Ahad, 15 Ogos 2010

SAPE YANG FANATIK POLITIK NI?...UNDANG2 DIGUBAL DISURUH PATUHI...UNDANG2 ALLAH DILANGGAR SEWENANG2NYA...TAK INGAT MATI KOD

Patuhi undang-undang

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak sepatutnya melanggar peraturan dengan mewujudkan penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kenyataan awal yang dibuat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadikan mata wang ini sebagai alternatif jelas melanggar undang-undang yang hanya memberi kuasa kepada Bank Negara untuk mengeluarkan mata wang.

Selain itu, Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, tindakan Kerajaan Negeri tidak sepatutnya sewenang-wenangnya buat peraturan baru dan tindakan itu bersifat politik serta meraih simpati rakyat apabila menyatakan UMNO akan menolak pendekatan Islam yang dibawa oleh Pas.

“Mereka akan menyatakan kita tidak Islamik kerana tidak menyokong dinar ini, ini adalah satu perancangan untuk mengasak dan mencabar kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri di sini, semalam.

Dua hari lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima

dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Kelmarin, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi

pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham.

Mustapa berkata tindakan Kerajaan Pas Kelantan jelas melanggar undang-undang yang hanya membenarkan Bank Negara yang terlibat dalam urusan mengeluarkan mata wang di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, tindakan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan penggunaan mata wang dinar menggantikan mata wang negara jelas bercanggah dengan kenyataan awal yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan.

“Kenyataan Husam itu hendak mengalih apa yang dikatakan Nik Aziz yang jelas bertentangan dengan undang-undang, sesama mereka sendiri sudah ada dua kenyataan berbeza,” katanya.




Wang syariah: PAS diingat ikut undang-undang
Ogos 14, 10 5:15pm
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan Kerajaan Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada kerajaan Pusat.

NONEMustapa berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Dua hari lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

SemalamNONE, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham.

Semalam juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyalahkan media yang katanya keliru dengan pelancaran mata wang syariah tersebut sedangkan ia adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Mengulas isu itu lagi Mustapa berkata apa yang dilakukan Kelantan itu sebenarnya hanyalah bertujuan politik semata-mata dan untuk meraih simpati rakyat yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan Pusat kerana menolak penggunaan dinar dan dirham itu.

"Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik yang kononnya nanti kerajaan Pusat tidak Islamik dan ini jelas untuk mengasak kerajaan Pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," katanya.

Mustapa berkata ketika ini kenyataan Nik Aziz dan Husam ternyata bercanggah mengenai penggunaan dinar dan dirham itu serta menyifatkan kedua-dua pemimpin PAS itu sudah "terperangkap" dengan isu itu.

Sementara itu Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin isu dalaman membabitkan Umno Bahagian Rantau Panjang akan selesai selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

"Kita ada langkah tertentu yang akan diambil mengatasinya dan untuk menyakinkan rakyat hari ini kita lancarkan program juara rakyat di bahagian itu dan besar harapan kita keadaan di sana akan kembali pulih demi Umno," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin.

- Bernama

DARI BLOG TUKARTIUB

ZIONIS TEMPATAN MULA MARAH !


dinar emas kelantan kini menjadi heboh.
najib telah mengeluarkan ucapan - tapi
tak muktamad - biarkan bank negara buat
keputusan.

kah kah kah.... pasal apa nak suruh bank negara?
pasal apa tak berani buat keputusan sendiri?
tak kan semua takut nak buat keputusan.

NOTA:
apabila bila kita melakukan sesuatu
dan musuh kita marah terhadap apa
yang kita lakukan - ini bermakna
apa yang kita buat adalah betul dan tepat.

jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap
maka ertinya kita telah sama setaraf dengan
musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah !

pekara yang paling bodoh yang boleh kita lakukan
ialah membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita
lakukan kah kah kah





DARI FB


Tahniah kepada individu pertama guna dirham.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mimi Aminah Wan Nordin, 27, antara individu yang terawal menggunakan sistem dinar dan dirham yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan, Khamis lalu.

Ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, semalam, Mimi Aminah berkata, beliau menyokong sepenuhnya penggunaan dinar dan dirham yang digunakan pada zaman pemerintahan Islam kerana dapat menjauhi amalan riba yang berlaku dalam sistem mata wang biasa.

Baca selanjutnya di http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8064517.asp
Added today · ·

  • 586 people like this.
  • 50 of 170
    • Mami Man setujunya ambo,kita pakat-pakat guna dinar lah pulak.
      4 hours ago · ·
    • Nasratul Naim camne eh nk gun dinar mas neh?tak sabar ahh nak balik kelate....
      4 hours ago · ·
    • Afiq Halim Islam kai IC jew.. jiwa x..
      3 hours ago · ·
    • Syafiq Kakasyi ‎1 prmulaan bik sbb wang rnggt mkin jtuh.hny dinar jer..x jtuh
      3 hours ago · ·
    • Zairifli Abu Zar saya rakyat perak terlalu gembira kelantan dah mula gunakan dinar & dirham kalau rakyat kelantan sendiri tidak menyokong rugi besarlah.sesiapa yang berpayung d bwh kepimpinan ulamak maka dia tidak mahu menyokongnya di sisi ALLAH tiada nilai mati besok x boleh nak jawab soalan kubur.renung2kan lah
      3 hours ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Mami Man tapi ada pula orang yang bimbang, bakpa hen? sepatutnya kita kena pakat setuju. Tahniah lah Tok Guru.
      3 hours ago · ·
    • Spaiderman Smooth Ya boleh laku d pasar malam, setakat d kelantan je?
      3 hours ago · ·
    • Gmay Haziman betul2. kawe sokong apo sajo hok Tok Guru buak utk kebaikkan negeri Kelate
      3 hours ago · ·
    • Annuar Rizal
      SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. (Hadis riwayat at-Thabrani)
      Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi t...etapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
      See More
      3 hours ago · ·
    • SatuGaris DuaTitik alhamdulillah semoga perkara baik ini akan dapat di praktikan tempat lain pulak.. Allahu akbar!! gembira rasa di bulan penuh berkat ini rahmat turun di kelantan...
      3 hours ago · · 1 personLoading... ·
    • Muttaqien Jamaludin
      ebook panas!

      1.diranjang(cara2 dan jgn malu!just utk bahagia pasangan!)
      http://www.diranjang.com/index.php?ref=123456

      ...2.blaja bhasa arab(utk akhirat)
      http://www.belajarbahasaarab.com/ustaz/idevaffiliate.php?id=2428

      3.panduan kerjaya(utk berjaya)
      http://www.panduankerjaya.com/index.php?ref=1234567

      4.repair pc(kalau ada papahal pc)
      http://www.repairkomputer.com/index.php?ref=12345

      5.kit biasiswa.(utk plaja u)
      http://www.kitbiasiswa.com/aff/?id=827100

      6.split affiliate(utk promote)
      http://www.SplitAffiliate.com/index.php?ref=kingmj
      See More
      3 hours ago · ·
    • Hafiz Ikhwan wat tok guru bt pasti ada kbrktn................takbirr
      3 hours ago · ·
    • Baba Sirah
      Kelantan Dinar
      1/2 Dinar :: RM 293
      1 Dinar :: RM 586
      2 Dinar :: RM 1 172
      5 Dinar :: RM 2 930
      ...8 Dinar :: RM 4 688

      Kelantan Dirham
      1 Dirham :: RM 13
      2 Dirham :: RM 26
      5 Dirham :: RM 65
      10 Dirham :: RM 130
      20 Dirham :: RM 260
      See More
      3 hours ago · ·
    • Raja Mohammad Raja Azham Syabas mek .. dan anna akan turuti, insyaAllah.
      3 hours ago · ·
    • Mohd Noor Wan Sulaiman Excellent Commitment !
      3 hours ago · ·
    • SatuGaris DuaTitik ada kalimah syahadah kat duit tu? hukum bawa ke tandas macamana?
      3 hours ago · ·
    • Orang Tun Tun bekas bakal mb ktan marah psl dinar & dirham ktan tp dio dok sibuk cdg "judi halal"!!!...bengong...
      3 hours ago · ·
    • Chegu Ct Alhamdulillah..semoga usaha yang murni ni dilindung Allah.
      3 hours ago · ·
    • Spring Duabelas tahniah,semoga diberkati Allah
      2 hours ago · ·
    • Muallimah Zue sy bgga jd ank kelate...nt blk kelate nk beli la dinar ni jg
      2 hours ago · ·
    • Adzan Adeib alhamdulillah... penggunaan dirham akan menaikkan lg ekonomi umat islam yg jauh ketinggalan di malaysia ini...
      2 hours ago · ·
    • Kawe Sumat barangsiapa mempertikaikan perintah dan hukum ALLAH ibarat musuh ALLAH, dan mereka musuh ALLAH yang teramat nyata, mereka musuh kita yang nyata, Musuh Kita Yang Nyata...
      2 hours ago · ·
    • Mohd Azlan Kahlid bila sorang guna, i.allah, mudahan ada follower,,,sokong guna dinar,elak spekulasi, ekonomi akan teguh dan mapan,ini salah 1 "senjata" umat Islam Allah bg selain minyak di negara2 umat islam, hnya pmimpin yg bersekutu dgn musuh saje yg prtahankan "fiat money" sebab ikut telunjuk yahudi dan nasrani
      2 hours ago · ·
    • Acit La Insyallah, sistem ini akan berkembang dan diterima pakai oleh semua pihak...amin Ya Allah
      2 hours ago · ·
    • Bassis Rock alhamdulillah.........dinar tk kn jatuh....tp RM.....sama2lah kita kumpul dinar dan dirham.........rm akan jatuh
      2 hours ago · ·
    • Lorsan Rosnam minat jg nk tau....mcm mn la dinar n dirham kelate dr segi nilai...?????
      2 hours ago · ·
    • Misnadi Abdul Karim saya sokong..kita patut dh lama guna matawang ni...tak la harap sgt kat dolar geng amerika laknatullah tu
      2 hours ago · ·
    • Lori Hantu Tahniah Tok Guru
      2 hours ago · ·
    • KiRa Yagami ish... aku pn teringin nk guna mata wang yg ada time zaman kekasih ALLAH....
      about an hour ago · ·
    • Zurhisham Che Abdullah meme.. puah hati jd anak kelate.....semoga ALLAH S.W.T memberkati tok guru AMIN........
      about an hour ago · ·
    • Nur Muhd Biarkan BN/UMNO terjun dengan labu labunya.
      about an hour ago · ·
    • Rica Modena nilai paling kecik pun 1 dirham bersamaan RM13.. nampaknya cuma org2 berduit saja yg boleh gunakan..
      about an hour ago · ·
    • Mustaffa Kamal Boleh dipanjangkan penggunaan dinar ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah persekutuan rasanya... apa pendapat tuan2 dan puan2 budiman?
      about an hour ago · ·
    • Pas Seumur Hidup Syabas Alhmdllh smga d brkati Allah......
      about an hour ago · ·
    • Kafrifa Qlatey smemang nye..
      kota bharu bndar raya islam..
      about an hour ago · ·
    • Jangan Lalai nama pun dinar emas n perak...mestilah mahal...kalau beli skrg harga RM13=1 dirham.....akan dtg harga tu akan meningkat lg.....sama jgk dgn emas td.....x rugilah.....zaman nabi dh ada benda ni.........
      about an hour ago · ·
    • Duan Ridhwan sbgai anak kelantan,ku amat bangga sekali dgn khabar ini...
      about an hour ago · ·
    • Ahmad Afiq Syahmir Nakal dengan statement pemimpin yang cakap 'penggunaan dinar & dirham akan meningkatkan lagi masalah jenayah'! Apa ni.. mcm ulasan pemimpin orang asli je. Kalau tak faham & tahu jgn bg ulasan!! Orang asli zaman Paleolitik tak pakai duit RM pun untuk urusniaga. Hidup macam biasa juga dengan adanya sistem barter! Apa yang pasti nilai dinar & dirham sama nilai dengan ringgit!!
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Ahmad Afiq Syahmir jenayah kat Malaysia bersepah-sepah pun tak pernah diselesaikan..... kes kecurian kat rumah aku & kehilangan kereta aku senyap begitu je!! Report polis untuk meningkatkan statistik jenayah je....
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Futra Balqis penggunaan dinar dan dirham di sokong
      55 minutes ago · ·
    • Obm N Zeck Mudah-mudahan penggunaan dinar dan dirham di perluaskan....Kalau ada org curi jugak... potong tangan dio.. itu pon kalau terbukti dio yang curi betul tak? Ana..setuju...
      51 minutes ago · ·
    • Mustaffa Kamal Ahmad AS., dio kalu tok menguntongkan puak2 tu maka akan ditentang habis habisan.... mu keno pahe tu..
      48 minutes ago · ·
    • MDnan YaaCob Berutung bener ambo jd ank Qlate, sungguh bangga duk bowoh kepimpinan tok Guru
      47 minutes ago · ·
    • Ishak Yusoff bagus.....memertabatkn islam n menghapuskn manipulasi dollar..
      45 minutes ago · ·
    • Kastelo Llo alahamdullilah...
      43 minutes ago · ·
    • Abu Yasin Yasin ana paling setuju
      27 minutes ago · ·
    • Muhammad Muhamad pah ning ganu pulok paka mata wang tu...guana kata ayah cik hj hadi?
      18 minutes ago · ·
    • Batt Mann sokong 100%,,,
      6 minutes ago · ·
    • Fendi Isa SOKONG ISLAM ITU WAJIB...BERMAKNA MANA2 ORANG ISLAM TAK SOKONG ISLAM ADALAH BERDOSA...IMANNYA BOLEH DIRAGUKAN



Tiada ulasan: