Sabtu, 7 Ogos 2010

LIHAT DIRI..JANGAN MENUDUH SEWENANG2 TENTANG ISLAM....LEBIH2 JIKA TIDAK MAHIR SERTA MENDALAMI ISLAM...

Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'
Susan Loone
Ogos 7, 10
12:47pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

“Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam,” katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Pelajari Confucius

Pada majlis itu, Anwar juga memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang merintis ruang bagi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk menghargai sumbangan positif sesama mereka.

“Dalam hal yang sama, sebagai seorang insan, saya cuba mempelajari Confucius, cuba membaca atau membaca semula Ramayana dan Mahabharata. Bagi saya, ini penting kerana ia sebahagian daripda lanskap negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

“Pem
impin juga mesti bergerak ke hadapan. Saya berpendapat kekuatan Pakatan Rakyat adalah kerana kami mengamalkan politik baru yang menghargai dan mempelajari kelainan setiap kaum dan suku bangsa,” katanya lagi.

“Gejala takut kepada Islam atau Islamic phobia dan pendirian anti-Islam telah diluahkan oleh beberapa pihak seperti (Samuel) Huntington tetapi untuk melihat pemimpin politik Malaysia terikut-ikut dengan kejahilan itu, adalah sesuatu yang agak malang,” tambahanya



Hak Melayu: Muhyiddin kata kenyataan Hadi tepat
Ogos 7, 10 4:25pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat.

Muhyiddin berkata Hadi sudah pasti merujuk apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara walaupun kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah bertentangan dengan pendirian dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana beliau (Abdul Hadi) pasti merujuk apa yang ada di dalam perlembagaan di mana hak Melayu mesti dipertahankan.

"Tetapi, bila dirujuk dari segi DAP, nampaknya ada pertembungan dari segi pendirian di dalam pakatan pembangkang. Mereka (PAS dan DAP) tidak ada pendirian yang sama dan nampak ada perbezaan yang ketara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kebangsaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pagoh, hari ini.

Semalam, Hadi yang ditemui pemberita di Marang, Terengganu berkata hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera itu perlu dikekalkan kerana majoriti penduduk miskin di negara ini adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat keistimewaan tersebut.

Sukar diterima

Hadi sebelum itu diminta mengulas cadangan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno meminta rakyat supaya menilai pendirian yang diambil pakatan pembangkang sama ada pendirian yang dibawa mereka itu adalah sama ataupun berbeza-beza.

"S

ukar untuk kita sebagai rakyat untuk menerima mereka (PAS dan DAP) kerana satu pihak menyanjung perlembagaan negara tetapi satu pihak lagi bertentangan dengan perlembagaan negara. Jadi, terserah kepada rakyat untuk menilai semua ini," katanyanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh mahu semua pemimpin masyarakat supaya bersama-sama berperanan menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu untuk digalas oleh polis semata-mata mahupun MCPF.

Beliau berkata aspek keselamatan kini bukan hanya perlu ditingkatkan di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

"Walaupun kita (kerajaan) mengambil langkah proaktif, tetapi kita mahu pimpinan masyarakat turut terlibat dalam bersama-sama menjaga keselamatan. Sebab itu kita sampaikan surat lantikan kepada penghulu. Kita sedar pelbagai isu timbul yang perlukan perhatian di peringkat pemimpin dalam dan luar bandar,"
katanya.

Turut hadir pada karnival berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

- Bernama




Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA
Susan Loone
Ogos 7, 10
10:28am

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

"Negara Islam Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator," tambahnya.

Menurut Lim, apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men

urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap.

Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.





Skandal Seks Chua Soi Lek...ni copy paste

Skandal Seks Chua Soi Lek

1 Jan 2008 – Menteri Kesihatan yang juga Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang dicuri rakam.

“Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak- anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” kata Soi Lek.

2 Jan 2008 – Chua Soi Lek, 61, letak semua jawatan parti, Kabinet dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta.


Naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku semalam beliau lelaki dalam DVD seks yang diedarkan di Johor, hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan sebagai anggota parlimen Labis berkuatkuasa serta-merta.

Dr Chua kelihatan tenang di sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit.

Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan tersebut pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini pada pukul 3.35 petang.

Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri, yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

Semalam, pada sidang akhbar di Labis, beliau juga telah meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin-pemimpin parti dan rakan menteri kabinet yang lain atas apa yang telah berlaku.

Beliau berkata bahawa wanita dalam DVD itu adalah teman peribadinya dan beliau bukanlah pihak yang membuat rakaman aksi berkenaan.

Dr Chua berkata peletakan jawatannya telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

“Surat (peletakan jawatan) dalam perjalanan ke pejabat beliau (Abdullah),” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit.

Dr Chua yang memakai sepasang sut hitam dan kelihatan tenang serta tenteram berkata: “Saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, naib presiden MCA, anggota parlimen Labis, ketua badan perhubungan MCA Johor dan ketua bahagian MCA Batu Pahat”.

Beliau berharap peletakan jawatannya itu, yang kononnya kerana ‘isu moral’, akan menjadi iktibar kepada semua pemimpin, baik dalam MCA mahupun parti komponen lain.

Dr Chua, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Mac, 2004 selepas memenangi kerusi parlimen Labis pada pilihan raya umum tahun itu setelah mengalahkan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi, berkata beliau mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan itu hasil maklum balas rakyat.

“Selepas membuat pengakuan (semalam), saya berharap rakyat Malaysia boleh menerima permohonan maaf saya itu, tetapi malangnya maklum balas yang saya peroleh, rakyat tidak boleh terima,” katanya, mengulas lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

Dr Chua berkata beliau tidak mahu menjadi beban kepada parti dan kerajaan jika terus memegang jawatan.

Di sebalik keputusannya itu, Dr Chua berkata sebagai seorang anggota parti yang telah memegang jawatan dalam kerajaan hampir 20 tahun, beliau akan tetap setia kepada MCA dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Doktor perubatan lulusan Universiti Malaya pada 1973 itu, memulakan kariernya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggeram, Johor pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga 2004.

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Johor (1990-1995), Pengerusi Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Johor (1995-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor (1999-2004).

Dr Chua berkata: “Saya berpendapat sesiapa yang melakukan kesilapan ataupun kerana kelemahan-kelemahan tertentu, maka dia sebagai pemimpin kena bertanggungjawab.

“Saya sudah tampil ke depan, berdepan bukan hanya dengan pemimpin negara dan parti bahkan dengan rakyat jelata, (namun) nampaknya tidak boleh diterima.

“Jadi, lebih baik bagi saya dan keluarga untuk saya meletakkan jawatan supaya tidak menjadi beban kepada kepimpinan negara.”

Dr Chua mengakui bahawa beliau langsung tidak menyangka akan memperoleh maklum balas tidak baik daripada orang ramai selepas membuat pengakuan semalam bahawa beliaulah orangnya dalam rakaman pita video itu.

“Saya sangkakan maklum balas itu tentulah bagus (selepas membuat pengakuan) tetapi menurut Astro 91 peratus (orang ramai) mahu saya meletak jawatan. China Press kata 99 peratus mahu saya meletak jawatan,” katanya.

Dengan mengambil perhatian bahawa meskipun penjawat awam perlu mengutamakan akhlak yang baik, Dr Chua berkata beliau berasa bangga kerana tampil secara terbuka untuk mengakui kesalahannya.

“Saya berasa bangga kerana sekurang-kurangnya saya berani untuk mengaku. Saya tidak pernah mengatakan orang itu bukannya saya (dalam DVD).

“Saya tidak pernah kata mereka perlu membuktikan yang sayalah orangnya. Malah saya tidak pernah kata ia (pita video) telah dipalsukan,” katanya.

Beliau mengetepikan anggapan bahawa peletakan jawatannya akan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti BN yang memerintah.

Katanya: “Tidak. Saya ingat banyak orang merasakan saya merupakan beban untuk digalas, kerana mereka mahu berkelakuan seolah-olah mereka sahaja yang baik.”

Seperti juga sidang akhbar yang diadakan di Labis semalam, Dr Chua enggan membuat spekulasi mengenai sebab beliau dijadikan sasaran pihak tertentu sehinggakan kehidupan peribadinya turut menjadi tatapan umum.

“Saya sudah katakan sebelum ini yang saya tidak mahu membuat spekulasi. Saya menerima tidak kurang 200 SMS mengutuk pemimpin tertentu parti yang saya tidak akan dedahkan kerana sebaik sahaja saya beredar, saya tidak mahu lihat parti saya berpecah,” katanya.

Namun begitu, Chua tidak menolak kemungkinan beliau dijadikan sasaran kerana terlalu menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Menteri Kesihatan dan juga jawatan-jawatannya dalam parti sehingga ada yang rasa terancam.

“Sejak saya dilantik sebagai Menteri Kesihatan memang saya sudah berusaha sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan daripada rakyat, daripada ahli MCA, daripada kepimpinan kerajaan. Saya tumpukan perhatian kepada kerja dan parti sehingga ada orang mengatakan saya menjadi satu ancaman kepada orang tertentu. Itu biasa dalam politik,” katanya.

Dr Chua turut menolak cadangan seorang wartawan bahawa pesaing dalam perniagaan mungkin menjadi dalang di sebalik pengedaran DVD terbabit.

Beliau berkata: “Saya tidak pandai berniaga. Sebab itu saya tidak mengatakan sesiapa yang hendak menjadikan saya sasaran datang daripada kumpulan perniagaan atau kumpulan yang dikatakan musuh saya dalam perniagaan kerana saya tidak pernah terlibat dalam perniagaan sejak saya menjadi ahli politik.

“Tidak pernah, anda boleh tanya. Sesiapa yang kata saya terlibat dalam perniagaan, dia berbohong. Mungkin dia menggunakan nama saya tanpa pengetahuan saya.”

Dr Chua berkata adalah menjadi harapannya setelah meletakkan jawatan, beliau tidak lagi menjadi sasaran pihak tertentu.

Beliau berkata: “PM (Perdana Menteri) telah memberikan jaminan kepada saya bahawa kerajaan akan menyiasat punca dan siapa di belakang (rakaman) pita ini supaya ia tidak menjadi amalan di negara ini untuk menjatuhkan sesiapa.

“Saya percaya kalau dia ini (orang yang menggunakan taktik itu) berjaya, saya bukan yang pertama dan terakhir menjadi mangsa kepada cara ini untuk menjatuhkan seorang pemimpin baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

“Saya pasti saya tidak mahu menjadi orang pertama dan terakhir,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi presiden MCA berhubung perkara itu, Dr Chua berkata Ong mahu melihat parti bersatu dan setiap anggota parti memberikan sokongan padu kepada BN.

“Namun ada ketikanya dalam parti yang demokrasi, presiden dan Perdana Menteri malah berhadapan kekangan serta mempunyai batasan disebabkan rakyatlah yang lebih ulung,” katanya.

Mengenai sama ada beliau akan kembali semula menyertai arus politik perdana pada masa depan, Dr Chua berkata beliau sudah tua untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, secara berjenaka Dr Chua berkata beliau lebih suka menjadi seorang wartawan berdasarkan pengetahuan luas beliau dalam politik. BERNAMA

Kandungan DVD Seks

Menurut saksi yang telah menonton video tersebut, terdapad dua DVD yang menunjukkan babak seks itu yang dikatakan dirakam melalui televisyen litar tutup (CCTV).

DVD pertama selama 56 minit menunjukkan keseluruhan babak perhubungan seks itu dari empat kamera yang dihalakan ke bahagian katil, pintu utama dan bilik tetamu.

Seorang lelaki kelihatan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipercayai bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, DVD kedua sepanjang 44 minit pula menunjukkan babak hubungan seks yang sama dari satu kamera sahaja yang difokuskan ke arah katil.

Imej pasangan itu didakwa agak jelas dilihat dalam video tersebut dan mereka berbual dalam longhat Hokkien.

Menurut saksi lagi, video tersebut bermula dengan lelaki yang didakwa ahli politik tersebut sedang mandi dan kemudiannya menukar pakaian dalam bilik berkenaan. Seorang wanita kemudian mengetuk pintu dan dilihat masuk ke dalam bilik tersebut. Pasangan itu nampak seperti sudah mengenali satu sama lain.

Video tersebut kemudiannya menunjuk wanita itu mengeluarkan komputer riba dan meletakkannya di atas katil, dan kemudiannya masuk ke bilik air dan muncul semula dalam keadaan berbogel.

Wanita itu kemudian melakukan seks oral ke atas lelaki yang didakwa ahli politk berkenaan dan diikuti dengan babak hubungan seks di atas katil. Pasangan tersebut kelihatan sedang melihat sesuatu daripada komputer riba itu sepanjang mereka melakukan hubungan seks




Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
Susan Loone
Ogos 6, 10
6:35pm

Presiden MCA Datuk Seri
Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

Chua
berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

Dalam ucapannya, Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.

Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Menurut Chua lagi, tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malah katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya





Saya orangnya


Oleh Md Zin Ali dan Junita Mat Rasid




Dr Chua mengaku lelaki dalam video seks

SEGAMAT: "Sayalah orangnya," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar)
ketika mengaku beliau adalah individu dalam rakaman cakera video
digital (DVD) aksi seks seorang lelaki dengan wanita, yang kini
tersebar luas di Johor.


"Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah lelaki dalam
rakaman itu dan wanita berkenaan adalah kawan saya," kata Dr Chua yang
menyambut ulang tahun kelahirannya ke-61 hari ini, pada sidang media
khas di pejabat MCA Bahagian Labis, semalam.









Beliau yang juga Naib Presiden MCA dan Ahli
Parlimen Labis, kelihatan tenang ketika membacakan kenyataan bertulis
dan menjawab soalan wartawan sepanjang sidang media selama kira-kira 20
minit yang turut dihadiri 150 penyokongnya itu.


"Saya tidak membuat sendiri rakaman (DVD) itu. Siapa yang
merakamnya tidak penting bagi saya. Apa yang lebih penting ialah
keluarga, isteri dan anak-anak sudah menerima permohonan maaf saya,"
katanya.


Dr Chua menjelaskan, beliau secara peribadi sudah menemui dan
memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA,
Datuk Seri Ong Ka Ting, mengenai perkara itu kelmarin.


Ditanya apa reaksi mereka, beliau berkata: "Saya sudah sudah jumpa
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA... apa
reaksinya eloklah kamu sendiri berjumpa dengan mereka kerana saya tidak
boleh memberi pandangan mereka terhadap saya".


Beliau turut memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan,
penyokong dan rakyat Malaysia serta berterima kasih terhadap mereka
yang menunjukkan prihatin serta sokongan melalui panggilan telefon dan
SMS yang dihantar kepadanya.


Dr Chua yang enggan mendedahkan tarikh dan lokasi rakaman DVD
itu dibuat serta identiti pasangannya dalam rakaman berkenaan turut
merayu kepada media supaya memberi ruang kepadanya dan keluarga untuk
menghadapi tempoh sukar ini.


Katanya, beliau belum memikirkan tindakannya selepas membuat
pengakuan itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis yang
mengumumkan sudah memulakan siasatan mengenainya kelmarin.


"Saya akan fikirkan dan memberi perhatian serius (sama ada mahu membuat
laporan polis) mengenainya. Parti juga tidak membuat laporan polis,"
katanya.


Mengenai masa depan kerjaya politiknya selepas pengakuan itu,
Dr Chua berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi, sebaliknya
menyerahkan kepada ahli parti, pemimpin dan rakyat Malaysia untuk
menjadi pengadil.

Ditanya kedudukannya dalam Kabinet, beliau berkata:
"Kedudukan saya macam biasa dan semua menteri dalam Kabinet berkhidmat
atas kehendak serta kepercayaan Perdana Menteri".


Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai penyebaran
rakaman DVD yang mengandungi aksi hubungan seksnya dengan wanita itu
pagi Ahad lalu serta sudah menonton sendiri rakaman itu melalui salinan
DVD yang diperoleh daripada rakannya.


Menjawab pertanyaan sama ada beliau tahu dalang yang membuat
rakaman itu terutama jika ia membabitkan musuh politiknya, Dr Chua
berkata, beliau tidak tahu tujuan rakaman itu dibuat dan ia tidak
penting baginya.


"Saya tidak akan membuat spekulasi siapa yang menyebarkannya.
Itu tidak penting bagi saya," katanya yang enggan mengulas mengenai
perasaannya selepas salinan DVD itu tersebar serta meminta media
menyiarkan kenyataan bertulisnya.


Mengenai reaksi keluarganya selepas pengakuan itu, Dr Chua
berkata isteri dan keluarganya akan membuat kenyataan berasingan tetapi
menegaskan mereka semua menyokong beliau dan tidak timbul masalah.


Dr Chua berkata, beliau juga akan terus menjalankan tugasnya
seperti biasa dan kes berkenaan tidak akan mengubah jadual tugasnya
sebagai seorang menteri, Ahli Parlimen atau pemimpin parti.


Malah, sidang akhbar itu dibuat selepas beliau selesai
menghadiri majlis lawatan rasmi ke Hospital Segamat dan selepas itu,
menghadiri majlis perjumpaan bersama masyarakat India di Bekok, Labis.


Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Umno bahagian
Labis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk
Sulaiman Taha serta Timbalan Ketua Perhubungan MCA Johor yang Adun
Bekok, Tan Kok Hong.


PROFIL

Chua Soi Lek



Lahir: 2 Januari 1947


Asal: Batu Pahat, Johor


Isteri: Datin Seri Wong Sek Win


Anak: Chua Tee Joo, Chua Tee Yong, Chua Tee Ling


Pendidikan:

� Sekolah Rendah Lim Poon, Johor (1954-1959)

� Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat (1960-1965)

� Sekolah Tinggi Muar, Johor (1966-1967)

� Ijazah Perubatan Universiti Malaya (1968-1973)



Kerjaya:

� Pegawai Perubatan, Hospital Daerah Batu Pahat (1974-1976)

� Pengamal perubatan persendirian (1976)

� Adun Penggaram, (1996-2004)

� Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Johor (1990)

� Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Johor (1992)

� Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Johor (1995)

� Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pelancongan Johor (1999-2004)

� Ahli Parlimen Labis, Johor (2004 hingga kini)

� Menteri Kesihatan (27 Mac 2004 hingga kini)



Politik:

� Ketua MCA cawangan Zabedah Timur, Johor (1982)

� Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat, Johor (1985)

� Naib Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (1986)

� Timbalan Pengerusi MCA Johor (1993)

� Ahli Jawatankuasa MCA Pusat (2002-2005)

� Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (2002)

� Pengerusi MCA Johor (2003)

� Ahli Lembaga Disiplin MCA (2004)

� Ketua MCA Bahagian Batu Pahat (2005)

� Naib Presiden MCA (2005 hingga kini)

� Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (2005 hingga kini)





http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...1221939/Article



Soi Lek jahil, tidak hargai masyarakat Islam
Mohd Ali Hashim

BAYAN BARU, 7 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan korup serta terkebelakang.

Menurut Anwar, adalah dikesalkan kerana sekian lama Soi Lek bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi tidak dapat memahami dan menghargai perasaan serta keprihatinan masyarakat Islam.

"Adalah lebih baik Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada kerana amalan politik baru yang menghargai dan sentiasa ingin mempelajari kelainan setiap kaum yang ada dalam negara ini," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pembangkang berkata, sifat jahil dan sombong yang dimiliki oleh Soi Lek itu menjadikannya sebagai salah seorang pemimpin BN yang tidak pernah mengenali dan mempelajari sejarah serta perkembangan negara-negara Islam.

Anwar berkata demikian kepada media selepas berucap dalam Konferens Integriti Antarabangsa 2010 anjurans Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Hotel Eastin, di sini.

Soi Lek membuat kenyataan yang dikecam Anwar itu semasa berucap dalam konvensyen ke-33 MCA di Alor Star, Kedah semalam turut mengingatkan masyarakat Cina supaya jangan terlalu yakin dengan PAS untuk membanteras rasuah dan segala masalah yang berbangkit sekiranya berjaya memerintah negara ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut membidas kenyataan Soi Lek mengenai negara-negara Islam.

"Apa yang patut dilakukan oleh beliau sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersama dengan Umno dan BN ialah mempelajari dan mendalami sejarah dan tamadun Islam.

"Kegemilangan tamadun Islam bukan hanya terhad kepada empayar global, ia juga merangkumi pembangunan seni, algebra, pembelajaran, angka dan astronomi. Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat dan satu kenyataan yang menyimpang," katanya.

Tambah beliau lagi, adalah lebih baik menurut integriti dan sistem pemerintahan yang dibawa oleh Khalifah Umar Abdul Aziz daripada model alternatif yang berasaskan kepada rasuah dan diktator.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan kepimpinan kerajaan negeri.


Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.

“Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

“PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.

Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar.

“Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam.

“Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak ‘Islam terlindung oleh orang Islam sendiri’," katanya.

Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal.

“Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,” ujarnya lagi


Chua Soi Lek terlampau
Nasrudin Hassan

Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah.

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka.

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah.

Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata, "di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara".

Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana Umno dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi.

Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini.

Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.

Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism.

Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus Umno walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam, tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


PAS mahu terang Islam pada Chua
Ogos 9, 10 4:12pm
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini menyatakan hasratnya mahu bertemu dengan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bagi menerangkan intipati Islam yang sebenar.

Ekoran ucapan kontroversi Chua berkaitan negara Islam baru-baru ini, Nasharudin berkata kenyataan itu muncul ekoran kekeliruannya terhadap Islam.

"Beliau mungkin tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai kesucian, kesyumulan dan keindahan Islam sehingga gagal menafsirnya dalam kerangka agama yang tepat dan betul," katanya.

"Fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau bukan kerana kecacatan dan ketempangan Islam, bahkan ia adalah kesilapan pemerintah yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan kuasa kerana gagal mengimplementasikan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara."

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Merujuk kepada buku Syed Akbar Ali, Malaysia and the Club of Doom, Chua menyenaraikan semula beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia, antaranya, kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama, pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Ucapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasharudin berkata berbeza dengan kenyataan Chua, Islam mempunyai penyelesaian terhadap pemasalahan yang berlaku dan mampu menyelamat manusia di dunia dan di akhirat.

Menyifatkan terkilan dengan kenyataan Chua itu, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok berkata, PAS memperjuangkan Islam yang tulen



Chua yang 'Islamophobia' dibidas lagi
Ogos 9, 10 2:48pm
Ucapan kontroversi Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek berhubung negara Islam baru-baru ini dibidas lagi, kali ini oleh Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan (kiri) berkata, melalui kenyataaannya pada konvensyen tahunan MCA Kedah di Alor Star telah memberi tanggapan kononnya negara-negara Islam "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang".

Justeru, beliau menyifatkan Chua mengalami "Islamophobia" atau takutkan Islam yang parah.

"Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (dalam Malaysia and the Club of Doom) sebagai asas kajian kesnya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulama atau cendikiawan Islam yang muktabar (terkemuka)," kata Nasruddin.

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Merujuk kepada buku Syed Akbar, Chua menyenaraikan semula beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia, antaranya, kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Ucapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam kenyataaannya hari ini, Nasruddin berkata, kenyataaan tersebut agak keterlaluan apabila Chua didakwa membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti umat Islam banyak mengamalkan rasuah.

"Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa, sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka," katanya.

"Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding UMNO yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka."

Naruddin berkata, ucapan Chua itu adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru selepas 'ribut tsunami' yang memecah belahkan kesatuan dalam MCA sendiri.

"Pemuda PAS nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat.

"Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan eskapisme," katanya


Tiada ulasan: