Sabtu, 9 April 2011

GUNA DAN PERCAYA KEKUASAAN BOMOH MEMBAWA KEPADA SYIRIK.....

Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh
Ang Ngan Toh
Apr 8, 11
6:44pm

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

NONE“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

NONE“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.


Panduan Mengenal pasti Bomoh

Pada artikel yang lalu (copy paste dari laman lain) telah dijelaskan hukum berbomoh. Ia dapat dilihat semula di laman saya di sini: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/23

Hari ini cerita tentang bomoh akan disambung semula dengan penerangan yang boleh diguna pakai untuk mengenal pasti bomoh iaitu seorang manusia yang sesat lagi menyesatkan.

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.

Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.

Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:

1 Tiada kaunseling atau dakwah Islam.

2 Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.

3 Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.

4 Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.

5 Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.

6 Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.

7 Minta pengeras.

8 Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.

9 Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.

10 Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.

11 Guna air dalam mangkuk untuk menelek.

12 Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.

13 Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf

14 Pengamal Feng Shui adalah bomoh.

15 Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.

16 Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai.

17 Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’.

18 Ada proses menurun sewaktu mengubat.

19 Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik.

20 Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.

21 Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas.

22 Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat..

23 Ada mengamalkan meditasi.

24 Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.

25 Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.

26 Mengaku boleh nampak jin.

27 Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah.

28 Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka.

29 Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.

30 Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya.

31 Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan.

32 Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”.

33 Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.

34 Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.

35 Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.

36 Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.

Untuk melihat bomoh artis sebenar sedang memasukkan susuk, sila klik link berikut:

http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bmh_foto4.html#atas


Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.

2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.

3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam.

4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.

5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh)

6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.

7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib

8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.

9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit.

10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik

11. Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah.

12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah.

13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah.

14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah.

15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.


Sila lah lawati laman saya di: http://emjayjb.multiply.com/

Silalah email saya di: kangmasjb@hotmail.com

Wallahualam. Wassalam.

Pembatal keislaman 1 – Syirik kepada Allah

Juli 16, 2007 pukul 10:18 pm | Ditulis dalam Aqidah | Tinggalkan komentar

Pembatal ke 1

Syirik dalam beribadah kepada Allah (2)

(2) Sebesar-besar perkara yang menjadikan seorang murtad adalah syirik dalam beribadah kepada Allah yaitu dia beribadah kepada Allah juga beribadah kepada selain-Nya. Seperti menyembelih untuk selain Allah, nadzar untuk selain Allah, sujud kepada selain Allah, meminta pertolongan kepada selain Allah dalam perkara yang tidak mampu melaksanakan melainkan hanya Allah. Ini adalah sebesar-besar jenis kemurtadan.

Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan baginya surga dan tempatnya ialah neraka.” (Al Maidah: 72)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisaa: 48)

“Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An Nisaa: 116)

Maka kesyirikan adalah jenis kemurtadan yang paling berbahaya, yaitu seseorang beribadah kepada selain Allah dengan salah satu dari macam-macam ibadah, seperti do’a, menyembelih, nadzar, istighotsah (minta diselamatkan dari perkara yang sulit dan membinasakan), isti’anah (memohon pertolongan) dalam perkara yang tidak mampu untuk melaksanakannya melainkan hanya Allah subhanahu wa ta’ala, berdo’a kepada mayit, istighotsah kepada kuburan, meminta pertolongan kepada orang yang telah mati. Ini adalah jenis kemurtadan yang paling berbahaya dan paling besar, mayoritas orang yang mengaku Islam telah terjatuh padanya, menyembelih untuknya, bernadzar dan mendekatkan diri padanya. Mereka mengatakan bahwa hal ini dalam rangka mendekatkan diri mereka kepada Allah, mereka mendekatkan diri padanya dengan anggapan bisa mendekatkan diri mereka kepada Allah.

Kenapa mereka tidak mendekatkan diri kepada Allah secara langsung dan meninggalkan tempat-tempat yang menyesatkan ini? Hendaknya mereka mendekatkan diri kepada Allah (secara langsung) karena sesungguhnya Allah itu Maha Dekat dan memenuhi permintaan. Kenapa kalian mendekatkan kepada mahluk kemudian kalian mengatakan: “Para mahluk itu mendekatkan diri kami kepada Allah.” Apakah Allah itu jauh?! Apakah Allah tidak mengetahui dan tidak mendengar mahluk-Nya?! Tidak melihat apa yang mereka kerjakan?!

(Ketahuilah) Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi adalah dekat dan memenuhi permintaan.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku.” (Al Baqarah: 186)

“Dan Rabbmu berfirman: “Berdo’alah kalian kepada-Ku niscaya akan Kuperkenankan bagi kalian.” (Ghofir: 60)

Sesungguhnya Allah adalah dekat dan memenuhi permintaan, kenapa kalian pergi dan berdo’a kepada selain Allah?! Kemudian kalian mengatakan: hal ini bisa mendekatkan diri kami kepada Allah (hal ini seperti ucapan orang-orang musyrik yang dikisahkan Allah)

“Kami tidak beribadah kepada mereka melainkan supaya mereka mendekatkan diri kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (Az Zumar: 3)

Yakni seolah-olah kamu menganggap bahwa Allah tidak mengilmui dan mengetahui, demikianlah syaithan dari kalangan jin dan manusia menghiasi untuk mereka dalam keadaan mereka mengaku Islam, bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak melainkan hanya Allah, mereka sholat dan puasa akan tetapi mereka mencampuri amalan-amalan mereka dengan syirik besar maka mereka keluar dari agama Islam dalam keadaan mereka sholat, puasa dan haji, orang yang melihat mereka menyangka bahwa mereka muslimin.

Maka sudah sepantasnya mengetahui hal ini, bahwa syirik kepada Allah adalah dosa yang paling berbahaya dan paling besar. Bersamaan dengan bahayanya dan jeleknya syirik ini ternyata banyak dari orang-orang yang mengaku islam telah terjatuh padanya, mereka tidak menamainya sebagai perbuatan syirik akan tetapi mereka menamainya sebagai tawasul atau meminta syafaat, atau mereka menamainya dengan nama-nama selain syirik, akan tetapi nama-nama itu tidak bisa merubah hakekat sesuatu, kalau perbuatan tersebut adalah syirik tetap kita katakan syirik (walaupun mereka menamainya dengan nama selain syirik). Ini (syirik) adalah jenis kemurtadan yang paling berbahaya dan paling banyak terjadi padahal syirik ini jelas di dalam Al Qur’an dan Sunnah rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam. Seruan dan peringatan serta ancaman dari perbuatan syirik sangat jelas sekali, tidaklah lewat satu surat di dalam Al Quran melainkan memperingatkan dari perbuatan syirik, bersamaan dengan ini mereka membaca Al Quran akan tetapi tidak menjauhi perbuatan syirik.

Mungkin akan datang seseorang dan mengatakan: “Mereka adalah orang-orang bodoh, mereka mendapatkan udzur dengan kebodohan mereka tersebut.”

Maka kita katakan:

Sampai kapan dia akan bodoh? Sedangkan Al Quran dibacakan, mereka menghapal Al Quran dan membacanya, sungguh telah tegak hujjah atas mereka dengan sampainya Al quran kepada mereka.

“Dan Al Qur’an ini diwahyukan kepadaku agar supaya dengannya aku memberi peringatan kepada kalian dan kepada orang-orang yang sampai Al Qur’an kepada (mereka).” (Al An’Am: 19)

Setiap orang yang telah sampai Al Quran kepadanya, maka sungguh telah tegak hujjah atasnya dan tidak ada udzur baginya.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Diamengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An Nisaa’: 116) (3)

(3) “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik.” (An Nisaa’: 48)

Ayat ini menunjukkan bahwa syirik adalah dosa yang paling besar, dimana Allah tidak akan mengampuni pelakunya, melainkan apabila dia mau bertaubat darinya.

“dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (An Nisaa’: 48)

Dosa selain syirik seperti zina, minum khamr, mencuri, makan riba, ini semua selain dari syirik, dosa-dosa ini di bawah kehendak Allah, pelakunya adalah pelaku dosa besar dan mereka adalah orang-orang fasik, akan tetapi mereka tidak terjatuh dalam perbuatan syirik hanya saja mereka terjatuh dalam dosa-dosa besar dan hal ini mengurangi keimanan mereka dan mereka dihukumi dengan kefasikan. Seandainya mereka mati dan belum bertaubat maka mereka dibawah kehendak Allah. Jika Allah berkehendak maka Allah akan mengampuni mereka dengan tauhid yang ada pada mereka dan jika berkehendak maka Allah akan mengadzab disebabkan dosa-dosa mereka, kemudian tempat kembali mereka adalah jannah (surga) disebabkan tauhid yang ada pada mereka. Ini adalah tempat kembali para pelaku dosa besar selain syirik.

Dan firman-Nya:

“Dan Dia mengampuni segala dosa selain syirik.”

Ini menunjukkan bahwa seluruh dosa adalah dibawah syirik, sedangkan syirik adalah dosa yang paling besar dan paling berbahaya, maka hal ini menunjukkan tentang bahayanya syirik dan syirik adalah dosa yang paling besar.

Allah berfirman:

“sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah. Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya jannah dan tempat kembalinya adalah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang dzalim seorang penolongpun.” (Al Maidah: 72) (4)

(4) Ini adalah akibat di akhirat, yaitu diharamkan atasnya jannah, yakni dia terhalang untuk masuk jannah selama-lamanya, tidak ada baginya sesuatu yang diinginkan di dalamnya.

Kemana dia akan pergi? Apabila dia tidak termasuk penduduk jannah, kemana dia akan pergi? Apakah dia menjadi sesuatu yang tidak ada?! Tidak! Tempat kembalinya adalah neraka yang dia kekal di dalamnya.

“Tidaklah ada bagi orang-orang dzalim itu seorang penolongpun.” (Al Maidah: 72)

Yang dimaksud orang-orang dzalim adalah orang-orang musyrik. Karena syirik adalah kedzaliman, bahkan dia merupakan kedzaliman yang paling besar.

Tidak ada bagi mereka (penolong)

Yaitu tidak ada seorangpun yang mampu mengeluarkan mereka dari neraka atau memberi syafa’at untuk mereka di sisi Allah, sebagaimana pelaku dosa besar di beri syafa’at dan mereka bisa keluar dari neraka dengan syafa’at. Adapun orang-orang musyrik (maka) tidaklah bermanfaat bagi mereka syafa’at orang-orang yang memberi syafa’at.

“Dan tidak ada bagi orang-orang yang dzalim.”

Yaitu orang-orang musyrik

“teman setia seorangpun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafa’at yang diterima syafa’atnya.” (Al Mukmin: 18)

Seorang musyrik tidaklah diterima syafa’at padanya –kita berlindung kepada Allah-

“dan tempatnya adalah neraka” tempatnya yaitu tempat tinggalnya dan itulah sejelek-jelek tempat tinggal, tidak ada tempat tinggal baginya selain neraka selama-lamanya.

Maka dosa yang demikian bahayanya dan sangat jelek akibatnya, apakah boleh pura-pura bodoh dan tidak mengetahuinya serta tidak memperingatkan darinya?! Dan dikatakan: “biarkanlah manusia, biarkan para penyembah kubur, para penyembah kubah-kubah, biarkan orang-orang yang ada perkara-perkara kemurtadan padanya selama dia masih mengaku Islam, maka dia seorang muslim dan hadapilah orang-orang atheis.”

Maka kita katakan:

Mereka (orang-orang musyrik) lebih besar dan berbahaya daripada orang-orang atheis.

Dan termasuk dari perbuatan syirik adalah menyembelih untuk selain Allah, seperti menyembelih untuk jin dan kubur (5)

(5) Asy Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah menyebutkan contoh ini karena ini banyak terjadi dan manusia bermudah-mudahan padanya, mereka menyembelih untuk selain Allah, mereka menyembelih untuk jin dalam rangka menjaga diri dari kejelekan mereka, juga dalam rangka berobat dan penyembuhan. Kebanyakan manusia bermudah-mudahan dalam masalah ini dan ini banyak terjadi, padahal ini adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari agamanya dan ini bukan perkara yang mudah. Syaitan akan berkata kepadanya: “sembelihlah seekor anak domba, sembelihlah seekor ayam,” ini adalah (perkara yang) mudah, tetapi dia tidak melihat kepada syirik. Maka orang-orang yang menyembelih seekor lalat (untuk selain Allah) masuk neraka, yang dilihat bukanlah yang disembelih, tetapi yang dilihatnya adalah aqidah (keyakinan)nya, yang dilihat adalah niat dalam hati dan tidak memperhatikan perkara syirik. Yang dilihat bukanlah nilai sesuatu yang disembelih, karena yang menyembelih seekor lalat 9untuk selain Allah) masuk neraka.

Manusia bermudah-mudahan dalam hal ini, hanya sekedar ingin ditunaikan kebutuhannya atau agar syaitan memberitahunya sesuatu yang tersembunyi atau memberitahu tentang harta yang hilang atau yang selainnya dari perkara-perkara yang manusia bertanya kepada jin tentangnya. Maka dia keluar dari agamanya –kita berlindung kepada Allah- dia murtad dalam perkara yang dia anggap mudah, padahal perkaranya sangat berbahanya.

[Dikutip dari Syarah Nawaqidhul Islam Lisy Syaikh Shalih bin Fauzan al Fauzan. Edisi indonesia “10 pembatal keislaman” halaman: 28-40. Terbitan Cahaya Ilmu Press]


uskadir - Jauhi Perkara Syirik Dan Khurafat from serupademo on Vimeo.









Tiada ulasan: