinan atasan kerana usrah dilihat sebagai aktiviti pentarbiyahan.
Ketuanya Nasruddin Hassan (gambar) berkata, program usrah Musika yang dikhususkan kepada artis dan selebriti pernah diadakan sebelum ini dan pada 19 Julai ini adalah untuk kali ke-3.
Dengan adanya program seperti ini, katanya artis yang belum menyertai PAS juga melahirkan minat untuk menyertai Musika.
"Ini adalah perkembangan yang baik, kita tidak mahu artis dan selebriti yang menyertai PAS mensia-siakan penghijrahan mereka dan daripada program ini insyallah mereka akan istiqamah," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, usrah yang mungkin diadakan secara berkala itu akan turut membincangkan peranan dan penghijrahan yang mereka lakukan terhadap PAS dan masyarakat.
Di samping itu, DPPM akan bekerjasama dengan Lajnah Kebudayaan PAS Pusat untuk menganjurkan majlis dan taklimat khusus Presiden PAS kepada semua ahli baru yang bukan sahaja artis tetapi golongan penjawat awam yang menyertai PAS.
"Kita akan adakan pertemuan tertutup untuk jelaskan hala tuju, dasar dan prinsip PAS. Sekali gus mewujudkan hubungan secara tidak langsung individu dan pimpinan bersama golongan selebriti untuk pentarbiyahan secara tidak formal," katanya.
Katanya, PAS telah membuat perubahan besar mendekati golongan artis sehingga mencetuskan fenomena kemasukkan artis dalam PAS.
"Kita telah mulakan langkah awal menziarahi dan mendekati mereka, jadi inilah (Musika) yang akan menjadi jambatan menghubungkan PAS dengan artis," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) Pemuda PAS Pusat, Halim Ahmad berkata, PAS harus memainkan peranan mempergiatkan usrah di kalangan artis untuk mengelakkan mereka yang baru berhijrah ini hanyut semula dalam dunia hiburan mereka.
"Usrah perlu diberikan kepada mereka, usrah merupakan akar tunjang. Bukan sahaja artis, pimpinan PAS sendiri yang tidak usrah pun boleh hanyut," katanya.
Hari ini ramai artis dengan berani tampil secara rasmi menyertai PAS antaranya, pelakon filem Lt. Adnan Hairie Othman, penyanyi popular 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin, komposer lagu Bob Lokman, dan pengarah drama Adam Hamid dan pelawak Leman Raja Lawak.
Pendek kaki tetapi panjang akalnya
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, | 17 Jul 2012 |
(Adun Semerak, isteri dengan Rohani serta keluarganya)
KOTA BHARU: Dia seorang wanita yang bijak, seorang isteri dan ibu yang mampu menguruskan keperluan kepada seorang suami dan anak walaupun dia adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kerana keistimewaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, menjadikan insan istimewa ini sebagai anak angkatnya.
Rohani Hassan, 31, yang cacat anggota kakinya iaitu antara paras lutut ke bawah, menjadi perhatian masyarakat kerana keistimewaannya itu.
Walaupun bersekolah hanya sampai darjah 6, namun kemampuannya bercakap seumpama ‘pakar motivasi’, lantang bersuara, penuh dengan fakta seumpama orang yang terpelajar.
Wan Hassan ketika ditemui memberitahu beliau bercadang untuk mengambil anak angkatnya itu sebagai penceramah untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan yang senasib dengannya agar mereka sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.
Jelasnya, sepanjang lima tahun beliau mengenali Rohani sehingga akhirnya gadis itu berkahwin, Wan Hassan menilai gadis itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.
“Tambahan pula dia gemar membaca, khususnya buku motivasi khususnya bagaimana untuk menjadi insane yang berani, rajin dan sebagainya,”ujar Wan Hassan lagi.
Rohani (gambar) yang menetap di Kampung Pachakan Dalam Rhu, bersama bapanya dilahirkan cacat, di mana betisnya bukan sahaja agak pendek, sebaliknya mempunyai tapak kaki yang tidak normal.
Keadaan itu membuatkan beliau tidak mampu berjalan secara normal sehingga beliau sering dibantu oleh allahyarham ibu dan ayahnya untuk bergerak.
Kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya yang terpaksa menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah, beliau mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar lagi.
Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu, ketika meningkat remaja, Rohani tiba-tiba mampu berjalan dan akhirnya mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Tentu ramai yang tidak mengetahui kisah hidupnya yang menarik ini, di mana beliau telah dilamar oleh seorang jejaka dari Sabah yang dikenalinya hanya melalui telefon.
Setelah berkenalan lebih empat tahun dengan jejaka berkenaan yang kebetulan juga sahabat abang kandungnya, akhirnya beliau mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka, dikurniakan seorang cahayamata.
“Saya bersyukur walaupun saya cacat, saya tidak bersekolah, saya mampu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu juga sebagai seorang anak kepada ibubapa saya,”ujarnya.
Kisah Pak Yazid diancam bunuh dalam Qiadah terbaru
Aslani M, | 17 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Majalah korporat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) siri ke-11 kini berada di pasaran sejak seminggu lalu.
Edisi terbaru keluaran Jamadil Akhir – Ramadan 1433 memfokuskan pembangunan tamadun Kelantan (Developing Kelantan Civilization).
Majalah setebal 98 muka surat warna dengan kulit keras memaparkan pelbagai kisah menarik bermula dengan tamadun awal Islam di Kelantan.
Turut dimuatkan personaliti tersohor iaitu Ustaz Pak Yazid (gambar) dengan kisah pernah diancam bunuh pada peringkat awal menyebarkan dakwah. Sekarang masih menetap di Kampung Baru Kuala Lumpur.
Selain itu turut dikongsi kejayaan anak Kelantan, Tan Sri Tengku Zainal Tengku Mohamood, kini nama besar dalam industri pelancongan di Sabah.
Tengku Zainal pernah berkhidmat sebagai juruterbang terlatih pada 1959. Dan jawatan akhir di Kelantan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri 1962-1967.
Sekarang beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.
Turut disentuh keluaran kali ini tokoh politik yang dikenali ramai iaitu bekas Menteri Besar pertama kerajaan PAS, Alllahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar.
Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Mustafa Salleh berkata, Qiadah keluaran terbaru cuba memaparkan kembali apa yang dinamakan sebagai tamadun Kelantan.
“Mulai abab ke-18 institusi pondok berkembang di Kelantan. Pendidikan Islam bertambah mantap apabila Sultan Muhammad IV menubuhkan Majlis Agama Islam Kelantan pada Disember 1914.
“Hari ini sejarah lama berputar kembali, Ketuanan Islam berputik semula tanggal Oktober 1990. Islam menjadi teras pentadbiran negeri. Al Quran dan Hadis menjadi sumber rujukan,” katanya pada nota Ketua Editor majalah tersebut.
Malangnya majalah korporat berkenaan tidak boleh ditemui di pasaran kerana diedarkan secara percuma.
Mereka yang berminat atau mahu mengiklan produk serta perkhidmatan boleh menghubungi di talian 09 747 4082 atau www.pmbk.gov.my
Pemuda PAS sokong ambilalih Syabas
Harakahdaily, | 17 Jul 2012 |
Bagi DPPM, sudah sampai masanya kerajaan negeri bertindak dengan mengambil jalan tengah supaya krisis bekalan air di negeri Selangor seperti yang dilaporkan Syabas tidak berlanjutan.
Demikian kata Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Pemuda PAS.
Menurutnya, Pemuda PAS merasa hairan bagaimana Syabas boleh mencadangkan kepada Suruhanjaya Bekalan Air Negara (SPAN) untuk mengadakan catuan air khususnya untuk Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sedangkan cadangan catuan air oleh Syabas langsung tidak dimaklumkan kepada Pengawal selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah.
Malah, dalam keadaan negeri Selangor mempunyai tujuh empangan negeri yang mencukupi dan ada kalanya melimpah, Syabas pula menyatakan air tidak mencukupi dan terpaksa dicatu.
"Apakah ada mainan politik di belakang tabir dengan menggunakan agensi air negeri untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat?" soal beliau.
Seolah-olah, tindakan ini ada pihak tertentu sedang memainkan peranan memburukkan Pakatan Rakyat supaya rakyat melihat kegagalan kerajaan PR mengurus air negeri itu.
DPPM juga, katanya, merasa curiga kerana menurut kenyataan Menteri Besar Selangor, Syabas mempunyai masalah pengurusan seperti jumlah tertunggak kepada operator rawatan air berjumlah RM2.8 bilion ringgit pada April 2012.
Mereka juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus serta gagal melaksanakan keraj-kerja ‘capex’ (capital expenditure) dengan baik menurut laporan audit.
"Jika demikian, DPPM berpandangan Syabassememangnya bermasalah dan wajarlah kerajaan Selangor mengambil alih Syabas bagi kepentingan rakyat di negeri itu," katanya.
Kerajaan pusat juga perlu menimbangkan cadangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air negeri itu memandangkan sudah dua kali surat dihantar oleh kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan pusat.
Tambahnya, air adalah keperluan utama rakyat di mana juga tanpa mengira fahaman politik, etnik dan keturunan, justeru tidak wajar ia dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.
Jika kerajaan benar-benar ikhlas membela rakyat dan melihat permasalahan rakyat sebagai agenda utama, langkah penting yang perlu dilakukan adalah segera menimbangkan cadangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas, tegas beliau.
Abim cadang semua hantar surat kepada duta Syria
Jufitri Joha, | 17 Jul 2012 |
Regim Bashar al-Assad masih gagal mengawal keadaan dan ternyata suara rakyat Syria mahukan Assad berundur dan menyerahkan rakyat Syria menentukan masa depan mereka sendiri melalui sistem pemilihan dan pemerintahan yang lebih adil dan maju.
Perjuangan rakyat Syria juga turut dikuatkan dengan sokongan tidak berbelah bahagi oleh Ikatan Ulama Syria yang dipengerusikan oleh ulama tafsir terkenal kelahiran bumi Syria iaitu Sheikh Muhammad Ali Sobuni.
Melalui Muktamar atau Persidangan Umat Islam bagi Membela Rakyat Syria yang dianjurkan oleh Ikatan Ulama Syria ini di Istanbul pada 1-3 Julai 2012 / 11-13 Syaaban 1433 H antara lain mengeluarkan resolusi sokongan seperti berikut :
“Muktamar menegaskan bahawa revolusi rakyat Syria dari segenap sudutnya adalah revolusi yang haq (benar) menentang kezaliman, revolusi yang adil menentang kejahatan dan permusuhan, revolusi untuk kebebasan melawan pelampau, diktator, kerosakan, pembunuhan dan
pencerobohan, serta revolusi tuntutan yang bebas, adil dan terhormat yang berkait dengan asas ummah dan identitinya serta memelihara kesatuan bumi Syria serta rakyatnya dan mengekalkan kemerdekaannya yang total”.
Muktamar yang turut disokong Persatuan Ulama Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi ini menegaskan bahawa rakyat Syria harus menjatuhkan Bashar dan menolak sebarang rundingan kerana rejim ini telah membunuh sekalian rakyatnya, memusnahkan tanah airnya, menyebarkan buminya dengan kerosakan dan kemusnahan sambil muktamar menegaskan semua kehendak rakyat Syria ini adalah ‘syarie’ (mengikut hukum syarak).
ABIM juga ingin menyokong tindakan bijak Duta Syria ke Iraq Nawaf al-Fares meletak jawatan dan menyokong perjuangan rakyat Syria menuntut keadilan.
Nawaf menegaskan "Every Syrian man has to join the revolution to remove this nightmare and this gang,"
Justeru ABIM ingin menyeru dengan serius agar Duta Syria di Malaysia dan rakan diplomat Syria yang lain di seluruh dunia menyahut segera gesaan rakan sejawatan beliau ini sebelum terlambat.
Bagi memberikan dorongan dan desakan kepada Duta Syria di Malaysia, ABIM ingin melancarkan kempen kepada rakyat Malaysia supaya beramai-ramai menghantar surat kepada Duta Syria yang telah disediakan oleh pihak ABIM.
Ia sebagai usaha berterusan rakyat Malaysia untuk menghentikan keganasan yang berlaku di Syria dan rakyat Syria mendapatkan semula impian mereka untuk hidup secara aman, bebas dan adil seperti mana yang dikecapi rakyat Malaysia amnya.
ABIM menerusi Save Syria Campaign akan terus komited membantu perjuangan rakyat Syria sehingga nasib mereka terbela dan mendapat keadilan hakiki.
-----------------------------------------
Penulis adalah Naib Presiden Antarabangsa ABIM.
Umno sudah berada di hujung senja
Harakahdaily, | 17 Jul 2012 |
Buktinya, kata beliau, kerisauan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi supaya pemuda dan puteri Umno mesti menghayati perjuangan Umno, supaya ia relevan sepanjang masa dan dapat menarik minat orang muda kepada Umno.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kluang.
Sebenarnya, kata Idris, memang generasi muda yang menyertai Umno sudah tidak menghayati ideologi perjuangan Umno.
Semua ini terjadi kerana kesilapan Umno yang mendidik mereka jadi sedemikian rupa.
Menyertai Umno hanya untuk dapat projek dan broker projek sehingga mereka ini bukan sahaja tidak ada ideologi malahan bukan usahawan sebenar.
Namun, bagi Idris, amaran Dr Fuad sudah terlambat kerana Umno berada dihujung senja.
Menyedari Umno sudah menjadi asing di kalangan anak muda, walaupun emak bapa bereka penyokong tegar Umno.
Umno sudah hilang identiti, perjuangan Umno ibarat orang yang mengidap penyakit kencing manis yang semakin susut batang tubuhnya.
"Kesilapan Umno yang ajar ahlinya dengan benda, telah menjadi senjata makan tuan," katanya.
Sebelum ini, mereka boleh hidup jika ada projek.
Sekarang ekonomi semakin mengucup, tidak banyak projek untuk mereka menjadi broker.
Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang dianggap sebagai lubuk duit sudah berada di tangan Pakatan Rakyat.
"Cuba bayangkan jika kerajaan Pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas PRU 13. Adakah mampu ahli Umno yang tidka ada ideologi boleh hidup," soal beliau.
Kerana projek yang akan dijalankan dengan telus dan berhemah, sewaktu itu adakah harimau yang biasa makan daging boleh hidup jika dijamu dengan ikan masin, soalnya.
Penduduk Green Cow perlu perhatian segera
Harakahdaily, | 17 Jul 2012 |
CAMERON HIGHLAND:
Antara dua darjat! Itulah yang agaknya boleh di simpulkan apabila
melihatkan keadaan sebenar yang terpaksa di hadapi oleh 6 keluarga
seramai 35 orang penduduk di Green Cow.
Mereka tersepit di antara pembangunan lereng bukit untuk pembangunan komersil dengan ketidaktentuan berkenaan status tanah yang telah mereka diami lebih dari 30 tahun di tanah tinggi Cameron Highland yang terkenal itu.
Tinjauan Harakahdaily ke tempat tersebut mendapati sebuah khemah (gambar) sementara didirikan oleh kumpulan penduduk tersebut bagi menghalang kerja-kerja pembinaan dari di teruskan. Dua jentolak kelihatan berada di atas bukit bersedia menanti arahan selanjutnya . Manakala bongkah-bongkah batu besar hanya bertenggek di tepi tanah lumpur yang mencabar imiginasi apabila terbayangkan keadaanya menjelang musim hujan ataupun tengkujuh nanti.
Menurut penduduk, tanah tersebut telah di terokai lebih dari 30 tahun lamanya dan kini di huni oleh generasi yang ketiga. Permohonan demi permohonan telah di ajukan kepada Pejabat Tanah Cameron Highland namun sehingga kini mereka masih gagal memperolehi hak mereka tetapi yang mengejutkan apabila pemaju komersil tiba-tiba di berikan hak untuk memajukan tempat tersebut.
Menurut Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suresh Kumar yang di temui sewaktu tinjauan, penduduk tidak pernah di maklumkan berkenaan status tanah berkenaan samada ianya sudah dimiliki ataupun milik kerajaan dan mengapa kelulusan tidak di berikan kepada penduduk selama ini. Surat yang di hantar penduduk berhubung status tanah dan permohonan mereka tidak pernah mendapat respon dari pihak berkuasa.
Justeru itu kelulusan pihak berkuasa terhadap pemaju menyebabkan mereka menjadi marah dan terhina kerana permohonan mereka selama ini tidak pernah di layan dan di berikan pertimbangan sewajarnya.
“Sedangkan kami yang tinggal di sini membayar cukai pintu dan mempunyai bekalan elektrik yang di bekalkan oleh TNB.” Dakwa seorang penduduk, Marapan, yang menetap bersama mertuanya. Beliau menunjukkan salinan resit pembayaran cukai pintu dan juga alamat rumah yang menunjukkan kediaman rumah mereka bukan penempatan haram.
“Rumah ini sudah di bina 35 tahun yang lalu. Penduduk bukannya orang kaya dan berharta. Kebanyakkannya berkerja sendiri dengan pendapatan yang ala kadar dan cukup makan sahaja.”
Menurut Suresh lagi pihak pemaju ada menawarkan lot bangunan kepada penduduk dengan diskaun sebanyak 5% tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga harga bangunan tersebut di anggarkan sekitar RM 500 - 600 ribu yang terlalu jauh dari kemampuan penduduk.
Yang lebih memeritkan ialah pihak yang selama ini memperjuangkan hak penduduk kini berdepan dengan tindakan mahkamah oleh pihak pemaju.
“Pihak pemaju menuntut sejumlah RM 43,000.00 sebagai ganti rugi kehilangan masa bekerja selama 49 hari ekoran dari pembinaan khemah oleh penduduk tersebut,” ujar Suresh Kumar.
Namun apa lagi pilihan yang tinggal kepada penduduk dengan keadaan kediaman mereka kelihatan hanya menanti masa untuk di hempap oleh timbunan lumpur dan batu batan sekiranya hujan lebat melanda?
Janji demi janji oleh sesetengah pihak untuk menyelesaikan masalah penduduk nampaknya hilang begitu sahaja.
Sewajarnya semangat penduduk yang miskin sanggup berkorban dan menempun perjalanan yang jauh untuk bertemu Menteri Besar sendiri bagi mencari penyelesaiain seharusnya mendorong semua pihak untuk membantu mereka menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
Tindakan mahkamah mungkin akan menekan sesetengah pihak namun ianya bakal membuka mata orang ramai berkenaan isu yang lebih parah lagi yang sudah menjadi rahsia umum di tanah tinggi terkenal negara tersebut.

Isu dinyatakan Pakatan relevan untuk rakyat
Jofri Jaraiee, | 17 Jul 2012 |
PAS
Miri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemerintah ke
atas tindakan serta kerjasama yang diberikan dengan memberi bantuan
kepada semua termasuk kepada ahli kami seperti yang dilaporkan dalam
‘thestar' baru-baru ini.
Salah seorang penduduk di kampung Batu 1, Zainal Tar telah diberi bantuan kebajikan, serta kawasan hakisan di belakang rumahnya telah ditimbus dengan tanah batu. Pihak berkenaan telah memeriksa rumah usang penerima dan pembaikan rumah akan diletakkan di bawah projek yang dibiayai oleh Datuk Peter Chin.
Setelah bertahun-tahun beliau memohon bantuan dari pihak kerajaan untuk membantu meringankan bebanan beliau selama ini, akhirnya pemintaan beliau dapat ditunaikan setelah mendapat kerjasama dan desakan daripada pihak kami.
Semakin ramai yang mengadu kepada pihak kami semakin rajin pula pihak yang berkenaan turun padang. Ini menunjukan bahawa dengan adanya suara rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR) barulah pihak kerajaan BN segera melaksanakan tugas mereka yang tertangguh dan dipandang sepi selama ini.
Apabila rakyat sudah mula memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, barulah kerajaan sedar yang selama ini mereka lalai dan mengabaikan tugas mereka sebagai wakil rakyat sehingga rakyat sudah beralih arah. Inilah kelebihan apabila adanya pembangkang yang kuat barulah kerajaan BN mula bertindak dengan memberi beberapa insentif seperti bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M), KR1M, dan lain-lain.
Kita harap kerajaan yang ada sekarang, benar-benar ikhlas membantu rakyat, bukan disebabkan takut kepada rakyat yang menyokong pembangkang, maka barulah nak membantu rakyat dengan berbagai-bagai macam insentif seperti yang tersebut di atas.
Semua isu yang dinyatakan oleh pihak pembangkang adalah relevan dengan kepentingan rakyat, hanya mereka yang tidak bertanggungjawab saja yang menganggap perkara tersebut tidak releven.
Sepatutnya setiap aduan dan masalah rakyat diberi perhatian oleh pihak yang berwajib, walaupun melalui parti pembangkang bukannya memandang remeh masalah tersebut seperti anggapan sesetengah wakil rakyat.
Hanya kerajaan yang ikhlas, jujur, amanah dan adil saja yang akan mendapat sokongan semua lapisan rakyat. Buat masa sekarang, PAS hanya mampu menyuarakan masalah rakyat yang terpinggir, sebab PAS belum berkuasa lagi untuk membantu mereka sepenuhnya. Segala peruntukan dan kewangan sekarang ini dikuasai oleh pihak kerajaan BN melalui wang pembayar cukai.
Apabila peralihan kuasa berlaku nanti, barulah rakyat dapat menilai dan menikmati hasil dari pemerintah baru yang lebih baik dan adil untuk semua. Insya Allah.
Penulis ialah Yang Dipertua PAS Miri, Sarawak.

BN menang tipu, rakyat ke jalan raya – Pak Samad
Mohd Sabri Said, | 17 Jul 2012 |
TASEK GELUGOR:
Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk
A. Samad Said yakin rakyat akan turun ke jalan raya dengan jumlah lebih
ramai dari Bersih 3.0 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada
Pilihanraya Umum ke-13 nanti hasil penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Maka sebab itu, katanya Bersih cuba mencadangkan agar semua lapan tuntutan Bersih 3.0 diterima dengan sebulat suara demi masa depan negara seiring dengan zaman kebebasan untuk rakyat bersuara.
"Itu saja jalannya,” jawab beliau ringkas terhadap soalan sekiranya PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN) apakah tindakan rakyat selanjutnya yang ditanya oleh seorang peserta Program Rakyat: Ke Arah Pilihanraya Bersih yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.
Katanya, daripada lapan tuntutan Bersih 3.0 hanya satu tuntutan ditolak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu berkaitan masa kempen yang panjang kepada 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama.
Walau bagaimana pun tempoh kempen yang sebelum ini 7 hari dilanjutkan kepada 10 hari.
Namun, ujarnya cadangan yang dikemukakan oleh PSC ke Parlimen seolah-olah tidak mendapat perhatian, maka tiada jalan lain melainkan rakyat beramai-ramai turun ke padang atau jalan raya bagi menyatakan tidak setuju dengan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
BACHOK: Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok.
Majlis ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang diketuai Che Azmi Che Ibrahim.
Che Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat.
Majlis ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat diperkatakan termasuk kes Scorpene.
Beliau turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa penyelewengan yang didedahkan sebelum ini.
Turut hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib).
Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran.
“Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat menyertai PAS,” katanya
Apabila ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif.
“Kita memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.
“Ini juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen Bachok,” tegasnya.

262 pemuda Umno Bachok sertai PAS

Anugerah yang sangat mencabar
A Kadir Jasin, | 17 Jul 2012 |
PETANG
semalam, 16 Julai, saya menerima anugerah Tokoh Wartawan Negara
daripada Institut Akhbar Malaysia (AIM). Anugerah itu disampaikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin (Tan Sri).
Dengan izin, saya ingin berkongsi dengan pembaca dan pembahas teks penuh ucap balas saya di majlis itu dengan harapan ia sedikit sebanyak memberi manfaat.
1. Adalah kebiasaan dalam upacara seperti ini bagi hadiran mengharapkan penerima menyatakan sesuatu yang mendalam – profound – dan si penerima pula berasa perlu mempamerkan kehebatannya.
2. Kalau andaian saya itu tepat dan saudara saudari mengharapkan sesuatu yang “profound”, saya mohon maaf. Saya tidak akan menyatakan apa-apa pun yang mendalam.
3. Saya sekadar hendak bercerita, mengucapkan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada begitu banyak orang dan pihak yang menolong meletakkan saya di mana saya berada hari ini, bersama nama-nama besar dunia kewartawanan Malaysia – A Samad Ismail, Lee Siew Yee, Ishak Haji Muhammad, Mohd Fuad Stephans, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin dan Liew Chen Chuan. Berada di kalangan mereka, yang sesetengahnya adalah guru, ketua dan mentor saya, adalah penghormatan yang sangat mencabar.
4. Mula-mula sekali saya ucapkan terima kasih kepada Siti Sarah, anak tok panglima yang cantik jelita. Kerana kerinduan kepadanyalah, berkesudahan dengan saya menjadi seorang pemberita. Kepada jiwa remaja saya, dialah gadis Melayu paling jelita. Kerana kejelitaan dan ketinggian pangkalan sosialnya, maka rindu saya kepadanya kelu, tidak terucapkan. Sah, sampai hari ini pun dia tidak tahu tentang rindu dan berahi saya kepadanya.
5. Pada suatu senja, pada bulan Mei tahun 1969, ketika mengayuh basikal lima kilometer pulang ke rumah setelah mencuri pandang Siti Sarah menyapu sampah di halaman rumahnya, sepupu merangkap teman akrab saya, Nawawi memberitahu mengenai iklan jawatan wartawan oleh Bernama dalam akhbar Utusan Malaysia. Mungkin itulah tuah Siti Sarah. Saya memohon dan memperoleh jawatan pemberita percubaan. Tepat sebulan lalu, pada 16 Jun, gelaplah 43 tahun saya menjadi wartawan.
6. Cinta lara saya terhadap Siti Sarah kekal bisu sebagai legasi jiwa remaja yang sarat dengan asmara. Terima kasih Siti Sarah, di mana pun anda berada.
7. Dan kepada Allahyarham ayah saya, yang kalau tidak kerana kata dua dan aspirasinya, saya mungkin meneruskan cita-cita zaman kanak-kanak untuk menjadi penjerat burung yang terhebat di kampung saya, sehebat datuk saya. Kata ayah (dengan izin): “Hang mengaji pandai-pandai atau jadi macam aku ikut pungkur kerbau.”
8. Ayah lulus darjah empat sekolah rumi dan empat tahun sekolah pondok, menjadi pesawah, peniaga kecil, anggota Home Guard and politikus kampung. Tetapi dia seorang Melayu yang intelektual yang mendahului zaman serta tempat mastautinnya.
9. Dia memperkenalkan saya kepada Gamal Abdel Nasir, Soekarno, Dr Muhamed Hatta, Kwame Nkrumah, Jomo Kenyatta, Fidel Castro, Ho Chi Minh dan Marshall Tito dan kepada hikayat erotik Seribu Satu Malam yang saya curi baca. Dia juga, dengan izin, seorang “buffalo whisperer” - pembisik kerbau - yang hebat. Dia boleh memerintah kerbau yang membantunya di bendang untuk berjalan, berhenti, pusing kanan dan kiri. Terima kasih ayah, moga-moga rohmu sentiasa dirahmati.
10. Kepada emak yang tidak kenal abc dan alif ba ta. Wanita kampung yang buta huruf inilah yang melahirkan dan membesarkan lapan orang anak dalam suasana yang serba kekurangan. Wanita yang masih mengusap rambut saya dan mencium saya seolah-olah saya tidak pernah dewasa. Terima kasih emak. Moga-moga Allah panjangkan usiamu.
11. Dalam suasana dunia baru tanpa sempadan di mana ramai ibu bapa lebih berupa “pembuat dan pengeluar” daripada pendidik, mempunyai ibu bapa yang peka dan peduli adalah rahmat yang sangat besar.
12. Kerana itu jugalah dalam penulisan saya, saya kerap menyentuh tentang peri perlunya amalan keibubapaan yang sempurna dan unggul.
13. Saya juga, seperti banyak saudara saudari di sini, tidak akan berada di mana kita berada kalau tidak kerana guru-guru kita yang peduli, komited dan penuh pengorbanan seperti Allahyarham Cikgu Datuk Shaari Abu Bakar, guru besar saya di Sekolah Melayu Pendang pada tahun 50-an yang telah saya ceritakan berulang kali.
14. Dialah guru dan dialah bapa pengganti (surrogate father) pendidikan saya. Saya telah menceritakan bagaimana pada suatu hari dia menyatakan yang dia akan membawa saya menduduki satu peperiksaan di Alor Setar. Dengan kereta Morris Minornya, dia membawa 5 orang murid darjah 4 untuk menduduki peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.
15. Kerana tidak tahu hujung pangkal saya gagal. Pada tahun berikutnya, beliau membawa saya sekali lagi untuk menduduki peperiksaan yang sama. Kali ini saya berjaya. Maka bermulalah pendidikan aliran Inggeris saya.
16. Cikgu Shaari telah lama kembali ke rahmatullah. Tetapi bersama kita hari ini ada seorang lagi guru seperti itu yang mengajar saya bahasa dan sastera Melayu dan lebih daripada itu, mengenai kesederhanaan dan dedikasi. Terima kasih Cikgu Datuk Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, Tokoh Guru Kedah, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah Kedah.
17. Banyak lagi orang seperti itu dalam hidup saya - daripada gadis-gadis jelita yang buat mereka saya tuliskan puisi dan seloka cinta kepada orang politik yang mengajar saya bahawa kebenaran (truth) tidak semestinya fakta tetapi apa yang umum percaya dan Dugalia Huso, mangsa pembersihan etnik orang Serbia di Bosnia Herzegovina Serbia yang diseksa semata-mata kerana dilahirkan tidak sempurna.
18. Kepada Allahyarham Tun Ghazali Shafie aka King Ghaz yang menengking saya di hadapan ratusan orang besar di Lapangan Antarabangsa Subang pada 1981. Akibat tengkingan itu saya mendalami hal-hal berkaitan perang saraf dan dasar luar Malaysia.
19. Saya bertuah kerana perjalanan kewartawanan saya telah mencakupi zaman semua Perdana Menteri Malaysia – bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera, anak raja yang jiwanya bersama rakyat jelata. Tunku yang tidak berpura-pura tentang dirinya dan tidak membezakan antara seorang wartawan veteran dengan pemberita muda seperti saya.
20. Membuat liputan kegiatan Tunku pada tahun-tahun akhir pentadbirannya dan tahun-tahun awal kerjaya saya adalah pengalaman yang menjadi akar tunjang dan tiang seri karier saya. Pernah suatu ketika dalam lawatan ke Langkawi, wartawan-wartawan kanan meminta ulasan Tunku mengenai kenyataan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Tunku cuma menjawab dengan dua patah perkataan yang tidak sedap pada pendengaran.
21. Saya tidak melaporkannya. Sebaliknya saya menulis mengenai rancangan Tunku memajukan Langkawi menjadi destinasi pelancongan. Keesokan harinya saya terperanjat besar dan bos-bos saya di Kuala Lumpur marah besar kerana saya, dengan izin telah “missed” satu berita yang besar di mana Tunku dilaporkan telah mengecam hebat Encik Lee.
22. Saya bergegas ke pejabat Utusan Melayu di Alor Setar dan bertanya wartawan “eccentricnya”, Pak Mansor Tobeng bilakah Tunku menyatakan hal seperti yang dilaporkan oleh Utusan Melayu, Straits Times dan Straits Echo itu?
23. Pak Mansor menjawab, dengan Tunku kita boleh membuat interpretasi kenyataannya asalkan telahan kita itu tepat dan positif. Peristiwa itu memperkenalkan saya kepada “interpretative reporting” secara literal dan kepada keistimewaan – privilege - yang dinikmati oleh wartawan.
24. Seperkara lagi yang saya pelajari mengenai Tunku adalah masa terbaik mendapatkan maklumat dan ulasan daripada beliau adalah selepas beliau menang golf atau selepas tidur sebentar selepas makan tengah hari.
25. Sekali pernah Tunku memberikan saya interview eksklusif mengenai perjanjian pertahanan 5 negara yang membabitkan Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand. Interview ini berlangsung di bawah sayap kapal terbang di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
26. Entahlah, mungkin saya nostalgia atau zaman sudah berubah dan yang berlalu itu tidak akan kembali lagi, tetapi pada awal-awal kemerdekaan tanah air kita sehingga beberapa dekad selepas itu, wartawan – tua dan muda – mudah berjumpa untuk bertanya dan mencari berita daripada pemimpin segenap lapisan sehinggalah Perdana Menteri.
27. Walaupun ancaman komunis bersenjata masih berlaku, Perdana Menteri awal seperti Tunku dan Tun Abdul Razak seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan peribadi mereka.
28. Ke mana pun mereka pergi, mereka dikelilingi rakyat. Polis dan tentera berada jauh, sekadar melihat dan mengawasi. Tidak wujud pada waktu itu istilah turun padang kerana pemimpin yang dipilih rakyat sentiasa berada di padang, sawah dan bendang, kebun dan ladang bersama rakyat jelata yang memilih mereka.
29. Kata pujangga, masa berlalu suasana berubah. Hari ini, sama ada kerana kesilapan menggunakan bahasa atau kecetekan pemikiran, kita setiap hari membaca tentang pemimpin dan pembesar turun ke padang seolah-olah wujud kekangan dan pemisahan di antara yang dipilih dan yang memilih.
30. Hari ini, wartawan tidak lagi perlu berkejar ke hulu-hilir berebut-rebut mencari telefon awam, meminjam telefon balai polis dan kedai kopi cina untuk menghantar berita.
31. Mereka tidak perlu lagi mengetuk kuat mesin taip Royal, Underwood atau Olivetti. Mereka tidak perlu lagi belajar menggunakan teleprinter dan membaca pita berlubang (perforated tape). Mereka tidak perlu lagi mencari pejabat Western Union di Wall Street, memberi wang saku kepada pengendali mesin teleprinter di Kantor Pos, Jalan Jeneral Sudirman di Jakarta atau membawa kad kredit International Telecommunication Union (ITU). Segala-galanya ada di hujung jari.
32. Mungkin kerana itu jugalah kreativiti seperti yang saya ketahui pada zaman saya dan diajarkan di kelas-kelas kewartawanan, mula menjadi sesuatu yang asing bagi banyak pengamal media.
33. Pembacaan, penyelidikan dan artikulasi telah digantikan oleh jalan pintas Google dan Yahoo di mana potong dan tampal sudah menjadi amalan. Tidak hairanlah kalau plagiarisme dan ciplak telah menggantikan kreativiti dan ketulenan.
34. Menjadi pemberita mudah. Tulis berita jadilah kita pemberita. Tetapi untuk menjadi wartawan yang unggul dan berguna kepada masyarakat, lebih sukar daripada itu. Sedikit sebanyak ia memerlukan ketekunan, keberanian dan pengorbanan. Ia memerlukan kecintaan kepada ilmu dan keinginan untuk berkongsi idea dengan khalayak.
35. Wartawan, hatta betapa baik dan mesra wataknya tidak mempunyai kawan. Kerana kawan boleh menjadi lawan dengan sebaris tulisan atau seminit ucapan. Wartawan hanya mempunyai kenalan.
36. Tetapi sekiranya kenalan boleh menjadi sahabat yang abadi, maka terbuktilah bahawa masyarakat sudah boleh menerima kritikan dan mengiktiraf peranan media sebagai pelapor, pengajar dan penghibur. Itulah suasana unggul yang saya rasa yang perlu diwujudkan iaitu wartawan bebas membuat laporan dan ulasan tanpa khalayak berasa bahawa ada agenda di sebaliknya.
37. Untuk menyemarakkan suasana yang unggul itu, wartawan haruslah lebih gigih, lebih bersedia belajar, lebih berani menyatakan pandangan dan tidak terlalu akrab dengan kelompok-kelompok kuasa sehingga mereka menjadi terikat dan terhutang budi, dan kerana itu tidak dapat lagi berkarya dengan bebas dan terbuka.
Wallahualam.
Terima kasih.
http://kadirjasin.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan