Selasa, 10 Ogos 2010

MEREKA MASING2 MENJAGA KEPENTINGAN MANUSIA...BUKAN ALLAH DAN ISLAM...MACAM TAK MATI & TAK DIDAKWA DI AKHIRAT NANTI

'Khusrin, tak ada Empat Senawi jangan sibuk'
Ogos 9, 10 6:29pm
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sepatutnya mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama sebelum menetapkan syarat untuk mengisi jawatan pengerusi masjid dan surau.

"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khusrin pada hujung minggu lalu berhubung jumlah penceramah tanpa tauliah di masjid dan surau negeri itu.

"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan.

"Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."

Katanya lagi, Khusrin juga didakwa sengaja memperbesar-besarkan angka bahawa seramai 20 hingga 30 orang anggota jawatankuasa masjid di Selangor meletakkan jawatan setiap bulan.

"Saya pertikaikan statistik dia. Mungkin mereka rasa bertanggungjawab, mereka letak jawatan, tapi tidak sampai 20 hingga 30 orang setiap bulan.

"Dia memperbesar-besarkan angka itu untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Khalid lagi.

Dalam sidang media sama, Khalid turut mengulangi tuntutannya supaya proses pentauliahan dijalankan secara telus dan bertanggungjawb.

Katanya, perkara berkenaan telah dimaklumkannya dalam sepucuk surat kepada Sultan Selangor yang dihantar kira-kira dua minggu lalu.

Antara lain, beliau menggariskan bahawa status kelulusan permohonan untuk mendapatkan tauliah itu perlulah dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh sebulan.

Sekiranya gagal, pemohon itu juga sepatutnya diberi peluang untuk merayu keputusan tersebut kepada exco agama dan negeri.

"Barulah ada semak dan imbang. Kalau tidak, sekarang ini kalau pengarah JAIS tidak suka (pemohon), permohonan akan ditolak ke tepi (dan) tidak ada berita lagi selepas itu," tambahnya



Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar
Harakahdaily

PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau







SEMUA KENA TUTUP...



Premis hiburan: Tutup di negeri BN dulu, kata Khalid
Salhan K Ahmad
Ogos 9, 10
6:01pm

Pendekatan Islam secara paksaan seperti yang difahami oleh pemimpin Umno, boleh dijalankan di negeri yang dikuasai BN untuk melihat keberkesanannya, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Beliau berkata demikian hari ini ketika menjawab cabaran yang dikemukakan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan

"Kalau dia ikhlas, BN ada banyak negeri di bawahnya. Laksanakanlah di negeri mereka dulu. Pendekatan secara paksaan atau menggunakan kuasa, kalau itu yang mereka faham tentang Islam, mereka boleh buatlah," kata Khalid dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya BN menggunakan pendekatan itu untuk kawasan yang mempunyai banyak tempat hiburan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Pahang "yang terkenal dengan pusat Genting Highlands."

Tambahnya, Pakatan Rakyat mewarisi negeri Selangor daripada pemerintahan BN, namun perubahan tidak boleh dijalankan secara mengejut.

"Secara berperingkat-peringkat, kita akan didik masyarakat untuk jauhi tempat ini. Masalah BN, mereka tidak faham proses Islam. Soal dakwah ada Tadarrusy atau secara peringkat demi peringkat.

"Kaedah inilah yang Pakatan Rakyat dan PAS akan pakai. Bukan gunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya lagi




Ramadan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di S'gor
Abdul Rahim Sabri
Ogos 9, 10
6:22am

Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan.

"Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam tadi.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Setelah tiga minggu berlangsungnya siri jelajah tersebut - Noh, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor berkongsi ceramah malam tadi.

Malaysiakini
difahamkan daripada 19 ceramah yang diadakan di 22 bahagian di negeri itu, ketiga-tiga pemimpin tersebut 'bersatu' di atas satu pentas dalam usaha untuk 'menyelamatkan' Selangor dan merampas semula dari tangan Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga tokoh tersebut adalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor.

Malah bagi menggambarkan kebersamaan mereka, Ezam dalam ucapannya menafikan laporan portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa cuba melaga-lagakan beliau dengan dua pemimpin Umno itu.

"Mereka (portal berita itu) tidak kenal saya. Saya adalah kenalan rapat dengan Datuk Seri Noh dan Datuk Seri Mohd Khir.

"Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami," katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen BN.

Ceramah beliau itu diadakan dalam majlis kemuncak bagi siri jelajah untuk pusingan pertama diadakan di Kampung Jalan Kebun.

Kampung tersebut terletak dalam DUN Sri Muda di bahagian Kota Raja.

Manakala Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani dalam ucapannya turut menegaskan bahawa beliau tiada masalah dengan Dr Khir dan Ezam.

"Kami bertiga adalah dari satu pasukan dan bergerak dengan satu haluan. Siri ceramah ini telah mendapat perhatian dari kerajaan Selangor.

"(Jadi) kita nak selamatkan Selangor yang berada di bawah PKR," katanya selaku penceramah kedua.

Tidak cukup dengan itu, ketiga-tiga pemimpin Umno itu, bergambar bersama-sama di atas pentas di samping pemimpin Umno yang lain selepas berakhirnya ceramah tersebut.

Sementara itu, Dr Mohd Khir yang juga bekas menteri besar berkata Umno Selangor mengadakan siri ceramah tersebut bagi menyelamatkan negeri itu dari pemimpin yang didakwa melakukan kemungkaran dan kemusnahan.

Beliau mempertikai terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pakej ekonomi yang diluluskan dan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM50 billion.

"Saya kata (dalam dewan) bila nak buat. Lepas itu, beliau (Khalid) kata, itu tugas saya," katanya selaku penceramah pertama.

Dr Mohd Khir mendakwa kerajaan negeri tidak memajukan sungai Kelang yang diperuntukkan sebanyak RM6billion dan "tidak nampak" pelaksanaan projek pembangunan di Petaling Jaya Lama (PJ Old Town) yang diperuntukkan RM12billion.

"Saya tak nampak projek itu. Ini yang dikatakan pakej ransangan negeri Selangor. Inilah pakej (tapi) tak dilaksanakan," dakwanya.

Beliau juga mengkritik Khalid yang juga ADUN Ijok dengan mendakwa menteri besar itu gagal mencapai sasaran bagi hasil pasir sebanyak RM150 juta seperti yang telah dinyatakan.

Katanya dalam bajet tahun lalu, Dr Mohd Khir mendakwa hasilnya menurun dan kerajaan Selangor gagal mendapat hasil seperti yang disasarkan.

Dalam majlis yang sama, pihak penganjur mengedarkan tiga risalah berhubung dakwaan isu kecurian pasir di negeri Selangor.

Salah satu daripada risalah tersebut mengenai karikatur seorang lelaki yang mengorek pasir dengan menggunakan jentera pengorek pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan wang yang diperolehi dimasukkan karung yang bertulis PKR.

Selain itu turut diedar risalah mengenai dakwaan kerajaan negeri tidak menyambung kontrak 'Task Force Tanah' dari pejabat tanah di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.

Ini kerana, risalah itu mendakwa pasukan khas itu telah membongkar penyelewengan, rasuah dan kes curi pasir di beberapa kawasan di negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak penganjur mengumumkan siri jelajah bagi sesi kedua dijangka akan berlangsung selepas hari raya Aidilfitri




Noh kena paksa negeri BN hapus pusat hiburan
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 9 Ogos: "Kalau Noh Omar betul-betul ikhlas, kita nak ingatkan bahawa banyak lagi negeri-negeri di bawah kekuasaan Umno dan Barisan Nasional, kenapa tak paksa dan guna kuasa hapuskan pusat-pusat hiburan di negeri-negeri itu seperti yang kamu faham itu.

"Apa yang kamu nak sibuk dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, banyak lagi negeri-negeri yang diperintah Umno," ujarnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar).

Beliau juga menggesa Datuk Seri Noh Omar supaya tidak tergopoh-gapah mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS menutup semua pusat hiburan sempena di Selangor bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Katanya, Noh selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dinasihatkan supaya mendidik akar umbi Umno supaya kembali pada ajaran Islam yang sebenar.

"Kalau dia (Noh) tak tahu, kesalahan itu bukan hanya salah ketika bulan Ramadhan, sama ada bulan Ramadhan atau tidak, yang dilarang di sisi Islam tetap salah bagi orang-orang Islam," ujar beliau petang tadi.

Katanya, kewujudan pusat hiburan di Selangor sekarang merupakan hasil tinggalan Umno yang nyata memerintah kerajaan Selangor sejak 50 tahun lalu.

"Kita mewarisi kerajaan negeri ini (Shah Alam) dengan segala peninggalan mereka," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Demi memulih semula sosial masyarakat akibat pentadbiran Umno itu, baginya, PAS negeri melaksanakan memilih kaedah dakwah serta mendidik masyarakat supaya sedar pripenting menjauhkan diri masing-masing dari tempat kepunahan sosial itu.

"Islam ajar dakwah secara berperingkat, terap kefahaman lebih diutamakan dari melaksanakan hukum, ini yang Islam ajar, bukan cara paksaan dan ugutan seperti yang Umno faham," ujarnya.

Ujarnya lagi, PAS tidak berminat dengan cara Umno memanipulasi Islam dan slogan 'amar maaruf nahi mungkar' dengan memaksa serta mengugut rakyat dan kerajaan negeri sebagaimana belakangan ini.

Sambil menyifatkan Umno cuba merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, baginya, cara Umno itu sekaligus boleh menjauhkan orang-orang Islam serta masyarakat bukan Islam dari melihat erti keindahan dan keadilan yang ada dalam agama Islam.

"Itu yang kamu (Noh) paham, laksana Islam secara paksa dan guna kuasa secara tidak adil, sebab itu sekarang kamu (Umno) kata kita kononnya tunduk pada orang bukan Islam," ujarnya sambil menyifatkan Umno memahami tidak Islam secara menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau menggesa Umno Pusat yang nyata menguasai kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menghapuskan lesen pusat hiburan, judi dan arak di peringkat nasional dan negeri-negeri yang masih diperintah oleh mereka sebelum mempolitikkan isu pusat hiburan di Selangor.

Ini kerana, beliau berkata, Umno sendiri mendakwa bahawa cabaran-cabaran yang dilaungkan di Selangor itu adalah atas dasar ikhlas pada Islam, bukannya politik kepentingan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempersoal keikhlasan Senator Ezam Mohd Nor (Umno) mempopularkan slogan 'Gelombang Selamatkan Selangor'.

Baginya, slogan yang dipopularkan oleh Ezam, bekas Ketua AMK Nasional tersebut adalah ciplak pada slogan 'Selamatkan Malaysia' yang pernah mencuit kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada era Reformasi' 1998 dahulu.

"Dia tak ada idea yang asli, semuanya ulang ciplak," ujarnya.

“Ini bukanlah idea yang asli, ini bukan datang dari kumpulan yang sebenar, ini ciplak idea-idea zaman reformasi.



Awang Selamat dayus, tali barut Umno
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

“Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Mengenai kemarahan Awang kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno, beliau berkata, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan PAS.

“Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan,” katanya.

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

“Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat sama ada harta atau agama,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi.

PAS, tegasnya tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik, kebetulan Umno pula sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, moral mengkhianati harta rakyat dan sebagainya.

“PAS ingin mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat,” ujarnya.

Tambahnya, Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang redha dengan Yahudi APCO.

Katanya, Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis difaraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura.

Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana, katanya.

“Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?” soalnya.

Beliau berkata, apa makna umno parti Melayu tetapi dayus membela agama dan bangsa di mana sejarah dayus Umno yang gagal bela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti.

Katanya lagi, jika hendak bercakap soal siapa yang membela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kepada Umno dan Awang Selamat bahawa PAS lebih bertanggungjawab kepada Islam dan bangsa.

Justeru, ujarnya PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam.

“Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi,” ujarnya.




Islam Umno hanya di bulan Ramadan?

Anak Sengat

Kenyataan Noh Omar semalam mendedahkan siapa sebenarnya kumpulan anak muda yang mendesak kerajaan Selangor menutup pusat judi dan pusat maksiat lain di Selangor.

Memang selamanya PAS konsisten menentang perkara Mungkar dan maksiat yang berlaku. Selamanya PAS tidak pernah berubah menentang perkara mungkar. PAS telah buktikan di negeri yang PAS kuat dan memerintah seperti di Kelantan.

Kejayaan TG Nik Aziz memeimpin dan menjelmakan Islam di Kelantan tidak pernah dipertikai oleh sesiapa. Kelantan adalah jelmaaan dan ukuran prinsip yang diperjuangakan oleh PAS. Bukan hanya di bulan Ramadhan. Mungkin Noh paham Islam hanya di bulan Ramadhan..bulan lain tak pe sekalipun jadi setan.

Namun usaha TG Nik Aziz di Kelantan bukan mudah. Umno adalah penghalang utama kerajaan Kelantan. Umno mendiskriminasi Kelantan lebih dari anak tiri atau anak Haram. Pembangunan di Kelantan disekat. Bantuan diberi melalui JPP. Umno menubuhkan kerajaan dalam kerajaan.

Ketika TG Nik Aziz mengistiharkan untuk mengawal penjualan arak, MCA sekutu dan rakan sepertubuhan Umno melancarkan kempen minum arak besar besaran. Namun kempen itu dibatalkan apabila respon selamba TG yang akan memberi ruang dan tempat untuk kempen itu minum arak sampai pecah perut. Umno dan NOh menikus.

Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat. Bukan negeri PAS. Ia memerlukan masa kerana Pakatan Rakyat baru berusia belum sepenggal. Bukan mudah memahamkan isteri yang baru dikahwini tanpa cinta dan berkasih seperti Umno dengan sekutunya. PAS terpaksa mengambil masa dalam menjelaskan erti Islam kepada rakan yang bukan Islam dan saki baki Umno yang telah bersama Pakatan Rakyat.

Masalah yang berlaku sekarang adalah kerana tinggalan Umno. PAS ibarat berkahwin dengan janda Umno. Janda yang Umno tinggalkan di kelab malam. Kerja utama PAS ialah menyelamatkan janda umNO dari kelab malam . Itu keutamaan.Umno sebenarnya cemburu bile jandanya sanggup tinggalkan kelab malam dan Umno tak dapat ambil kesempatan lagi terhadap jandanya kerana Umno adalah pengunjung tegar kelab malam tersebut.

Bukan mudah bagi PAS membersihkan karat Umno yang melekat dalam pemikiran rakyat hasil usaha Umno selama lebih 50 tahun. Umno mendidik rakyat dengan segala macam kerosakan hingga minda rakyat penuh dengan karat biru.

Faham sekular yang memisahkan politik dengan agama pun memakan lebih 40 tahun untuk dibersihkan,itupun masih ada saki bakinya.

Ketika Rasulullah membuka dan menguasai Kota Mekah, Baginda berhasrat meruntuhkan Kaabah dan membina binaan asal seperti zaman Nabi Ibrahim dan Ismail namun menangguhkannya atas alasan orang Mekah baru memeluk Islam.

Begitu juga Umar Abd Aziz yang ditegur oleh anaknya kerana lambat membuat perubahan... semuanya adalah kebijaksanaan dan contoh junjungan Agong Rasulullah.

Sebagaimana susahnya membuang karat Jahiliyyah dari orang Mekah , begitu jugalah susahnya mengikis karat Jahiliyyah Umno di Malaysia. Dengan kerja Umno, orang Melayu dah tak tahu mana agama mana bukan selain sembahyang.

Sebenarnya kerja mengharamkan maksiat itu adalah mudah jika ia dilaksanakan oleh Pusat yang dipimpin oleh Umno. Umno miliki jentera penguatkuasa seperti polis dan sebagainya. Kuasa di negeri amat terhad. Umno sedar semua itu. Namun Noh hanya berkokok dalam gudang maksiat yang diminta dihapuskan. Sebenarnya Umnolah penaja semua maksiat itu.

Sebenarnya Umno sangat berdendam dengan PAS apabila kempen yang dilancarkan PAS khususnya oleh Pemuda hingga judi sukan yang diharapkan menjadi dana besar Umno gagal dilaksanakan. umNO sangat marah.

Saya sangat yakin PAS akan mendesak dan sedang mendesak rakannya di Selangor dan di mana juga mengharamkan segala maksiat jika Umno yang menjadi ibu maksiat memulakannya.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan


Awas, serangan musuh di bulan Ramadan
http://tuanibrahim.blogspot.com/

Al-Hamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan. Rasulullah seringkali berdoa: "YaAllah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w: “Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.” Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan jhad bagi pejuang-pejuang Islam. Kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabaikan jihad dan perjuangan. Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya. Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadah puasa.

Sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa. Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan. Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan. Kerana itu, Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiyah Ramadhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi: “Puasa kamu untuk ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.”

Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Qur’an di kalangan ahli usrah. Hidupkan majlis berbuka, tarawikh dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada, ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa, kerana Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (menyediakan makanan berbuka puasa) maka ia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.”

Namun begitu pendekkanlah masa di bazar-bazar ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah. Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu. Kutiplah mutiara keberkatan ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu.

Salam Ramadhan Kariem.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Naib Presiden PAS



Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus
Ogos 8, 10 11:15am
Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi



Noh alim-alim kucing: Hasan Ali

SHAH ALAM - Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan.

"Pemimpin berkenaan seolah-olah 'alim-alim kucing' kerana mencabar ianya ditutup sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Katanya, setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin UMNO. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim,” katanya.

Sebelum ini, Noh mencabar Kerajaan Negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadan dan mengelakkan tuduhan Pas berada di bawah telunjuk DAP.

Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut


Tiada ulasan: