Jumaat, 13 Ogos 2010

Qiamullail


Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.
[sunting] Kelebihan

Banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".

(Surah al-Isra': 79)

Ketika melakukan digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-

1. Solat Sunat Awwabin
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Hajat
4. Solat Sunat Taubat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir

Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:

[1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

[1] Hai orang yang berselimut (Muhammad),

[2] bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),

[3] (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,

[4] atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.

[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.

[6] Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.

[7] Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).

[8] Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.





SIRI PENERBITAN PERCUMA BIL. (25)

PANDUAN QIAMULLAIL

Dipetik dan disusun oleh :
Haji Yaakub b. Hj. Hasan

Dikeluarkan oleh :
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Firman Allah Taala :

اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً

(الأعراف : 55)

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut

Firman Allah Taala :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

(الإسراء : 79)

Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

MUQADDIMAH QIAMULLAIL

1. Galakan

Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail, yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam.

Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Maksud ayat 79 Al-Isra')

Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya.

2. Kelebihannya.

Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ , ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ , كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ , وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ,

(الذاريات : 15-18)

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala :

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا , وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا ,

(الفرقان :63-64)

Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.

Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,

(السجدة : 15-16)

Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullail-beribadat di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di antaranya ialah sebagaimana berikut :

Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah, berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya : "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi)

Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda – Maksudnya :

"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :

Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.

3. Waktunya

Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.

Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)

Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

4. Bilangan rakaatnya

Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus, dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya, yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)

Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.

Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih – samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah : Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur !(Bukhari dan Muslim)

5. Tahajjud, Sunat Muakkadah

Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud.

Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang Fardhu, ialah sembahyang di tengah malam.

Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam".

6. Qadha' Tahajjud

Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.

Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.

7. Berniat Ketika Hendak Tidur

Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.

Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

8. Kejutan Famili (keluarga)

Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)

9. Beribadat sekadar Minat

Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.

Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq 'Alaih)

Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim)

ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL

1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya

Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca :

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي رَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وَعَافَانِيْ فِي جَسَدِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي خَلَقَ النَّوْمَ وَالْيَقَظَةَ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي بَعَثَنِيْ سَالِمًا سَوِيًّا ، أَشْهَدُ أَنَّ اللهَ يُحْيِ الْمَوْتَى , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ، سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ , وَاللهُ اَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ , سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ , وَأَسْئَلُكَ رَحْمَتَكَ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِي بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي وَهَبْ لِي مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.

Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku mengingatinya.

Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.

Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu, dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi.

2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran

Bila selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit, atau jika di dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil itu-jikalau tidak berhadas besar-bacalah ayat-ayat seratus sembilan puluh (190) hingga ayat dua ratus (200) dari surah Ali Imran , Iaitu :

(190) إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ َلآيَاتٍ ِلأُولِي الأَلْبَابِ

(191) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(192) رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

(193) رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

(194) رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

(195) فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

(196) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ

(197) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

(198) لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ

(199) وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ .

(200) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ .

Makna dan Maksud ayat-ayat :

190-Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191-(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

192-Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

193-Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194-Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

195-Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

196-Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

197-(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

198-Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).

199-Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

200-Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

3. Ketika Pakai Pakai Kain

Ketika memakai kain bacalah doa ini :

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ . اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هُوَلَهُ وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ .

Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian ini pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan dariku. Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau kebaikan pakaian ini, dan kebaikan tujuannya, dan aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan kejahatan tujuannya.

4. Qadha Hajat

Kemudian daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka pergilah ke tandas dengan memakai alas kaki dan tutup kepada. Sewaktu memasuki tandas hendaklah didahulukan langkah kaki kiri.

Ketika hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya –bacalah :

بِسْمِ اللهِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ . أَعُوْذُبِكَ مِنَ الرِّجْسِ النَّجَسِ الْخَبِيْثِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ .

Maksudnya : Dengan Nama Allah. Hai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau dari kejahatan dan tipu daya syaitan. Hamba berlindung dengan Engkau dari kekotoran yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan yang terkutuk.

Dan ketika keluar dari tandas hendaklah dengan mendahulukan kaki kanan. Sebaik-baik sahaja keluar darinya bacalah :

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَذْهَبَ عَنِّي مَا يُؤَذِّيْنِيْ وَأَبْقَى عَلَيَّ مَا يَنْفَعَنِي

Maksudnya : Ya Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan apa yang menyakiti aku dan mengekalkan apa yang manafaat bagiku.

Selepas beristinjak bacalah pula :

اَللَّهُمَّ طَهِّر قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ

Maksudnya :Wahai Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura (Nifaq) dan peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang keji.

Masa duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam jamban atau tandas pun elok juga diamalkan begitu, jika boleh.

5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal

Kemudian daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air di rumah, maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau berwudhu'- di rumah sendiri daripada melakukannya di Masjid atai lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci hendaklah bersuci dengan cara yang paling sempurna , iaitu dengan berbuat segala sunat dan adab-adabnya.

Sesudah selesai bersuci bacalah :

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ , وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

Maksudnya : Wahai Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang yang bersuci, dan jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh. Maha suci Engkau , wahai Tuhanku ! Dan dengan kepujian Engkau aku mengakui tiada tuhan melainkan Engkau. Aku pohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan telah memberi rahmat oleh Allah di atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan telah memberi selamat sejahtera.

Selanjutnya bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :

اللَّهُمَّ اغْفِِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِي فِيْ رِزْقِيْ وَلاَ تَفْتِنِّيْ بِمَا زَوَيْتَ عَنِّيْ .

Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah keluasan bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku, dan janganlah Engkau memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah ketepikan daripadaku.

6. Dua Rakaat Sunat Wudhu'

Berikutnya, sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat wudhu'. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya berniat juga sunat tahiyat Al-masjid.

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini bacalah :

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

(النساء : 64)

Maksudnya : Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Kemudian membaca (3 kali) : أستغفر الله ertinya : Aku pohon ampun daripada Allah.

Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. Iaitu : قل ياأيها الكافرونhingga akhirnya.

Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula :

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

(النساء : 110)

Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

7. Wirid Lepas Sunat Wudhu'

Selepas memberi salam sunat wudhu' ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak sepuluh kali tiap-tiap satunya iaitu :

1) اللهُ أَكْبَرُ – Allah Maha besar

2) اَلْحَمْدُ ِللهِ – Segala puji itu bagi Allah

3) لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله – Tiada Tuhan melainkan Allah

4) أَسْتَغْفِرُ الله – Aku mohon ampun kepada Allah

5) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ – Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya

6) سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ – Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan tertinggi, lagi Maha Quddus.

7) اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا وَضِيْقِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kesempitan hidup di dunia dan daripada kesempitan pada hari kiamat.

Peringatan

Selanjutnya bacalah : إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْض – Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali Imran jika masih belum dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi.

8. Sembahyang Witir

Apabila selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu salam.

Lafaz niatnya ialah :

أُصَلِّي سُنَّةَ مِنَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Bagi yang ke sebelas :

أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.

9. Bacaan-bacaan Dalam Witir

Bacaan-bacaan dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan di dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah, tahiyat, tasbih dan lain-lainnya. Manakala bacaan ayat-ayat pula terserahlah kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing jua, tetapi yang sebaik-baiknya bagi yang hafal (hafaz) Quran hendaklah dibaca pada tiap-tiap rakaat itu dua atau tiga maqra' atau lebih ataupun kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh juzu' itu dalam beberapa malam.

Yasin, Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah yang panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan diulang-ulang sebanyak sepuluh kali atau lebih ataupun kurang mengikut sekira-kira minat dan cergasnya jua.

Apa yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun tiga rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa yang warid jua, iaitu sayugialah pada rakaat yang kesembilan dibaca surah Al-A'la (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلأَعْلَى ) , pada rakaat yang kesepuluh surah Al-Kafirun (قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ) dan pada rakaat yang terakhir surah Al-Ikhlas (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ) dan juga المُعَوِّذَانِ iaitu kedua-dua قُلْ أَعُوْذُ.

10. Baca Qunut

Pada satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat "witir" itu elok dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini adalah dikira elok serta diamalkan oleh satu kumpulan ulamak, manakala setengah ulamak lain pula mengatakan sunat dibaca qunut witir itu hanya pada malam-malam setengah yang akhir daripada bulan ramadhan sahaja.

11. Bacaan Sunat

Sebagaimana di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan diabaikan- segala bacaan-bacaan sunat, termasuk bacaan-bacaan tambahyang pada hujung doa iftitah, tasbih, rukuk, sujud dan sebagainya. Di antaranya.

a) Bacaan dihujung doa iftitah -

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ , تَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ , اللَّهُمَّ بَاعِدْنِي بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَا كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ . الَلَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالْبَرَدِ .

b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya –

اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ , وَلَكَ أَسْلَمْتُ , خَشَعَ لَكَ سَمْعِيْ وَبَصَرِي وَمُخِّي وَعَصَبِي وَشَعْرِي وَبَشَرِي وَمَا اسْتَقَلَّتْ بِهِ قَدَمِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي , سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ , سُبْحَانَ ذِيْ الْجَبَرُوْتِ وَالْمَلَكُوْتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ .

c) Bacaan dalam I'tidal

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ مِلْءَ السَّمٰوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ .

d) Bacaan dalam sujud kemudian daripada tasbihnya tiga kali

َاللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ , وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ , وَأَعُوْذُبِكَ مِنْكَ , لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ , أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهً وَجُلَّهُ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ سِرَّهُ وَعَلانِيَّتَه ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَنَّا َوَبِحَمْدِكَ , اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ.

e) Bacaan di Akhir Tasyahhud

َاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ . كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّم وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ . اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا كَبِيْرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ فَاغْفِرْلِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ , اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ .

Perhatian :

Di dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa permohonan yang diingini , lebih daripada yang tersebut di atas, kerana sehampir-hampir hamba Allah kepada Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud.

Segala zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca pada tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau tidak mampu dibaca di dalam rukuk dan sujud kerana ada penyakit atau sebagainya, maka janganlah pula dijadikan alasan sampai tidak berwitir langsung, malah buatlah setakat yang termampu.

12. Bacaan Selepas Witir

Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir itu bacalah :

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسٌ (3 kali) سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ ، جَلَّلْتُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ بِالْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ , وَتَعَزَّزْتُ بِالْقُدْرَةِ ، وَقَهَرْتَ الْعِبَادَ بِالْمَوْتِ , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ , وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ , لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ .

Dan kemudian selepas itu bacalah lagi :

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين (empat pulut kali).

13. Jaminan Keampunan

Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Allah Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa yang berdoa kepada Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta, akan Aku beri, sesiapa yang meminta ampun kepadaKu akan Aku ampunkannya".

Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini.

Seterusnya berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan dan mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan dikabulkan Tuhan.

Segala doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas Rasulullah, demikian juga pada penutupannya.

Perhatian :

Segala amalan sunat tersebut itu – jika ada kemudahan di rumah- elok dan lebih akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala nawafil atau sembahyang sunat tambahan di rumah itu adalah lebih afdhal kerana tertutup dari pandangan ramai dan lebih terjamin dari dilanda perasaan riya' atau bangga diri. Bagaimana pun hal ini terserahlah kepada keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat, bolehlah di Masjid.

14. Keluar Masjid

Selepas itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke Masjid dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :

بِسْمِ اللهِ آمَنْتُ بِاللهِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ . اللَّهُمَّ إني أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ أُجْهَلَ . اللَّهُمَّ بِحَقِّ السَّائِلِيْنَ وَبِحَقِّ الرَّاغِبِيْنَ إِلَيْكَ مَمْشَايَ هَذَا إِلَيْكَ , فَإِنِّيْ لَمْ أَخْرُجَ اَشَرًا وَلاَ بَطَرًا وَلاَ رِِيَاءً وَلاَ سُمْعَةً , بَلْ خَرَجْتُ اِتِقَّاءَ سَخَطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ . أَسْأَلُكَ أَنْ تُعِيْذَنِي مِنَ النَّارِ وَتُدْخِلَنِيْ الْجَنَةَ.

Maksudnya :

Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu dari aku ini menjadi seorang yang sesat atau disesatkan, atau aku terpesong atau dipesongkan, atau aku menzalimi atau dizalimi, atau menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi hak orang-orang yang memohon dan demi hak orang-orang yang meminati Engkau, perjalananku ini adalah menuju kepada Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini bukanlah sebagai orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi, seorang yang bangga diri (riya') dan bukan pula seorang yang mencari kemegahan, bahkan aku keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan kerana menuntut keredhaanMu. Aku mohon semoga Engkau lindungi aku dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke dalam syurga.

15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid

Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :

أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَسَهِّلْ لِيْ أَبْوَابَ رِزْقِكَ.

Maksudnya :

"Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya yang Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan yang terkutuk. Segala puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku ! rahmatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad itu dan sejahterakanlah. Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku segala pintu rahmatMu , dan mudahkanlah juga bagiku memasuki segala pintu rezekiMu !.

Kemudiannya sambil membaca Bismillah ... masuk ke dalam masjid dengan langkah kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada masjid pun dibaca bagaimana bacaan di atas juga , kecuali

أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Itu ditukar dengan

أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَأَعِذْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ وَجُنُوْدِهِ ,

Yang bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah aku dari angkara syaitan dan bala tenteranya.

16. Niat I'tikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid

Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat i'tikaf. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah diulangi lagi membaca :

أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ,

Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid dua rakaat sebelum lagi duduk.

17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid

Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah :

رَبِّ اغْفِرْلِي ، وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ (100 kali).

Maksudnya : "Ya Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat lagi amat mengasihani".

Selepas itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan fajar atau bang subuh.

18. Menjawab Azan

Apabila mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang serupa seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu, melainkan pada katanya

حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ

Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Begitu juga bila muazzin kata :

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ

Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata

الصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ

Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata

صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ

Manakala ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan muazzin itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri sendiri dan oleh orang-orang di sebelah menyebelahinya sahaja.

19. Doa Selepas Azan

Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ . اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ . اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ . اَللَّهُمَّ هَذَا إِقْبَالُ نَهَارِكَ وَإِدْبَارُ لَيْلِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَائِكَ فَاغْفِرْلِي .

(البقرة :136)

20. Sembahyang Sunat Subuh

Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas fatihah rakaat yang pertama ayat :

قُولُوا ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Seterusnya bacalah اَلَمْ نَشْرَحْ hingga akhirnya dan قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ hingga akhirnya.

Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :

قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

(آل عمران : 64)

Seterusnya dibaca pula اَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ hingga akhirnya dan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ hingga akhirnya.

Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ pada rakaat yang pertama dan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ pada rakaat yang kedua.

21. Zikir Selepas Sunat Subuh

Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah :

أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليك tiga kali

Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan ditambah

العظيم

Iaitu

أستغفر الله العظيم ...

Hingga akhirnya dan kemudian baca

اَللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ وَعِزْرَائِيْلَ وَرَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجِرْنِيْ مِنَ النَّارِ (3 kali) ,

Dan kemudiannya baca pula

شَهِدَ اللهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُولُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ وَأَنَا أَشْهَدُ بِمَا شَهِدَ اللهُ بِهِ وَأَشْهَدُ عَلَى ذَلِكَ وَأَسْتَوْدِعُ اللهَ هَذِهِ الشَّهَادَةَ وَهِيَ لِيْ عِنْدَ اللهِ وَدِيْعَةٌ أَسْأَلُهُ حِفْظَهَا حَتَّى يَتَوَفَّانِي عَلَيْهَا .

Kemudiannya baca

يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ 40 kali

Dan kemudiannya lagi :

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 100 kali

Jika ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian di rumah, bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap satunya sepuluh kali iaitu :

سُبْحَانَ الله

Maksudnya : Maha Suci Allah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله

Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah

اَلْحَمْدُ ِلله

Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah

أَسْتَغْفِرُ الله

Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah

22. Menjawab Iqamat

Bila mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh, maka jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang diucapkan oleh juru iqamat seperti pada jawab azan juga, kecuali bila juru iqamat kata :

قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ

Maka yang mendengarnya menjawab :

أَقَامَهَا الله وَأَدَامَهَا

Dan kemudiannya membaca :

اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ , صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل مُحَمَّدٍ وَسَلِّم . وَآتِهِ سُؤْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَاءَ . رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ . اَللَّهُمَّ آتِنِيْ أَفْضَلَ مَا تُؤْتِىْ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

23. Bacaan-bacaan Sunat

Kemudiannya baca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاس hingga akhirnya. Dan seterusnya kerjakanlah sembahyang fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi Imam atau bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan sunat- disamping bacaan-bacaan wajib –seperti doa iftitah, tasbih-tasbih rukuk dan sujud serta doa-doa hujungnya dan lain-lain zikir lagi hendaklah seberapa boleh dibaca kesemuanya.

24. Bacaan Selepas Sembahyang

Selepas memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi salam sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (10 kali)

اَللَّهُمَّ أَجْرْنِي مِنَ النَّارِ (7 kali)

أَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ (3 kali)

Dan seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah

أَسْتَغْفِرُالله (3 kali)

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ , تَبَارَكْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ .

اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَالْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ . اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ , وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ – لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ . سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَعْلَمُ قَدْرَهُ غَيْرُهُ وَلاَ يَبْلُغُ الْوَاصِفُوْنَ صِفَتَهُ . سُبْحَانَ رَبِّيْ الْعَلِّيِ الأَعْلَى الوَهَّابِ .

Dan kemudiannya

سُبْحَانَ اللهِ (33 kali)

اَلْحَمْدُ ِللهِ (33 kali)

اَللهُ أَكْبَر (33 kali)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (100 kali)

Bagaimana pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun uzur, maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas. Iaitu dibaca:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَاللهُ أَكْبَر (sebanyak 11 kali sahaja)

Peringatan :

Berikutan dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan, elok juga diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang, iaitu yang bermula dengan وإلهكم hingga berakhir bertahlil itu.

25. Penutup

Selepas itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa doa jua bagi memohon apa-apa kehendak bagi kepentingan dunia dan akhirat. Dan jika mengikut imam, maka berwiridlah mengikut wirid imam dan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu.

Sekian, Wallahua'alam






Kelebihan amalan qiamullail
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: SAYA ada beberapa kali menghadiri program qiamullail yang

dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Saya harap dapat ustaz jelaskan apa yang
dimaksudkan dengan tahajud dan qiamullail. Setakat mana seseorang itu perlu
melakukan qiamullail menurut ajaran Islam? - MAJALINA, Simpang Pertang.
JAWAPAN: Dalam maksud mudah, qiamullail bererti menghidupkan malam
dengan beribadah. Dalam bahasa Arab al-mutahajjid bererti orang yang berdiri
mendirikan sembahyang setelah bangkit daripada tidur.

Sembahyang tahajud adalah sunat muakkadah, iaitu sunat yang dituntut, yang jelas
hukumnya seperti yang disebut di dalam al-Quran, sunah dan ijmak ulama.
Keterangan tentang bertahajud ini dijelaskan oleh al-Quran seperti yang disebut
dalam surah al-Furqan: 64, az-Zariyat: 17-18, as-Sajadah: 16-17 dan Ali-Imran:
113.

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang beribadah pada waktu malam itu
sebagai orang yang arif lagi berilmu, takut kepada azab akhirat dan mengharapkan
rahmat-Nya.
Keterangan ini disebut dalam surah az-Zumar: 9 yang bermaksud: Apakah kamu
wahai orang musyrik yang lebih beruntung, atau orang yang beribadah di waktu-
waktu malam dengan bersujud dan berdiri, sedangkan ia takut kepada azab akhirat
dan mengharapkan rahmat Tuhannya. Katakanlah: Adakah sama orang yang
mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Lantaran kerana ibadah malam itu amat besar manfaatnya dan memberi kesan yang
baik untuk pembentukan peribadi seseorang, Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi
s.a.w. (al-Muzammil: 1-4): Wahai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah
untuk sembahyang di malam hari, kecuali sedikit, seperdua atau kurangilah
daripada seperdua itu sedikit, atau pun lebih daripada satu perdua. Dan bacalah al-
Quran itu dengan perlahan-lahan.





Rasullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah
r.a. baginda bersabda: Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadan ialah puasa
bulan Allah Muharam, manakala sembahyang yang lebih utama selepas
sembahyang fardu itu ialah sembahyang malam.
Beribadah di waktu malam atau pun qiamullail mempunyai kelebihan yang amat
besar, berdasarkan keterangan berikut:

1. Baginda s.a.w. amat mengambil berat ibadah pada waktu malam ini sehingga
pecah kedua-dua tapak kakinya. Menurut sebuah hadis daripada Aishah r.a. bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. beribadah pada waktu malam sehingga pecah kedua-dua
telapak kakinya. Ketika ditanya kenapa baginda berbuat demikian, padahal Allah
telah mengampunkan dosanya yang telah lalu juga yang akan datang, baginda
menjawab: Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang bersyukur - Muttafaq
alaih.

2. Amalan utama untuk masuk syurga. Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Salam r.a. beliau berkata: Ketika Rasullah s.a.w. datang ke Madinah, orang ramai mengerumuninya dan berteriak, Rasulullah telah tiba. Aku datang bersama orang ramai untuk mengalu-alukan kedatangan baginda. Tatkala menatap wajahnya, aku mengetahui sesungguhnya wajahnya bukan wajah penipu. Perkataan pertama yang aku dengar daripadanya ialah: Wahai orang ramai, berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim dan sembahyanglah malam ketika orang ramai tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.

3. Qiamullail adalah di antara amalan untuk meningkatkan darjat seseorang di
syurga. Baginda s.a.w. bersabda mengenainya: Sesungguhnya di syurga itu ada
bilik-bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam, dan bahagian dalamnya dari luar.
Allah s.w.t. menyediakan akan dia bagi orang yang memberi makan, berlembut
lidah, menyambung puasa fardu dengan sunat, mengucap salam, juga mereka yang
sembahyang pada waktu malam, ketika orang ramai tidur - Riwayat Ahmad, Ibn
Habban, Tarmizi.
4. Orang yang beribadah pada waktu malam berhak mendapat rahmat Allah, juga
syurga-Nya (az-Zariyat: 17-18).

5. Allah s.w.t. memuji hamba-Nya yang beribadah pada waktu malam dan berhak
mendapat rahmat Allah, juga syurga-Nya (al-Furqan: 64), tanda-tanda
kesempurnaan iman seorang hamba (as-Sajdah: 15-17), dan terdapat perbezaan di
antara mereka yang beribadah pada waktu malam dengan hamba yang tidak berbuat
demikian (az-Zumar: 9).

6. Menghapus dosa-dosa dan mencegah diri seseorang daripada melakukan dosa.
Menurut sebuah hadis daripada Abi Umamah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.,
baginda ada bersabda: Hendaklah kamu beribadah pada waktu malam, kerana ia
adalah amalan orang yang soleh sebelum kamu, ia adalah satu cara menghampirkan



Kelebihan amalan qiamullail___________________________________________
diri kepada Allah, menghapus dosa-dosa dan mencegah daripada kejahatan -
Tarmizi, Hakim, Baihaqi.

7. Allah s.w.t. memberi ganjaran yang banyak kepada mereka yang membaca al-
Quran ketika melakukan amalan qiamullail. Menurut sebuah hadis daripada
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa
beribadah pada waktu malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, ia akan
terpelihara daripada lalai. Dan barang siapa membaca seratus ayat ia akan termasuk
dalam golongan orang yang sentiasa taat, dan barang siapa membaca seribu ayat, ia
termasuk dalam golongan mereka yang mendapat ganjaran yang banyak - Riwayat
Abu Daud.

Waktu yang paling afdal ialah pada satu pertiga daripada malam terakhir, walaupun
demikian ibadah ini boleh dilakukan pada awal malam, pertengahan atau pada
akhirnya. Yang dimaksudkan dengan satu pertiga malam terakhir itu ialah lebih
kurang selepas pukul tiga pagi, hal demikian memperlihatkan bahawa amalan ini
boleh dilakukan dengan mudah.

Hadis daripada Umar bin Abasah r.a. menjelaskan bahawa beliau pernah
mendengar baginda s.a.w. bersabda: Seorang hamba itu lebih hampir kepada
Tuhannya ialah pada malam yang terakhir, andainya anda berupaya termasuk dalam
golongan orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka lakukanlah - Hadis
riwayat at-Tarmizi.

Tidak ada bilangan khusus bagi sembahyang malam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang malam itu ada dua rakaat, maka apabila salah seorang daripada kamu
takutkan subuh telah tiba, dia hendaklah sembahyang satu rakaat, dengan niat witir
apa yang telah ia sembahyang - Muttafaq alaih.

Walaupun demikian adalah lebih afdal andainya ditentukan kepada sebelas rakaat,
atau tiga belas, seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang
dijelaskan oleh satu hadis daripada Aishah. Beliau berkata, Rasulullah s.a.w.
sembahyang antara selepas menunaikan sembahyang isyak sehingga fajar sebanyak
sebelas rakaat, dengan memberi salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri
dengan witir satu rakaat - Riwayat Muslim.
Di antara adab ibadah di waktu malam:

1. Berniat untuk mendirikan qiamullail (ibadah malam) ketika hendak tidur, niat
kerana Allah s.w.t. dan bertakwa agar memperoleh pahala tidur. Menurut sebuah
hadis daripada Aishah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Tidak ada
seorang pun yang berniat untuk sembahyang malam, lalu ia tertidur, kecuali Allah
mencatatkan baginya pahala sembahyang. Tidurnya itu merupakan sedekah baginya
- Riwayat an-Nasaiy



2. Ketika terjaga hendaklah menyebut nama Allah - Lailahaillallah wahdahu la
syarika lah, lahulmulk wa lahulhamd, wa huwa ala kulli syain qadir. Demikianlah
seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam hadis
Ubadah bin as-Samit - Riwayat oleh al-Bukhari. Kemudian hendaklah bersugi.

Menurut sebuah hadis Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. ketika terjaga, menyapu
mukanya dengan tangannya, kemudian membaca sepuluh ayat terakhir dalam surah
Ali-Imran - Hadis riwayat Muslim. Dalam hadis lain dijelaskan bahawa apabila
terjaga pada waktu malam baginda membersihkan mulutnya dengan kayu siwak -
Muttafaq alaih.

3. Dalam sebuah hadis daripada Aishah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w.
apabila terjaga daripada tidur, memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang
ringan - Riwayat Muslim.
4. Disunatkan melakukan tahajud di rumah, kerana baginda berbuat demikian.

5. Mudawamah iaitu terus-menerus melakukan ibadah qiamullail tanpa putus.
Disunatkan bagi seseorang itu melakukan sembahyang dengan rakaat-rakaat
tertentu, yang dilakukan berterusan. Andainya dia dalam keadaan segar, lakukan
dengan banyak dan panjang, andainya tidak, permudahkan.

6. Andainya seseorang itu terjaga, tetapi masih mengantuk, dia hendaklah tidur
sehingga hilang mengantuknya. Hal demikian dilakukan berdasarkan kepada
sebuah hadis daripada Aishah r.a. dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda:
Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sembahyang, dia
hendaklah tidur, sehinggalah hilang mengantuknya.

Walaupun demikian perlu difahami, bahawa tidur yang dilakukan itu adalah
semata-mata untuk menghilangkan mengantuknya, bukan terus tidur sehingga pagi
hingga menyebabkan tidak dapat beribadah pada waktu malam. Pada malam
berikutnya ia mengalami hal yang sama, lalu tertidur sehingga pagi. Sesungguhnya
syaitan itu mengikat tiga ikatan pada kepala seseorang hamba ketika tidur dan
berkata, tidurlah. Malammu panjang.

Apabila seseorang itu terjaga daripada tidurnya lalu menyebut nama Allah, maka
terhurailah satu ikatan. Dan apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang
kedua, dan apabila ia bangun mendirikan sembahyang maka terhurailah ikatan
ketiga, lalu ia menghadapi pagi dengan keadaan sihat dan cergas. Andainya tidak, ia
akan menghadapi pagi dengan malas lagi monyok.
Terlalu banyak adab ibadah pada waktu malam yang perlu difahami dan dihayati
dalam usaha memperoleh maqam yang tinggi hasil daripada ibadah tersebut.



Oleh kerana amalan qiamullail itu besar manfaatnya, maka godaannya juga besar,
iaitu daripada iblis dan syaitan yang sentiasa menyekat manusia daripada beribadah
kepada Allah, selain tabiat semula jadi manusia yang memerlukan pengorbanan,
pemahaman dan kesedaran dalam usaha melakukan kebaikan.




1. Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih

3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih



FADHILAT QIAMULLAIL

PENJANA JATIDIRI MU’MIN

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

MUKADDIMAH

Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.

Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

PENGERTIAN

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)

Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)

SEBAB NUZUL AYAT

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

HIKMAH QIYAMULLAIL

· Meningkatkan keimanan individu

· Meninggikan darjat disisi Allah

· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

· Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

· Melatih diri menjadi insan bertakwa

· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat

· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

· Melatih diri mengharap keredhaan Allah

· Memberi ketenangan jiwa (emosi)

· Memberi kesihatan (fizikal)

· Menajamkan akal fikiran

· Meneguhkan kekuatan rohani

· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.

· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .

· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.

· Tenang hati dan fikirannya

· Dimurahkan rezeki

· Dihormati masyarakat

· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.

· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani

· Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

“Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”

H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

· Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’

· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.

· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat

· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah

· Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan

· Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”

H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah

Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.

· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan

· Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur

· Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran

· Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai

· Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail

“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”

H.R. Abu Daud

Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.

· Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk

· Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.

· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

· Solat sunat tahajjud

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”

Al-Isra’ 79

“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”

H.R. Muslim

· Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.

· Solat witir

· Berzikir, bertasbih dan bertahmid

· Membaca al-Quran

· Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan

khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.

Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang

Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?

Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi

RUJUKAN

· Al-Quran terjemahan Ar-Rahman

· Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.

· Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise

· Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man

· Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.

· Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .

· Jabatan Agama Johor . Himpunan solat –solat sunat .

Qiamullail jadi sunat selepas asalnya fardu

BAGI umat Islam solat lima waktu sehari semalam adalah ibadat fardu yang wajib dilaksanakan, malah ketika sakit pun, ada kaedah yang boleh diamalkan.

Rasulullah s.a.w ketika datang seorang lelaki dari kalangan penduduk Najd dan bertanya mengenai Islam, lalu Baginda menjawab, maksudnya: “Lima waktu solat sehari dan semalam.”

Begitupun, Islam memberikan galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan supaya dapat mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Esa seperti solat tahajud atau ibadat qiamullail.

Ahli fiqah seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali bersepakat mengatakan ibadat qiamullail disyariatkan. Ia berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Malah, qiamullail menjadi amalan kepada generasi soleh terdahulu.

Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan kisah gurunya al-Hafiz al-Iraqi: “Sesungguhnya aku melaziminya dan aku tidak pernah melihatnya meninggalkan qiamullail. Bahkan ia sudah menjadi kebiasaan baginya.”

Dalam al-Quran ada menjelaskan mengenai qiamullail sebagaimana diperhatikan dalam surah al-Isra, bermaksud: “Dan, dari sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.” (al-Isra':79)

Saad bin Hisham bin Amir pernah meminta daripada Aisyah r.a: “Ceritakanlah kepadaku mengenai qiam Rasulullah.” Lalu Aisyah berkata: “Tidakkah engkau membaca ayat [wahai orang yang berselimut]?” Jawab Saad: “Ya, aku pernah baca.”

Aisyah menjelaskan: “Sesungguhnya Allah azzawajalla memfardukan qiamullail di awal surah ini. Lalu Nabi dan sahabatnya bangun melakukan qiamullail setahun. Allah menahan (tidak menurunkan) penutupnya (penutup surah ini) selama dua belas bulan di langit sehingga Allah menurunkan takhfif (keringanan) pada akhir surah ini. Maka qiamullail menjadi sunat selepas fardu.”

Berdasarkan ayat dari surah al-Muzammil jelas menunjukkan pada asalnya solat Tahajud adalah wajib, tetapi kemudian ia dinasakhkan dengan ayat selepasnya, bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.

“Ia mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar masa itu, lalu Ia menerima taubatmu: maka bacalah apa yang mudah dari al-Quran.

“Ia juga mengetahui bahawa akan ada antara kamu orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari kurniaan Allah dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan Allah.

“Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).

“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ibnu Abbas pernah berkata: “Tatkala turun permulaan ayat al-Muzammil, mereka (kalangan sahabat) bangun mengerjakan solat dalam sebahagian bulan Ramadan, sehinggalah turunnya ayat akhir surah ini, sedangkan antara permulaan ayat dan akhirnya ialah tempoh setahun.”

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan apakah qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah. Ini hasil daripada perbezaan tafsiran terhadap ayat 79 dari surah al-Isra’.

Ibnu Abbas berpendapat kewajipan qiamullail dikhususkan kepada Rasulullah. Pendapat Ibnu Abbas ini disokong oleh ramai ulama seperti Imam Syafie dalam satu pendapatnya. Ia turut disokong oleh kebanyakan ulama mazhab Maliki dan ditarjih oleh at-Tabari dalam tafsirnya.

Pandangan ini berdasarkan ayat di atas, iaitu perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan ke atas kefarduan yang sudah Allah tetapkan ke atasnya. Hadis Nabi mengukuhkan lagi pendapat ini iaitu hadis diriwayatkan at-Tabrani: “Tiga perkara ia adalah fardu ke atasku dan bagimu ia adalah sunat. Iaitu solat witir, siwak dan qiamullail.”

Pendapat kedua ialah pendapat Mujahid bin Jabir yang menegaskan qiamullail adalah sunat ke atas Nabi. Pendapat beliau turut disokong oleh as-Syafie dalam satu pendapatnya yang lain.

Bagaimanapun, qiamullail bagi umat Islam adalah satu ibadat sunat yang sangat dituntut dan tidak wajib. Banyak dalil yang menunjukkan kelebihan mengerjakannya sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak ulama.

Dalam hadis berbunyi: “Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.” (az-Zariyat:15-18)

Tiada ulasan: