Khamis, 19 Julai 2012

JAGA HALAL HARAM...TAAT PADA ALLAH....JAUHI AMALAN YANG BERTENTANGAN ISLAM BUKAN PADA BULAN RAMADAN SAJA...MALAH2 SETIAP KETIKA...SELAGI KITA HIDUP...ALLAH BERADA SETIAP MASA BUKAN HANYA PADA BULAN RAMADAN SAJA...BUKAN TAKUT CUMA NAK TUNGGU MASA BERANI JE.....

Konflik air runcing, Selangor mahu rombak Syabas
Wartawan Sinar Harian
18 Julai 2012
Krisis air: Jangan jadi macam budak
Krisis Air
SHAH ALAM - Konflik antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Negeri Selangor dilihat meruncing dengan perkembangan terbaru - pentadbiran kerajaan negeri memutuskan untuk merombak pengurusan syarikat pembekalan air itu.
Langkah 'step-in' diumumkan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan, petang ini.
Dua hari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih pengurusan Syabas dalam tempoh dua minggu ini ekoran cadangannya mahu mengadakan catuan air di kawasan utama di Lembah Klang.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor berkata pihaknya perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Pusat selari dengan perjanjian semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Di bawah proses rombakan pengurusan ini, Xavier berkata, semua kakitangan Syabas dalam kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan, sebaliknya hanya melibatkan peringkat pengurusan kanan.
"Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

"Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta  berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi," kata beliau.
Dalam kenyataan itu, kata beliau,  Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air kerana Syabas tidak diperuntukkan kuasa tersebut dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.
"Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air,  itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri.
"Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik," katanya lagi.
Tambah beliau, lanjutan kepada pengumuman oleh Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini, pihaknya mengambil langkah terbaru ini.
Semalam, Syabas menafikan dakwaan kononnya pihaknya tidak menjalankan tanggungjawab mengikut perjanjian konsesi.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya, Ir V Subramaniam berkata, tuduhan dibuat Menteri Besar Selangor kelmarin tidak berasas kerana mendakwa Kerajaan Selangor menjadi punca berlakunya krisis bekalan air di sebahagian kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Malah semalam juga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syabas.
Katanya, pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu dimaklumkan.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH DIKELUARKAN PETANG INI:

Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses ‘Step-In’ Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri membidas  saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.

Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua negara dan juga seorang  penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas, sebuah syarikat yang  berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Dalam kata lain, Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.

Sepatutnya, Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.

Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air kerana Syabas tidak diperuntukkan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moral kepada rakyat Selangor.

Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran).

Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.

Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.

Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan  di sini bahawa:

Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta  berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.
Anwar nafi halalkan homoseksual semasa ditemu bual BBC

18 Julai 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menafikan kenyataan beliau dalam temu bual dengan BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud beliau akan menghalalkan kegiatan homoseksual.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau tidak sama sekali ada menyatakan mengenai perkara itu kepada BBC.

Mengenai maksud kenyataannya"....we should not be seen as punitive and consider the archaic laws a relevant. We need to review them. We do not promote
homosexuality in public sphere and domain', Anwar berkata: "Itu bermaksud bahawa daripada perspektif Islam, kegiatan maksiat seperti homoseksual, seks bebas, minum arak, berjudi, dan lain-lain lagi adalah sesuatu yang dilarang secara jelas di dalam Al-Quran dan Hadith".

Anwar mengemukakan dan membacakan pernyataannya itu pada perbicaraan kes samannya terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Anwar yang merupakan plaintif dalam kes saman itu berkata sama ada ia dilakukan di khalayak awam atau di tempat tertutup, hukumnya tidak berubah.

"Apa yang saya sentuh di dalam temu bual saya bersama BBC adalah ruang lingkup tanggungjawab kerajaan selaku penguatkuasa undang-undang menurut perspektif Islam dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan atau maksiat peribadi yang dilakukan individu di tempat awam," katanya.

Pada 20 Januari lepas Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa defendan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari tahun ini berhubung temubualnya bersama BBC.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Semasa diperiksa balas oleh peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili defendan, Anwar tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kenyataannya dengan BBC bermaksud undang-undang berkaitan homoseksual patut disemak semula, supaya ia tidak lagi bersifat punitif.

Kepada soalan lain peguam itu, bahawa berdasarkan kenyataannya itu ia membawa maksud negara tidak sepatutnya mendakwa mereka yang melakukan aktiviti homoseksual secara tertutup, Anwar menjawab:"Tidak, itu tidak benar".

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk V.T.Singham bersambung 13 Ogos. - Bernama
Jangan sampai isu air melangkah ke peti undi
Wartawan Sinar Harian
18 Julai 2012
Krisis air: Jangan jadi macam budak
Krisis Air
ANALISIS - Setelah dibelenggu isu sampah, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihantui kontroversi krisis air.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak pimpinan Khalid supaya lebih bersikap terbuka dan menerima Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 supaya masalah air ini dapat diatasi.

Tidak kurang juga pemimpin dari Barisan Nasional (BN) yang membidas Khalid dalam isu ini dan juga kepimpinan beliau dalam menangani masalah penurunan paras air.

Awal minggu ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan mahu melaksanakan catuan air.

Sebagai tindak balas, Khalid mengumumkan kerajaan negeri akan mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana ragu dengan keputusan entiti itu mahu berbuat demikian walhal air tadahan di empangan dikatakan melimpah-limpah.

Melihat situasi ini, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata, senario main tarik tali ini pada akhirnya hanya akan mengundang kemarahan rakyat terutama di Selangor.

Keadaan ini katanya, akan menjejaskan peluang terutama kepada Umno-Barisan Nasional untuk merampas kembali Selangor kerana rakyat berpandangan isu air ini sengaja dipolitikkan oleh pusat dengan menjadikan Syabas sebagai kuda tunggangan.

“Keadaan ini tidak bagus untuk pemerintah dan ia juga tidak bagus untuk kerajaan negeri Selangor dan rakyat. Namun tindakan-tindakan daripada pemimpin Pusat mahu pun negeri (dalam isu air) nampaknya tidak masuk akal.

“Rakyat marah kerana ini untuk kepentingan politik,” ujar beliau.

Rakyat menurut beliau, akan menterjemahkan kemarahan mereka melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Berdasarkan siasatan yang kita lakukan, kita yakin jika isu ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak akan dapat mengambil alih Selangor.

“Dua tiga bulan sebelum ini mereka terbuka untuk menerima Kerajaan Pusat tetapi sekarang mereka merasakan ada kumpulan tangan hitam mereka-rekakan krisis air ini, mereka jadi marah,” tambah beliau.

Sementara itu, seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat juga mendakwa krisis air yang dilaporkan melanda Lembah Klang hanyalah rekaan semata-mata bagi membolehkan Projek Langat 2 direaliasasikan.

Bahkan dakwa Charles Santiago, Kerajaan Pusat telah menjanjikan habuan kepada Puncak Niaga Holdings Berhad peranan dalam pengurusan air dari Pahang itu sekiranya “krisis air” ini berjaya diwujudkan.

“Saya dengar ura-ura daripada orang dalam industri air, Puncak Niaga telah dijanjikan dengan Projek Langat 2.

“(Apa yang menjadi) masalah sekarang ini ialah Syabas. Kita ada banyak air mentah tetapi ia seolah-olah tidak digunakan langsung. Apa yang mereka buat sekarang ialah mereka mewujudkan satu krisis supaya loji rawatan Langat 2 diberikan kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Ahli Parlimen Klang itu menambah, justeru, adalah penting satu badan bebas dibawa masuk ke dalam Syabas yang saham terbesarnya dimiliki oleh Puncak Niaga untuk melakukan audit secara menyeluruh.

“Jika tidak teka-teki ini akan berlarutan dan yang menjadi mangsa ialah pengguna air di Selangor.

“Persoalan kita sekarang ialah apakah matlamat sebenar Syabas? Adakah ini satu cara untuk menggugat Kerajaan Negeri Selangor?” kata beliau.

Katanya, air adalah sesuatu yang sangat penting dan ia boleh menimbulkan kemarahan kepada kerajaan negeri.

Senario ini katanya, sekali gus "memanaskan" lagi hubungan di antara kerajaan Pusat, Selangor dan Syabas sendiri yang sememangnya tegang sejak pentadbiran Selangor bertukar tangan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, isu air ini sudah jauh terpesong apabila kedua-dua pihak, Kerajaan Pusat dan negeri kononnya masing-masing mahu menjadi juara rakyat.

“Mereka ingin memperjuangkan isu air untuk menunjukkan kepada rakyat dasar siapa lebih bagus,” katanya.

Namun jelas beliau, dalam hal ini apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelesaikan krisis air ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

Meja rundingan menurut beliau, adalah jalan terbaik memandangkan isu air ini begitu besar dan perlu ditangani secara berhemah.

“Apa yang mustahak ialah jaminan bekalan air yang bersih kepada rakyat,” tegas beliau.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Shukor Idrus menyelar tindakan Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk  mengambil alih pentadbiran Syabas.

Menurut beliau, masih banyak tanggungjawab pentadbiran dan agenda memajukan negeri yang perlu  dilaksanakan oleh kerajaan Selangor hari ini daripada masuk campur dalam urusan yang tiada dalam kepakaran mereka.

“Terlalu banyak yang hendak dibuat. Pembangunan Sungai Klang pun mereka kata mereka nak buat.

“Sepatutnya kerajaan negeri menumpukan kepada kerja-kerja pembangunan untuk rakyat yang sudah banyak terbengkalai,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Syukor berkata, inisiatif Kerajaan Pusat dalam menjayakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 tidak harus dipandang daripada sudut politik.

Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid harus memiliki keazaman politik yang tinggi dalam mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti.

“Ini bukan perkara main-main. Ini untuk masa depan semua. Keperluan air ini untuk semua.

“Kalau begini lah rupanya cara pentadbiran kerajaan negeri berpolitik tanpa memikirkan masalah rakyat, saya ingat rakyat kena tolak pemimpin politik yang seperti ini,” tambah beliau.

Orang boleh marah kerana tiada air. Rakyat boleh kecewa jika tiada air. Pengundi boleh menterjemahkan di peti undi. Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Benar atau tidak krisis air, nampaknya krisis air menjadi modal politik. Bahan kempen pra-PRU13.

MB: Kumpulan profesional teliti operasi harian Syabas
AHMAD NORMAN ABU TALIB
18 Julai 2012
MB: Kumpulan profesional teliti operasi harian Syabas
Abdul Khalid (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat Exco, hari ini.
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kumpulan profesional tersebut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaruzaman, Pengarah Konsortium Abass Sdn Bhd (Abbas), Ir Abas Abdullah, Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Perangsang Selangor, Kevin Lee.

“Kumpulan tersebut dihantar kerana Syabas didakwa gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi pagi tadi (semalam),” katanya pada sidang selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya yakin kumpulan tersebut akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya itu berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasarat untuk ‘step in’ dalam pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

“Ahli Exco Dr Xaxier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya kira-kira jam 11 esok (hari ini) secara peribadi kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kita berharap Syabas dan Kerajaan pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistic serta  menguntunkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan menunjukkan kebolehan untuk menguruskan Syabas sekiranya langkah ‘step in’ itu dilaksanakan.

“Kita akan buat tawaran kepada empat syarikat konsesi air seperti kita tawarkan setahun lalu iaitu Abbas, Syabas, Puncak Niaga dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

“Kita nak betulkan perkara terpenting iaitu kadar air tidak berhasil (Non Revenue Water) dan kos Syabas boleh dikurangkan,” katanya.
Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
18 Julai 2012
Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu
Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas  tidak akan mengendurkan semangat berpolitik walaupun negara  akan menyambut Bulan Kemerdekaan bulan depan.

Mengakui bahawa sambutan kemerdekaan penting, Nik Aziz berkata, politik tetap akan menentukan pemerintahan dan hala tuju sesebuah negara.

“Kita tidak boleh melupakan ‘bendera parti’ walaupun Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan. Kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat diperintah.

“Zaman dahulu, zaman tidak ada parti politik.  Justeru negara atau negeri pada masa itu diperintah oleh raja-raja. Tetapi sekarang ada parti politik, maka di samping Jalur Gemilang, bendera parti perlu ada,” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang membaca perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jauhi diri daripada amalan bertentangan Islam semasa Ramadan

18 Julai 2012
Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru umat Islam di negeri ini agar lebih menghormati dan memuliakan kedatangan Ramadan dengan menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan ketaqwaan agar tergolong sebagai orang yang diredai.

Titah baginda sambil meningkatkan amalan mulia, golongan yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dilupakan dengan dibantu menerusi amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang berbuka berpuasa.

"Beta mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakyat beta yang beragama Islam supaya menggunakan peluang yang dianugerahkan oleh Allah sepanjang bulan Ramadan untuk melipatgandakan usaha dan amalan ibadah kepadanya.

"Bulan anugerah Allah ini hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara kebaikan kerana mungkin ini merupakan tahun terakhir bagi kita merasai rahmat Ramadan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam perutusan menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak di sini hari ini.

Sultan Mizan bertitah dari sudut psikologi, puasa mendidik seseorang ke arah kebaikan, walaupun mereka sering menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan.

Baginda bertitah dengan berpuasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang menjadikan jiwanya kuat serta membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang banyak dan menjaga kesihatan tubuh badan.

"Melalui kajian sains yang dijalankan, didapati puasa dapat mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya menurunkan kadar tekanan darah dan berat badan.

"Ingatlah bahawa amalan wajib dan sunat sepanjang bulan ini merupakan latihan tubi insan ke arah pembersihan hati, mendisiplinkan anggota tubuh dan pengukuhan akhlak," titah baginda. - Bernama

Ketua Pemuda Pas: Menang, kalah debat tidak penting
NOOR AZURA SAHRIL & ARHIZA AHMAD
17 Julai 2012
Debat Sinar III
Debat Sinar III
SHAH ALAM –  Isu menang atau kalah tidak menjadi tumpuan utama dalam debat kerana hujah-hujah hebat berasaskan fakta yang akan mempengaruhi penilaian pelbagai pihak, kata Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.

Justeru katanya, dengan mengemukakan hujah-hujah  potensi anak muda dalam dunia politik serta kedudukan mereka pastinya topik debat  kali ini akan menarik lebih ramai golongan muda untuk sama turut serta.

“Debat memberikan peluang penonton menilai sendiri berasaskan hujah-hujah pendebat.

“Oleh demikian, golongan muda disaran membuka minda dan menilai sendiri hujah yang disampaikan,” katanya.

Nasrudin akan berganding dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada debat Sinar Harian kali ketiga yang bakal berlangsung Khamis ini.

Topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa – isu yang pastinya menjadi tumpuan kebanyakan pihak yang dekat dengan dunia politik.

Debat yang berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, juga dibawakan kepada penonton menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.

Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
PKR Kapar: Dun Sementa untuk Kak Wan
Wartawan Sinar Harian
17 Julai 2012
 Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob
Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob
KAPAR - PKR Cabang Kapar menyokong kuat hasrat Presiden parti itu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor dan sekali gus menawarkan beliau untuk bertanding di kerusi Dun Sementa bagi mengembalikan semula keyakinan pengundi di sini kepada PKR.

Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob berkata, pihaknya amat berbesar hati sekiranya Wan Azizah menerima pelawaan untuk bertanding di Dun Sementa lebih-lebih lagi beliau merupakan bekas Ahli Parlimen dan juga Presiden parti yang pasti menerima sokongan kuat daripada rakyat Sementa.
“Kerusi Dun Sementa dianggap ‘panas’ ekoran calon PKR yang lalu melarikan diri pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
“Tindakan calon berkenaan menimbulkan gambaran buruk kepada parti hingga ramai pengundi di sini hilang keyakinan kepada PKR dan kami percaya jika beliau (Wan Azizah) dicalonkan untuk kerusi tersebut akan memberi keyakinan pada rakyat dan mendapat undi berganda di Sementa.
“Justeru itu, kami yakin jika Wan Azizah bertanding di kerusi Dun Sementa, keyakinan dan kepercayaan pengundi khususnya kepada PKR dapat dikembalikan sekali gus membersihkan nama parti yang tercalar sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, kehadiran Wan Azizah ke Dun Sementa untuk bertanding pasti menerima tamparan hebat kepada parti lawan.
“Pada masa itu, sentimen atau isu calon tempatan yang sering dimainkan oleh parti lawan tidak lagi penting. Apa yang mustahak adalah beliau sebagai Presiden parti pasti mendapat sokongan kuat daripada pengundi Sementa dan yang penting
PKR berjaya meraih kemenangan yang besar,” katanya.
Jika Wan Azizah bertanding di Dun Sementa, katanya, PKR Cabang Kapar akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan PKR pada PRU13 nanti.
Menerusi pengumuman yang dibuat Wan Azizah juga, Azizi berkata, ia memberi suntikan baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bagi mengekalkan kemenangan selain menambahkan kemenangan kepada kerusi yang sedia ada.

“Dalam keadaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno berhempas pulas untuk mengambil alih Selangor walau dengan apa cara sekalipun hingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya menjadi Pengerusi Umno Selangor,
ia memberi harapan baru kepada PR untuk terus kekal meraih kemenangan sekali gus terus mentadbir negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, kehadiran Wan Azizah ke Selangor juga bakal membawa pembaharuan dan menepis segala tohmahan serta dakwaan parti lawan terhadap Kerajaan Negeri.
“Lebih-lebih lagi Wan Azizah adalah seorang pemimpin dan juga individu yang bebas daripada sebarang skandal selain tiada masalah peribadi yang boleh dijadikan isu oleh parti lawan.

“Kami yakin keperibadian Wan Azizah yang bersih berjaya menggagalkan parti lawan untuk menyerang beliau daripada pelbagai sudut,” katanya.

Oleh itu, Azizi berkata, pihaknya dan Biro Politik PKR Cabang Kapar berharap supaya Wan Azizah bertanding di Dun Sementa sekali gus meranapkan impian Umno dan BN untuk meraih kemenangan pada PRU13 nanti serta merampas Selangor daripada PR.
PRU13: Najib bukan takut tapi perlu masa
G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH
17 Julai 2012
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menolak tanggapan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) takut untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekarang.

Katanya, pandangan bahawa Najib takut untuk menghadapi PRU13 hanya kerana ramalan dan spekulasi sesetengah pihak kononnya pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat meleset  tidak betul.

Selain itu kata beliau, Najib belum genap empat tahun menjadi Perdana Menteri.

Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 – 13 bulan selepas PRU12.

"Pada pandangan saya itu tak betul," kata beliau kepada Sinar Harian Online pada satu pertemuan baru-baru ini.

"Perdana Menteri belum adakan pilihan raya pada pandangan saya ialah kerana kita jangan lupa... perdana menteri yang lain (sebelum ini), pada tahun keempat (kepimpinan) bererti tahun keempatlah dia jadi Perdana Menteri, Perdana Menteri yang ini kalau tahun keempat (bermakna), dia baru tahun ketiga jadi Perdana Menteri.

"Oleh kerana itu mungkin dia rasa mungkin  banyak lagi perkara yang dia nak lakukan dan laksanakan lagi. Saya lebih berpandangan begitu... sebab itulah, sebab dia lewat setahun daripada penggal itu," katanya lagi.

Akhir Jun lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, 'ketakutan' Najib yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mursyidul Am Pas berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan PRU13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga Presiden Umno.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya.

Sehari sebelum komen Nik Aziz itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Najib menggunakan mandat penuh untuk menunaikan segala janji dan program.
Ahmad juga berkata, beliau berpandangan bahawa kemungkinan Najib, yang juga Presiden Umno, masih belum berpuas lagi untuk memberikan dasar-dasar dan juga perkara yang diperlukan oleh rakyat.

Tiada ulasan: