PM: Tak wajar kata kerajaan BN tidak betul
7 Julai 2012
Najib Tun Razak mengibarkan Jalur Gemilang menyanyikan lagu "1Malaysia" selepas merasmikan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam agar tahu membezakan persepsi yang sengaja dilontarkan oleh pihak tertentu, terutamanya menerusi internet dan media sosial yang tidak berasaskan kebenaran.
"Inilah generasi yang patut boleh menilai ini semua... bukan soal persepsi. Jangan fikirkan semata-mata kita ni kerajaan, kita tak betul.
"Kalau kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang tidak betul, Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini dan Insya-ALLAH dalam beberapa tahun lagi, Malaysia akan mencapai status negara maju," kata Najib.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia anjuran Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia (PPM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia an Universiti Teknologi Mara di sini.
Najib berkata tidak semua negara mempunyai perancangan terperinci seperti yang dilakukan Malaysia untuk mencapai status negara maju kerana kerajaan berkemampuan untuk memimpin negara dalam melakukan transformasi yang besar.
Hakikatnya, kata Perdana Menteri, Malaysia bukanlah kisah sebuah negara yang gagal dan kalau disingkap kembali detik perjalanan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan sekarang selama 55 tahun, banyak kejayaan yang telahpun dilakar sehingga negara ini boleh ditakrifkan sebagai kisah sebuah negara yang berjaya.
Beliau berkata,kebanyakan orang muda mengutamakan apa yang terjadi hari ini dan masa akan datang tetapi hakikatnya jika mereka tiada perspektif sejarah, maka mereka akan kehilangan punca kerana tidak mengetahui dari mana mereka datang atau asal-usul masing-masing.
Justeru, kata beliau, ada generasi muda yang tidak tahu jerih payah dan kesusahan serta pengorbanan pemimpin terdahulu untuk mewariskan kepada mereka sebuah negara yang jauh lebih baik.
"Sebab itulah sebagai generasi muda, kita tidak boleh merupakan generasi yang buta sejarah dan kita tidak boleh merupakan generasi yang tidak menghargai perjuangan generasi terdahulu daripada kita," katanya.
Perdana Menteri berkata, generasi muda yang mempunyai perspektif sejarah adalah generasi yang tahu mengenang budi dan bukannya hanya hidup dalam kenangan sejarah, sebaliknya memiliki lebih iltizam dan lebih bertekad untuk membawa negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.
"Inilah namanya generasi muda yang kita boleh meletakkan harapan. Ini namanya kita sebagai generasi muda mempunyai kemampuan untuk menyumbang, untuk berfikir yang disebut tadi secara kritis, secara inovatif, secara kreatif," katanya.
Sebagai pemimpin, Najib berkata menyediakan peluang pendidikan untuk generasi muda memiliki kelulusan akademik sahaja tidak memadai kerana mereka perlu diberi persediaan menghadapi cabaran abad ke-21, antaranya serangan ke atas pemimpin yang kini bertukar dalam bentuk media sosial daripada surat layang pada masa dahulu.
"Mereka perlu diberi kemahiran berfikir secara mendalam supaya tidak menerima bulat-bulat apa yang disiarkan dalam media sosial.
"Kita tidak mahu pemimpin yang pandai berlakon. Kita tak mahu pemimpin yang pandai dengan muka-muka cakap 'oratory skill' (kebolehan berpidato) tapi tidak ada kebenaran," katanya
"Kita tak mahu pemimpin menyerang pemimpin lain tapi bila sampai diri sendiri tidak berani bersumpah kononnya konspirasi politik, segala-galanya konspirasi politik tapi tak sanggup mempertahankan diri sendiri dengan fakta,"
kata Najib.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) menekankan keperluan membuat perubahan besar yang sebenar daripada semata-mata retorik politik.
Perubahan sebenar juga tidak akan berlaku menerusi demonstrasi jalanan yang tidak menentu dengan sesetengah pesertanya melonjak-lonjak umpama kera kena belacan dan menendang anggota polis yang terbaring, katanya.
Demonstrasi jalanan bukan memantapkan demokrasi, sebaliknya Najib menyifatkannya sebagai 'democrazy' kerana menimbulkan huru-hara yang tidak menguntungkan dan merosakkan Malaysia.
"Huru-hara dalam negara kita tidak menguntungkan sesiapa tapi kalau tak bersetuju suarakan dengan cara baik dan bersopan," katanya.
Najib berkata rakyat Malaysia, termasuk generasi muda, perlu melakukan yang terbaik untuk negara dan pada masa yang sama, kerajaan menyalurkan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan beberapa lagi program anak muda yang akan diumumkan nanti.
"Ada cadangan tak lama lagi saya akan lancarkan kedai buku 1Malaysia jual buku lebih murah daripada kedai lain untuk generasi muda supaya dia rajin membaca.
Lepas tu kita nak buat kedai kain 1Malaysia lagi murah," kata beliau.
Pada minggu hadapan pula, kerajaan akan memperkenalkan program anak muda yang berasaskan semangat kesukarelawan dipanggil IMOU di Kuala lumpur City Centre bagi menjuruskan anak muda kepada kegiatan membantu proses pembinaan dan transformasi negara, katanya.
Najib berkata golongan muda yang menghadapi masalah seperti Mat Rempit tidak dipinggirkan apabila kerajaan turut melaksanakan program pemulihan golongan ini dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah naungan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau menggesa golongan muda supaya mencari kemahiran dan turut mengambil maklum bahawa ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan RM3,000 sebulan dengan menjual kek cawan. - Bernama
Pendirian Anwar: Gimik, retorik atau politik serius?
7 Julai 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Infografik Profil Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pandangan kali pertamanya disuarakan menerusi satu temu bual dengan akhbar Financial Times pertengahan minggu ini.
Ekoran pengumuman yang dilihat agak mengejutkan ramai ini, anak sulungnya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau.
Dalam kemunculan pertamanya pada majlis awam malam tadi susulan laporan Financial Times, Anwar yang kini memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR dan juga Ketua Umum PKR berkata: "Ini cubaan saya yang terakhir."
“Jika kami menang, kami akan meneruskan. Jika tidak, biar generasi baru mengambil alih perjuangan.
“Biar saya bersara dan kembali kepada (kerja) mengajar," kata beliau pada ceramah yang di Rawang dan disusuli ceramah di Selayang.
Pendirian ini mencetuskan reaksi berbelah bahagi di kalangan pengikut dan pesaing politiknya.
Begitu juga dengan penganalisis politik sementara bancian Sinar Harian Online setakat jam 5 petang tadi menunjukkan majoriti menyifatkan langkah Anwar tidak wajar (sila layari ruang bancian online untuk memberi pandangan anda). Pembaca diberi empat pilihan untuk dipilih.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online, penganalisis politik berpendapat kenyataan Anwar itu satu gimik dan strategi politik semata-mata.
Menegaskan pendiriannya, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau melihat pendirian Anwar sebagai satu gimik dan strategi politik yang diatur bagi memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, mustahil seorang yang berjiwa dan mempunyai cita-cita besar seperti Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk mengundur diri dalam arena politik walaupun Anwar mengalami kegagalan pada PRU13.
“Saya fikir itu cara beliau seolah-olah mahu memberi tekanan kepada rakyat dan penyokongnya supaya memastikan beliau tidak bersara.
“Itu strategi politik untuk kembalikan semula sokongan dan pastikan penyokongnya tak lari,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Dalam satu kenyataan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terus-terang berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik.
"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya yang memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.
Dr Mahathir yang membawa Anwar ke dalam Umno tiga dekad yang lalu juga berkata, kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13, Ketua Pembangkang itu masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Mohamed Mustafa berkata, namun sekiranya pendirian yang dikatakan beliau adalah benar, corak politik di Malaysia akan mengalami perubahan yang besar.
Menurutnya lagi, PR yang diketuai dan dipimpin Anwar akan berpecah belah dan menghadapi kesuraman dalam politik mereka.
“Sudah pasti arena politik akan berbeza dan PR akan mengalami banyak kesukaran.
“PKR dan PR akan harungi masa depan yang lebih suram, malah akan berdepan dengan perpecahan, namun itu mustahil untuk Anwar bersara kerana kalau beliau nak bersara tak perlu tunggu selepas pilihan raya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, perkara yang dikatakan Anwar tidak perlu dipandang serius kerana beliau mempunyai cara yang tersendiri bagi memenuhi hasratnya.
Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kenyataaan Anwar itu mempunyai dua perspektif yang berbeza.
Berkemungkinan ia satu strategi serta pendekatan beliau untuk memancing pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon menjelang PRU13 supaya memberi sokongan kepadanya buat kali terakhir jika gagal membawa PR ke Putrajaya.
Keduanya, mungkin disebabkan faktor umur beliau yang semakin meningkat untuk bertanding dalam PRU14 nanti, jika kali ini beliau gagal membawa partinya (PR) mengambil alih kerajaan pusat.
Malah menurut beliau, keadaan politik memang akan bernbeza sekiranya kenyataan Anwar itu benar kerana perpaduan PR yang berbeza ideologi hanya boleh dikekalkan melalui kepimpinan beliau.
Di sebalik tanggapan bahawa Anwar membuat kenyataan bersifat retorik dan gimik, pendirian beliau bukan sesuatu baru dalam arena politik khususnya di negara-negara maju.
Kita belum biasa dengan pendekatan seperti ini di negara ini.
Siapa tidak mahu menang pilihan raya yang menjanjikan kuasa. Tidak kira BN atau PR.
Sekurang-kurangnya Anwar meletakkan kata dua dan sedia memikul tanggungjawab jika gagal mengemudi PR dalam PRU13. Kemungkinan ini satu lagi politik baru yang belum diuji.
PRU13 ditambah dengan satu lagi eksperimen janji politik.
Janji Anwar ini juga akan membawa implikasi ke atas landskap politik negara jika apa yang diperkatakan menjadi kenyataan. Tunggu dan lihat!
Pengaruh Anwar di Indonesia tidak hebat pun
7 Julai 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Beliau berkata, tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.
"Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh.
"Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara.
Di awal lawatan pada 3 Julai lalu, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta.
Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu.
"Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan," katanya.
Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia. - Bernama
Gagasan setuju Anwar undur
7 Julai 2012
Ahmad Kamal
Pengerusinya, Datuk Ahmad Kamal Jamlus berkata, tindakan bersara lebih awal daripada bidang politik adalah lebih baik demi masa depan Melayu.
Menurutnya, Anwar wajar bersara awal dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap masalah peribadi serta moral dihadapinya.
“Anak muda terutama Melayu yang taasub dengan janji Pakatan Rakyat (PR) boleh kembali memikirkan hala tuju untuk menghadapi masa depan negara dan hak Melayu di negara sendiri.
“Jika difikirkan, banyak perkara negatif beliau (Anwar) sematkan dalam pemikiran Melayu terutama pada pengikut taasubnya termasuk parti memperjuangkan Islam yang sudah tiada jati diri dalam memperjuangkan Islam dan Melayu,” katanya.
Ahmad Kamal berkata, pemimpin boleh dicari ganti dan perkara sama juga berlaku dalam pentadbiran PR.
Katanya, Gagasan Raub berharap kenyataan dikeluarkan Anwar untuk bersara daripada arena politik tanah air bukanlah gimik bertujuan menarik simpati rakyat dan pengundi demi memberi ruang kepadanya pada PRU13 nanti.
“Anwar sendiri tahu sifat Melayu yang sentiasa memaafkan dan mudah bertolak ansur. harap masyarakat sedar untuk menetapkan pendirian bersama kerajaan hari ini.
“Kita harap beliau mengotakan janji untuk bersara awal. Masyarakat Melayu dalam PKR boleh berubah haluan demi masa depan Melayu sendiri yang banyak dipertikaikan bangsa lain menerusi pemimpin pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, Melayu perlu belajar daripada sejarah dahulu, walaupun kuat dalam ekonomi dan politik, tetapi akhirnya kerajaan Melayu rebah atas ketamakan, iri hati serta rakus merebut kuasa sesama sendiri.
Hudud: Mashitah sokong syor Adun Kemelah
7 Julai 2012
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.
“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.
“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.
Mashitah berkata, sekiranya Kerajaan Johor ingin laksana hudud, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu digubal kerana undang-undang syariah bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
“Pelaksanaan perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud,” katanya.
Hudud: Tumpu isu besar rakyat, kata sayap Penyokong Pas
7 Julai 2012
$entry.content.caption.value
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, isu hudud sengaja ditimbulkan kerana seperti yang sedia maklum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung dalam waktu terdekat.
“Saya nasihatkan agar (Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kemelah) Ayub tumpukan kepada strategi beliau atau cara bagaimana mengatasi masalah rakyat daripada memberi idea lapuk ini.
“Jangan mencari publisiti murahan dengan membangkitkan isu hudud ini bagi memancing undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Tambah beliau, Ayub sekadar mementingkan diri kerana berani membawa isu ini untuk memastikan dirinya dapat bertanding dalam PRU13.
“Ini jelas menunjukkan yang Ayub sengaja membangkitkan isu hudud, jika benar beliau seorang yang berkaliber, perlu fikirkan dahulu soal kebajikan rakyat,” tegas beliau.
Menurut beliau, isu pelaksanaan hukum hudud akan mengambil masa yang panjang untuk dibincangkan secara menyeluruh.
“Jika benar negara akan melaksanakan hudud, penerangan secara terperinci dan meyeluruh harus diberi kepada rakyat bukan Islam di negara ini,” katanya.
Tambah beliau, penerangan ini harus diberi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau pandangan negatif diberi oleh masyarakat bukan Islam berhubung isu semasa ini.
Perkim: Tiba masa laksana hudud
7 Julai 2012
Menurutnya, pelaksanaan undang-udang tersebut bagaimanapun memerlukan kajian teliti agar dapat dijalankan mengikut syarak.
“Kita ada ramai pakar yang boleh membincangkan perkara ini. Adalah lebih baik mengumpulkan suara mereka bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
“Saya pasti, umat Islam boleh menerima hukum hudud ini. Bagaimanapun, untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari, kajian terperinci diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Isu hudud kembali mendapat perhatian ramai apabila Ahli Dewan Undangan (Adun) Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.
Ariffin berkata, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjelaskan perkara ini agar tidak timbul salah faham di pihak yang lain.
“Tidak ada masalah untuk negeri-negeri laksanakan hudud kerana unsur-unsurnya telah ada. Kita ada undang-undang sendiri (undang-undang Islam) jadi tidak salah untuk kita menggunakannya.
“Bagaimanapun, akta sedia ada perlu dikaji balik dan unsur keadilan itu mesti diberi keutamaan dalam pelaksanaan hukum ini,” katanya.
Kelantan yang diterajui Pas telah memulakan langkah tersebut dengan membentuk Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) pada tahun 1993, bagaimanapun sehingga ini masih gagal dilaksanakan.
Ilmu mahu cendekiawan bincang hudud
7 Julai 2012
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sudah tiba masanya orang Islam duduk semeja berbincang mengenai hukum ini malah ia juga langkah penting supaya semua pihak dapat memahami dengan jelas mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
“Kita mahu hukum hudud ini benar-benar dilaksanakan, namun, tidak mahu ia dilaksanakan dalam keadaan terburu-buru kerana ada negeri yang telah ada enakmen berkaitan hukum ini, tetapi tidak dapat laksana atas beberapa alasan.
“Jadi, kita mahu semua cendekiawan seperti mufti, ilmuan Islam, wakil parti politik, pihak berkuasa, pakar Perlembagaan dan perundangan dapat berkumpul untuk berbincang mengenai pelaksanaan hukum ini,” katanya.
Mengulas mengenai hasrat Ilmu untuk mengutus surat rasmi kepada Umno Johor berhubung sokongan mereka terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, beliau
berkata surat itu akan disampaikan pada Isnin depan.
Katanya, surat rasmi itu mengandungi beberapa perkara antaranya menyatakan kesediaan mereka menyokong usaha pelaksanaan hudud tanpa mengira kepentingan parti politik.
“Hudud bukan hukuman semberono, kita tidak mahu lihat hukuman ini dalam pelbagai versi sama ada versi Pas atau Umno. Cadangan daripada Umno atau Pas itu bukan jadi persoalan sekarang.
“Dalam hudud tiada kepentingan politik, sebab itulah kita sokong usaha daripada siapa pun untuk laksana hudud,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan