Khamis, 4 Februari 2010

NAMPAK PELIK....TERSIRATNYA MENJAGA KEHORMATAN WANITA

DUNIA

Dekri tolak kewarganegaraan


GAMBAR fail menunjukkan dua wanita memakai burka di sebatang jalan raya di Marseille, selatan Perancis pada 24 Disember 2009.



FILLON


PARIS - Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam menyatakan beliau akan menandatangani dekri menolak kerakyatan seorang lelaki yang memaksanya isterinya memakai burka dengan mengesakan pakaian itu tidak mempunyai tempat di negaranya.

"Ia merupakan undang-undang Perancis. Kod sivil menyediakan peruntukan bahawa kewarganegaraan tidak dibenarkan kepada seseorang yang tidak menghormati nilai-nilai Republik Perancis.

"Jika lelaki itu tidak mengubah sikapnya (mengarah isterinya memakai burka), dia tidak mempunyai tempat di negara kami.

"Dia tidak berhak untuk mendapatkan kerakyatan Perancis," kata Fillon.

Nama lelaki itu tidak didedahkan kepada umum.

Namun, Perdana Menteri itu menyatakan isteri lelaki tersebut merupakan seorang warga Perancis dan dia dibenarkan terus memakai burka sehingga undang-undang larangannya dilaksanakan.

Keputusan itu dibuat selepas satu laporan Parlimen meminta burka dilarang dipakai di sekolah, hospital, pejabat kerajaan dan pengangkutan awam. - AP

Tiada ulasan: