Sabtu, 7 Julai 2012

AGAK2 SAPE SEBENARNYA...'HARAMJADAH' DAN 'MUKA TAK MALU'....CUBA KITA FIKIR2KAN

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

Muhammad Faizal, 07 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.

Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.

"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara.

"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).

Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.

Serang Pakatan


Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar) juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.

"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.

"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya.

Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran

http://www.myannur.com, 07 Jul 2012



Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.
















1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).

3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am [6]: 92).

4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad [90]: 1-2).

5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml [27]: 91).

6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin [95]: 1-3).

7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah [2]: 126).

Sumber :www.republika.co.id/

Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA esok

Harakahdaily, 07 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.

Sumber: http://persepsikitaberbeza.blogspot.com/2012/07/saya-akan-sertai-protes-menuntut.html

Peneroka: Dulu haramjadah kini muka tak malu

Khairil Abdul Rahim, 07 Jul 2012

Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," laungnya dalam nada menyindir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini semalam.

Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham.

Begitu jugalah dengan Pengerusi FGVH Datuk Sabri Ahmad. Barangkali Najib tidak sedar, peneroka-peneroka Umno juga turut mempersoalkan kenapa mereka diberi jumlah saham yang sangat kecil sehingga tidak padan untuk menjadi kaya raya sebagaimana diisytiharkan.

Sudahlah hanya diperuntukan tidak sampai satu lot (1,000 unit) saham bagi membolehkan mereka berjual beli, peneroka dipaksa pula berhutang dengan mengisi borang pinjaman yang tidak tahu berapa jumlahnya yang sebenar.

Sebaliknya Najib dengan bangganya pada majlis tersebut menguar-uarkan bahawa transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.

"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.

Najib bercakap besar dengan penyenaraian tersebut namun pada hakikatnya terpaksa menyandarkan ratusan ribu ekar Tanah Rizab Melayu yang dipajak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada FGVH. Jadi tidak boleh dipersalahkan kepada peneroka jika mereka menentang kerana apabila tanah-tanah milik Melayu tersebut diniagakan di pasaran saham, bermakna sesiapa sahaja boleh membelinya termasuk pemain-pemain saham luar.

Itupun, nasib baiklah FGVH gagal mengheret Koperasi Permodalan Felda (KPF) setelah dilakukan oleh injunksi oleh peneroka.

Sayugia diingat peneroka telah membangunkan tanah Felda daripada hutan belantara sejak setengah abad yang lalu dengan titisan keringat, darah dan air mata maka sudah tentu mereka tidak ingin hak mereka tergadai di depan mata.

Sebagai mana diketahui, tidak ada yang percuma bagi peneroka yang memasuki tanah rancangan. Baik tanah ladang mahupun rumah, baja dan racun, jalan ladang, pinjaman sara hidup hinggalah kepada kereta tolak dan sarung tangan, semuanya dikira hutang, dicaj dan dipotong melalui hasil yang dihantar ke kilang.

Mungkin ada pemimpin Umno yang mengungkit, jika tanpa tanah Felda 112,000 peneroka seluruh negara tidak bertanah. Namun semua itu didapati bukannya secara percuma. Malah hasil penat jerih komuniti tersebutlah Felda muncul menjadi estet terbesar di dunia dan mengaut hasil kedua terbesar untuk negara selepas Petronas.

Kenapa tidak mahu langsung mengiktiraf peranan peneroka?

Sebab itu apabila Najib mengumumkan pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang yang akan dibayar mulai esok, ia sebenarnya bukan duit poket pemimpin negara malah duit peneroka juga.

Bagi peneroka yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, jika benar-benar Felda mahu mengangkat martabat mereka sudah cukup dikembalikan wang kadar perahan gred (KPG) yang ditipu sejak tidak kurang 15 tahun yang lalu. Ini dibuktikan dengan saman peneroka seluruh negara terhadap Felda. Jumlahnya difahamkan menjangkau puluhan ribu ringgit seorang.

Peneroka juga tidak dikembalikan wang tabung tanam semula (TTS) yang dipotong sejak hampir 30 tahun yang jumlahnya tidak kurang daripada RM17,000 seorang. Malahan banyak lagi Felda ‘terhutang’ kepada peneroka.

Justeru jika benar-benar pemimpin negara mahu melihat martabat peneroka terangkat, generasi kedua dan ketiga Felda juga tidak boleh diabaikan. Bayangkan, masih ada warga Felda yang tinggal bersama sehingga tiga generasi dalam sebuah rumah.

Masalah sosial di kalangan warga Felda juga amat digeruni pada masa ini. Bayangkan, tidak ada satu tanah rancangan pun yang tidak dijangkiti masalah dadah. Semua orang tahu anak-anak peneroka yang berjaya berada di luar Felda maka tinggallah yang kurang bernasib baik di situ.

Kenapa Najib bercakap tentang kekayaan saham Felda di pentas dunia sedangkan nasib warga Felda tidak dibela sewajarnya?

Sebab itu tawaran Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan iaitu tanah Felda Plantation (yang sudah dipajak 99 tahun kepada FGVH) akan diagihkan kepada generasi kedua Felda yang layak. Kerana pelaburan melalui pemilikan tanah adalah lebih menguntungkan daripada main saham kerana hasilnya boleh dimakan hingga ke anak cucu!

Kuasa Allah Memang Maha Hebat (Gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 07 Jul 2012
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/149508_171812176181292_6020146_n.jpg

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.

Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

SUMBER

Kempen 714: Demonstrasi aman bantah Lynas

Muhammad Faizal, 07 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Save Malaysia Top Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
Demostrasi kempen 714 itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

Jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, semalam sudah sampai masanya kerajaan perlu tahu bahawa Lynas bukan hanya melibatkan kepentingan orang Kuantan tetapi seluruh rakyat negara ini.

"Kita ingin perjelaskan kepada kerajaan isu Lynas ini bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kuantan tetapi juga seluruh rakyat negara ini bahawa bahayanya kesan radioaktif.

"Kempen ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang keras pembinaan Lynas itu," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan selama satu jam setengah itu akan bermula pada jam 5 petang.

"Lokasi di Kuantan kita telah memilih untuk berkumpul di Bukit Roga dan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan.

"Setelah mendaki setiap peserta akan mengundi sama ada menyokong Lynas atau menentang, kita akan mengumumkan pihak mana yang menang berdasarkan pengundian tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, ini merupakan satu simbolik dan juga isyarat kepada kerajaan bahawa kuasa yang akan menentukan kemenangan kepada sesebuah parti itu terletak pada tangan rakyat.

Tan Bun Teet juga menegaskan bahawa kumpulan SMSL akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengambil kira latar belakang politik.

"Kita akan menghantar surat jemputan kepada pemimpin parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," ujarnya lagi.

Kempen 714 itu mensasarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengikut demonstrasi untuk ke semua lokasi.

Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang: Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.

Terengganu: Kuala Terengganu.

Kelantan: Kota Bharu.

Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.

Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.

Melaka: Melaka.

Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.

Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.

Sabah: Kota Kinabalu.

Australia: Perth, Sydney, Melbourne.

Mimbar Selangor sedia 515 tapak bazar Ramadhan

Harakahdaily, 07 Jul 2012
SHAH ALAM: Peluang baik dan terhad untuk peniaga-peniaga kecil yang juga merupakan peserta Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor.

Menurut Pengurus Promosi dan Acaranya, Akma Othman, pada bulan Ramadhan ini, pihaknya telah menyediakan 515 tapak jualan bazar Ramadhan di beberapa kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditawarkan untuk peserta-peserta MIMBAR Selangor bagi menambah pendapatan harian mereka.

Katanya, usaha itu menunjukkan MiMBAR Selangor sentiasa menawarkan peluang dan ruang yang terbaik bagi peserta-peserta dalam membantu masyarakat di kawasan bandar di Selangor ini untuk berdikari bagi berpendapatan. Ia selari dengan dasar workfare yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tambahnya, tawaran itu dibuka sekarang untuk semua peserta MiMBAR Selangor yang mempunyai rekod bayaran cemerlang sepanjang tempoh pembayaran balik.

Syarat-syarat permohonan Bazar Ramadhan 2012 iaitu salinan Kursus Asas Pengendalian Makanan (sekiranya belum ada, perlu menghadiri kursus tersebut yang akan diuruskan oleh MiMBAR Selangor), pemohon merupakan peserta MiMBAR Selangor, sertakan 2 keping gambar passport, salinan Kad Pengenalan setiap pembantu, salinan suntikan TY2 (Typhoid Fever).

Borang permohonan sewa tapak niaga Bazar Ramadhan 2012 boleh diperolehi di Pejabat MiMBAR Selangor di alamat:

PEJABAT MiMBAR SELANGOR,
A23, Pusat Perniagaan Jubli 20
Jalan Singa J20/J, Seksyen 20
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Julai 2012 (Selasa).
Untuk keterangan lanjut hubungi MiMBAR Selangor 03-55413616 atau Rosli Harun di talian 013-4567176.

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
SUBANG JAYA
SERDANG / SRI KEMBANGAN
SS18, Subang Jaya (Jalan SS 18/6)
Taman Sri Serdang (Jalan 18/35)
USJ 7, Subang Jaya
(Jalan USJ 7/3C HadapanGeraiMajlis USJ 7)
Taman Universiti Indah (Jalan 2/10)
USJ 4, Subang Jaya (JalanUsj 4/5)
Taman Pinggiran Putra (JalanPp 1/2)
USJ 1 Pangsapuri (Angsana) (TapakPasarMalam)
PuncakJalil (JalanPuj 3/2)
Pinggiran USJ (JalanPinggiranUsj 1/1)
Taman BatuTiga, Shah Alam
Putra Height (Berhadapan Flat Sri Mutiara)
PUCHONG
KINRARA
Taman PuchongPermai(JalanPermai 1/10)
Taman KinraraSek 1
(Jalan Taman Kinrara 1/1)
Taman PuchongUtama(JalanUtama 2/1)
Taman KinraraSek 4
(JalanTk 4/14)
Taman Bandar Wawasan, Pusat Bandar Puchong
(JalanWawasan 2/22)
HadapanGeraiUpenPuchong Jaya
(PetakLetakKereta)

Puchong Indah(HadapanStesenMinyak Esso)
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
Seksyen 13
Seksyen 24
Seksyen 7
Seksyen 27
Seksyen 8
U 13
Seksyen 16
U 20
Seksyen 18
Stadium Shah Alam
MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
PELABUHAN KLANG
KLANG SELATAN
Pulau Indah Kg. Tradisi
Jalan Sri Sarawak (KecualiSelasa)
Taman Kem, PerlabuhanKlang (KecualiKhamis)
JalanTunSambathan (KecualiSabtu)
JalanPetola, Kg. Raja Uda (KecualiKhamis)
JalanSgBertek (KecualiJumaat)
Telok Gong
JalanDato’ YusofShahbuddin 28, Taman Sentosa
Bandar Armada Putra, Pulau Indah
Taman Maznah
PANDAMARAN
JalanPenghulu Abu Bakar (KecualiSelasa)
Pandamaran Jaya, Jalan 66 (KecualiKhamis)
SimpangEmpat, Sg. Udang (KecualiAhad)
Kg Pendamar
Kg. Delek (KecualiJumaat)
Kg Idaman (KecualiSelasa)
Flat Sri Bayu (KecualiSabtu)
Bukit TinggiDepan Flat Bukit Tinggi
Taman KlangPerdana
Pangsapuri Seri Perantau (KecualiIsnin)
Taman SementaUtama
KLANG UTARA
Taman Cempaka Sari
Kg Kuantan
Kg TokMuda
JalanKeluang
Sg. Serdang
Jalan Bukit Kuda
JalanKeretapi Lama, Kg  Sementa
Taman Kim, JalanKapar, Batu 2
Kg Perapat
JalanRantauPanjang
Taman Shah Bandar Kg Jawa
LorongMusran, RantauPanjang
Taman Bukit JatitamanSentosa, Depan 99
JalanKeretapi Lama, Dekat Masjid Batu 5
Taman Bukit Jali
Taman BungaMelor
MERU
JalanGudangNenas
Taman Meru 4 (KecualiSabtu)
Bandar BaruKlang
JalanKenangan, PekanMeru
Bandar Sultan Suleiman, Dekat Masjid
Taman MeruSelattan (KecualiIsnin)
KAPAR
PangsapuriMeruEhsan, PersiaranHamzahKlang
Jalan Raja Mokhtar (KecualiJumaat)
Dewan Bukit Kapar
Taman SgKapar Indah
JalanSusurMeru Courts, Batu 5 ¾ JalanMeru

Taman Sri Pekan (KecualiJumaat)
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSp)
PekanSalak, Sepang


Tiada ulasan: