Rabu, 18 Ogos 2010

BANYAK ISU NAK TULIS...LEBIH2..KENAPA ULAMAK TAK BERSATU MENERANGKAN PENTINGNYA HUKUM ALLAH...JANGAN NAK MATI BARU NAK BERJUANG...

NGO Perlis kecam tulisan Nakhaie tentang Wahabi
Ogos 18, 10 6:30pm
Lima pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Perlis hari ini membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk "Penyelewengan Wahabi" yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (kiri) dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah "Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya
mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang," adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

"Sekiranya mereka engkar, kerajaan negeri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis dan penerbit majalah itu," kata Ahmad Jusoh.

- Bernama


KOMEN..BANYAK LAGI PERKARA YANG PATUT DITEGUR..MISALNYA ORANG TIDAK SOLAT..RASUAH...ZINA..PERGAULAM BEBAS...ARAK ...JUDI...BIASA ULAMAK2 TAKUT MENYENTUH DASAR MUNGKAR YANG BERTENTANG DENGAN HUKUM ISLAM YANG DIBUAT OLEH PIHAK PEMERINTAH....MEREKA LAGI TAHU PASAL HUKUM...TAPI MEREKA INI(BUKAN SEMUA)TAKUT PADA MANUSIA DARI ALLAH....MACAMLAH MEREKA BOLEH LEPAS ATAU BOLEH JAWAB PERBUATAN SYIRIKNYA....




Wahabi: Mufti dakwa majalah tentang kedaulatan Perlis
Ogos 20, 10 11:11am
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berwajib di peringkat persekutuan mengambil tindakan terhadap sebuah majalah agama yang didakwa menghasut untuk menentang kedaulatan negeri itu.

Katanya, merujuk kepada siaran di Milenia Muslim edisi terbaru, majalah agama itu diisi dengan "tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islamnya".

"Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.

"Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia," katanya.

Sebelum ini, lima NGO Perlis membantah artikel bertajuk "Penyelewengan Wahabi" tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin dilaporkan berkata, artikel itu seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Raja Perlis nafi kaitan dengan Wahabi

Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah "Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya
mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang," adalah keterlaluan.

Mereka mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah itu menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Dr Juanda berkata, sebagai sebuah negeri yang berdaulat, perlembagaannya pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa Islam Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan agama negeri.

"Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa penulis artikel ini beriya-iya benar cuba memalitkan negeri yang permai lagi mempesona ini dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh DYMM Tuanku Raja Pemerintah negeri Perlis, Ketua Agama Islam negeri Perlis," katanya.

Terbaru, Raja Perlis (kanan) pada 15 Ogos lalu yang menafikan kaitan Perlis dengan "Wahabi" dan tuduhan liar yang menyatakan negeri ini menolak mazhab, jelas Dr Juanda.

"DYMM Tuanku Raja Perlis sering meminta agar pihak yang keliru dengan pengamalan Islam di Perlis agar datang sendiri ke negeri ini bagi melihat amalan Islam di sini.

Perlembagaan baru?


"Bahkan baginda menitahkan agar sesiapa yang meragui amalan di sini untuk membawakan hujah menurut al-Quran dan Sunah bagi membuktikan bahawa amalan ini bertentangan dengan Islam.

"Namun hingga kini tuduhan liar sahaja yang dilemparkan dan tiada hujah akademik yang konkrit bersandarkan al-Quran dan Sunah yang dikemukakan," katanya.

Dr Juanda (kiri) yang juga Sarjana Tamu di Universiti Oxford berkata, Perlis menghormati pandangan semua mazhab, tetapi tidak terikat dengan mana-mana dan memilih amalan yang menepati kehendak al-Quran dan Sunah, tafsiran sahabat serta ulama salafussoleh.

"Perlis sudah membuktikan ia amat dinamik dan progresif dalam pengalaman Islamnya. Negeri ini sentiasa berusaha mencari solusi menurut al-Quran dan Sunah dalam menawarkan penyelesaian isu-isu agama.

"Lantaran itulah pandangan agama dari negeri ini sering dijadikan rujukan oleh umat Islam seluruh negara dan sebahagian besar amalan negeri ini dapat diterima di tempat lain secara meluas," katanya.

Beliau yang juga bekas timbalan mufti Sarawak berkata, perkara itu menyedihkan kerana ketika kesatuan semakin diperkukuhkan oleh gagasan 1Malaysia, masih wujud agensi agama di peringkat pusat yang mahu mencetuskan perbalahan.

"Apakah tindakan seperti ini tidak wajar untuk disiasat menurut Akta Hasutan? Atau apakah ini suatu bentuk perlembagaan baru yang mahu diwujudkan oleh mereka yang bencikan kedamaian Negara ini?" soalnya



Mufti Perlis mahu majalah Milenia Muslim disiasat

20/08/2010 4:49pm

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya hari ini menggesa pihak berwajib di peringkat Persekutuan mengambil tindakan terhadap sebuah majalah agama yang didakwa antiperpaduan dan menghasut masyarakat untuk berpecah-belah.

Katanya, pada saat kesatuan negara semakin diperkukuh oleh slogan 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan Persekutuan, namun masih wujud cubaan yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi merujuk tulisan Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, bertajuk “Penyelewengan Wahabi” yang antara lainnya menyebut bahawa tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab, adalah salah dan mesti ditentang.

Dua hari lepas, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu tampil membantah siaran artikel tersebut yang didakwa seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Mereka juga mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah itu menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka. - Bernama


Mufti Perlis kesal

SHAH ALAM - Pihak berkuasa agama di peringkat Persekutuan diminta mengambil tindakan tegas terhadap sebuah majalah agama yang didakwa anti-perpaduan dan menghasut pemikiran masyarakat ke arah berpecah belah.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, pada saat kesatuan negara semakin diperkukuh oleh slogan 1Malaysia yang dilaungkan Kerajaan Persekutuan, masih wujud cubaan yang mahu mencetuskan perbalahan berhubung isu keagamaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, bagi merujuk tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam sebuah majalah bertajuk ‘Penyelewengan Wahabi’ yang antara lainnya menyebut bahawa tindakan Perlis keluar daripada jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab, adalah salah dan mesti ditentang.

Dua hari lalu, lima pertubuhan pertubuhan kerajaan (NGO) di negeri itu, tampil membantah siaran artikel berkenaan yang didakwa seolah-olah satu hasutan terhadap Perlis.

Mereka juga mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan Perlis dan memohon Raja Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mendesak penulis dan penerbit majalah itu menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

Juanda berkata, pengamalan Islam di Perlis dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Persekutuan yang mana Fasal 5 Perlembagaan Negeri jelas menyatakan bahawa Islam Ahli Sunnah wal Jamaah adalah agama negeri.

“Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa penulis artikel itu beriya-iya benar cuba memalitkan Perlis dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, yang juga Ketua Agama Islam negeri itu,” katanya.

Menurutnya, Perlis menghormati pandangan semua mazhab dan apa yang diamalkan tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan memilih amalan yang menepati kehendak al-Quran dan Sunah, tafsiran sahabat serta ulama Salafussoleh

Tiada ulasan: