Selasa, 9 November 2010

FIKIR DULU SEMASAK2...JIKA NAK CAKAP ATAU NAK BUAT SESUATU.....

Negara Islam: Bekas Adun MCA minta maaf
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Nov: Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng memohon maaf hari ini ekoran dakwaan beliau, Tuhan mengarahkan orang Kristian agar menentang negara Islam.

"Saya dengan jujur memohon maaf jika kenyataan saya tentang negara Islam teokrasi telah menyinggung perasaan mana-mana pihak," kata Pengerusi Lembaga Perlabuhan Kelang dalam twiternya hari ini.

Semalam Harakahdaily English menyiarkan berita kenyataan Lee yang mendakwa, negara yang berasaskan Islam akan mengharamkan semua agama lain.

"Sebagai orang Kristian, kita mesti takut negara Islam teokrasi lebih dari segala-galanya. Kenapa DAP membantu PAS mencapai hasrat itu?" tulis beliau melalui twitternya ketika menjawab serangan terhadap beliau ekoran kenyataannya tentang negara Islam


Zaid tidak akan keluar PKR
Wan Nordin

PETALING JAYA, 9 Nov: Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tetap setia bersama ahli PKR dan tidak akan meninggalkan parti yang disertai sejak lima bulan lalu itu.

Menurutnya, apa yang beliau mahu ialah PKR mesti dibersihkan dan perlunya ada tenaga atau pemimpin baru untuk menyegarkan parti.

Justeru, beliau menggesa Ketua Umum PKR dan Naib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali supaya berundur daripada memimpin parti kerana didakwa menjadi punca terhadap permasalahan yang berlaku.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan semua jawatan dalam PKR semalam menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana, di sini, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa berlaku penyelewengan di dalam Pemilihan PKR 2010.

Zaid yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti semalam juga memberitahu mempunyai bahan bertulis dan bergambar berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Azmin agar menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Hentikan pemilihan

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub memberikan masa 48 jam agar pemilihan parti itu dihentikan.

Bagi beliau, pemilihan kepimpinan pusat PKR yang sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010 mempunyai 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

"Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009," kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Bagi beliau, kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

"Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau dalam kenyataan itu.


Kedah bantu mangsa banjir tanpa liputan media
Ali Hashim

KULIM, 9 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah turun padang untuk meninjau dan membantu mangsa banjir lebih awal dari apa yang didakwa oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Demikian dinyatakan oleh Pegawai Khas Perhubungan Awam dan Politik Menteri Besar Kedah, Ustaz Hassan Razak semasa menyampaikan ceramah di Dewan Putra, Taman Putra, kelmarin.

Menurut beliau lagi apabila berlakunya musibah atau bencana seperti banjir di Kedah, kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada semua mangsa tanpa diskriminasi sepertimana yang didakwa oleh media arus perdana milik Umno dan BN.

"Bantuan awal disalurkan melalui pelbagai agensi negeri seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena, Jabatan Kebajikan Negeri dan juga Kebawah Duli Sultan Kedah.

"Manakala badan politik yang menyalurkan sumbangan turut datang dari Lajnah Kebajikan PAS Kedah, Dewan Pemuda, PKR dan juga DAP. Bantuan sebanyak RM1.2 juta telah disalurkan bagi membantu mangsa banjir tanpa mengira kaum dan fahaman politik," tegasnya lagi.

Tambahnya, media arus perdana tidak bersikap adil dengan memberi laporan berat sebelah apabila sering menonjolkan kepimpinan BN semata-mata dengan meminggirkan kepimpinan kerajaan negeri yang turut turun padang menyalurkan bantuan dan sumbangan sehingga terpaksa meredah banjir sejak awal kejadian lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baharu berkata, Umno di Kedah yang mengamalkan diskriminasi tanpa disedari oleh masyarakat.

"Sebagai bukti, saya nyatakan dalam permohonan bagi mendapatkan rumah mesra rakyat borang permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut disediakan di pejabat Umno. Walaupun yang memohon itu adalah orang Melayu tanpa sijil ahli Umno maka ia akan didiskriminasikan.

"Begitu juga dengan permohonan pinjaman Tekun, mereka mendiskriminasikan orang Melayu yang bukan ahli Umno bagi mendapat pinjaman tersebut walaupun yang memohon itu adalah mereka yang layak dan memerlukan bantuan," ujarnya lagi


Adun BN cadang wang warga emas tiap bulan
Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 9 Nov: Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi wang penghargaan warga emas sebanyak RM100 setiap bulan dan bukannya setahun sekali sepertimana yang dilaksanakan kini.

Adun Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan langkah tersebut adalah suatu perkara yang wajar dilaksanakan kerana warga emas sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian.

"Apa salahnya sekiranya bantuan RM100 ini diberikan setiap bulan kepada warga emas yang memang benar-benar memerlukannya. Kerajaan negeri wajar memberi bantuan tersebut kepada warga emas yang memerlukan pembelaan sejajar dengan apa yang diwar-warkan selama ini," ujarnya mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika dihubungi pula berkata, ini membuktikan Umno Pulau Pinang sememangnya tidak mempunyai pegangan dalam perjuangan mereka.

"Sepatutnya percakapan mereka sebagai pemimpin tidak harus berbelit-belit, sekejap kata wang penghargaan warga emas dari sumber yang haram ,kini kata wang itu patut diberikan setiap bulan pula.

"Mana satu yang mereka perjuangkan. Oleh kerana itu suka saya sarankan kepada kepimpinan Umno di Pulau Pinang supaya bermuhasabah diri sebelum membuat apa-apa tindakan yang akhirnya mencalitkan lumpur ke wajah mereka sendiri," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa wang sumbangan warga emas itu dari sumber yang tidak halal.

Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim turut mendakwa menerima wang yang dipulangkan bagi kawasan Dun Penaga, kemudian diikuti pula oleh Umno Bayan Baru.

Rentetan itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, turut membuat dakwaan yang sama dengan menjalankan usaha mengutip wang yang didakwa dari warga emas untuk dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri


Khalid tidak sokong Menara Warisan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Nov: Selangor sedia kerjasama dengan Persekutuan demi bangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek mega seperti Menara Warisan Merdeka, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata demikian dalam laman komuniti twiternya sekejap tadi.

Beliau dipercayai membetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau menyokong cadangan pembinaan menara Warisan 100 tingkat itu.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan sokongannya terhadap cadangan membina menara Warisan Merdeka 100 tingkat di ibu negara — yang bakal muncul bangunan tertinggi mengatasi Menara Berkembar Petronas, atas alasan usaha sedemikian akan merancakkan pembangunan negeri dan negara.

“Sekarang, ada debat hangat di Parlimen, sama ada kita memerlukan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) dan bangunan mencakar langit di Lembah Klang atau di Greater KL.

“Tetapi bagi saya, ia adalah satu inisiatif yang perlu kita terima,” kata beliau atas alasan usaha sedemikian akan merangsang pembangunan di Selangor dan Malaysia dalam jangka panjang.

Khalid, yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie, berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pada sidang DUN Selangor hari ini.

Idea itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 bulan lalu.



Cina, India kurang patriotik kata menteri pertahanan
Nov 9, 10 12:47pm
Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya “semangat patriotisme”, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawap apabila menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee(BN - Setiu).

Mohd Jidin meminta perangkaan rekruit terbaru tentera sejak dua btahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.

Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak



Sementara idea itu turut mengundang protes, Putrajaya berkata ia adalah usaha swasta iaitu PNB



Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid
Nov 9, 10 12:12pm

Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR),” kata Zaid.

Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara

Tiada ulasan: