Sabtu, 14 Julai 2012

MENGHINA MUSUH...MENCERCA MUSUH...MENGECAM MUSUH...MENUDUH MUSUH DLL DENGAN APA CARA PUN...ITU BIASA...LUMRAH...KENAPA KITA TAK ADU KEPADA POLIS PALING BESAR....HAKIM PALING BESAR...PENGHUKUM PALING BESAR...PALING KUAT...MAHA BERKUASA IAITU ALLAH...BERDOA...BERMUNAJAT....MOHON BALAS SETIMPAL DENGAN KEJAHATANNYA...PERKARA INI HARUS DALAM SYARAK....UNTUK MAKBUL...KENA TAAT...TAQWA...IKHLAS...MERENDAH DIRI DENGAN PENUH MENGHARAP.....

GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum

Hazayani Zakaria, 14 Jul 2012


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.

"Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.
Terima kasih polis
Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

"Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.

"GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.

Tunggu campurtangan Agong

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.

"Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

"Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.

Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.

Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.

Tahniah! Mujahid kini bergelar Datuk

http://kerabubersuara.blogspot.com, 14 Jul 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguntFXQNtxZZLHw2U7mKPNNtb2UpBNk-RhDtviY6qSskBxxsAqIGCh8GvSLtXeRQRGD-gfxrRP6HbsGKQFbEBGSK3c1Tup6pXOAgGi9sXwbuoRKllTnAsyb7eCuEvtul6hYFvm0i01xkY/s200/mujahid+yusof+rawa.jpg
Mujahid


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof antara 1,138 yang tersenarai sebagai penerima anugerah kebesaran sempena hari jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Mujahid dianugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Mujahid yang kini merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dipilih menerima gelaran itu atas sumbangannya di peringkat antarabangsa seperti mewakili Malaysia ke Parlimen OIC serta mengetuai rombongan Sekretarian Muslim ASEAN (AMSEC) ke Afrika Selatan pada tahun 2001.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR merangkap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim turut dianugerah Pingat Jasa Masyarakat (PJM) yang membawa gelaran Datuk.

Difahamkan, tiada pemimpin DAP menerima anugerah kebesaran pada majlis penuh istiadat selama empat hari di Dewan Sri Pinang, George Town mulai hari ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mendahului senarai penerima anugerah kebesaran dengan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga yang lain menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala lapan orang menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Lima orang dianugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 64 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 33 Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 179 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 341 Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 333 Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 114 orang Pingat Bakti Setia (PBS).

Presiden PAS jumpa Ghanoushi, tahniah kejayaan An-Nahdah

Nazri Abdullah, 14 Jul 2012

(Presiden PAS berbincang dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi)

TUNISIA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam berada di Tunisia dalam rangka lawatan bertemu pimpinan tertinggi Parti An-Nahdah selepas parti Islam itu berjaya memenangi pilihan raya negara itu Oktober tahun lalu.

Dalam kesempatan itu, Tuan Guru Abdul Hadi telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi sekaligus menyampai ucapan tahniah daripada PAS di atas kemenangan parti itu.

Turut serta dalam pertemuan itu pemimpin Hizbullah, Palestin.

An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan.


(Ustaz Hadi menjadi tetamu dalam muktamar An-Nahdah)

Namun ia dinafikan dan An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara termasuk Dr Rashid Ganoushi sendiri.

Namun pada pilihan raya terbaru Oktober lalu, iaitu selepas berlakunya revolusi rakyat di negara iti, An-Nahdah telah telah mendapat majoriti kerusi dan memenangi pilihan raya tersebut.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Munsif Marzouki, pimpinan An-Nahdah dilantik Presiden Tunisia yang baru.

Kunjungan presiden semalam juga adalah bersempena dengan Muktamar kali ke-9 parti itu yang dibuat secara besar-besaran bermula semalam dan akan berakhir esok, 15 Julai.

Mengambil tema 'Masa Depan Kita Ditangan Kita', muktamar kali pertama diadakan secara terbuka itu turut disiar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan.

Muktamar tersebut juga turut menyaksikan kehadiran pemimpin gerakan Islam dari seluruh negara termasuk Ikwan Muslimin Mesir, Hamas Palestin dan Hizbullah.

Nyata pendirian isu Syria

Dalam pertemuan dengan Rashid Ghanoushi dan pemimpin Hizbullah itu, Presiden PAS turut menyatakan pendirian PAS dan gerakan Islam lain terhadap politik Syria.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, PAS bersama dengan gerakan Islam lain menentang tindakan kejam regim Bashar Al-Assad terhadap rakyat dan pada masa sama juga menentang campurtangan kuasa barat di Syiria.

"Kita desak Iran dan Hizbullah menarik balik sokongan mereka sebelum ini terhadap Bashar.

"Dan PAS akan bersama-sama parti Islam lain akan berusaha bagi menyelesaikan masalah Syria tanpa campurtangan asing," katanya.

Sementara itu, hari ini pula Presiden PAS akan berada di Maghribi menjadi tetamu khas Perdana Menteri Abdul Ilah Kiran, juga bersempena Muktamar Parti Islam Keadilan dan Pembangunan di sini.

Polis iring Himpunan Oren serah memo

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:26PM Jul 14 2012
Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
himpunan oren marchKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
crowd at anti-felda fgv march pasPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1.
Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan berhampiran persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.

Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu.""

Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.

mazlan aliman anti-felda fgv march"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH (Felda Global Ventures Holdings Berhad), kita tetap lawan habis-habisan," katanya.

Katanya, perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."

Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu, katanya.
mohamad sabu tuan ibrahim himpunan oren
Selain itu, barisan peguam sedang membuat penelitian di peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan, tambah Mazlan.

Bahkan, katanya lagi, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas didakwanya dipaksa membeli saham untuk dilaburkan di FGVH.

Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ pula turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat didakwa "hilang kepercayaan" kepadanya.

"KitaNONE minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.

crowd at anti-felda fgv march pas 2Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini serta pihak Istana yang sudi menerima memorandum tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.
NONEKatanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.

"Mereka berjalan dengan aman sepanjang perjalanan dan semasa tempoh berada di kawasan ini, peserta tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

"Pihak polis berjaya mengawal selia himpunan ini untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Memorandum garis lima perkara

Ditanya berhubung terdapat peserta membawa kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun ke bawah seperti yang dilarang bawah Akta Perhimpunan Aman, Zakaria berkata: "Kita akan tengok... (Tindakan) kita akan tentukan kemudian," katanya.
Gerakan Selamatkan Felda yang menganjurkan perhimpunan hari ini menggariskan lima perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong, antaranya:
  • Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka.
  • Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960
  • Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.
"Sudilah kiranya, Tuanku meneliti aduan dan fakta yang kami berikan dan belas kasihan rakyat jelata yang tertindas ini, mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku," memorandum itu dipetik.
Raja Nong Chik pula dakwa M'kini putar kenyataan

  • Ahmad Fadli KC
  • 5:44PM Jul 14 2012
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin hari ini mendakwa portal Malaysiakini memutarbelit satu kenyataan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sehingga menunjukkan BN seolah-olah mempengaruhi pilihan raya.

Raja Nong Chik (foto kanan) merujuk laporan yang memetik kenyataan Nurul Izzah berhubung ramalan seorang bekas pegawai pilihan raya mengenai peluang MP itu untuk memenangi pilihan raya akan datang.

NONEDalam ucapannya hari ini, Senator BN itu mengulas mengenai pegawai pilihan raya yang dibangkitkan Nurul Izzah kelmarin.

"Saya diberitahu ada wakil Malaysiakini di sini. Saya terkejut baca Malaysiakini semalam, seorang RO (pegawai pilihan raya) di Lembah Pantai dikatakan memberi kata-kata yang tidak memberangsangkan kepada beliau (Nurul Izzah) sebagai ahli parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupnya di forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, beliau sebelum ini tidak mengetahui pegawai pilihan raya yang tidak dinamakan Nurul Izzah itu kerana beliau hanya pemimpin di peringkat cawangan Umno pada 2008.

"Saya pun tanyalah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) siapa RO (pegawai pilihan raya) itu. Barulah saya tahu bahawa dia seorang yang baru dilantik timbalan ketua pengarah.

Katanya, pegawai pilihan raya itu mungkin memberitahu Nurul Izzah secara ikhlas bahawa MP itu mungkin sukar untuk mengekalkan kawasan Lembah Pantai.

NONE"Tapi bila di-spin (diputar) di alam maya seolah-olah ayat dia menunjukkan kerajaan BN cuba mempengaruhi jentera pilihan raya yang saya pun tak tahu (sama ada) dia (RO berkenaan) terlibat.

"Sekarang ini mungkin dia tak terlibat (dengan SPR) saya pun tak tahu," kata Raja Nong Chik dalam ucapan penutup konvensyen berkenaan hari ini.

Sejurus selepas ucapan itu, pengarah sekretariat konvensyen, Mohammad Rafi Awang Kechik naik ke pentas dan menghalang wartawan Malaysiakini daripada terus membuat liputan.

"Mana wartawan Malaysiakini di sini? Biadap tak tahu malu orang dah bagi masuk dan bagi makan..keluar dari sini," katanya dengan keras dan lantang.
Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan penyiaran laporan  Malaysiakini yang melaporkan ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Mohd Zaini Hassan pada sebelah pagi konvensyen itu.

Malaysiakini dalam laporan itu memetik saranan Zaini (foto kiri) supaya pengamal media sosial memutar fakta dalam tulisan mereka.
Polis awasi Himpunan Hijau di Putrajaya
8:13PM Jul 14 2012
Polis akan mengeluarkan saman terhadap peserta konvoi Himpunan Hijau PAS ke Putrajaya yang didapati melanggar peraturan jalan raya termasuk menghalang lalu-lintas serta melanggar lampu isyarat semasa menyertai program itu, di Putrajaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu berkenaan akan dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jalan-jalan yang dilalui peserta konvoi itu.

"Kita dapati ada peserta konvoi yang melanggar peraturan jadi surat saman akan dikeluarkan selepas kita meneliti CCTV," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Konvoi yang disertai kira-kira 500 peserta termasuk kanak-kanak itu mula berhimpun di Taman Seri Empangan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, seawal jam 9 pagi.

Mereka kemudian bergerak menaiki motosikal dan kereta ke beberapa lokasi untuk menyampaikan ceramah politik dan mengedarkan risalah kepada orang ramai, termasuk di Pusat Kejiranan Presint 9.

Abdul Razak berkata seramai 100 anggota polis ditugaskan mengawal perhimpunan dan konvoi itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

- Bernama
Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis
6:31PM Jul 14 2012
Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di Johor Bahru.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

- Bernama
Pemuda PAS berang dengan karikatur 'lanun'

  • Nigel Aw
  • 8:04PM Jul 14 2012
Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan satu buku karikatur yang menjadikan Pakatan Rakyat dan gabungan BERSIH 2.0 sebagai sasaran.

pas ambiga pirate comic bookKarikatur dalam buku berkenaan antara lainnya menggambarkan pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian seperti lanun.

Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur, perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna kuning.

"Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan yang menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah.

"Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Tiada ulasan: