Sabtu, 2 April 2011

MEMANG TULEN ZINA TU...LAKSANAKAN HUKUM HUDUD@HUKUM ALLAH...YANG LEPAS WALAUPUN BERZINA...AKHIRAT SABIT...MASUK NERAKA..SILAP2 KEKAL

Pemimpin utama PAS iringi calon 6 April
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 April: Semua pemimpin utama PAS akan turun ke Sarawak bagi mengetuai perarakan calon pada hari penamaan calon 6 April ini.

Pengarah Pilihan raya Negeri Sarawak, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan akan mengiringi calon PAS di Beting Maro.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS akan mengiringi calon PAS di Sebuyau, Naib-naib Presiden pula iaitu Salahuddin Ayub di Sadong Jaya, Datuk Mahfuz Omar di Muara Tuang sementara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh di Tanjong Datu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri pada 16 April ini.

Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana BN memenangi 62 kerusi pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006 lalu, SNAP (11), DAP (6), PKR (1) dan Bebas (1).


Terima kasih polis bantu rakyat benci Umno BN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.

Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.

Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.

Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.

“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.


Lynas: Banyak perkara Adnan kena tanya
Harakahdaily

KUANTAN, 2 Apr: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan loji pemprosesan Lynas.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) berpendapat bahawa penerangan yang diterima oleh Adnan berhubung perkara itu merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' merupakan industri yang melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

Di dalam surat terbuka kepada menteri besar itu, beliau berkata Adnan seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan loji itu serta impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Katanya, antara persoalan yang harus telah ditanya oleh menteri besar itu kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan China telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' dibina di negara mereka sejak 3 dekad kebelakangan ini.

Tambahnya, Adnan juga harus bertanya kepada jirannya, Menteri Besar Trengganu berkenaan pendirian kerajaan negeri itu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung, Kemaman pada 2007.

Katanya lagi, Adnan harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purufication solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan digunapakai oleh Lynas.

“Adakah Solid Radiactive Waste Management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia?

“Piawaian mana yg akan diguna pakai nanti?” soalnya yang juga Naib Presiden PKR.

Selain itu, menteri besar juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yang mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.

“MB juga harus meminta kaji selidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian sama ada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan rare earth,” katanya.

Katanya, memandangkan loji pemprosesan itu nanti akan menjadi loji terbesar di dunia selain yang ada di negara China yang semua tahu tidak diambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar, maka persoalan di atas amat penting.

Soalnya lagi, bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan, adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong.

Beliau menjangka Adnan hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan di atas.

“Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab,” katanya.


Rakyat Sarawak perlu tolak politik ‘jembalang’ BN
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 April: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai ‘jembalang dan hantu yang bermulut manis’ adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara.

Pengarahnya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) melahirkan rasa hairan bagaimana kenyataan itu boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara.

Beliau mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah ‘jembalang dan hantu’ yang dia sendiri maksudkan.

“Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini.

Baginya, Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak.

Katanya lagi, BN perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara.

“Inilah mentaliti ‘budak sekolah rendah’ yang ada dalam pemikiran pemimpin BN sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Menurutnya, menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN ataupun memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya.

Pakatan Rakyat, ujarnya telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga.

“Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak?” tanya beliau lagi.

Beliau menambah, sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acap kali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji ‘melangit’ menjelang pilihanraya.

Beliau berkata, BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman.

Sebab itu, katanya mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh.

“Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini.

“Politik ‘jembalang’ dan ‘hantu’ sudah tidak laku dalam pilihanraya Dun Sarawak kali ini,” ujarnya.


Dewan Negeri Selangor tidak dibubar tahun ini
Harakahdaily

SHAH ALAM, 1 Apr: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

“Dengan mandat yang hanya akan berakhir pada tahun 2013, pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan memilih untuk pembubaran kabinet pada tahun ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Ke-12, hari ini.

Menurutnya, desas-desus telah bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya.

Beliau menyebut perkara itu kerana ia mempunyai kaitan dengan konsep bernegara di Malaysia.

Katanya, pembubaran kabinet sebuah kerajaan negeri tidak semestinya dibuat seiring dengan pembubaran kabinet Kerajaan Persekutuan.

“Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia terutama kita yang berada di dewan yang dimuliakan ini.

“Apa yang saya maksudkan di sini ialah kedaulatan negeri dan bidang kuasa negeri mesti dipertahankan,” ujarnya.

Selaku wakil rakyat yang diangkat menjadi Menteri Besar kerajaan negeri Selangor, beliau mengajak semua menginsafi bahawa sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menjaga maruah dewan negeri demi mengangkat martabat rakyat dan kepentingan negeri.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa cuba menghadiri dan menyertai proses perbahasan setiap sidang dewan bagi memastikan peranan sebagai wakil rakyat dapat dijalankan dengan cara terbaik,” katanya lagi.


Video: Isunya bukan tulen tetapi siapa dalamnya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. (gambar)

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera.

Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.

Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.

"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.

Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.

Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Ahmad dalam Twitternya berkata, walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.

"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.

Tiada ulasan: