Siasah Tidak Lagi Milik Saya...
| http://msomelayu.blogspot.com, | 04 Jul 2012 |
Lukisan Rasa
Hari ini 15 Syaaban 1433 saya tidak membuat apa-apa posting atau catatan kerana agak sibuk sedikit. Sibuk jiwa! Hari ini pagi-pagi lagi saya ke pejabat Siasah di Taman Tun Dr Ismail bagi menghadiri majlis khas yang dibuat untuk saya oleh kakitangan pejabat akhbar Siasah, iaini perpisahan saya dengan Siasah secara rasmi.
![]() |
| Menerima cenderamata dari Siasah Sdn Bhd. |
Dalam pada itu ada juga yang cengeng dengan saya kerana tidak dapat menerima tabloid kesayangan mereka itu berubah 'perangai' secara mendadak. Kritikan atau pun sapaan menerusi SMS dan email ada yang lebih dahsyat dari itu. Tetapi semua itu saya tidak peduli kerana HANYA KITA MEMAHAMI DIRI KITA. Yang baik hati dan memahami tidak membuka mulut untuk bertanya mengenai nasib Siasah kerana mereka mungkin tahu kekok untuk saya menjawabnya. Mereka yang pernah terlibat dengan dunia penerbitan (akhbar) lagi arif akan suka dukanya menerbit sebuah surat khabar yang bermodalkan air liur, semangat dan bakat semata-mata.
Hari ini memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai Siasah dan kedudukan saya atau kaitan dengannya. Semoga dengan penjelasan ini pembaca Siasah yang berada dalam keadaan kelu, sedih dan geram akan dapat membuat konklusi sendiri, apa sudah berlaku. Mereka yang pelik, 'terkejut beruk' melihat Siasah kini juga akan dapat membuat penilaian dan menjawab sendiri dengan penjelasan ringkas ini.
Saya sebenarnya tidak bertanggungjawab ke atas Siasah sejak Novermber 2011 lagi. Tepatnya selepas bermulanya isu Bersih 2.0 saya tidak lagi berkarya dan berjihad di dalam Siasah. Saya tidak mentalaqkan Siasah tetapi saya mufarakah darinya. Isu mengenai ulasan mengenai Bersih 2.0 itu adalah isu terakhir ia di bawah tangan saya. Selepas itu Siasah juga dihentikan penerbitan sehinggalah ia menjelma kembali selepas enam bulan kemudian dengan wajah dan kandungan yang ada hari ini.
Tetapi disebabkan orang melihat Siasah itu Sayuti, dan Sayuti itu Siasah ia terus dikaitkan dengan saya. Tidak boleh tidak kerana Siasah itu adalah milik saya (permitnya). Saya diajukan berbagai persoalan dan pertanyaan apakah saya masih bertanggungjawab terhadap Siasah. Mereka bertanya kerana persembahan Siasah bukan dari citarasa, laras atau aspirasi perjuangan saya selama mereka mengenali saya. Siasah bukan lagi Bebas Berwibawa tetapi terkongkong hilang wibawa. Itu yang mereka rasa.
Mereka yang serasi dengan Siasah terdahulu yang kritikal dan pro pembangkang marah dan murih kepada saya dengan apa yang berlaku. Pelbagai tohmahan tersebar termasuk dalam media maya. Itu hak kepada sesiapa untuk berbuat demikian. Tidak perlu untuk saya menjelaskan semua itu, atau kenapa berlaku demikian kerana ia tidak mudah untuk diterima dan difahami apa juga alasan dan jawaban. Ada kalanya persepsi mengatasi realiti. Dalam hal ini bagi saya Tuhan tidak marah atas apa yang kita lakukan kerana Tuhan lebih baik daripada hambanya.
Dalam penjelasan ini juga saya tidak mahu memberi alasan untuk mereka yang minat kepada Siasah dulu dapat menerima apa yang diucapkan ini. Cukup kalau saya katakan begini, berat mata memadang, berat lagi bahu memikul. Kalau anda menangis dengan nasib dialami Siasah saya pula sudah ketiadaan air mata untuk menyedihinya. Dalam hal ini saya bukan sahaja memikul tetapi melahir dan membesarkan Siasah sehingganya ia diterliuri oleh orang untuk meminangnya ia setelah ia besar tentulah lebih emosi mengenai Siasah.
Sesiapa tidak puas hati boleh berjumpa dengan saya secara baik berdepanan. Bukan niat saya di sini untuk menulis dan mencatat salah sesiapa dalam hal ini ...kerana betapa pun saya menjelaskan semua itu akhirnya kesalahan akan dipulangkan juga ke atas batu jemala saya kerana saya tuan punya asalnya yang bertanggungjawab dan berkuasa memutuskan apa-apa mengenai.
Jadi hari ini sukacita saya jelasnya bahawa "Sayuti" tidak ada kena mengena lagi dengan Siasah. Sayuti telah melepaskan segala kepentingannya di dalam Siasah sama ada sebagai pekerja tuan punya atau apa-apa. Yang akan dipunyai Sayuti hanyalah kenangan dan kenangan.
Kenapa saya berbuat begitu, rasanya tidak perlu dinyatakan kerana pembaca yang bijaksana dan arifillah serta menjejaki perjuangan saya selama ini (berpuluh tahun lalu) mengetahuinya di mana saya sebenarnya. Kepada mereka yang mengirimkan salam; "saya tak beli Siasah lagi", saya tidak terasa hati kerana saya juga tidak menyentuh Siasah sejak saya melepaskan tanggungjawab editorialnya.
![]() |
| Bergambar kenangan bersama staaf Siasah. |
Tidak pernah terlupa sekelumit waktu jua ialah kepada pembaca Siasah dari awal hingga akhir khasnya di era saya dan Ahmad Lutfi Othman serta Zulkifli Sulong menjadi Pengarangnya. Sokongan anda itulah yang meletakan kami (saya) di atas tanah juang ini. Bagaimana tentang saya, tentang saya tidak perlu dirisaukan sebab saya berjuang menerusi pena ini lama sebelum wujudnya Siasah. InsyaAllah... Allah akan membuka thariq buat saya selagi saya yakin dengan-Nya. [wm.kl.9:38 pm 04/07/12]

SSM datang semula siasat kewangan Suaram
Pegawai
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) datang semula ke pejabat pertubuhan
hak asasi manusia, Suaram petang tadi untuk menyiasat maklumat kewangan
berhubung NGO yang didaftarkan sebagai entiti korporat NGO itu.Menurut Twitter NGO berkenaan, SSM meminta perkara berikut:(1) Dokumen Kewangan bagi tahun 2008-2011;
(2) Dokumen sokongan berkaitan perolehan dan pendapatan lain termasuk penyata bank tahun 2008-2011;
(3) Dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011;
(4) Senarai terperinci perbelanjaan pentadbiran bagi tahun kewangan 2008-2011; dan
(5) Maklumat terperinci mengenai aktiviti syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011.
Pegawai
SSM menyerahkan tiga notis, masing-masing kepada Suara Inisiatif Sdn
Bhd (badan korporat Suaram) dan dua orang pengarahnya.Ia dikeluarkan mengikut Seksyen 7(b) (2) Akta Syarikat 1965 yang memerlukan pegawai Suaram mengemukakan dokumen-dokumen tersebut ke pejabat SSM di KL Sentral pada hari Isnin minggu depan.
Pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa NGO pro-BN tampil mempersoalkan mengapa Suaram, sebuah NGO hak asasi manusia, didaftarkan sebagai sebuah entiti korporat dengan SSM.
Mereka juga mempersoalkan hampir RM1 juta yang dicatatkan sebagai pendapatan syarikat itu dari 2008 hingga 2011.

Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup
menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.
"Mungkin
Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral
dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua
(kiri).Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.
Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.
Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".
Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.
Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.
Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.
"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.

MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra
Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau
berada di dalam pejabatnya.
Bercakap
dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid
dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya
supaya orang ramai dapat tengok".
"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.
"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.
Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya.
Penulis blog itu mendakwa pihak yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid.
Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya.
Bercakap
dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid
dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya
supaya orang ramai dapat tengok"."Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.
"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.
Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya.
Penulis blog itu mendakwa pihak yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid.
Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya.
Debat ke-2 Guan Eng-Soi Lek fokus isu dasar
Debat
kedua antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Presiden MCA
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menumpukan kepada persoalan dasar
kedua-dua parti itu.
Dijadualkan berlangsung pada 8 Julai, debat itu dianjurkan badan pemikir Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) dengan tajuk "DAP dan MCA: Polisi siapakah yang lebih membawa manfaat kepada masyarakat".
"Topik perdebatan pada bulan Februari bersifat sangat politikal. Kali ini, ia lebih berfokus kepada polisi.
"ASLI berharap debat kali ini mampu membawa politik Malaysia ke tahap lebih tinggi dan bukan hanya bercakap tentang emosi," kata Naib Presiden ASLI, Ng Yeen Seen (atas) dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Debat pertama antara dua pemimpin itu diadakan menggunakan bahasa Mandarin pada bulan Februari lalu dan berkisar sekitar politik bangsa Tionghua di Malaysia.
Debat kali ini pula akan berlangsung dalam bahasa Inggeris dan akan berkisar sekitar tujuh perkara - dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.
Tiada siaran langsung
Menurut Yeen Sen lagi, debat itu akan turut menampilkan tiga panelis yang akan bertanyakan soalan kepada pendebat.
Mereka adalah Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung; Pengarang Roketkini, Wan Hamidi Hamid; Ketua Pusat Pengajian Sains Sosial dari Universiti Monash, Professor James Chin yang mewakili ASLI sebagai panelis bebas.
Sementara itu, Bernama melaporkan
Ng berkata tiada siaran langsung semasa debat antara Chua dan bagi
mengelakkan keadaan huru-hara dan sebagai menghormati masa untuk
keluarga berkumpul pada Ahad.
Katanya, debat itu akan dirakamkan dan dimuat naik ke Internet (YouTube) kira-kira 10 minit selepas ia bermula.
"Saya juga difahamkan debat itu akan disiarkan secara siaran tertunda di saluran Astro AEC, dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Awani pada hari yang sama kira-kira jam 11 malam," katanya.
Debat dua jam yang akan berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre di Petaling Jaya.
Dijadualkan berlangsung pada 8 Julai, debat itu dianjurkan badan pemikir Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) dengan tajuk "DAP dan MCA: Polisi siapakah yang lebih membawa manfaat kepada masyarakat".
"Topik perdebatan pada bulan Februari bersifat sangat politikal. Kali ini, ia lebih berfokus kepada polisi."ASLI berharap debat kali ini mampu membawa politik Malaysia ke tahap lebih tinggi dan bukan hanya bercakap tentang emosi," kata Naib Presiden ASLI, Ng Yeen Seen (atas) dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Debat pertama antara dua pemimpin itu diadakan menggunakan bahasa Mandarin pada bulan Februari lalu dan berkisar sekitar politik bangsa Tionghua di Malaysia.
Debat kali ini pula akan berlangsung dalam bahasa Inggeris dan akan berkisar sekitar tujuh perkara - dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.
Tiada siaran langsung
Menurut Yeen Sen lagi, debat itu akan turut menampilkan tiga panelis yang akan bertanyakan soalan kepada pendebat.
Mereka adalah Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung; Pengarang Roketkini, Wan Hamidi Hamid; Ketua Pusat Pengajian Sains Sosial dari Universiti Monash, Professor James Chin yang mewakili ASLI sebagai panelis bebas.
Sementara itu, Bernama melaporkan
Ng berkata tiada siaran langsung semasa debat antara Chua dan bagi
mengelakkan keadaan huru-hara dan sebagai menghormati masa untuk
keluarga berkumpul pada Ahad.Katanya, debat itu akan dirakamkan dan dimuat naik ke Internet (YouTube) kira-kira 10 minit selepas ia bermula.
"Saya juga difahamkan debat itu akan disiarkan secara siaran tertunda di saluran Astro AEC, dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Awani pada hari yang sama kira-kira jam 11 malam," katanya.
Debat dua jam yang akan berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre di Petaling Jaya.
Azizan: Rektor KUIN tak perlu letak jawatan
Rektor
Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Prof Datuk Dr Jamil Osman tidak perlu
meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah, kata
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya kata beliau, isu yang timbul sengaja dibangkit memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja.
"Kuin
ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya
ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di Alor Setar
hari ini.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja KUIN semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.
Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.
"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebab nak buat perkembangan di Kuin," katanya.
Ditanya sama ada kumpulan yang membuat protes terbabit akan dikenakan tindakan disiplin, Azizan berkata mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sementara itu, Jamil yang ditemui pada majlis berasingan turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur selagi tidak diminta berbuat demikian oleh menteri besar.
"Kalau
MB (menteri besar) nasihat saya suruh letak jawatan, hari ini juga saya
akan letak jawatan," katanya menambah pelantikan beliau pada 2008 itu
dibuat Azizan selaku pengerusi lembaga pengarah Kuin.
Jamil yang juga anggota lembaga pengarah kolej, berkata semua keputusan yang dibuat oleh Kuin adalah keputusan lembaga pengarah dan bukan daripada beliau sendiri.
Mengenai dakwaan warga kerja Kuin bahawa memorandum yang diserah tidak dilayan, Jamil berkata beliau berkata telah mengambil perhatian mengenai isu itu dan telah memaklumkan kepada Azizan.
Semalam, kira-kira 200 warga kerja Kuin mengadakan bantahan aman 'Himpunan Aman Bersih 2.0' di hadapan pejabat rektor bagi mendesak Jamil meletak jawatan susulan kegagalan beliau menyelesaikan pelbagai isu membabitkan warga kerja kolej itu.
-Bernama
Sebaliknya kata beliau, isu yang timbul sengaja dibangkit memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja.
"Kuin
ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya
ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di Alor Setar
hari ini.Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja KUIN semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.
Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.
"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebab nak buat perkembangan di Kuin," katanya.
Ditanya sama ada kumpulan yang membuat protes terbabit akan dikenakan tindakan disiplin, Azizan berkata mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sementara itu, Jamil yang ditemui pada majlis berasingan turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur selagi tidak diminta berbuat demikian oleh menteri besar.
"Kalau
MB (menteri besar) nasihat saya suruh letak jawatan, hari ini juga saya
akan letak jawatan," katanya menambah pelantikan beliau pada 2008 itu
dibuat Azizan selaku pengerusi lembaga pengarah Kuin.Jamil yang juga anggota lembaga pengarah kolej, berkata semua keputusan yang dibuat oleh Kuin adalah keputusan lembaga pengarah dan bukan daripada beliau sendiri.
Mengenai dakwaan warga kerja Kuin bahawa memorandum yang diserah tidak dilayan, Jamil berkata beliau berkata telah mengambil perhatian mengenai isu itu dan telah memaklumkan kepada Azizan.
Semalam, kira-kira 200 warga kerja Kuin mengadakan bantahan aman 'Himpunan Aman Bersih 2.0' di hadapan pejabat rektor bagi mendesak Jamil meletak jawatan susulan kegagalan beliau menyelesaikan pelbagai isu membabitkan warga kerja kolej itu.
-Bernama

BN: Lepas 2 tahun, mana kertas putih Talam?
BN
Selangor mempersoalkan kenapa 'kertas putih' berhubung pembelian hutang
Talam Corporation Berhad yang dijanjikan Menteri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim dua tahun lalu masih belum dibentangkan hingga ke hari ini.
"Hampir dua tahun berlalu, sehingga kini tiada sebarang kertas putih atau laporan yang dikeluarkan oleh menteri besar Selangor.
"Adakah ini hanya janji kosong atau menteri besar takut untuk dedahkan perkara sebenarnya? Kenapa Khalid masih belum kotakan janji dia?" kata Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam sidang media di pejabat Umno Selangor di Shah Alam petang ini.
Sehubungan itu, Mohd Zin menyifatkan perkara itu sebagai janji kosong.
Katanya, Khalid pada tahun 2009 telah mendapatkan belanjawan tambahan dalam sidang DUN bagi pembelian hutang Talam.
Malah, tambahnya, Khalid juga berjanji akan mengeluarkan kertas putih mengenai hutang tersebut pada penghujung 2010.
"Sehingga sekarang kita tak tengok sama ada kertas putih atau kertas hitam. Dia cakap dalam Dewan Undangan Negeri. Dah dua tahun dah. Apa yang susahnya.
"Inilah yang dikatakan janji yang tak ditepati," katanya.
Akan lapor polis, SPRM, SSM
Semalam juga, Khalid berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas putih bagi menerangkan penyusunan semula hutang TALAM sebagai lampiran Bajet 2013.
Khalid berkata, kertas putih ini akan dijadikan salah satu laporan dalam Bajet 2013 untuk memudahkan orang ramai meneliti penyusunan hutang Talam.
Mengenai dakwaan
MCA berhubung isu tersebut, Mohd Zin berkata, pihaknya akan membuat
laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dalam waktu terdekat.
Langkah itu, jelasnya, perlu bagi memastikan agar pihak yang melakukan penyelewengan melibatkan wang rakyat disiasat.
"Kita akan buat laporan polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dalam masa terdekat. Persoalannya, kenapa wang kerajaan negeri digunakan untuk membeli hutang TALAM? Adakah pembelian hutang ini ada tujuan lain yang cuba disembunyikan?" soalnya.
Transaksi meragukan
Justeru, Mohd Zin menggesa agar Khalid menjawab segala persoalan yang diutarakan dengan menyediakan laporan terperinci serta menyatakan status pembangunan yang dilakukan bagi setiap tanah atau aset yang dibeli.
Tambahnya, Khalid (kiri) juga perlu memberitahu bagaimana proses rundingan pembelian tanah dan aset dilakukan.
"Bagaimana proses rundingan pembelian tanah dan aset yang terlibat? Kerana rakyat perlu tahu harga tawaran dan bagaimana persetujuan dicapai.
"Gesaan ini perlu dijawab dengan terperinci kerana transaksi ini begitu meragukan," katanya.
Sementara itu, Khalid hari ini dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Talam.
Sehubungan itu, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.
"Hampir dua tahun berlalu, sehingga kini tiada sebarang kertas putih atau laporan yang dikeluarkan oleh menteri besar Selangor."Adakah ini hanya janji kosong atau menteri besar takut untuk dedahkan perkara sebenarnya? Kenapa Khalid masih belum kotakan janji dia?" kata Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam sidang media di pejabat Umno Selangor di Shah Alam petang ini.
Sehubungan itu, Mohd Zin menyifatkan perkara itu sebagai janji kosong.
Katanya, Khalid pada tahun 2009 telah mendapatkan belanjawan tambahan dalam sidang DUN bagi pembelian hutang Talam.
Malah, tambahnya, Khalid juga berjanji akan mengeluarkan kertas putih mengenai hutang tersebut pada penghujung 2010.
"Sehingga sekarang kita tak tengok sama ada kertas putih atau kertas hitam. Dia cakap dalam Dewan Undangan Negeri. Dah dua tahun dah. Apa yang susahnya.
"Inilah yang dikatakan janji yang tak ditepati," katanya.
Akan lapor polis, SPRM, SSM
Semalam juga, Khalid berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas putih bagi menerangkan penyusunan semula hutang TALAM sebagai lampiran Bajet 2013.
Khalid berkata, kertas putih ini akan dijadikan salah satu laporan dalam Bajet 2013 untuk memudahkan orang ramai meneliti penyusunan hutang Talam.
Mengenai dakwaan
MCA berhubung isu tersebut, Mohd Zin berkata, pihaknya akan membuat
laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dalam waktu terdekat.Langkah itu, jelasnya, perlu bagi memastikan agar pihak yang melakukan penyelewengan melibatkan wang rakyat disiasat.
"Kita akan buat laporan polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dalam masa terdekat. Persoalannya, kenapa wang kerajaan negeri digunakan untuk membeli hutang TALAM? Adakah pembelian hutang ini ada tujuan lain yang cuba disembunyikan?" soalnya.
Transaksi meragukan
Justeru, Mohd Zin menggesa agar Khalid menjawab segala persoalan yang diutarakan dengan menyediakan laporan terperinci serta menyatakan status pembangunan yang dilakukan bagi setiap tanah atau aset yang dibeli.
Tambahnya, Khalid (kiri) juga perlu memberitahu bagaimana proses rundingan pembelian tanah dan aset dilakukan."Bagaimana proses rundingan pembelian tanah dan aset yang terlibat? Kerana rakyat perlu tahu harga tawaran dan bagaimana persetujuan dicapai.
"Gesaan ini perlu dijawab dengan terperinci kerana transaksi ini begitu meragukan," katanya.
Sementara itu, Khalid hari ini dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Talam.
Sehubungan itu, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.

K'jaan Selangor akan saman MCA dalam isu Talam
Kerajaan
Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA
dan pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Talam
Corporation Bhd, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Keputusan
mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan
sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik
kerajaan Selangor," kata menteri besar (kanan, bertali leher).
Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.
MCA
semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih
RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan
rumit.
Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong (gambar atas, kiri sekali) mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.
Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini.
Dua
tahun lalu, ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock dipecat selepas
didakwa mengeluarkan sokongan bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.
Ketika Tan Sri Khalid Ibrahim ditanya mengapa kerajaan negeri mengambil sikap yang berbeza dalam isu melibatkan Faekah, Ronnie Liew yang berada di sisinya mencelah:
"Ini isu yang berbeza".
Manakala Khalid pula menyambung: "Sebab itu saya tidak mahu mengulas perkara ini.
"Ya (isu yang berbeza)... Sama ada iya atau tidak, surat itu adalah surat sokongan, ia juga merupakan isu yang lain. Ia akan dibincangkan."
Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam.
"Kita
persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya
diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali
untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan
akhbar itu.
Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.
Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Sambil menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan bekas kakitangan serta menafikan Betty menyerangnya, Lim berkata, dakwaan itu hasil daripada pembunuhan watak oleh BN dan MCA.
"Biar
saya dan isteri buktikan di mahkamah bahawa MCA menipu, bahawa Lim Guan
Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," kata Lim, merujuk kepada
hubungan sulit Chua pada Disember 2008.
Merujuk kepada dakwaan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Duyong Gan Tian Loo dalam dewan pada Isnin, Lim berkata ia menyalahguna kekebalan dewan.
Beliau mendakwa Gan, ketua MCA Melayu, untuk mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri boleh mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.
"Gan menyalahguna keistimewaan dan kekebalan dengan membuat dakwaan palsu berhubung skandal moral peribadi terhadap saya dan isteri," kata Lim, membaca kenyataan akhbar di Pulau Pinang hari ini.
"Keputusan
mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan
sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik
kerajaan Selangor," kata menteri besar (kanan, bertali leher).Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.
MCA
semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih
RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan
rumit.Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong (gambar atas, kiri sekali) mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.
Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini.

'Kes Faekah tak sama dengan ahli majlis Klang'
Kerajaan
Selangor mempertahankan setiausaha politik kepada menteri besar Faekah
Hussin yang diasak dalam isu pengeluaran surat sokongan, dengan
mengatakan ia berbeza sama sekali dengan peristiwa melibatkan seorang
ahli majlis Klang pada 2010.
Dua
tahun lalu, ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock dipecat selepas
didakwa mengeluarkan sokongan bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.Ketika Tan Sri Khalid Ibrahim ditanya mengapa kerajaan negeri mengambil sikap yang berbeza dalam isu melibatkan Faekah, Ronnie Liew yang berada di sisinya mencelah:
"Ini isu yang berbeza".
Manakala Khalid pula menyambung: "Sebab itu saya tidak mahu mengulas perkara ini.
"Ya (isu yang berbeza)... Sama ada iya atau tidak, surat itu adalah surat sokongan, ia juga merupakan isu yang lain. Ia akan dibincangkan."

Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin
bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas
Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam.
"Kita
persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya
diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali
untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan
akhbar itu.Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.
Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Penafian Guan Eng: Saya bukan Soi Lek
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya bersuara berhubung dakwaan isterinya Betty Chew menyerang bekas kakitangannya.Sambil menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan bekas kakitangan serta menafikan Betty menyerangnya, Lim berkata, dakwaan itu hasil daripada pembunuhan watak oleh BN dan MCA.
"Biar
saya dan isteri buktikan di mahkamah bahawa MCA menipu, bahawa Lim Guan
Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," kata Lim, merujuk kepada
hubungan sulit Chua pada Disember 2008.Merujuk kepada dakwaan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Duyong Gan Tian Loo dalam dewan pada Isnin, Lim berkata ia menyalahguna kekebalan dewan.
Beliau mendakwa Gan, ketua MCA Melayu, untuk mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri boleh mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.
"Gan menyalahguna keistimewaan dan kekebalan dengan membuat dakwaan palsu berhubung skandal moral peribadi terhadap saya dan isteri," kata Lim, membaca kenyataan akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Lima ADUN DAP digantung 6 bulan hadiri DUN Melaka
Lima
ADUN DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri
Melaka, selama enam bulan kerana mengingkari dan menimbulkan kekecohan
pada persidangan dewan hari ini.
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuatkuasa hari ini.
Ia
berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang
bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta
ADUN Duyung yang juga ahli exco kerajaan negeri, Datuk Gan Tian Loo
menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya.
Sejurus persidangan bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga hari ini, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Gan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.
"Atas kenyataan ADUN Duyung pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Gan) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Gan) menarik balik tuduhan itu," katanya.
Othman berkata beliau telah meneliti kenyataan Gan itu dan mengganggap ia sekadar pertanyaan Gan kepada Betty Chew sama ada mengenali individu itu.
"Ia bukan "statement" (pernyataan), ianya pertanyaan, jawapannya ya atau tidak, kenal atau tidak, ia bukan tuduhan. Kalau tidak...nafikan, tidak timbul fitnah," kata Othman kepada Betty Chew.
Betty Chew yang tidak berpuas hati dengan jawapan Othman, menempelak Speaker dengan berkata: "Malu ke atas awak (shame on you) Datuk Speaker,".
Sejurus selepas itu, dua ADUN DAP, Khoo dan Lim bangun sambil merentangkan kain pemidang tertulis perkataan dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris "Shame on you Gan Tian Loo".
Beberapa ADUN Barisan Nasional bangun mempertahankan Speaker dan berteriak "Shame on Betty" sambil berkata kain pemidang itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke dewan persidangan.
Kedua-dua pihak berbalas cakap sebelum Speaker meminta ADUN Ayer Keroh dan Bachang meninggalkan dewan kerana membawa sepanduk tetapi kedua-dua wakil DAP itu ingkar.
Sebaik dewan berhenti rehat dan bersidang semula pada pukul 10.10 pagi, ketua whip Datuk Yaakub Md Amin membacakan usul supaya kelima-lima ADUN DAP itu digantung enam bulan kerana mengingkari sidang dewan.
Othman selepas itu membuat keputusan menggantung kesemu ADUN DAP itu serta menangguhkan persidangan dewan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tindakan lima Adun DAP itu menunjukkan konspirasi wakil pembangkang untuk mengalihkan isu apabila terpalit ke atas mereka.
"Ini semua taktik kotor DAP yang tidak demokratik, malahan mereka bawa banner ke dalam dewan yang biasanya dilakukan semasa demonstrasi jalan raya. Ini cara mereka sehingga membawa sepanduk ke dalam sidang dewan," katanya yang kesal dengan cara dan tindakan pembangkang itu.
Othman ketika ditemui pemberita berkata penggantungan kelima-lima ADUN DAP itu mengikut Perkara 34.(1),(2),(3),(4) sebagaimana tatatertib dalam persidangan dewan.
"Mereka berlaku degil arahan supaya diminta keluar dewan tetapi tidak dipatuhi, tak mahu ikut peraturan, ingkar arahan speaker dan tidak menghormati persidangan dewan," kata Othman.
Semalam, sewaktu persidangan hari kedua, kelima-lima ADUN DAP itu bertindak keluar daripada persidangan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
- Bernama
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuatkuasa hari ini.
Ia
berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang
bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta
ADUN Duyung yang juga ahli exco kerajaan negeri, Datuk Gan Tian Loo
menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya.Sejurus persidangan bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga hari ini, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Gan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.
"Atas kenyataan ADUN Duyung pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Gan) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Gan) menarik balik tuduhan itu," katanya.
Othman berkata beliau telah meneliti kenyataan Gan itu dan mengganggap ia sekadar pertanyaan Gan kepada Betty Chew sama ada mengenali individu itu.
"Ia bukan "statement" (pernyataan), ianya pertanyaan, jawapannya ya atau tidak, kenal atau tidak, ia bukan tuduhan. Kalau tidak...nafikan, tidak timbul fitnah," kata Othman kepada Betty Chew.
Betty Chew yang tidak berpuas hati dengan jawapan Othman, menempelak Speaker dengan berkata: "Malu ke atas awak (shame on you) Datuk Speaker,".
Sejurus selepas itu, dua ADUN DAP, Khoo dan Lim bangun sambil merentangkan kain pemidang tertulis perkataan dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris "Shame on you Gan Tian Loo".
Beberapa ADUN Barisan Nasional bangun mempertahankan Speaker dan berteriak "Shame on Betty" sambil berkata kain pemidang itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke dewan persidangan.
Kedua-dua pihak berbalas cakap sebelum Speaker meminta ADUN Ayer Keroh dan Bachang meninggalkan dewan kerana membawa sepanduk tetapi kedua-dua wakil DAP itu ingkar.
Sebaik dewan berhenti rehat dan bersidang semula pada pukul 10.10 pagi, ketua whip Datuk Yaakub Md Amin membacakan usul supaya kelima-lima ADUN DAP itu digantung enam bulan kerana mengingkari sidang dewan.
Othman selepas itu membuat keputusan menggantung kesemu ADUN DAP itu serta menangguhkan persidangan dewan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tindakan lima Adun DAP itu menunjukkan konspirasi wakil pembangkang untuk mengalihkan isu apabila terpalit ke atas mereka.
"Ini semua taktik kotor DAP yang tidak demokratik, malahan mereka bawa banner ke dalam dewan yang biasanya dilakukan semasa demonstrasi jalan raya. Ini cara mereka sehingga membawa sepanduk ke dalam sidang dewan," katanya yang kesal dengan cara dan tindakan pembangkang itu.
Othman ketika ditemui pemberita berkata penggantungan kelima-lima ADUN DAP itu mengikut Perkara 34.(1),(2),(3),(4) sebagaimana tatatertib dalam persidangan dewan.
"Mereka berlaku degil arahan supaya diminta keluar dewan tetapi tidak dipatuhi, tak mahu ikut peraturan, ingkar arahan speaker dan tidak menghormati persidangan dewan," kata Othman.
Semalam, sewaktu persidangan hari kedua, kelima-lima ADUN DAP itu bertindak keluar daripada persidangan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
- Bernama

Berita bonus raya minimum RM500 palsu
Bernama tidak
mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi
bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua
penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata ketua
pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.
Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih.
"Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya.
"Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ia bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna," kata Yong.
Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan