Rabu, 6 April 2011

HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU....APA YANG TERJADI....AKHIRAT AKAN TERUNGKAI....YANG TERLIBAT RASUAH BERHENTILAH...DIMASKINKAN 7/4/11


Ibu pengsan bila lihat jenazah Ahmad Sarbani
Abdul Rahim Sabri
Apr 7, 11
12:08pm

Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

NONEAda di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.

Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.

NONEJenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

NONETerdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.

Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.

Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

NONESalah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.

Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.


Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat
Hafiz Yatim
Apr 7, 11
5:13pm

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

NONESumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.



Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM
Apr 6, 11 12:41pm

GALERI FOTO

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

NONEPegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.


KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan
Apr 6, 11 1:00pm


Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

NONEPegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata seorang pembantu khasnya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya,ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.



Kematian memeranjatkan RCI TBH
S Pathmawathy
Apr 6, 11
3:55pm
Pejabat kastam Selangor 'tak boleh dimasuki'
Apr 6, 11 5:05pm


Seorang ahli Majlis Perbandaran Klang berkata, sekumpulan orang orang awam hari ini dihalang daripada cuba berurusan dengan pegawai kastam di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor.

Lim Lip Suan menganggarkan terdapat antara 300 hingga 400 orang yang berkumpul di luar pagar bangunan tersebut kerana dihalang daripada memasuki kompleks berkenaan.

NONEBangunan berkenaan terletak di North Port, Pelabuhan Klang.

"Saya pergi untuk tinjau pada pukul 1 petang tadi. Saya nampak polis dengan dua buah kereta peronda berkawal di luar pagar bangunan itu," kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya, beliau tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kompleks bangunan berkenaan.

"Saya sendiripun tidak boleh masuk ke pejabat itu," katanya lagi.

Namun, beliau percaya keadaan itu ada kaitannya dengan insiden kematian seorang pegawai kanan di pejabat tersebut pagi ini.

Pegawai berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini.

Kongsi 12
Berita kematian seorang pegawai Jabatan Kastam selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pagi ini, memeranjatkan sesi prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Sejurus sebelum suruhanjaya itu berhenti berehat pada waktu makan tengah hari, pengerusi ketua RCI, Hakim Datuk James Foong, secara tiba-tiba bertanya kepada peguam yang hadir sama ada mereka ada telefon Blackberry.

Para peguam nampak kebingungan, sehinggalah Foong memberitahu mereka bahawa telefonnya sentiasa bergetar dengan berita mengenai kematian seorang pegawai kastam.

Berita mengenai kejadian tersebut tersebar sekitar jam 11 pagi di kalangan para wartawan yang menggunakan telefon Blackberry yang membuat liputan siasatan suruhanjaya terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di koridor perkhidmatan tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14.

Suruhanjaya diraja itu ditubuhkan untuk menyiasat sama ada berlaku sebarang pelanggaran procedur atau salahguna kuasa oleh pihak SPRM berhubung kematian Teoh.

Siasatan pagi ini mendengar keterangan ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang turut dipanggil sebagai saksi oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh.

Tan berada di pejabat SPRM selama lebih 16 jam untuk kenyataannya dirakamkan pada hari berkenaan.



Penjelasan SPRM
Apr 6, 11 3:17pm


Berikut adalah penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang pegawai Kastam di SPRM Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

NONEIndividu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

NONEPenama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

NONEDalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telahpun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan .



Polis siasat sebagai mati mengejut
Apr 6, 11 3:29pm


Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

NONEZulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

- Bernama

SPRM ucap takziah
Apr 6, 11 8:23pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allayarham Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

"Saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM turut merasa sedih dan bersimpati atas kejadian yang berlaku.

"SPRM akan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai perkara ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

"Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan punca kematian dan SPRM akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan tersebut.

NONE"Kami juga berharap perkara ini tidak dieksploitasi atau dimanipulasikan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka," tambahnya.

Ahmad Sarbani, 56, yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan kastam itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu


SPRM adakan siasatan dalaman menyeluruh
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allayarham Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi semalam.

“Saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM turut merasa sedih dan bersimpati atas kejadian yang berlaku.

“SPRM akan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai perkara ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, malam tadi.

SPRM juga, katanya telah menyerahkan perkara itu kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan punca kematian dan SPRM akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan tersebut.

“Kami juga berharap perkara ini tidak dieksploitasi atau dimanipulasikan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka,” ujarnya.




Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 April: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat.



Arwah sering murung

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Kalidevi Mogan, Asmah Rusman, Siti Hadayatidayu Razali dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my

ZIARAH...sebahagian pegawai kastam yang  menziarah jenazah mangsa.
ZIARAH...sebahagian pegawai kastam yang menziarah jenazah mangsa.

KUALA LUMPUR: “Arwah berulang kali menyuarakan rasa bimbang dengan siasatan yang dijalankan ke atasnya. Dia tidak menceritakan secara terperinci mengenai siasatan itu, tapi memberitahu sering murung hingga sukar tidur malam.”

Demikian kata Ridzuan Mamat, 46, rakan karib Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan.


Ridzuan yang ditemui ketika menziarahi jenazah Ahmad Sarbini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berkata, perkara itu diceritakan arwah rakannya itu dalam perbualan telefon di antara mereka, beberapa hari lalu.


“Saya hanya menasihatinya agar tidak takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.


Ahmad Sarbini sering berkongsi cerita atau masalah dengan Ridzuan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu disebabkan hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak tinggal bersama di Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak.

Ahmad Sharbini meninggalkan seorang balu berusia 40-an dan lima anak berusia antara lapan hingga 20-an termasuk anak perempuannya yang dikatakan baru bertunang awal bulan lalu.


Seorang rakan setugas Ahmad Sarbini yang enggan dikenali pula berkata, kira-kira jam 5 petang kelmarin, dia bermain tenis bersama Allahyarham di pejabatnya di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Ketika itu, arwah seolah-olah melepaskan tekanan dihadapinya. Apabila saya tanya mengenai perkembangan siasatan kes rasuah membabitkannya, dia diam dan terus meninggalkan gelanggang,” katanya.


Tinjauan wartawan Harian Metro di PPUKM mendapati satu majlis tahlil dilakukan pegawai dan anggota kastam di perkarangan bilik mayat hospital berkenaan. Isteri dan ahli keluarga mangsa enggan memberi sebarang komen.


Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Ahmad Sarbini datang ke bangunan itu untuk berjumpa seorang pegawai penyiasat kesnya dengan menunggang motosikal pada jam 8.26 pagi semalam. Menurutnya, Allahyarham antara 62 pegawai dan anggota KDRM yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.


“Ahmad Sarbini ditahan SPRM kira-kira jam 1 tengah hari 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan membabitkan operasi 3B iaitu siasatan berkaitan kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terbabit dalam rasuah.


“Selepas rakaman keterangan dilakukan pegawai penyiasat, keesokan harinya kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahmad Sarbini dibebaskan dengan jaminan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Menurutnya, pagi semalam, Ahmad Sarbini datang semula ke bangunan SPRM menunggang motosikal Modenas Kriss untuk berjumpa pegawai penyiasat yang mengendalikan kesnya.


“Ketika itu, pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat. Jadi, Ahmad Sarbini diarahkan menunggu di lobi sehingga jam 9.30 pagi.


“Sebaik mesyuarat tamat kira-kira jam 10.15 pagi seorang pegawai membawanya ke sebuah bilik dan dia ditinggalkan di situ sementara pegawai pengiring mencari pegawai penyiasat terbabit,” katanya.


Difahamkan, bilik berkenaan terletak di tingkat tiga bangunan SPRM itu.


Mustafar berkata, bagaimanapun, sekembalinya pegawai pengiring itu ke bilik berkenaan beberapa minit kemudian, dia mendapati Ahmad Sarbini tiada.


Katanya, pegawai itu mencari Ahmad Sarbini di sekitar bangunan sebelum menemuinya tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan berkenaan, lalu memaklumkan kejadian itu kepada pihak atasan.


Menurutnya, pihak SPRM segera menghubungi hospital memaklumkan kejadian itu sebelum melaporkannya kepada polis.


“Kami menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Maut terjatuh bangunan SPRM


AHMAD SARBANI maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat tiga (gambar kecil) bangunan SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali memberitahu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati pada pukul 10.15 pagi di gelanggang badminton bangunan SPRM oleh seorang kakitangan SPRM.

“SPRM mengesahkan mangsa adalah antara pegawai Kastam yang ditahan pada 1 April 2011 pada pukul 12 tengah hari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Setelah mangsa membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3b iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dia telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April lalu pada pukul 12.30 tengah hari,” kata Mustafar di tempat kejadian.

Selepas dilepaskan melalui jaminan, mangsa meninggalkan Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Namun begitu, Mustafar memberitahu, pada pukul 8.26 pagi semalam, mangsa datang semula ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal Modenas Kriss.

Katanya, mangsa datang ke pejabat SPRM itu tanpa mendapat arahan daripada SPRM.

Bangunan SPRM terbabit baru siap dibina dan diguna pakai pada Disember 2010 dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi mangsa ditemui mati.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hadir untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM bagi berbincang mengenai kes terhadapnya tetapi oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, mangsa menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.


Sarbani mengadu tertekan – Rakan


ISTERI Ahmad Sarbani (tengah) tidak dapat menahan kesedihan di Rumah Mayat PPUKM, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang didakwa pernah mengaku kepada seorang rakannya bahawa dia tertekan dengan masalah rasuah dan jenayah yang turut dikaitkan dengan dirinya.

Rakan arwah yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzuan berkata, dia yang mendengar keluhan arwah menasihati Allahyarham supaya tidak takut jika dia tidak bersalah.

Semasa itu, arwah belum dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercerita lanjut, Ridzuan yang tidak bekerja dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, arwah meluahkan demikian ketika dia bertemu dengan Ahmad Sarbani dua minggu lalu di rumah mangsa di Kelana Jaya, Selangor.

“Saya tidak sangka dia akan meninggal dalam keadaan tragis seperti ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini semalam.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku di bawah Akta SPRM 2009.



Ketua Hakim Negara Tinggalkan Sidang Media Dalam Keadaan Marah...

SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya.

“Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam,” katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi.

Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.

Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut.

Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.

Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.

Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.

Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.

Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media.

"Saya menanggung kesilapan itu," katanya.

Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.

Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama.



Kesatuan kastam mesyuarat bincang kematian Sarbani
Salhan K Ahmad
Apr 7, 11
7:02pm

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPSM) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar ekoran kematian salah seorang anggotanya ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONESeorang pengerusi cawangan kesatuan itu, Ja'apar Mansor berkata mesyuarat itu juga antara lainnya akan membincangkan faktor keselamatan anggotanya ketika mengikuti siasatan SPRM.


"Kita akan bincangkan dan lihat apa pandangan anggota exco dalam mesyuarat," kata Ja'apar yang merupakan pengerusi KPKSM Cawangan Kuala Lumpur.

Katanya, mesyuarat itu diadakan ekoran insiden melibatkan seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamed semalam ketika berada di sebuah premis SPRM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan suruhanjaya itu di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pagi semalam.

NONEPembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor itu berada di pejabat SPRM berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Mengulas lanjut, Ja'apar berkata mesyuarat berkenaan akan turut disertai oleh pemimpin Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Mesyuarat berkenaan akan diadakan esok di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.

Tiada ulasan: