Sabtu, 13 Ogos 2011

ADA BEZA 'TUTUP AURAT. DENGAN 'BUNGKUS AURAT'....JANGAN SAMPAI MENYESAL DIAKHIRAT KELAK....BERITAHU..TELAH BERITAHU...TEGUR SUDAH TEGUR....TEPUK DADA TANYA IMAN....

Raja Farah Jaga Adab Selepas Bertudung

Raja Farah dan suami,Megat Bashirun Qhuyum Zakaria
KUALA LUMPUR: Pelakon “Aku Masih Dara” yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu.
Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.
"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara.
"Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.
Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori.
"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.
"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya.
Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.
"Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya.
Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.
"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.
"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya soal cahaya mata selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, Farah mengakui masih lagi berharap.
Kata Farah, dia masih terkilan dengan kontroversi yang mengatakan dia telah mengandung sebelum melangsungkan pernikahannya November lalu.
"Saya masih berharap untuk mendapatkan anak tapi buat masa ini ia tidak terlalu terdesak. Saya masih kesal dengan tuduhan yang mengatakan saya hamil sebelum bernikah sedangkan sehingga sekarang saya masih lagi belum dikurniakan rezeki tersebut," ujarnya.

Siti Rohani Tunggu Empat Tahun Jadi Pengacara

Pengacara program Ustazah Pilihan, Siti Rohani Surani. - Foto ihsan Astro
Pengacara program Ustazah Pilihan, Siti Rohani Surani. - Foto ihsan Astro
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani, 27, (Siti) berkata penantiannya selama empat tahun untuk menjadi pengacara terbayar selepas ditawarkan sebagai hos program Ustazah Pilihan di saluran Astro Oasis bermula Oktober depan.
Akui wanita dari Temerloh, Pahang ini, sudah empat tahun dia mengintai peluang untuk bergelar pengacara program-program di saluran itu sejak ia dilancarkan pada Oktober 2007.
"Tawaran sebagai pengacara program UP ini satu peluang yang amat saya hargai selepas empat tahun menunggu. Perasaannya tidak terungkap dengan kata-kata dan hanya Allah saja yang tahu.
"Ketika saluran ini dilancarkan ada juga saya berangan-angan untuk mengintai peluang tetapi tidak sangka pula impian itu menjadi kenyataan akhirnya," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Tambah Siti, keterujaan terhadap bidang pengacaraan televisyen tidak pernah pudar sekalipun beberapa kali ditolak oleh pelbagai stesen televisyen hanya kerana penampilannya yang bertudung.
"Sebelum ini saya sering ditolak oleh stesen televisyen apabila menghadiri uji bakat hanya kerana saya bertudung. Namun, impian untuk menjadi pengacara tidak pernah berkubur.
"Selepas enam tahun bersama Ikim FM, tidak sangka pula saya berpeluang untuk merealisasikan impian sebagai pengacara semula," katanya yang menganggap peluang itu sebagai ketentuan Tuhan.
Walaupun bukan asing dengan dunia penyiaran, Siti tetap merasai debaran dan cabaran yang bakal dihadapinya kerana menyedari jenama dan pengisian program yang julung kali diterbitkan itu.
"Saya akui ia bukan tugas yang mudah dan sangat mencabar tetapi tidak mustahil untuk berjaya berkat doa dan keizinan daripada Allah.
"Malah, saya juga sudah bersedia mental dan fizikal untuk berdepan sebarang pertikaian, komen atau pandangan orang ramai tidak kiralah yang positif atau sebaliknya," katanya.
Selain tanggungjawab barunya sebagai pengacara UP yang bakal bermula Oktober depan, rutin harian Siti terisi dengan tugasan penyampai radio bagi slot Warna Pagi Ikim FM dari pukul 6 hingga 10 pagi.


Bazaar Ramadan Karyawan



PARA artis bergambar kenangan dengan Ismail Sabri.



SEMPENA bulan Ramadan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menyediakan tapak perniagaan buat artis terutamanya mereka yang bernaung di bawah persatuan tersebut.
Dikenali sebagai Bazaar Ramadan Karyawan dan julung kali diadakan, projek Karyawan itu nyata mendapat sambutan hangat daripada para artis. Daripada 60 tapak gerai yang disediakan, 10 gerai tersebut dikendalikan oleh artis termasuk Datuk Sarimah Ahmad, Atilia dan Jamal Abdillah.
“Matlamat Karyawan kali ini adalah untuk membantu para artis berniaga pada bulan Ramadan. Selain menambah pendapatan, cara ini juga dapat mendekatkan artis dengan peminat mereka,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Frenandez pada majlis pelancaran bazar tersebut baru-baru ini.
Bazar yang terletak di River City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang menyempurnakan majlis pelancaran bazar itu menyifatkan program seumpama itu sangat berguna untuk persediaan masa depan para artis.


FREDDIE dan Sarimah bersama Ismail Sabri yang merasmikan pelancaran Bazaar Ramadan Karyawan.



“Artis veteran hari ini pernah popular satu masa dulu, hal yang sama akan berlaku pada artis muda kita sedikit masa lagi.
“Jika mereka tidak menyimpan dan berusaha untuk menambah pendapatan dari sekarang, apabila mereka jadi veteran siapa yang mahu tolong mereka jika bukan diri mereka sendiri.
“Kementerian memberi galakan dan sokongan setakat yang kami mampu, selebihnya terpulang kepada diri artis itu sendiri,” kata Ismail.
Pada majlis yang sama, Bank Rakyat turut memberi sumbangan berjumlah RM20,0000 untuk dua rumah anak yatim baharu yang terletak di Bukit Jelutong serta 17 artis veteran yang bernaung di bawah Karyawan.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis termasuk Kilafairy, Roslan Shah, Neelofa, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Azza Elite.

Bangga pegang watak isteri PM

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

DARAH MANIS...Faizah akan bernikah pada 9 September ini dengan lelaki pujaan hatinya juga seorang pengarah Heykal Hanifah.
DARAH MANIS...Faizah akan bernikah pada 9 September ini dengan lelaki pujaan hatinya juga seorang pengarah Heykal Hanifah.
“DIA seorang lelaki sejati,” kata pelakon semakin mencipta nama, Faezah Elai, 29, mengenai lelaki yang bakal dinikahi yang juga pengarah drama dan duda anak tiga, Heykal Hanifah, 38.
Ternyata wajahnya kelihatan sangat berbunga apabila bercerita mengenai tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini di rumah kelahirannya di Gelugor, Pulau Pinang.
Ditemui pada majlis doa selamat selepas selesai penggambaran dan berbuka dan puasa memperkenalkan barisan pelakon Tanda Putera di Perbadanan Filem Nasional (Finas) baru-baru ini, kata Faezah atau nama sebenar, Noor Faezah Elai, dia menerima Heykal kerana menyenangi sikap pengarah itu.

Pengakuan Faezah bakal dinikahi Heykal sudah tentu sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan skeptikal di kalangan peminat. Apatah lagi sebelum ini namanya turut diheret sama dalam masalah rumah tangga pengarah itu.


Lebih menyakitkan apabila pelakon yang memegang peranan sebagai Tun Rahah Mohd Noah dalam Tanda Negara, didakwa punca kepada perceraian Heykal dan bekas isterinya, Pengurus Muzik dan Media KRU Studios, Jaja Nadzir.

“Seperti yang saya perjelaskan sebelum ini, saya tiada kaitan dengan masalah dihadapi mereka berdua, tetapi apabila nama saya diheret, barulah saya rapat dengan Heykal. Itu pun apabila saya menghubunginya untuk meminta penjelasan apa yang sudah berlaku dan kenapa nama saya turut diheret sama.

“Ekoran peristiwa itu, Heykal menghubungi saya untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan mahu meyakinkan yang saya tiada kena-mengena dalam masalah rumah tangga dihadapinya.

“Bagaimanapun, kontroversi rumah tangganya yang dikaitkan dengan saya menjadi besar menyebabkan kami selalu bertemu bagi mencari jalan penyelesaian. Akhirnya selepas tiga bulan, kami terus menjadi rapat,” katanya.

Faezah juga menegaskan perhubungannya dengan Heykal berlaku selepas pengarah itu berpisah dengan bekas isterinya. Sebelum itu dia hanya mengenali bakal suaminya sebagai pengarah dan tidak lebih daripada itu.

Bercerita mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, kata Faezah sebenarnya dia tidak sempat untuk merasai apa-apa memandangkan kesibukannya menghabiskan beberapa projek yang masih tertunda.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran drama Di Mana Kan Ku Cari Ganti arahan Osman Ali. Selepas ini, saya ada satu lagi penggambaran drama sebelum hari raya.

“Saya memang tidak ada cuti langsung dan tak boleh nak fikir bagaimana perasaan saya bakal menjadi raja sehari. Saya serahkan segala-galanya kepada perunding perkahwinan untuk membantu membuat segala persiapan. Tunggulah bila tiba hari nikah, baru saya akan fikirkan,” katanya.

Orang kata, tidak mustahil seseorang lelaki itu mengulangi perkara sama apabila berlaku perceraian. Bagi Faezah sendiri, tidakkah dia bimbang perkara itu akan terjadi? Memberikan komen membabitkan kenyataan itu, Faezah mengakui sedikit pun dia tidak takut.

“Saya menerima Heykal dengan hati terbuka kerana saya tahu apa yang berlaku sebelum ini. Saya faham mengenai perpisahan dia dengan bekas isterinya. Saya tidak berhak bercakap mengenai kehidupan lampaunya, namun saya tahu isi hati bakal suami saya,” katanya bersungguh-sungguh.

Faezah turut memberitahu dia beberapa kali bertemu dengan anak Heykal sebelum ini dan ternyata mereka merestui keputusan dibuat bapa mereka.

Beralih kepada pembabitannya dalam filem Tanda Negara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Faezah mahu menjadikan filem yang mengisahkan pengorbanan dan persahabatan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail sebagai medan menguji bakat.

“Saya masuk ke dalam industri seni ini bukan untuk suka-suka sebaliknya mahu membuktikan saya pelakon serba boleh dan bakat dimiliki tidak terhad kepada watak ringan saja.

“Ternyata watak bekas wanita pertama negara, Tun Rahah satu penghormatan bagi saya apatah lagi watak itu tokoh dihormati ramai dan masih hidup,” katanya.

Sebagai pelakon, apa yang diperoleh Faezah menjadi idaman ramai dan selalunya hanya mereka yang berkaliber saja diberikan peluang memainkan peranan tokoh besar yang masih hidup seperti Meryl Streep melakonkan watak Margaret Thatcher, Datuk Michelle Yeoh (Aung San Suu Kyi) dan Jennifer Hudson melakonkan watak Winnie Mandela.

Menjelaskan tawaran diterima daripada Pesona Pictures, kata Faezah dia dipanggil pihak produksi untuk menjalani uji bakat. Tambahan pula sebelum ini dia pernah menjayakan drama Dolce Amira yang diterbitkan mereka.

“Melakonkan watak Tun Rahah memang benar-benar mencabar kerana tidak banyak rujukan diperoleh selain daripada bahan bacaan mahupun sedutan dokumentari mahupun berita. Sepanjang sesi latihan dan penggambaran saya tidak berkesempatan bertemu Tun Rahah jadi segalanya bergantung kepada kreativiti dan pemerhatian mata kasar.

“Mengambil contoh melihat sedutan sewaktu Allahyarham Tun Abdul Razak dikebumikan, saya nampak orang sekeliling menangis kecuali Tun Rahah.

“Untuk melakonkan kembali babak itu tidak mudah kerana saya tidak boleh membayangkan apa yang sedang bermain dalam fikiran mahupun emosi Tun Rahah ketika itu. Ia benar-benar mencabar saya sebagai pelakon,” katanya.

Begitupun kata Faezah, cabaran yang diperoleh membuatkan dia puas. Apatah lagi bekerja dengan Shuhaimi atau mesra dengan panggilan Shumi sebagai pengarah banyak mencabarnya dengan bertanyakan pelbagai soalan.

“Tidak seperti pengarah lain, Shumi akan bertanyakan kepada pelakonnya pelbagai soalan bagi memastikan kami benar-benar faham apa yang ingin dilakukan. Kadang-kadang soalan yang diajukan itu membuatkan kita sebagai pelakon berfikir, sekali gus membantu kita memberikan persembahan terbaik,” katanya.



PROFIL:

NAMA PENUH: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 29 tahun
STATUS: Bujang
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera.

DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2.

IKLAN: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom.

HOS RANCANGAN: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3).

PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.





Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.


14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".



Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


Hadis Kelima : -



UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.



Hadis Kelapan : -


PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU


H.R.HAKIM



Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah
(1) terlalu banyak seronok
(2) terlalu mewah
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
(5) saling memarahi
(6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!



Hadis Ketigabelas : -



ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG
YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK



H.R. THABRANI


Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".





Diantara tanda-tanda kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.



Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.



Hadis Kelima belas : -


DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA


H.R. MUSLIM


Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.

Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".




Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat dari realiti mayarakat yng ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, hendak kata bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Tiada ulasan: