Ahad, 1 Ogos 2010

SENANG..TAK PAYAH SUSAH ...DAH DAPAT UNTUNG.... ADAKAH DIBENARKAN OLEH SYARAK DAN UNDANG2 NEGARA

NEGARA

Jual balik lesen sehingga RM30,000


SIKAP segelintir peniaga menjual lesen tapak bazar Ramadan yang diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan kepada pihak ketiga tidak sepatutnya berlaku. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Mahu 'sewa' tapak bazar Ramadan?

Jika ya, anda perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM30,000 sebagai bayaran untuk mendapatkan satu tapak di sekitar Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di sini tanpa perlu melalui proses undian.

Saban tahun, setiap kali musim Ramadan, pelbagai cerita tersebar mengenai tapak-tapak bazar dijual kepada pihak ketiga pada harga yang tinggi namun sukar dibuktikan.

Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai peniaga berjaya membongkar penyelewengan itu dan bertemu dengan beberapa orang tengah yang menawarkan tapak bazar tersebut.

Malah Kosmo! Ahad berjaya mengesan lebih 10 tapak yang ingin dijual dan setiap satu, harganya berbeza mengikut lokasi dan keluasan.

"Pergi tengok dulu nombor tapak itu, kalau abang berkenan, datang jumpa saya.

"Saya selalu ada di sini jangan bimbang tapak masih banyak," kata ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Harun

Tiada ulasan: