Sabtu, 6 Ogos 2011

REHAT2 HARI SABTU...HADIRLAH KE MAJLIS2 ILMU DI SURAU2 DAN MASJID2...KERANA DIA TAK ADA DALAM KUBUR DAN DIAKHIRAT...INSAFLAH








قال الإمام ابن عطاء الله السكندري

مَا مِنْ نَفْسٍ تُبْدِيْهِ اِلاَّ وَلَهُ قَدَرٌ فِيْكَ يُمْضِيْهِ لاَ تَترَقَّبْ فُرُوْغَ اْلأَغْيَارِ فَإِنَّ ذٰلِكَ

يَقْطَعُكَ عَنْ وُجُوْدِ الْمُرَاقَبَةِ لَهُ فِيْمَا هُوَ مُقِيْمُكَ فِيْهِ لاَ تَسْتَغْرِبْ وَقُوْعَ اْلأَكْدَارِمَا

دُمْتَ فِى هٰذِهِ الدَّارِ فَإِنَّهَا مَا اَبْرَزَتْ اِلاَّ مَا هُوَ مُسْتَحِقُّ وَصْفِهَا وَوَاجِبُ نَعْتِهَا
Seorang ulama berkata : Jika ALLAH tidak suka kepada seseorang, maka ALLAH memberinya 3 hal dan menghalanginya dari 3 hal tersebut.

~Pertama, Allah memberi dia teman yang Soleh, namun dirinya tidak menjadi orang soleh.

~Kedua, Allah memberinya dia amal Soleh, namun dia tidak ikhlas menjalankannya.

~Ketiga,Allah memberi dia hikmah, namun dia tidak mempercayainya.

Jadi sahabat, Sesungguhnya kita mahluk Allah yang berakal, jika kita menggunakan akal kita, maka ketika kita beramal tentunya kita akan ikhlas melakukannya, Dan Iklhlas itu menghantarkan kita kepada pintu kebahagiaan...

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ رُوْحَ الْقُدُسِ نَفَثَ فِى رُوْعِي عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ

وَأَحْبِبْ مَا أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَِنَّكَ تُجْزَى بِهِ

"Sesungguhnya malaikat Jibril membisikkan dlm hatiku, hiduplah semaumu kerna kamu akan mati. Cintailah apa yg kamu cintai kerna kamu akan berpisah dgnnya. Berbuatlah semaumu kerna kamu akan menerima balasannya".>: At-Thabarani

:Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِاْلإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ

لاَيَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قُلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

"Berdoalah kamu kpd Allah dgn penuh keyakinan diterimanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah tdk memperkenankan sesuatu doa pada hati yg lupa lagi lalai" >: Tirmidzi.

Kenapalah manusia masa kini suka sangat berprasangka ???

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...

Oleh itu marilah sama-sama kita menjauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ianya bakal memusnahkan ukhwah. Sesungguhnya sesuatu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat, semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya...

Saham ilmu ulama Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran:

لَيْس الرَّجُلُ بِكُبْرِ جَثَّتِهِ وَحُسْنِ صُوْرَتِهِ وَتَنَاسُبِ خِلْقَتِهِ وَلَكِنَّ كَمَالَ الرَّجُلِ بِكَثْرَةِ عَقْلِهِ

وَوَفْرِ عِلْمِهِ وَحُسْنِ خُلُقِهِ وَحُسْنِ سِيْرَتِهِ وَصَفَاءِ قَلْبِهِ وَسَلاَمَةِ صَدْرِهِ وَحَسْن ِطَوِيَّتِهِ

"Seseorang tdklah dipandang dari kebesaran badan, keelokan paras dan keserasian bentuk tubuhnya, namun kesempurnaan seseorang dipandang dari wawasan akal pikirannya, keluasaan ilmu, kemuliaan budi pekerti , kebaikan biografi hidup, kebeningan hati dan suara hati nuraninya".

قال اﻺمام الشافعي ~ Kata Al-Imam Al-Syafi'i:

المِرَاءُ فِى العِلْمِ يُقْسِي القَلْبَ وَيُوْرِثُ الضَّغَائِنَ

"Berdebat didlm ilmu itu, boleh mengeraskan hati dan mewariskan kedengkian".

‎> قَالَ اللهُ تَعَلىٰ:
بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــم

وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّى إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا

الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ

صَــــدَقَ اللهُ الْـــعَلِىُّ الْعَظِيْــــمُ

"Dan di antara mereka (yg hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang2 munafik) yg mendengar ajaranmu (dgn sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kpd orang2 yg diberi ilmu (dari kalangan sahabat2mu yg setia): Apa yg dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka (yg munafik) itu ialah orang2 yg tlh dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang2 yg menurut hawa nafsunya.>: 16: سورة محمد
Syidina Dzun Nun Al-Mishi.

عَلاَمَةُ السَّعَادَةِ حُبُّ الصَّالِحِيْنَ وَالدُّنُوُّ مِنْهُمْ، وَتِلاَوَةُ

القُوْآنِ وَسهَرُ الَليْلِ وَمُجَالَسَةُ العُلَمَاءِ وَرِقَّةُ القَلْبِ

"Tanda kebahagiaan itu adalah cinta dan dekat dgn kaum shalihin, membaca Al-Quran, bangun ditengah malam, duduk berserta para ulama dan mempunyai hati yg lembut".

Taraf kemuliaan sesorang hamba Allah s.w.t itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah..Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:

"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh,mereka itu adalah sebaik baik makhluk"

Bismillahirrahmanirrahiim...
Sabda Nabi s.a.w:
"Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan"


Bismillahirrahmanirrahiim...
Sabda Nabi s.a.w:
"Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan"

‎" Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan ( yang baik ) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.( QS. Al- Qashash:83 )


Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Maksud firman Allah s.w.t:

“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :

“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:

“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,

“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :

    1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu

    2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain

    3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu

    4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Adab Menuntut Ilmu Agama

Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

  1. Ikhlas dalam menuntut ilmu.

  2. Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78

    Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

    Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77

    “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

    Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7

    “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

  3. Positif dan Yakin kepada diri sendiri

  4. Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

    [al-Ankabut, ayat 69]

    “Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

  5. Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

  6. Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

    “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

    [Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

    Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

    Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

  7. Tidak mengenal titik noktah.

  8. Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

    “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

    Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

    Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

    Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

  9. Mengamalkan ilmu.

  10. Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

    [al-Saff, ayat 2-3]

    Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”

    [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

    Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”

    [al-Anfal, ayat 29]

  11. Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

  12. Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

    “Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

    [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

    Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

    Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

  13. Berdoa Kepada Allah.

  14. Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.



KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah ;

1) Orang yang bertanya/belajar

2) Orang yang mengajar

3) Orang yang mendengar

4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.

jangan kita jadi orang yang ke 5 benci kepada orang menuntut ilmu dan kepada orang yang mengajar ilmu...


Fadhilat Ilmu

1) Tiada sesuatu ibadah kepada Allah yang lebih utama drp memahami ilmu agama. Seorang ahli fakih adalah lebih sukar syaitan menipunya drp seribu 'abid (ahli ibadah). Tiap-tiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang agama ialah memahami ilmu agama.

2) Di antara seorang 'alim dan 'abid spt kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku. Riwayat At-Turmizi

3) Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid spt kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain. Riwayat Abu Daud, At-Turmizi dll.

4) Sepatah perkataan yang baik yang didengar oleh seorang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, lebih baik daripada ibadah setahun.

5) Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dlm lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia. Riwayat At-Turmizi

6) Orang yang binasa di kalangan umatku ialah orang berilmu yang zalim dan 'abid yang jahil. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan ulama' dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan ulama'.

7) Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah


-Fadhilat Menuntut Ilmu--

1-surah ali-imran ayat 18:

Allah menyatakan bahawa tiada tuhan yg selain Dia;(demikian pula) para malaikat dan org yg menuntut ilmu yg menegakkan keadilan;tiada tuhan selain Dia,Yang Mahaperkasa,Mahabijaksana.

Allah memuliakan org yg menuntut ilmu pada tangga ke-3.yg pertama adalah Allah.yg kedua adalah malaikat.

2-surah al-mujadalah 11:

wahai org2 yg beriman!apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2,"maka lapangkanlah,nescaya akan memberi kelapangan utkmu.dan apabila dikatakan,"berdirilah kamu,"maka berdirilah,nescaya Allah akan mengangkat (darjat) org2 yg beriman antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat.dan Allah Mahateliti apa yg kamu kerjakan.

Adab Menuntut Ilmu

Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/




Topik: Tazkirah



"Ta'alim wa Ta'alum" bermaksud "belajar dan mengajar". (Ta'alim bererti menuntut ilmu dan ta'alum pula bererti mengajarkan ilmu kepada orang lain.)

Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah, Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid atau ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.

Ilmu ada dua cabang:

Ilmu masail -- ilmu hukum-hakam dan perundangan (misalnya, fiqh).
Ilmu fadhail -- ilmu mengenai fadhilat dan ganjaran.

Ilmu masail perlu dipelajari dari orang-orang yang ahli dalam cabang ilmu tersebut (ustaz atau guru). Ilmu fadhail boleh dipelajari daripada membaca buku dan menghadiri majlis-majlis ta'alim Fadhail Amal.

Kalau kita perhatikan, ilmu duniawi seperti Sejarah, Matematik dan Sains juga mempunyai kedua-dua komponen ini, iaitu masail dan fadhail.

Maksud kita mengadakan Majlis Ta'alim

1. Menghidupkan Sunnah, iaitu amalan di Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW. Di waktu itu, Masjid Nabawi hidup 24 jam sehari dengan 4 jenis amalan:

• Dakwah
• Ta'alim wa Ta'alum (belajar dan mengajar)
• Ibadah (temasuk dzikir, solat, membaca Al-Qur'an dan sebagainya)
• Khidmat

2. Memasukkan nur Qu'ran dan Hadis dalam hati agar timbul keghairahan untuk beramal. (Sesiapa yang tidak mendengar ayat Al-Qur'an atau Hadis selama 3 hari berturut-turut, satu titik hitam akan muncul dalam hatinya. Apabila titik hitam ini menebal dan akhirnya menutupi hati seseorang itu, maka amatlah sukar baginya untuk menerima hidayah.)

3. Untuk kita dengar berulang-ulang kali hingga timbul dalam hati kita rasa yakin akan janji-janji Allah yang dikhabarkan melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW.

Fadhilat Ta'alim, di antaranya ialah:

1. Sesiapa yang menghidupkan Sunnah di zaman kerosakan umat akan mendapat ganjaran 100 pahala syahid.

2. Menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka, dan orang itu akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid.

3. Syaitan benci dan takut kepada seorang yang berilmu lebih daripada 1000 orang abid, kerana tugas Syaitan ialah untuk menyesatkan manusia, tetapi seorang yang berilmu pula boleh mengembalikan mereka semula ke pangkal jalan.

4. Majlis ta'alim adalah majlis dzikrullah. Majlis dzikrullah adalah majlis yang amat besar sekali di sisi Allah SWT. Di antara kelebihan majlis dzikrullah ialah:

• Para malaikat akan mengerumuninya dan bertimpa-timpa hingga sampai ke Arasy. Apabila malaikat-malaikat ini kembali kepada Allah dengan laporan mereka, Allah akan menyebut nama-nama orang di majlis itu dan ibu bapa mereka dengan bangganya di dalam perhimpunan para malaikat.

• Penghuni langit melihat majlis-majlis dzikrullah di bumi ini bersinar seperti kita melihat bintang-bintang yang berkilauan di langit.

• Orang-orang yang berhimpun dalam majlis dzikrullah akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. Bukan setakat itu saja, dosa ibu bapa mereka juga akan diampunkan.

• Orang yang melewati majlis sebegini tanpa niat untuk duduk dalam majlis ini pun akan diampunkan dosanya.

Satu majlis dzikrullah di masjid menghapuskan 100 majlis lalai. Satu majlis dzikrullah di rumah menghapuskan 40 majlis lalai.

5. Disebabkan ramainya Malaikat yang mengerumuni majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka, ia menjadikan majlis ta'alim sebuah majlis sakinah (ketenangan). Ketika para Sahabat ra menghadiri majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa sedikit pun rasa takut.

6. Dengan rahmat ini juga, Allah membersihkan dan melembutkan hati manusia di sekeliling dan memberi hidayah kepada mereka. (Sebab itulah, kita juga digalakkan untuk buat majlis ta'alim di rumah, agar ahli keluarga kita juga akan dapat hidayah, biarpun yang nampak hanya kita seorang saja yang baca kitab ta'alim, tetapi para malaikat sebenarnya ada bersama kita dan sedang mendengar apa yang kita bacakan.)

Adab Ta'alim

1. Berwudhu.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan).

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian.

5. Pandang mulut orang yang membaca ta'alim. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut Baginda sendiri.

6. Apabila kita membaca ta'alim, ulangilah hadis yang kita baca hingga 3 kali agar mudah dihayati oleh jemaah.

7. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

Apabila kita menunaikan hak mendengar, Allah akan memudahkan 3 perkara:

• Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.

• Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.

• Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.


8. Anggaplah hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.

9. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

10. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

11. Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.

12. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut).

13. Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.

14. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dan sebagainya), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

15. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

16. rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba paksa.)

17. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat).

18. Menghadiri majlis ta'alim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ta'alim sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ta'alim dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa lah Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

19. Ta'azeem bil Qalbi --- Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati.

20. Tashdiq wa Yaqin --- Membenarkan dan meyakini (percaya) akan segala yang didengar.

21. Tabligh wa Amal --- Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.

Nota Tambahan

• Saiyidina Umar Al-Khattab ra mendapat hidayah melalui majlis ta'alim yang dipimpin oleh Saiyidina Khabbab bin Alarat ra yang dibuat di rumah adik perempuannya.

• Saiyidina Mus'ab bin Umayr ra telah diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk berdakwah di Madinah. Sampai saja beliau di sana, beliau duduk di bawah sebatang pokok dan membuat majlis ta'alim. Dengan berkat majlis ta'alim itu, seluruh penduduk Madinah memeluk agama Islam. Peristiwa ini berlaku selepas peristiwa Baiatul Aqabah dan sebelum penghijrahan umat Islam Makkah ke Madinah.

Kelebihan Menuntut Ilmu

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)

Maksud “tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri china” ialah belajarlah sekalipun hingga ke satu tempat yang jauh.

Negeri China yang dimaksudkan pula ialah China Yunan (bukan China sekarang) yang mempunyai ketamadunan yang tinggi pada masa itu. Orang Arab pada masa itu mempelajari ilmu asronomi, falsafah dari mereka. Para sahabat nabi juga pernah ke sana dan terdapat maqam (kubur) mereka di sana.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ilmu keagamaan boleh didapati oleh para sahabat secara terus daripada Baginda, maka ilmu yang dimaksudkan ini ialah ilmu keduniaan kerana Yunan pada masa itu sangat bertamadun.

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan dan ilmu yang paling utama ialah ilmu akidah kerana akidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita.

Dalam kebanyakan hadis sama orang yang mengajar dan belajar sama kelebihannya kecuali : Malaikat melebarkan sayapnya ke atas penuntut ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar kena buat (amal apa yang betul, tinggal apa yang tidak betul iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan).

Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ika-ikan di lautan mendoakan untuknya. (Riwayat Abu Daud). Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi). Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu memintakan ampunan baginya hingga ikan-ikan yang ada di dalam laut. (Riwayat Jabir). Kebaikan yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang betul (apa yang boleh dan tidak boleh, halal, haram) kerana tiada ilmu yang lebih baik daripada agama. Segala sesuatu misalnya pokok, batu dan sebagainya mendoakan keampuan bagi orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar , juga diampunkan dosa mereka.

Orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Az-Zumar [9] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Al-Mujadila [11] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)



Tiada ulasan: