LAWAK JUGA...ATAU TAK SEDAR DIRI...MACAM DIRI TU SUCI BERSIH MACAM AIR MUTLAK... KOTOR...JAHAT...PENIPU ATAU TAK ALLAH SAJA YANG TAHU...TUNGGU DIAKHIRAT VIDEO LUCAH MANA YANG BANYAK.....YANG MENUDUH ATAU YANG KENA TUDUH...AKHIRAT BARU TAU....SILAP2 DALAM DUNIA ALLAH DAH TURUN BALA....DENGAN ALLAH TUTUP PINTU HIDAYAH UNTUKNYA....SENDIRI MAU INGATLAH....
Istana S'gor gantung gelaran Datuk Kong Choy
Istana Selangor juga membatalkan anugerah Datuk kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis olah Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober tahun lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan yang dihadap Chan adalah serius kerana membabitkan kepentingan negara dan awam.
Anugerah Datuk kepada Chan akan dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah, tetapi akan dikekalkan jika didapati tidak bersalah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed itu antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian.
"Unit Forensik sentiasa mencari bukti-bukti penting bagi melengkapkan laporan mereka sama ada dari telefon bimbit, CCTV atau kembali semula ke tempat kejadian.
"Setiap hari memang ada petunjuk baru tapi kita tidak boleh dedahkan kerana boleh menganggu siasatan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
Beliau berkata sejak kes itu dilaporkan, polis menjalankan sisatan terperinci dengan sentiasa memanggil individu baru atau memanggil semula mana-mana 16 individu yang telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan.
Ku berkata siasatan dapat diselesaikan apabila semua laporan forensik diperoleh dan keterangan saksi selesai diambil.
"Kita semua perlu tunggu. Jangan bagi kami 'deadline' bila kes boleh diselesaikan," katanya yang tidak menolak kemungkinan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia
Dalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.
Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.
Justeru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.
Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.
Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.
Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.
Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.
Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.
Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.
Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.
Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.
Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.
Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.
Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.
Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.
Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.
Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.
Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?
Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?
Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.
Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.
Malah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.
Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.
Anwar dan pejabat PKR turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .
Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.
Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.
Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.
Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?
Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan.
Wira Arjuna adalah bekas seorang wartawan dan editor berpengalaman luas yang pernah berkhidmat di beberapa media arus perdana dan juga agensi berita luar negara.
comments
- Md Zulaimi Kazin · Universiti Teknologi MalaysiaTahniah Wira Arjuna. Kalau dirujuk kepada ZulNordin(maaf tak panggil Dato' sbb dia tak layak), dari segi teknikalnya bagaimana mereka yg 'mencekup' DSAI siap memasang 4 kamera iaitu mengikut kepala otaknya DSAI dah banyak kali buat kerja nih sehingga org boleh siap sedia utk rakaman. Sebenarnya jalan mudah kalau betul DSAI dah byk kali buat kenapa tidak panggil JAWi atau JAIS shj serbu tak perlukita berforum panjang. Itulah hujjah dangkal ZulNorrdin simunafik.Kami di Kulim dah kenal sangat akal penipu simunafik ini moga Allah kembalikan Aib ini kepadabya...Amin.
Semenjak isu meletup, budak sekolah yang sebelum ini tak tahu apa itu zina dah mulai tahu, bertanya kepada ibu bapa mereka, atau mereka akan 'search' dalam internet maksud perkataan zina.
Maka keluarlah tafsiran zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum Syarak, bukan pasangan suami isteri, pelaku kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif persetubuhan yang meragukan (wati' syubhah).
Bertanyalah pula kanak-kanak ini, apa pula maksud persetubuhan?
Lalu tahulah mereka bahawa persetubuhan itu ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Sebelum ini, mereka dengar tentang persetubuhan. Kali ini zina pula.
Wah, makin bertambahlah 'vocabulary' anak-anak kita dengan istilah-istilah seks ini.
Zina adalah suatu perbuatan yang dilarang keras oleh Islam, maka hukumannya juga adalah teramat keras dan mandatori.
Jika seorang penzina muhson, yakni seseorang yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, apabila disabitkan melakukan perzinaan wajib dikenakan hukuman hudd (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati.
Bagi penzina ghair muhson, yakni seseorang penzina yang tidak cukup syarat-syarat dinyatakan di atas, hendaklah disebat sebanyak 100 kali sebatan, dan setengah ulama' menambah dengan hukuman buang negeri selama setahun.
Hukuman kepada pelaku zina disebut dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
Empat saksi
Kerana ia adalah suatu kesalahan yang berat, hukumannya juga berat, maka sebab itulah ulama' mensyaratkan zina hanya boleh disabitkan samada dengan ikrar atau pengakuan si pelaku atau dengan keterangan empat orang saksi yang cukup syarat-syaratnya.
Sejarah Islam mencatatkan bahawa kebanyakan sabitan zina di zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui pengakuan salah.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w di dalam masjid dan mengaku telah melakukakan zina.
Baginda berpaling ke arah lain seperti tidak melayan atau menerima pengakuannya, sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah itu barulah Baginda bertanya, 'adakah engkau gila?' Dia menjawab 'tidak'. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, 'adakah engkau telah berkahwin?' Dia menjawab 'ya'. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat membawa lelaki tersebut untuk direjam.
Dalam suatu riwayat dari Sulaiman bin Buraidah, bahawa seorang wanita dari qabilah al-Ghamidiyah datang berjumpa Rasulullah dan mengaku sebanyak 4 kali bahawa dia telah mengandung hasil perbuatan zina.
Baginda tidak terus menghukum wanita mengandung itu, tetapi meminta wanita itu pulang terlebih dahulu, melahirkan dan menyusukan anak tersebut, sehingga tamat tempoh susuan, barulah beliau diperintahkan untuk direjam.
Kalaulah ditakdirkan selepas melahirkan anak, wanita ini menarik balik pengakuannya berzina, maka nescaya Baginda s.a.w akan menarik balik hukuman terhadap wanita tersebut.
Ini yang dilakukan oleh Baginda s.a.w di mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan telah menegur sahabat baginda dengan keras apabila mereka meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik yang telah melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Berdasarkan dalil dan riwayat dia atas, maka rakaman video semata-mata bukanlah bukti yang kukuh untuk mensabitkan zina. Rakaman video adalah bukti yang lemah, dan dalam Islam disebut sebagai bayyinah (keterangan) atau qarinah (tanda).
Ulama' Syafie dan Hanafi hanya menerima pensabitan zina melalui iqrar (pengakuan) dan syahadah (kesaksian) 4 oang saksi lelaki, adil dan merdeka sahaja, dan menolak bukti bayyinah atau qarinah.
Tidak setuju dengan Zainul Rijal
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dalam sebuah akhbar tempatan bahawa rakaman video aksi seks boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah.
Ulama' Islam jelas telah membahaskan bahawa jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi lelaki, adil dan merdeka yang melihat perlakuan zina itu.
Peruntukan tentang perbuatan zina yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri kini adalah tidak mengikut Hukum Syarak dan tidak sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al-Quran.
Bentuk hukuman yang ditakninkan dalam peruntukan ini lebih berupa hukuman takzir. Ini kerana Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 menghadkan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam, dan untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi RM5,000.00 sahaja atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Dengan adanya halangan ini, maka hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.
Mengambil contoh Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa '(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.' Manakala sub-seksyen (2) Akta tersebut memperuntukkan hukuman yang sama kepada mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya.
Hukuman takzir
Walaupun hukuman yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hanya berbentuk hukuman takzir, maka tidaklah bermakna kita boleh menyatakan bahawa untuk mensabitkan kesalahan zina hanya cukup dengan bukti bayyinah iaitu rakaman video.
Ia adalah suatu yang mengelirukan, dan bertentangan dengan ketetapan para ulama' yang meletakkan standard bukti yang kukuh iaitu pengakuan atau syahadah 4 orang saksi sahaja boleh diterima untuk mensabitkan kesalahan zina.
Saya juga sependapat dengan Dr Juanda, tamatkanlah segera isu video seks ini. Amat memalukan.
Seolah-olah kita tinggal di dunia yang tidak bertamaddun dan tiada undang-undang.
Tindakan menyebarkan video seks kepada khalayak ramai, kemudian menjadi perbincangan umum, dan meminta masyarakat yang menghukum adalah suatu yang tidak bermoral, rosak akhlak, serta akan merosakkan akhlak baik masyarakat. Negara ini ada undang-undang.
Malah ada dua sistem mahkamah di negara ini, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Jika benar si pelaku dalam rakaman video itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja, kenapa tidak segera didakwa di mahkamah?
Sebagai rakyat yang mendidik akhlak yang baik kepada anak-anak, pasti saya dan pembaca yang lain mahu melihat si pelaku dan juga orang yang mengedarkan video untuk tontotan umum itu dihukum menurut undang-undang negara ini. Agar kami sebagai warga negara ini berasa selamat dan amat bersyukur tinggal di negara yang aman ini.
Qazaf
Menuduh seseorang yang baik lagi suci melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram, termasuk dalam dosa besar dan boleh dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq.
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq".
Tuduhan zina
Walaupun dalam ayat menyebut kesalahan menuduh zina kepada wanita, ijma' ulama' bersepakat bahawa tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini.
Jika aduan dibuat secara tertutup menurut saluran yang ditetapkan, ia akan dibicarakan di dalam Mahkamah, dengan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi yang boleh membantu dakwaan.
Maka maruah tertuduh tidak akan tercemar atau musnah seteruk perbicaraan di media dan di kalangan masyarakat awam. Apabila dibicarakan di mahkamah, maka hukuman qazaf tidak dikenakan kerana maqasid dari hukuman Qazaf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercalar di mata awam.
Maka, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan ke atas seseorang yang lain, terutama tuduhan yang melibatkan hak Allah seperti hudud.
Allah memberi peringatan keras sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang pedih. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.” (Surah An-Nur ayat 23-24).
comments
- Mohamad Zikri · TAFE NSW - Western Sydney Institutetapi malang sekali...kita hanya mampu bicara sahaja tentang hukum islam..tapi di Malaysia hukum hudud hanya pada nama...sebab tu depa tak pernah rasa takut....hukum ALLAH adalah yg terbaik...harap pemimpin Islam di Malaysia berusaha untuk tegakan hukum ALLAH
Nazmi Salleh · Technition at Self wooker
Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya.
"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.
"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah 1Malaysia ”Jom Kedah” di Pokok Sena hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan Khairy.
- Bernama
Kali ini, komik "Kisah Juara Raja Lawak" disebarkan di Damansara yang terletak di parlimen Subang yang diwakili bekas naib presiden PKR R Sivarasa.
Seorang pekerja swasta yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysiakini pada 26 Mac lalu, komik lucah itu diposkan ke rumahnya.
“Saya tidak pasti nama dan alamat saya diambil daripada (sumber) mana. Cop pos (atas sampul surat) dari sebuah pejabat pos di Shah Alam,” katanya.
Menceritakan kandungan komik tersebut, wanita itu berkata terdapat lukisan kartun yang menyerupai gambar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh melakukan aksi seks.
Menurut wanita yang berumur 26 tahun itu lagi, dia menyedari komik berkenaan berada di peti suratnya selepas memeriksanya semalam.Laporan polis
“Saya tidak pasti sama ada jiran dan rakan-rakannya yang lain turut menerima komik itu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, wanita itu berkata beliau tidak membuat laporan polis dan tidak pasti sama ada mahu berbuat demikian.
“Saya baru sedar (komik itu) semalam, tidak pasti nak buat laporan atau tidak,” katanya.
Akhir bukan lalu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran komik itu yang memaparkan kartun lucah Anwar - yang juga bapanya - dalam pelbagai aksi.
Komik 16 halaman tersebut didakwa mempersendakan ketua pembangkang dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.
Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti bapa dan imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan