Isnin, 26 Januari 2015

YANG BESAR KEPALA SELALU TAK SOLAT...SEBAB TAK SURUH UMUR 7 TAHUN ....TAK DIPUKUL 10 TAHUN BILA TAK SOLAT...YANG TERUK LAGI IBUBAPA PUN TAK SOLAT...DITAMBAH UNDANG2 ALLAH DINAFI...MAKSIAT DIANJUR ....TAK DITEGAH....JANGAN PULA KITA JUGA TERLIBAT DALAM BUDAYA SAMSENG...NI LAGI PARAH









10:00PM - 25 Jan 2015

'Anak besar kepala jika rotan jadi jenayah'

Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 disaran ditarik balik kerana dibimbangi melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak menghormati ibu bapa.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden.

Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah).

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Khairul Anwar turut berkongsi maklumat bahawa beberapa pihak di Sweden mendakwa undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden dimanipulasi untuk mengaut keuntungan apabila wujudnya 'industri anak angkat' di negara itu.

Beliau berkata pemberi maklumat dan ibu bapa angkat di negara itu diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan bagi seorang anak angkat yang dijaga.

Tambahnya, merotan anak-anak adalah diharuskan oleh Islam bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad.

Senada dengan Khairul Anuar, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci, merangkumi pelbagai aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik anak dengan cara tersendiri kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka," katanya.

Mas Ermieyati berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan termasuk penderaan mental terhadap kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berkongsi pendapat sama berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Saya harap pihak kementerian (KPWKM) mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar berkenaan sebelum keputusan dibuat.

"Jabatan Peguam Negara juga perlu mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap undang-undang yang akan dilakukan," katanya.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyokong cadangan itu kerana perbuatan merotan hanya akan menyebabkan anak-anak dilanda kemurungan dan memberontak.

Katanya, hukuman merotan sudah tidak relevan pada masa sekarang.

- Bernama
 
  Adakah Kita Perlu Mengikuti Semua Amalan Negara Barat Yg Bkn Islam Semata2 Nak Kelihatan Yg Undang2 Negara Kita Juga Sama Dgn Undang2 Mereka?Persoalannya:Adakah Mereka Meletakkan Sunnah Rasulullah s.a.w Sebagai Sebahagian Panduan Dlm Kehidupan Mereka?Sdangkan Nabi Mohamad s.a.w Sendiri Pun Berpesan Supaya Pukullah (Rotan) Anak2 Sekadar Satu Pengajaran..Adakah Ajaran Dan Nasihat Rasulullah s.a.w Itu Tidak Terpakai Bagi Geng2 Umno Di Malaysia?Hingga Adakan Undang2 Yg Menghukum Ibubapa Yg Merotan Anak2?..Sbb Merekalah Yg Mngubal Dan Meluluskan Undang2 Di Msia..
-Bagaimana Jika Ibubapa Itu Merotan Anak2 Yg Ingkar Terhadap Solat Dan Ingkar Amalan2 Yg Wajib Dlm Islam?
-Lainlah Kalau Melibatkan Aktiviti2 Mendera Anak,Itu Patut Diwujudkan Undang2 Utk Memberi Pengajaran Kpd Ibubapa Yg Zalim Kpd Anak Sendiri..Merotan Anak Atas Tujuan Supaya Dia Patuh Kpd Ajaran Dan Suruhan Agama,Itu Bkn Mendera..
-Jgn Kita Hanya Pandai Mengkritik Dan Mempertikaikan Undang2 Di Sweden Jika Kita Sendiri Pun Dah Mula Mengikuti Jejak Langkah Mereka..
-Utamakan Amalan Pendidikan Secara Islam Sblm Kita Nak Berkiblatkan Dgn Undang2 Barat Yg Bkn Islam,Melainkan Kita Sendiri Sdh Hilang Keyakinan Dgn Amalan Pendidikan Islam..
 
 9:37AM - 25 Jan 2015

Hukuman lebih berat jika abai, dera anak

Akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata draf akta baharu itu yang memberi lebih penekanan terhadap kecuaian ibu bapa dalam penjagaan anak-anak, kini sedang diperhalusi Jabatan Peguam Negara selepas pihaknya membuat beberapa pindaan.

"Pada tahun lepas, kita menghantar draf pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Peguam Negara namun dikembalikan untuk diperhalusi dan kini draf itu diserah semula kepada Peguam Negara dan sedang diteliti dari segi perundangan, perkataan serta istilah digunakan.

"Kita jangka pada Jun, bentang di Parlimen tetapi kami cuba untuk awalkan memandangkan akta lama telah tidak lagi terpakai.

"Memandangkan pindaan yang dibuat (terhadap akta sedia ada) lebih 70 peratus, kita yakin Peguam Negara akan bersetuju ia jadi satu akta baharu yang mungkin dikenali Akta Kanak-Kanak 2015," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis 'Santai Kopi O' bersama Rakan FB Komuniti Pertubuhan Wanita (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam.

Mengulas lanjut, Rohani berkata akta baharu itu akan melibatkan penambahbaikan beberapa aspek antaranya tempoh hukuman penjara dan jumlah denda yang lebih setimpal dengan kesalahan membabitkan penderaan dan pengabaian anak-anak.

Beliau berkata berdasarkan Akta Kanak-Kanak sedia ada, hukuman bagi kesalahan penderaan ialah denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan manakala hukuman bagi kesalahan pengabaian ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabitkan kesalahan.

"Hukuman pada masa ini tidak setimpal, kita nak lebih berat dan pada masa sama kita berpendapat tidak mencukupi jadi kita turut menambah cadangan supaya ibu bapa yang disabit dengan kesalahan perlu menjalani khidmat masyarakat supaya mereka lebih insaf dan bermuhasabah diri.

"Selain itu, penambahbaikan dalam akta baharu juga, kita perlu pastikan selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) terutama membabitkan rotan.

"Kita telah tandatangani konvensyen itu jadi kita kena patuhinya kerana mereka akan memantau kita," katanya.

Selain itu, Rohani berkata akta baharu akan turut membabitkan aspek  penglibatan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan berhubung hal kebajikan mereka serta membabitkan proses pemulihan.

- Bernama
 
 
 
Puteri Umno: Kaji semula cadangan rotan anak
  • Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
1 / 1
SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat perlu membuat kajian secara terperinci mengenai cadangan menjadikan merotan sebagai kesalahan jenayah dalam akta baharu yang digubal bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kajian tersebut perlu merangkumi segala aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

“Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk  peranan ibu bapa untuk mendidik anak dengan cara yang tersendiri kerana ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas beliau lagi, kementerian terbabit juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)  kerana ia merujuk aspek penderaan terhadap kanak-kanak.

“Kementerian berkaitan perlu menjelaskan secara terperinci mengenai perkara ini termasuk kandungan dalam CRC kepada masyarakat umum bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan mengenainya,” katanya.

Menurutnya, kementerian itu juga perlu meneliti semula pelaksanaan hukuman rotan itu memandangkan agama Islam sendiri membenarkan ibu bapa merotan bagi tujuan mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak mereka.

“Di negara ini kebiasaannya anak-anak dirotan bukan untuk mendera sebaliknya yang berlaku ialah kanak-kanak didera secara mental seperti dikurung dan dipukul secara fizikal,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kebimbangan peningkatan statistik anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa mereka sekiranya cadangan tersebut tetap dilaksanakan.

“Jika ia dilaksanakan, saya bimbang kemungkinan akan berlaku banyak kes seperti pasangan Malaysia yang di penjarakan di Sweden hanya kerana merotan anak-anak mereka.

“Sehingga hari ini tidak ada satu kajian yang menunjukkan, merotan dengan cara yang betul dan  bertujuan mendisiplinkan anak-anak adalah tidak berkesan,” katanya lagi.



 









Azizul Yusof Lenggong added 3 new photos.
1 hr ·
Menteri jenis apa ni.? Ada rujuk Al Quran tak.?
Like ·
·

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
Jangan tergesa-gesa hukum ibu bapa, kata Shahrizat
  • Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat Abdul Jalil
1 / 1
SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diingatkan tidak tergesa-gesa memperkenalkan hukuman merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan meskipun pihaknya mempertahankan hak kanak-kanak namun kerajaan tidak boleh mengabaikan aspek lain termasuk mengikut acaun negara.

"Pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

"Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Terdahulu, Malaysia menganggotai Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada 1995 yang menuntut kerajaan mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata lagi, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

"Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada 2014) boleh membawa kepada pemisahan sementara antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.

"Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya Wanita Umno menggesa Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak berkepentingan termasuk Wanita BN untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan.



Wanita 'mahu bantu IS' dipenjara
  • Shannon Conley Shannon Conley
1 / 1
DENVER - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita dipenjara 4 tahun atas tuduhan mahu ke Syria dan membantu Kumpulan Militan Negara Islam (IS).

Shannon Conley, 19, memberitahu mahkamah bahawa beliau 'silap' ketika mempelajari tentang Islam dan hanya mengetahu perkara sebenar selepas ditangkap.

Menurut laporan Yahoo News, Conley juga menangis dan memberitahu bahawa beliau tidak mahu mencederakan sesiapa, ketika dibicarakan di mahkamah.

"Saya bersyukur saya mengetahui identiti mereka (militan IS) dan bukan sesudah saya menyertai mereka," kata Conley.

Hakim, Raymond P Moore sangsi bahawa pandangan Conley sudah berubah, dan beliau berpendapat bahawa wanita tersebut memerlukan bantuan psikologi.

Conley ditahan April lepas ketika mahu menaiki sebuah penerbangan dan ingin mengahwini seorang lelaki (militan IS) yang dikenali di internet.

Beliau memberitahu agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa beliau mahu menggunakan kebolehannya sebagai jururawat untuk membantu lelaki tersebut.


 



Tiada ulasan: