Rabu, 4 Julai 2012

Jauharatul Kamal..ATAS PERMITAAN SAHABAT...SAYA PUN KURANG ARIF SELAWAT NI



Selawat JauharatulKamal & Keutamaannya

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ وَالْيَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ الْحَائِطَةِ بِمَرْكَزِ الْفُهُوْمِ وَالْمَعَانِى وَنُوْر ِاْلاَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيِّ صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُوَنِ اْلأَرْبَاحِ اْلمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّضٍ مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلمَكاَنِى اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ اْلمَعَارْفِ اْلأَقْوَمِ صِرَاطِكَ التَّآمِّ اْلاَسْقَمِ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَمِ إِفَاضَتِكَ مِنْكَ اِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ اْلمُطَلْسَمِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَعَلى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ.

“Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat.
Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna.
Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih.
Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.”

KEUTAMAAN :
Selawat Jauharatul Kamal adalah salah satu selawat yang diajarkan langsung oleh Sayyidul Wujud Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallamkepada Sayyidi Syeikh Ahmad At-Tijany dalam keadaan sedar / jaga (bukan mimpi).
Antara keutamaannya ialah :
i. Satu (1) kali Selawat Jauharat al-Kamal menyamai tasbih seluruh alam sebanyak tiga (3) kali.
ii. Jika dibaca sebanyak tujuh (7) kali setiap hari dengan istiqamah, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam cinta kepada orang tersebut dengan cinta dan perhatian yang khusus.
iii. Jika dibaca tujuh (7) kali sebelum tidur dengan istiqamah, akan bermimpi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallamdengan syarat ketika akan tidur harus punyai wudhu’ serta pakaian dan tempat yang bersih.
iv. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat yang empat (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aliradhiyallahu 'anhum) serta Syeikh Ahmad at-Tijani hadir pada bacaan ke tujuh (7) dan terus-menerus mendampinginya sehinggalah ia berhenti membacanya.
v. Jika dibaca dua belas (12) kali kemudian mengucapkan:
"Hadzihi hadiyyatun minni ilaika ya Rasullalloh."Ertinya: "Ini adalah hadiah dariku kepadamu wahai Rasullullah..." Maka mendapat keutamaan sebagaimana ziarah kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan para Auliya’ serta Solehin dari zaman awwalul wujud sampai waktu dibaca Selawat Jauharat al-Kamal.
vi. Jika mengalami masalah yang besar atau kesulitan yang teramat sangat, bacalah Selawat Jauharat al-Kamal sebanyak tujuh puluh (70) kali, maka Allah akan melepas kesusahan itu secepatnya.
vii. Dan banyak lagi yang tidak mampu dijelaskan di sini keutamaannya yang mana fadhilatnya hanya dapat dirasakan oleh para pengamalnya yang istiqamah.
**PERINGATAN :
Pengamalan Selawat ini tanpa penerimaan talqin daripada Muqaddam at-Tijany adalah melanggar Hak Shahib at-Thariqah dan ia dianggap sebagai tidak sah serta terputus silsilahnya dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.
~~ Saya mendapat izin dari Sayyidi As-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi untuk membacanya 12x sehari dengan niat untuk dihadiahkan pada Rasulullah S.a.w..Semoga diizinkan ketemu dengan Baginda samaada di alam ruh/mimpi semasa hayat ataupun di alam akhirat yg kekal abadie selamanya.. ~~

Sholawat Jauharatul Kamal

Artinya
Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat. Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna. Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih. Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.

Bacaan Jauharatul Kamal ini memiliki keutamaan yang sangat banyak. Silahkan mencari ijazah dari guru yang memiliki ijazah untuk mengamalkanya.


اَللَّهُمَّ وَسَلِّمْ صَلِّ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ
    1. Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas hakikat rahmat rabbaniyyah

وَالْيَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ الْحَائِطَةِ
    1. Iaitu ilmu permata yang meliputi keseluruhan hakikat

بِمَرْكَزِ الْفُهُوْمِ وَالْمَعَانِى
    1. Yang menjadi pusat segala kefahaman dan ma’na

وَنُوْر ِاْلاَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيِّ
    1. Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity)

صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى
    1. Ia adalah tuan empunya bagi haq (kerja-kerja) rabbani (divinity)

اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُوَنِ اْلأَرْبَاحِ اْلمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّضٍ
    1. Ia bagaikan kilat yang terpancar seperti turunnya hujan yang mengalir memenuhi setiap ruang yang menghadapnya

مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى
    1. Sehingga memenuhi segala lautan ruang dan masa

وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلمَكاَنِى
    1. Nur Engkau yang bersinar terang terpancar meliputi seluruh makhluk dan memenuhi segenap tempat

اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ اْلمَعَارْفِ اْلأَقْوَمِ
    1. Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas punca bagi hakikat dan haq, yang mana terpancar daripadanya kemuncak hakikat-hakikat arasy iaitu zat makrifat yang paling kukuh (refer Al-Isra’ – 9)

صِرَاطِكَ التَّآمِّ اْلاَسْقَمِ
    1. Iaitu Sirat Engkau yang paling sempurna dan paling istiqamah

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَمِ
    1. Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan mazhar (tempat zahir) haq dengan haq yang merupakan sumber gedung haqiqat yang agung

إِفَاضَتِكَ مِنْكَ اِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ اْلمُطَلْسَمِ
    1. Tempat datangnya limpahan nur kasih yang meliputi gedung rahsia daripada Engkau kepada Engkau

صَلَّى الله عَلَيْهِ وَعَلى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ.
    1. Selawat dan salam ke atas Nabi dan ahli keluarganya yang mana dengan Selawat itu kami dapat mengenal dengannya akan Nabi SAW.

Tiada ulasan: