ADAKAH MEREKA TERKECUALI DARI HUKUM MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG...APA KOMEN ULAMAK...ATAU MEMBISU AJE...ATAU DAH CAKAP DIORANG BUAT TAK DENGAR
DIVA INTERAKTIF
Aksi mesra Farid-Diana
RASANYA sudah acapkali cuping telinga Diva yang nipis ini ditembusi kisah asmaradana pasangan merpati dua sejoli yang popular ini, siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dengan si aktres Diana Danielle.
Diva sendiri dah lama terhidu kisah intim mereka berdua tapi sehingga hari ini, masing-masing saling mengunci mulut tentang selebar mana jendela hati sudah terkuak antara satu sama lain.
Baru-baru ini pun, muncul lagi penafian daripada si gadis kononnya hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan dalam industri.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba Diva didatangi Cik Honey Jariah, sumber gosip terbaik Diva.
Kata Cik Honey, ketika dia bersiar-siar mencuci mata di sebuah kompleks beli-belah tertinggi di ibu kota, matanya 'tercuci' dengan 'aksi panas-panas manja' Farid dan Diana.
"Va, mungkin sebab mereka dating kat kafe mahal, kiri dan kanan semuanya mat saleh sebab itulah berani sungguh mereka bermesra-mesraan tanpa menghiraukan mata di sekeliling yang memandang," bisik Cik Honey ke telinga Diva.
Kata Diva, mungkin Farid dan Diana itu sekadar melepaskan rindu, maklumlah masing-masing sibuk di lokasi penggambaran, sesekali bertemu mahu bermanja.
Tapi yang tak sedapnya, bila setiap kali bercakap, mulut mereka itu bukan main sedap menutup cerita. Sekarang kan dah terkantoi.
ADAKAH INI MENYUMBANG KEBAIKAN AKHLAK REMAJA ATAU SEBALIKNYA...DIMANA PERANAN ULAMAK2 DAN JABATAN2 AGAMA ATAU DAH BERTINDAK...MUNGKIN JUGA TAK ADA KUASA....
DIVA INTERAKTIF
Natrah, Wings ke Istana Budaya
KETIKA Diva dan rakan-rakan seangkatan berkobar-kobar tidak sabar menonton Cuci The Musical pada 27 Julai ini, telinga nipis Diva ini menangkap satu lagi berita baru.
Diva pasti semua peminat teater dan kawan-kawan Diva juga gembira dengan informasi ini. Ceritanya masih dalam kain tetapi Diva ini ada akses untuk menyelinap masuk dan mengintai-intai apa cerita yang boleh dikongsi bersama. Bukan menyibuk tapi menghebah.
Masih ingat dengan teater Natrah tak? Kalau tak ingat, cepat pergi belek Internet sebab Natrah buah tangan Erma Fatima serta lakonan hebat Sofia Jane, Maya Karin dan Remy Ishak itu akan kembali beraksi di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi. Rasa-rasa Diva dalam bulan November nanti. Apa-apa kepastian kena tanya Ketua Pengarah IB yang Diva cuma panggil Abang Joe. Kata sumber Diva, selagi ada Abang Joe banyak lagi persembahan besar yang tidak terjangkau dek akal akan masuk ke IB, salah satu daripada projek besar untuk tahun depan yang hampir 100 peratus kesahihannya benar adalah konsert Wings.
Bila dengar nama Wings, Diva mula rasa nak terbang sebab dengarnya, bukan suara Awie sahaja yang akan bergema mengiringi muzik oleh Eddie, Joe serta Black nanti tetapi ada lagi sentuhan hebat bekas anggota Wings yang lain iaitu Jojet (drum) dan Mel (bekas vokalis) yang akan sama memuncakkan adrenalin semua peminat mereka menjelang konsert nanti. Kalau tak silap, rasanya Wings akan masuk IB sekitar tahun depan, bila? Tunggu!
kerjaya jadi penyanyi,pelawak..pelakon drama dll...ni gulungan artis...kerjayanya pun penuh dengan fitnah...gulungan ni kena tanya hukum kerjayanya...mudah aje...jika bentuk kemungkaran ...iaitu ada benda dilarang Islam...maka hukum juga dilarang...contoh bergaul bebas...membuka aurat secara bebas..lalai dan melalaikan org lain serta yg lain2...senang tanya hukum pd mufti...tentu lebih aula...
Fitnah, aib
2010/08/01
KUALA LUMPUR: “Semuanya fitnah individu yang cuba mengaibkan saya,” jelas seorang penyanyi yang dikaitkan dengan pesta liar di Port Dickson dengan 16 lelaki.
“Jadi, bila pula saya berpesta liar di Port Dickson dengan 16 lelaki?” katanya.
Cerita berkenaan mula menjadi buah mulut ramai apabila kebanyakan laman web dan blog tempatan ‘meminjam’ gosip berkenaan daripada sebuah entri yang ditulis seorang selebriti di dalam blognya.
Lebih memeranjatkan, penyanyi itu dikaitkan dengan parti liar di Port Dickson bersama rakannya.
Entri berkenaan turut menceritakan bahawa dia secara rela diliwat oleh 16 lelaki dalam satu masa.
“Semua itu bohong. Selama ini saya berada di Kuching kerana tidak lagi aktif menyanyi, lebih-lebih lagi selepas kontrak bersama syarikat rakaman tamat. Sejak dua tahun ini juga saya mula bekerja di Kuching. Ia membuatkan saya sibuk serta tiada masa untuk berjalan-jalan atau menghadiri parti.
“Lebih pahit, saya dikaitkan dengan seks liar dan diliwat oleh 16 lelaki. Bagi saya ia langsung tidak masuk akal, lebih-lebih lagi saya lelaki tulen dan tidak mengamalkan seks luar tabii,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.
Penyanyi itu turut menjelaskan, dia terkejut dengan penyebaran gosip yang tidak berasas itu.
Katanya, mungkin pihak berkenaan sengaja mencipta gosip untuk menjatuhkannya.
“Saya tidak risau apa-apa. Lagipun, saya tidak lagi berada dalam dunia seni, jadi ia tiada kaitan dengan saya. Semuanya fitnah dan tidak benar. Harap-harap, masyarakat dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan