Ahad, 3 April 2011

Ku Li....WALAUPUN BUKAN SATU PARTI....BELIAU LEBIH BERTANGGUNG JAWAB ..SERAHLAH TUK HAK RAKYAT JANGAN DINAFI...LANGGAR HUKUM AGAMA...

Memoir Dr M: Antara fakta dan fiksyen
Barry Wain
Apr 2, 11
3:38pm


Sepanjang kerjaya awamnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali diduga hampir tidak dapat terduga.

Beliau selesa menjadi seorang 'maverick' atau 'pengingkar' - melanggar peraturan setiap kali ia tampaknya tidak masuk akal, ataupun yang menghalang jalannya.

Tindakan berkenaan seringkali berisiko politik dan memerlukan keberanian bagi melakukannya. Namun ia berjaya menjadikan imejnya agung dan ada kalanya menyebabkan saingannya hilang keseimbangan ketika beliau merampas peluang tersebut.

mahathir book launch memoirs 080311Buku setebal 843 halaman, 'A Doktor di Rumah: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang docoretnya mengambarkan pola berkenaan.

Pada usia 85 tahun, perdana menteri paling lama di Malaysia itu dalam bukunya itu dijangka akan mengimbas zaman silam, menjawap kritikan sambil mengketengahkan kejayaan prestasinya tetapi membisu mengenai kesilapan atau matlamat yang belum dicapai.

Beliau juga dikatakan akan menjelaskan beberapa kebuntuan sebelum ini tetapi secara umumnya cuba berdamai dengan seterunya.

Tetapi tidak bagi Seorang polemik sehingga ke saat akhir, beliau tidak banyak memperdulikan kritikan atau bidasan yang dilontarkan terhadap dirinya dan dasar-dasar selama 22 tahunnya sebagai perdana menteri.

NONEDia memilih ingatan selektif dan membuat beberapa usul yang bercanggah dan meragukan, sambil menerima pujian yang kadang-kala - meskipun tidak selalu - yang beliau layak menerimanya.

Seperti janjinya untuk meninggalkan dunia politik setelah bersara pada tahun 2003, buku ini tidak bagi membantu meningkatkan reputasi Mahathir di kalangan penyelidik, penganalisis dan pembaca yang berpengetahuan.

Tetapi bagi peminat setianya - yang mengagumi cara beliau meletakkan Malaysia di peta dunia, sikap tidak menyerah kalah bagi melasanakan melakukan pendekatan pembangunan dan kedegilannya itu akan terus mencintainya.

NONESeperti pidato politik yang berjela-jela, buku memor Mahathir ini mengandungi hampir tidak ada langsung bukti yang menyokong hujahnya mengenbai sesuatu topik.

Bahkan, laporan rasmi diri sendiri, dan sejumlah pernyataan longgar yang memerlukan pembuktian juga tidak dilampirkan.

Teks ini juga disajikan dengan kesalahan faktual dan pelbagai percanggahan.


Dua pegawai SPRM muat turun bahan lucah
Hafiz Yatim
Apr 2, 11
8:10pm


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan bukan satu tetapi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati memuat turun video lucah pada malam pembantu politik itu dijumpai mati.

Perkara itu didedahkan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh penyiasat persendirian, Michael Leslie Squires, yang diupah oleh suruhanjaya berkenaan seleaps menganalisis lima daripada enam komputer milik SPRM.

Pemeriksaan mendedahkan dua pegawai, Raymond Nion dan Mohd Ashraf Mohd Yunus pada malam 16 Julai, 2008 sedang memuat turun bahan lucah ke komputer mereka.

Semakan Squires ke atas komputer Ashraf mendapati beliau juga memuat turun wayang gambar, muzik dan melayari beberapa laman lucah antara tengah malam hingga jam 1.20 pagi ketika Teoh disoal siasat di premis SPRM Shah Alam.

Beliau juga menjumpai perkara yang sama di komputer Nion.


Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'
Hafiz Yatim
Apr 2, 11
4:48pm


Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

dr pornthip rojanasunand at teoh beng hock rciMenurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.




Peguam timbulkan 'dua taktik' soal siasat SPRM
Hafiz Yatim
Apr 2, 11
12:22pm


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock hari ini diberitahu mengenai dua kemungkinan cara yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal siasat mereka.

Walaupun timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim menafikan kedua-dua kaedah yang dicadangkan oleh Edmund Bon, yang mewakili Majlis Peguam, peguam itu berkata terpulang kepada imaginasi mereka untuk berfikir sama ada ia digunakan.

Kaedah yang dicadangkan oleh Bon itu adalah kemungkinan yang mata Teoh ditutup dan pembantu politik itu dibawa ke suatu tempat yang tinggi dan kemudiannya diugut.

Selain itu, katanya Teoh juga mungkin ditempatkan di tepi tingkap ketika disoal untuk memberikan maklumat.

Namun Hishamuddin menafikan perkara itu dan berkata "semua ini fitnah dan tak benar sama sekali”.

NONEBeliau juga menafikan terbabit dalam soal siasat ke atas Teoh apabila Bon mencadangkan pegawai SPRM itu menipu dalam keterangannya bahawa beliau sedang tidur di pejabat.

Bon juga bertanya mengenai kemungkinan teknik yang digunakan oleh Hishamuddin termasuk merentap tali pinggang Teoh sambil mengoyangkan mangsa bagi mendapatkan maklumat. Bekas timbalan pengarah itu menafikan perkara tersebut.

Ketika ini, pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand sedang memberi keterangan sambil dibantu oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantunya.

Ketua panel pesuruhjaya lima anggota ini, hakim Tan Sri James Foong mengalu-alukan kedatangan Pornthip di sebalik jadualnya yang ketat.

Pornthip, 56, sekarang ini sedang disoal oleh wakil pejabat peguam negara, Amarjeet Singh.



PAS yakin tawan 8 lagi kerusi DUN S'gor
S Pathmawathy
Apr 3, 11
3:53pm


PAS yakin akan dapat menawan semula beberapa kerusinya di Selangor pada pilihan raya umum akan datang yang dispekulasikan tidak lama lagi.

roslan sms shahir mohd shahirKetua Penerangan PAS, Selangor, Roslan Shahir berkata parti itu telah melakukan persiapan sejak awal tahun ini.

“Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi,” katanya.

Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.

Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubar sehingga Mac 2012, sekalipun pilihan raya umum diadakan.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimKhalid berkata Pakatan Rakyat akan terus menerajui negeri berkenaan kerana mandat yang diberikan rakyat adalah sehingga Mac 2013 dan memerka memerlukan masa bagi melasanakan dasar-dasar yang dirancang.

Roslan berkata PAS menyokong penuh keputusan menteri besar itu kerana fokus pada “pembangunan negeri” menjadi perhatian rakyat.



PAS: Di mana moral Najib pertahan ADUN Lenggeng?
Apr 3, 11 10:22am


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang ADUN Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man“Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah ke atas ADUN Lenggeng, Mustafa Salim.

Najib pula semasa diminta mengulas perkembangan itu, bukan sahaja tidak serta merta menasihati wakil rakyat BN itu untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, tetapi mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang ADUN yang sah.

Najib turut menegaskan bahawa Mustafa akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu.

NONE“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan Pakatan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba ADUN mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes ADUN Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik kepada rakyat.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.

NONESelain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” nasihat beliau.




Ku Li ulangi kembalikan hak royalti Kelantan
Apr 3, 11 2:57pm


Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

ku li tengku razaleigh interview 241106 significant"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Sama ada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa.

"Tak ada keadilan dari segi itu," katanya.

Kerajaan negeri dibelakangkan

Menurut Razaleigh konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"katanya.

NONESelangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.

“Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," katanya.

NONEMengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan PAS.

"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.

Saman Petronas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

NONESehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.

Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-BN tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya perdana menteri adalah menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati perdana menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati perdana menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, “ katanya.




Najib yakin BN dapat rampas semula Pulau Pinang
Apr 2, 11 4:06pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.

najib penang visit visit to balik pulau"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," katanya pada satu persidangan akhbar selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.

Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Katanya selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.

"Ada juga pihak pembangkang yang mendakwa kononnya krisis kepimpinan yang berlaku di negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia, dan saya ingin beri jawapan, bahawa dalam keadaan krisis di sana, majoriti BN terus bertambah baik pada pilihan raya kecil sebelum ini," katanya.

Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lalu, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.

"Ia asam garam dalam politik, ada masanya berada diatas dan ada masanya berada dibawah, kita harus bangun dan mencari faktor-faktor yang boleh mendorong kita naik diatas dan jangan begitu kecewa," katanya.

Beliau berkata untuk bangkit semula, semua pemimpin dan anggota BN hendaklah menggunakan anologi semangat gotong royang iaitu bermuafakat dengan satu matlamat dan hanya dengan memberi fokus kepada usaha mencapai satu matlamat yang sama, dan ia menjadi asas kepada kejayaan untuk merampas kembali Pulau Pinang.

"Jangan ada masalah dalam keluarga BN, sepatutnya tolak perselisihan dan juruskan kerjasama, dan lakukan yang terbaik barulah kita boleh bangun," katanya.

Perdana Menteri seterusnya menyelar pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Pulau Pinang sedangkan hakikatnya pulau mutiara
itu terus dimajukan oleh kerajaan BN sejak dahulu hingga sekarang, termasuk dalam usaha meningkatkan pelaburan asing.

"Bukan tidak mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) tetapi ada pihak yang ingin bermain politik ibarat pepatah lembu punya susu sapi dapat nama," katanya.

Sehubungan itu Najib menggesa rakyat Pulau Pinang supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, dan mereka perlu memastikan BN kembali memerintah negeri.

- Bernama




S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya'
Apr 3, 11 9:56am


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi.

anwar ceramah in permatang pauh 270311 lim guan eng“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',” kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam.

Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup.

“Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya.

Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya.

Hadirin sekali lagi menjerit “Tidak!” apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

NONEKetiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

“Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?” soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

“Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan,” katanya.

Tiada ulasan: