Step in: Semua kakitangan Syabas kekal
Harakahdaily, | 18 Jul 2012 |
Exco kerajaan negeri, Dr Xevier Jayakumar membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini bagi pihak kerajaan negeri Selangor berikutan pengumuman sebelum ini oleh Menteri Besar.
Ia lanjutan kepada pengumuman Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan kerajaan negeri Selangor akan 'step in' ke dalam Syabas berikutan pengumuman Syabas mahu mencatu air di negeri itu.
Ini kerana, langkah itu tidak wajar berikutan semua empangan air yang ada di negeri itu penuh.
"Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
"Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi," kata Xevier dalam kenyataannya.
Kerajaan Negeri, kata Xevier membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.
Kerajaan negeri, katanya, curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.
Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka, dakwa Xevier.
Sepatutnya, dakwa beliau, Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.
"Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moral kepada rakyat Selangor.
"Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)," tegasnya.
Beliau juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.
Husam bawa kes saman blogger ke Mahkamah Rayuan
Aslani M, | 18 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) akan membawa kes samannya terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad ke Mahkamah Rayuan.
Peguamnya, Hisham Fauzi berkata, beliau sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan kes tersebut di Mahkamah Rayuan.
“Datuk Husam sekarang berada di luar negara, pengurusan kes tersebut di mahkamah lebih tinggi akan dibuat sekembalinya dari luar negara nanti,” katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan Husam terhadap blogger terbabit yang dikaitkan dengan blog ruangbicarafaisal (rbf).
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak dengan kos kerana plaintif gagal membuktikan Mohd Faisal merupakan pemilik blog ruangbicarafaisal.blogspot.com. Peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal.
Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana yang didakwa berunsur fitnah terhadap Husam bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Ekoran itu plaintif mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi sebanyak RM500,000.
S'gor umum rombak pengurusan kanan SYABAS
Kerajaan
negeri Selangor hari ini mengumumkan untuk merombak barisan pegawai
pengurusan kanan Syarikat Bekalan Air Selangor melalui tindakan campur
tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.
Exco yang bertanggungjawab dalam tindakan itu, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan bagi memantau perkhidmatan operasi SYABAS itu adalah mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
"Semua kakitangan SYABAS di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
"Jadi kita harap kakitangan SYABAS yang banyak pengalaman serta berdedikaasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' (campurtangan) kerajaan negeri tidak berapa lama lagi," kata Jayakumar dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media hari ini berkata surat makluman berhubung tindakan itu akan dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pagi esok.
"Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya (pagi esok) secara peribadi kepada KETTHA kerana kerajaan negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Selain itu, Selangor juga akan menghantar satu kumpulan profesional bagi melihat operasi SYABAS berhubung masalah air terawat di negeri berkenaan.
"Kumpulan ini dianggotai oleh Shuhaimi Kamaruzaman (ketua pegawai operasi eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (pengarah ABASS), Karim Endut (pengurus besar pengurusan air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (ketua perancangan strategik dan pelaburan, Perangsang Selangor).
"Kumpulan ini dihantar kerana SYABAS gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada setiausaha kerajaan negeri pagi tadi," katanya.
Anwar, yang menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya, berkata demikian ketika disoal peguam Firoz Hussein, yang mewakili akhbar milik Umno itu.
Firoz: Patutkah undang-undang Malaysia mendiskriminasikan homoseksual?
Anwar: Ya
Bagaimanapun, beliau berkata, undang-undang kuno terhadap homoseksual perlu dikaji semula, untuk melindungi orang yang tidak bersalah daripada dihukum.
Anwar memfailkan saman pada 20 Januari, dengan mendakwa defendan menerbitkan artikel yang memutarbelitkan kenyataannya mengenai undang-undang terhadap homoseksual yang dibuat semasa temubual dengan BBC.
Beliau menuntut ganti rugi RM50 juta serta ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Anwar juga memohon injunksi untuk melarang defendan daripada mengucapkan atau menerbitkan kenyataan fitnah lanjut terhadapnya.
Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)
Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.
Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.
Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Exco yang bertanggungjawab dalam tindakan itu, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan bagi memantau perkhidmatan operasi SYABAS itu adalah mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
"Semua kakitangan SYABAS di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
"Jadi kita harap kakitangan SYABAS yang banyak pengalaman serta berdedikaasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' (campurtangan) kerajaan negeri tidak berapa lama lagi," kata Jayakumar dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media hari ini berkata surat makluman berhubung tindakan itu akan dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pagi esok.
"Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya (pagi esok) secara peribadi kepada KETTHA kerana kerajaan negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Selain itu, Selangor juga akan menghantar satu kumpulan profesional bagi melihat operasi SYABAS berhubung masalah air terawat di negeri berkenaan.
"Kumpulan ini dianggotai oleh Shuhaimi Kamaruzaman (ketua pegawai operasi eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (pengarah ABASS), Karim Endut (pengurus besar pengurusan air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (ketua perancangan strategik dan pelaburan, Perangsang Selangor).
"Kumpulan ini dihantar kerana SYABAS gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada setiausaha kerajaan negeri pagi tadi," katanya.
Anwar setuju undang-undang terhadap gay tapi mahu disemak
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bahawa perlu ada undang-undang diskriminasi terhadap golongan
homoseksual untuk melindungi kesucian perkahwinan heteroseksual.Anwar, yang menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya, berkata demikian ketika disoal peguam Firoz Hussein, yang mewakili akhbar milik Umno itu.
Firoz: Patutkah undang-undang Malaysia mendiskriminasikan homoseksual?
Anwar: Ya
Bagaimanapun, beliau berkata, undang-undang kuno terhadap homoseksual perlu dikaji semula, untuk melindungi orang yang tidak bersalah daripada dihukum.
Anwar memfailkan saman pada 20 Januari, dengan mendakwa defendan menerbitkan artikel yang memutarbelitkan kenyataannya mengenai undang-undang terhadap homoseksual yang dibuat semasa temubual dengan BBC.
Beliau menuntut ganti rugi RM50 juta serta ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Anwar juga memohon injunksi untuk melarang defendan daripada mengucapkan atau menerbitkan kenyataan fitnah lanjut terhadapnya.
CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol
Seorang
inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut
pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)
Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.
Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.
Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
'SYABAS ancam keselamatan negara'
Cadangan
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk melaksanakan
catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah satu ancaman
kepada keselamatan negara, kata ahli DAP Parlimen Tony Pua."SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, apabila syarikat air itu bertegas bahawa paras air adalah rendah, kunjungan ahli exco negeri Selangor Ronnie Liu dan Xavier Jeyakumar kepada tujuh empangan di seluruh negeri semalam, membuktikan bahawa empangan berkenaan penuh dan tidak berlaku kekurangan air mentah.
MB: PKNK diminta jual kembali saham FGVH
Kerajaan negeri mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham FGVH bagi menunjukkan
pendirian negeri ini yang selari dengan pakatan pembangkang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pembelian saham FGVH sebanyak 500,000 unit yang dilakukan PKNK tidak dimaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu dan ia merupakan kesalahan teknikal yang biasa.
"PKNK ada bajet khas untuk pembelian saham sebab kerajaan selalu keluar saham dan diberi keutamaan melalui Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
"Memang semua saham keluar diberi tawaran kepada kita dan kita beli, tapi isu ini sensitif sikit dan kita akan jual balik (saham FGVH)... jangan pihak lain kata kita tak bersama pakatan rakyat sebab ini masalah teknikal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar, hari ini.
ebelum ini, Ketua Eksekutif PKNK Datuk Abdul Rahman Ibrahim dilapor mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Miti yang ditawarkan kepada Bumiputera.
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri Kedah meminta penjelasan berhubung kedudukan tanah-tanah Felda Plantation yang didakwa dimasukkan ke dalam prospektus Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Beliau berkata, sehubunagn itu kerajaan negeri ingin tahu sama ada tindakan itu dibenarkan di sisi undang-undang.
- Bernama
"Kita nak betulkan air tidak berhasil (NRW), kedua kita nak lihat bagaimana kita dapat ambil alih, kos overhead SYABAS boleh dikurangkan.
"Contohnya kalau kita bayar gaji orang yang jadi ketua pegawai eksekutif SYABAS, saya ingat gajinya tak lebih daripada 10 peratus daripada gaji sekarang kepada (pengerusi eksekutif SYABAS) Tan Sri Rozali (Ismail)," katanya.
Tambahnya, hutang yang kini ditanggung SYABAS juga akan dibatalkan melalui penyusunan semula itu.
"Kita dah beritahu (SYABAS) hutang semua itu merupakan sebahagian daripada skim penyusunan semula, ia akan dibatalkan sebab ada penyusunan semula aset seperti yang dinyatakan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air.
"Kita sendiri juga fahami dan kaji masalah SYABAS. Kita juga buat tawaran kepada SYABAS untuk atasi masalah, oleh kerana keupayaan SYABAS dari segi kewangan yang mereka ada termasuk beban hutang yang besar, adalah baik untuk pemilik saham SYABAS untuk terima penyusunan semula air Selangor.
"Pemilik saham SYABAS tak ada kerugian dari usaha ini," tegasnya yang menjelaskan bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk berbuat demikian mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
Penyusunan semula secara holistik itu akan mencantumkan kesemua syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan air Selangor dalam satu syarikat tujuan khas, kata Khalid.
Kerajaan negeri kemudiannya akan membuat tawaran konsesi baru kepada SYABAS dan tiga syarikat lain yang terbabit - Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd.
"Ia lebih selamat," kata Chih ketika ditemui di rumah di Puchong awal minggu ini.
Dalam tempoh lima tahun ini, rumah yang didiaminya selama 17 tahun pernah dipecah masuk, rumah ibunya di Johor Bahru juga menjadi mangsa dua kali dan saudara iparnya di Klang mengalami nasib sama.
"Waktu itu pagi, siang hari. Saudara ipar saya di dalam bilik air sebelum beliau terdengar bunyi bising.
"Dia bukan pintu dan dapati ada orang asing dalam rumah. Dia cepat-cepat tutup pintu bilik dan pencuri itu pergi," katanya.
"Saya bukan istimewa sangat. Setiap orang ada cerita masing-masing. Ini bukan kes terpinggir, bahawa saya alami nasib malang, saya tak berhati-hati, tidak bersiap sedia. Ini bukan isunya. Rumah saya ada alat penggera. Ia dilindungi dengan baik."
Setelah bekerja dan belajar di New York sekitar 1980-an, dengan momokan kadar jenayah yang tinggi di sana, Choh mendakwa beliau lebih berasa selamat di Amerika Syarikat berbanding Malaysia hari ini.
Sebagai lelaki berkeluarga, bapa dua anak itu tidak pernah mengambil risiko dengan pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat.
Bagaimanapun itu berbeza apabila beliau merasakan "mereka sekarang datang kepada kamu".
Sambil berjalan di sekitar kawasan kediaman kelas pertengahan di Bukit Kinrara, beliau menunjukkan deretan rumah yang pernah dipecah masuk.
Jiran-jirannya menjadi mangsa ragut - seorang daripadanya, tambahnya, menderita gegaran otak.
Sebelas daripada 20 orang yang ditemui secara rawak di Bangsar mengakui seseorang perkara itu.
Seorang jurulatih kesihatan yang hanya dikenali sebagai Evon berkata, beliau melalui pengalaman mengerikan itu dua tahun lalu apabila cermin keretanya dipecahkan dan beg tangannya dirampas.
"Saya memandu ke tempat kerja dan bila berhenti di lampu isyarat, sebuah motosikal menghalang kereta saya dan memecahkan tingkap," kata Evon, 27, mengimbau kembali kejadian di Overseas Union Garden dekat Kuala Lumpur.
Seperti mangsa lain, Evon juga mendakwa membuat laporan polis tetapi merasakan tidak banyak tindakan diambil dan hanya dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu sekali sahaja.
pendirian negeri ini yang selari dengan pakatan pembangkang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pembelian saham FGVH sebanyak 500,000 unit yang dilakukan PKNK tidak dimaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu dan ia merupakan kesalahan teknikal yang biasa.
"PKNK ada bajet khas untuk pembelian saham sebab kerajaan selalu keluar saham dan diberi keutamaan melalui Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
"Memang semua saham keluar diberi tawaran kepada kita dan kita beli, tapi isu ini sensitif sikit dan kita akan jual balik (saham FGVH)... jangan pihak lain kata kita tak bersama pakatan rakyat sebab ini masalah teknikal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar, hari ini.
ebelum ini, Ketua Eksekutif PKNK Datuk Abdul Rahman Ibrahim dilapor mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Miti yang ditawarkan kepada Bumiputera.
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri Kedah meminta penjelasan berhubung kedudukan tanah-tanah Felda Plantation yang didakwa dimasukkan ke dalam prospektus Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Beliau berkata, sehubunagn itu kerajaan negeri ingin tahu sama ada tindakan itu dibenarkan di sisi undang-undang.
- Bernama
MB: Penyusunan semula untuk kurangkan kos SYABAS
Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata penyusunan semula
perkhidmatan air negeri itu akan melibatkan pengurangan kos pentadbiran
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)."Kita nak betulkan air tidak berhasil (NRW), kedua kita nak lihat bagaimana kita dapat ambil alih, kos overhead SYABAS boleh dikurangkan.
"Contohnya kalau kita bayar gaji orang yang jadi ketua pegawai eksekutif SYABAS, saya ingat gajinya tak lebih daripada 10 peratus daripada gaji sekarang kepada (pengerusi eksekutif SYABAS) Tan Sri Rozali (Ismail)," katanya.
Tambahnya, hutang yang kini ditanggung SYABAS juga akan dibatalkan melalui penyusunan semula itu.
"Kita dah beritahu (SYABAS) hutang semua itu merupakan sebahagian daripada skim penyusunan semula, ia akan dibatalkan sebab ada penyusunan semula aset seperti yang dinyatakan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air.
"Kita sendiri juga fahami dan kaji masalah SYABAS. Kita juga buat tawaran kepada SYABAS untuk atasi masalah, oleh kerana keupayaan SYABAS dari segi kewangan yang mereka ada termasuk beban hutang yang besar, adalah baik untuk pemilik saham SYABAS untuk terima penyusunan semula air Selangor.
"Pemilik saham SYABAS tak ada kerugian dari usaha ini," tegasnya yang menjelaskan bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk berbuat demikian mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
Penyusunan semula secara holistik itu akan mencantumkan kesemua syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan air Selangor dalam satu syarikat tujuan khas, kata Khalid.
Kerajaan negeri kemudiannya akan membuat tawaran konsesi baru kepada SYABAS dan tiga syarikat lain yang terbabit - Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd.
Jenayah menurun, kenapa kita masih rasa takut?
Choh
Wah Ye kini tidak lagi berjalan lima minit ke kedai mamak kegemarannya.
Jika mahu teh tarik selepas matahari terbenam, beliau akan menggunakan
kereta."Ia lebih selamat," kata Chih ketika ditemui di rumah di Puchong awal minggu ini.
Dalam tempoh lima tahun ini, rumah yang didiaminya selama 17 tahun pernah dipecah masuk, rumah ibunya di Johor Bahru juga menjadi mangsa dua kali dan saudara iparnya di Klang mengalami nasib sama.
"Waktu itu pagi, siang hari. Saudara ipar saya di dalam bilik air sebelum beliau terdengar bunyi bising.
"Dia bukan pintu dan dapati ada orang asing dalam rumah. Dia cepat-cepat tutup pintu bilik dan pencuri itu pergi," katanya.
"Saya bukan istimewa sangat. Setiap orang ada cerita masing-masing. Ini bukan kes terpinggir, bahawa saya alami nasib malang, saya tak berhati-hati, tidak bersiap sedia. Ini bukan isunya. Rumah saya ada alat penggera. Ia dilindungi dengan baik."
Setelah bekerja dan belajar di New York sekitar 1980-an, dengan momokan kadar jenayah yang tinggi di sana, Choh mendakwa beliau lebih berasa selamat di Amerika Syarikat berbanding Malaysia hari ini.
Sebagai lelaki berkeluarga, bapa dua anak itu tidak pernah mengambil risiko dengan pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat.
Bagaimanapun itu berbeza apabila beliau merasakan "mereka sekarang datang kepada kamu".
Sambil berjalan di sekitar kawasan kediaman kelas pertengahan di Bukit Kinrara, beliau menunjukkan deretan rumah yang pernah dipecah masuk.
Jiran-jirannya menjadi mangsa ragut - seorang daripadanya, tambahnya, menderita gegaran otak.
Seorang daripada 2 orang mangsa jenayah
Seorang
daripada dua individu yang ditemui mengakui pernah mengalami atau
mengenali seseorang yang pernah menjadi mangsa jenayah, menurut tinjauan
Malaysiakini sekitar Kuala Lumpur semalam.Sebelas daripada 20 orang yang ditemui secara rawak di Bangsar mengakui seseorang perkara itu.
Seorang jurulatih kesihatan yang hanya dikenali sebagai Evon berkata, beliau melalui pengalaman mengerikan itu dua tahun lalu apabila cermin keretanya dipecahkan dan beg tangannya dirampas.
"Saya memandu ke tempat kerja dan bila berhenti di lampu isyarat, sebuah motosikal menghalang kereta saya dan memecahkan tingkap," kata Evon, 27, mengimbau kembali kejadian di Overseas Union Garden dekat Kuala Lumpur.
Seperti mangsa lain, Evon juga mendakwa membuat laporan polis tetapi merasakan tidak banyak tindakan diambil dan hanya dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu sekali sahaja.
Dr Mahathir: Apa bukti saya diktator?
Mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan tinjauan ke
atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat
sebagai seorang diktator.
Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc/blog itu meminta pengunjung menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.
"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"
Katanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya.
Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya.
"Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya.
Mahathir seterusnya meminta pembaca membandingkan dirinya dengan beberapa bekas pemimpin negara lain yang pernah merangkul gelaran sama, termasuk bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang didakwa membunuh beribu ahli Ikhwan Muslimin dan mengumpul harta kekayaan yang besar.
"Musuh Mubarak tidak dibenarkan berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa bicara dan dihilangkan," katanya.
Mahathir berkata, tiada kebebasan bersuara atau akhbar bebas di bawah Mubarak dan jawatan presiden itu tidak pernah ditandingi orang lain selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden.
Mahathir juga membariskan nama bekas presiden Romania Nicolae CeauÅŸescu, bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi serta bekas presiden Iraq, Saddam Hussein.
Tidak ketinggalan, pengasas parti Nazi Jerman, Adolf Hitler yang pernah bertanggungjawab mendirikan pemerintahan kuku besi di negara itu.
"Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator?," soalnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan