Ahad, 8 Ogos 2010

..KITA TUNGGU DAN LIHAT....SAPE YANG BENAR DISISI ALLAH...SBB KITA AKAN DIHIMPUNKAN DAN DIHISAB...

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus
Ogos 8, 10 11:15am
Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.




Jangan pilih bulu untuk sebar Islam-Presiden
Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 8 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan anak-anak muda PAS tidak memilih bulu dalam mendidik masyarakat kepada Islam.

Abdul Hadi berkata, pada zaman Rasulullah S.A.W., baginda menyampaikan Islam kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang, dan menasihatkan umatnya berbuat perkara sama.

"Kita nak tarbiyah ini bukan orang terpelajar sahaja tapi termasuk yang buta huruf, yang berjudi, yang tak pernah sembahyang kita kena tarbiyah.

"Jangan nak terbiyah yang baik-baik sahaja. Yang tak baik kita tinggalkan. Ini bukan ajaran nabi. Nabi mentarbiyah semua golongan dan mengajar sahabat-sahabat buat perkara sama," katanya ketika berucap pada sesi dialog di majlis ramah mesra anak-anak muda Terengganu di perantauan, dekat sini, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS telah mencipta kejayaan apabila berjaya menyatukan semua badan politik di negara ini walaupun terdapat pelbagai jemaah Islam ketika ini.

"Apa yang penting bagi PAS, kita telah berjaya menyatukan badan politik walaupun kita berbilang jemaah. Ada di negara Islam yang lain, di Indonesia sebagai contoh, terdapat 20 parti Islam, dan semua bertanding dalam pilihanraya.

"Apabila 20 parti Islam bertanding, sudah tentu suara Islam 60 hinga 70 peratus. Tetapi apabila 20 ini berpecah, hanya dapat lima peratus suara Islam.

Ini sangat merugikan. Alhamdulillah di Malaysia cuma ada satu parti Islam," katanya yang juga Adun Rhu Rendang.

Tambahnya lagi, PAS bukan sahaja parti politik yang terlibat dalam pilihan raya tetapi sebuah gerakan yang merangumi semua aspek.

Program yang dihadiri seramai 150 anak muda kelahiran Terengganu itu memberi peluang kepada mereka untuk mendengar penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di Terengganu.

Turut hadir, setiausaha agung PAS pusat, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ketua pemuda Terengganu, Mohd Nor Hamzah






Kerjasama Pas-UMNO bukan mustahil

Kerjasama Pas-UMNO terus menjadi polemik. Bagaimana Datuk melihat isu ini?
HUSAM: Saya properpaduan. Saya masuk Pas kerana mahu melihat orang Melayu bersatu-padu. Kalau saya yakin perpaduan
itu boleh dijayakan menerusi UMNO, dah lama saya masuk UMNO tetapi bila melihat UMNO sendiri tidak mampu menyatukan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat, saya memilih perjuangan Pas. Apa kuncinya, ialah sikap yang sendirinya akan melahirkan dasar-dasar, pendekatan, politik yang salah atau betul.

Saya ambil kes pembayaran royalti minyak di Kelantan. Masalah sikap menjadi penyekat kepada usaha menyelesaikan isu ini. Peranan sikap yang berbeza telah menghasilkan kesan yang pelbagai. Saya ambil contoh masa pemerintahan Tun Abdul Razak, apa yang
beliau lakukan ketika berlakunya tragedi 13 Mei? Beliau terbang ke Kota Bharu, jumpa secara tertutup dengan Datuk Asri Muda dan menangis di hadapannya. Saya pernah baca satu surat tulisan Tun Abdul Razak melantik Datuk Asri (ketika itu masih bersama Pas) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negeri Kelantan dan Pengerusi Pembangunan Negeri dengan dua sebab iaitu keperluan dan kecemasan.

Bandingkan sikap Tun Abdul Razak dengan anak beliau (Datuk Seri Najib) yang menerajui pemerintahan negara sekarang. Dalam kes tuntutan royalti minyak ini, Tok Guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tulis surat kepada Perdana Menteri sebanyak tiga kali, satu surat balas pun tidak diterima.

Jadi, kalau kita mempunyai sikap yang betul, secara automatiknya keadaan masyarakat akan menjadi harmoni. Oleh kerana saya properpaduan, saya kena asingkan pemimpin yang mempunyai sikap dan track record yang tidak baik.

Maknanya, kerjasama dua parti ini adalah mustahil direalisasikan?
HUSAM: Peluang itu ada dan saya yakin akan berlaku selepas Pas, insya-Allah memperoleh majoriti mengambil alih pemerintahan negara. Ketika itu, UMNO akan bersatu dengan Pas. Bagi saya, yang tidak mahu bersatu sekarang ialah UMNO.

Tetapi, Pas dilihat ketara menolak penyatuan dengan UMNO?

HUSAM: Kalau kita nak mengurat anak dara orang tetapi anak dara itu menolak, tetapi kita nak jugak kena gunalah strategi baru. Gunalah cara baik, pujuk dia, hantar dia hadiah, lama-lama mungkin dia nak.

Ini tidak, Pas dijadikan mangsa kritikan, kutukan di media dengan pelbagai tohmahan kata Pas tolak, anti-perpaduan... hati mana nak terbuka. Jadi, melihat keadaan itu, ia membuktikan sama ada UMNO ni tak pandai nak mengurat atau memang dia (UMNO) tak mahu perpaduan. UMNO dilihat lebih banyak bersandiwara dan tidak serius pun menjayakan isu ini

Bagaimana dengan cadangan penglibatan orang tengah dalam membawa Pas- UMNO ke meja rundingan?
HUSAM: Orang tengah ni satu lagi hal, belum apa-apa dah cerita macam-macam. Sepatut orang tengah ini perlu lebih tenang, jaga rahsia...barulah peranannya lebih efektif. Ini tidak, orang tengah pula dilihat bersikap lebih sudu daripada kuah

Adakah Pas yakin Melayu boleh bersatu tanpa UMNO?
HUSAM: Ya. Contohnya semasa empayar Melaka dulu, masa itu UMNO belum wujud dan masyarakat Melayu ketika itu hidup aman daman dan bersatu padu. Pas kuat kerana dasar Islam yang kita perjuangkan. Islam mengatasi kaum, puak dan dasar Islam seperti adil, saksama yang boleh diterima oleh semua pihak. Islam bukan milik orang Melayu, oleh itu kaum lain berpeluang menerima layanan adil.

Ada pihak beranggapan, Pas tidak perlu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat kerana ada kekuatan sendiri.
HUSAM: Pas bukan sekadar berpolitik tetapi kita juga berdakwah kerana kalau hanya tertumpu pada politik, kita dilihat seperti mementingkan kuasa tanpa mengutamakan jiwa raga masyarakat kita. Negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum, ia membuka peluang untuk Islam lebih menyerlah. Kalau UMNO memerintah negara dengan bantuan MCA dan MIC, apa salahnya kalau Pas bekerjasama dengan DAP. UMNO tanya kita, kenapa Pas boleh berkawan dengan DAP tidak dengan UMNO, mengapa mereka tidak tanya kenapa UMNO tak boleh berkawan dengan DAP?

Kenapa sejak awal tidak kerjasama dengan DAP?
HUSAM: Dulu lain, sekarang lain. Ini membuktikan berlakunya keberanian politik dan Pas pernah bekerjasama dengan DAP menerusi Angkatan Perpaduan Ummah sebelum ini yang dicetuskan Presiden terdahulu, Datuk Fadzil Mohd Noor.

Apa komen Datuk mengenai cadangan pilhan raya asing dan serentak?
HUSAM: Tarikh pilihan raya secara idealnya haruslah diberitahu lebih awal. Mesti ada masa jangkaan pilihan raya akan diadakan contohnya dalam tempoh empat atau enam bulan dari sekarang, Parlimen akan dibubarkan dan pemberitahuan itu dianggap munasabah untuk memberi ruang setiap parti membuang persediaan.

Pada aspek demokrasinya, ia nampak lebih demokratik. Walau pun Perdana Menteri mempunyai hak untuk membubarkan
Parlimen pada bila-bila masa yang difi kirkan sesuai tetapi sekiranya negeri-negeri tidak mahu membubarkan DUN masing-masing berdasarkan alasan-alasan tertentu seperti terlalu awal dan sebagainya, negeri mempunyai hak berbuat demikian. Contohnya, pilihan raya negeri Sarawak yang diadakan berasingan, kenapa negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor ataupun Kedah tidak boleh melakukan perkara sama. Pilihan raya tidak semestinya diadakan serentak sekiranya tarikh yang dipilih itu dianggap tidak munasabah.

Terakhir, adakah Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia dengan kabinet bayangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap Nik Abdul Aziz?

HUSAM: Kalau mengambil kira persoalan 'sekira', kalau boleh Parlimen saya mahu Tok Guru bertanding. Kalau Tok Guru ni sihat, kerusi Parlimen pun dia kena bertanding, sebab beliau adalah ikon yang sudah diterima masyarakat

Tiada ulasan: