Khamis, 29 Januari 2015

DIAKHIRAT KELAK AKAN KENA .... BUKA MULUT/MENGAKU ATAU DIKUNCI....DIMANA ANGGOTA BADAN AKAN MENJADI SAKSI...PERLAKU KESALAHAN/PEMBUAT DOSA/PEMBUAT ZALIM DLL MAHU LARI MANA...SEGALA KESALAHAN2 YANG DIBUAT AKAN ALLAH BUKTIKAN DENGAN JELAS

Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut
  • Abdul Razak Baginda Abdul Razak Baginda
1 / 1
SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.
Auni Rauhah added a new photo.
2 hrs ·
Like ·


Like ·

KOMEN DOA DIATAS



··ITU PUN ...JIKA SOLATLAH...JIKA SAH SOLATNYA....JIKA BENAR AKIDAHNYA



16 hrs ·
LAWAK ANTARA BANGSA
Like ·
·

Kematian Altantuya ‘hanya kes pembunuhan biasa’, kata Razak Baginda

Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang. – Gambar Facebook, 29 Januari, 2015.Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang. – Gambar Facebook, 29 Januari, 2015.Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).
Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.
Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.
"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.
"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.
Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.
Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.
Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.
"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?
"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.
Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".
"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."
Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.
Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.
Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.
Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.
Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.
Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.
Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.
Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.
Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.
"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.
Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.
Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.
Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.
Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.
Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :
TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?
Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.
Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?
Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.
Semasa anda di sana, adakah Azilah dan Sirul dalam kompleks penjara yang sama? Anda nampak mereka?
Sudah tentu mereka (pihak berkuasa penjara) pisahkan kami. Saya tidak pernah melihat mereka. Hanya nampak mereka apabila kami berada di mahkamah. Sebenarnya, saya tidak pernah bertemu mereka sehingga tiga atau empat bulan selepas saya berada di penjara. Hanya bertemu mereka pada hari pertama perbicaraan.
Ini bukan kes pembunuhan biasa.
Ya, kerana ada banyak putar belit. Kalau anda hanya anggap ini sebagai satu pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, ia hanya satu kes bunuh biasa. Akibat keakraban saya dengan Najib, orang-orang yang mahu membunuh Najib (dari segi politik) pada masa itu, melihatnya sebagai peluang keemasan menggunakan keadaan itu terhadapnya. Jika saya tiada sebarang kaitan dengan Najib, walaupun saya seorang penganalisis politik, perkara ini akan reda.
Ada "herd mentality" (sikap menurut) di kalangan rakyat Malaysia. Dari awal lagi, satu gambaran dicipta. Ini sudut pandang yang perlu diambil, dan semua orang turut serta mengambil pandangan yang sama. Saya cabar anda jadi lebih kreatif sedikit dan lihat gambaran yang lebih luas.
Jika anda bercakap mengenai konspirasi polis, tidak mustahil ada konspirasi lain juga berlaku. Kebenaran dalam kes ini ialah satu perkara yang terlalu amat membosankan. Ia hanya kes jenayah bunuh biasa, tetapi masih terdapat mereka yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan kali terakhir ialah 156 pada 2008, dan angka semakin bertambah. Jadi, siapa yang arahkan semua ini?
Maksud anda, kedua-dua mereka bertindak atas kemahuan mereka sendiri?
Ya, seperti yang diputuskan mahkamah. Kerana, akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan. Anda boleh kata apa saja tentang sistem kita, tapi ia sangat telus.
Saya sangat kecewa kerana ada begitu banyak penangguhan ketika kes itu. Apa masalahnya jika mereka (Azilah dan Sirul) bertindak sendiri? Lihatlah kes MH370, ada konspirasi? Buktikan. Tiada siapa dapat berikan bukti. Perkara itu boleh terjadi. (Seperti) Segitiga Bermuda.
Ada sesetengah perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kenapa tidak dengan kes ini? Mereka bertindak sendiri. Mengapa tak boleh? Mengapa? Kerana rakyat Malaysia disogokkan dengan idea sejak hari pertama yang inilah ceritanya. Inilah cerita yang diputarkan. Semua orang, tanpa berfikir, terus mengambil dan menerima pandangan yang sama dan terus-terusan begitu.
Ada sekali anda menimbulkan kekecohan apabila sesuatu diperkatakan dan isteri anda jua menjerit, "Lihat sini, dia tak mahu jadi PM." Apa cerita di sebalik kejadian itu?
Sangat kelakar. Betul. Kalau anda di penjara, dan anda kata, saya nak selesaikan kes ini, dan kemudian ada orang beritahu anda, kes ini ditangguhkan hingga dua minggu akan datang. Saya marah sangat kerana pada pandangan saya keseluruhan sistem ini sengaja dipanjangkan.
Perbicaraan ini merupakan yang paling disensasikan dalam sejarah Malaysia.  Botak Chin pun tak dapat liputan sebegini. Saya masih simpan semua keratan akhbar. Memang menakjubkan melihat liputan media yang saya terima.
Anda pun tahu... pengarang berita juga terlibat. Kalau saya punya surat khabar sendiri, saya hanya perlu kata, "jangan mainkan cerita ini". Tapi, ada orang cuba siram minyak kat api. Sudah tentu saya kecewa. Saya dalam penjara, fikirlah... Dan semua orang sibuk spekulasi itu dan ini.
Jadi, kekecohan itu hanya kerana perbicaraan kes ditangguhkan?
Ya, sebab, kalau anda tengok tarikhnya, ada dua minggu penangguhan. Anda pun tahu bagaimana keadaannya apabila kes ditangguhkan, anda balik ke penjara, anda tak boleh jumpa keluarga. Ayah saya bisik kepada saya yang kes itu akan ditangguhkan, saya marah sangat.
Ceritakan hubungan anda dengan Bala (penyiasat persendirian P Balasubramaniam).
Hubungan yang menarik. Dua kali saya berhubung dengannya. Pertama, ketika Altantuya datang ke Malaysia buat kali pertama, selepas peras ugut, dia nak jumpa saya. Saya sedar saya perlukan satu bentuk perlindungan. Saya bertanya sekeliling dan ada seseorang mencadangkan Bala.
Arahan dia senang saja - ikut saya, tunggu di bawah, kalau dia (Altantuya) datang, beritahu saya. Dan ketika itu saya hanya mahu mengelak dari berjumpa dengannya. Saya tak mahu berdepan dengannya. Saya tahu apa isunya, dia hendak duit dari saya.
Saya sebenarnya jumpa dia sekali, sebelum saya jumpa Bala.
Ceritanya begini, dia datang. Saya beritahu dia, "Buatlah apa awak nak." Harap anda tak akan kena peras ugut. Kalau anda tengok semua kes peras ugut, sekali anda menyerah diri bila diperas ugut, susahlah. Peras ugut tidak akan berakhir apabila anda kata, "Anda hendak peras ugut saya? Saya tak peduli." Kemudian, habislah.
Apa dia nak buat? Dalam kes saya, saya serah diri pada awalnya, tapi kemudian saya kata, tidak lagi. Masa itulah dia (Altantuya) mula datang. Saya kata saya tak mahu beri duit lagi. Dia jadi sangat marah.
Apa yang dia peras ugut anda?
Ia sesuatu yang peribadi, hubungan itu... Ia sesuatu yang sangat peribadi.
Bagaimana dengan tuduhan komisyen AS$500,000 (dari perjanjian kapal selam)?
Mana datangnya cerita itu? Inilah masalahnya. Orang sekarang ini semuanya malas, wartawan dan semua orang malas. Mereka tak periksa sumber. Tengok dari mana datangnya AS$500,000 itu.
Ia disebut dalam akuan bersumpah pertama Bala.
Ok, sesiapa pun boleh kata begitu. Dari mana datangnya perkara itu? Jujur cakap, AS$500,000 itu perkara baharu bagi saya. Saya tak tahu tentang itu. Dia (Altantuya) peras ugut saya minta AS$5,000, AS$8,000. Sebab itu saya ikutkan.
Tiada yuran untuk khidmatnya sebagai penterjemah?
Yuran penterjemahan apa? Cerita dia sebagai penterjemah itu hanya jenaka. Dia tak boleh pun bertutur bahasa Perancis. Kita semua mangsa satu percaturan politik. Dan kita semua pun peraya. Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.
Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.
Cuba periksa, bolehkah dia bercakap dalam bahasa Perancis? Tiada seorang pun warga Perancis yang terlibat dalam urusan jual beli kapal selam jumpa dia atau kenal dia. Orang Perancis semuanya canggih. Mereka bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tiada siapa persoalkan. Kenapa perlu ada penterjemah bahasa Perancis yang berbangsa Mongolia?
Cuba fikir. Kalau saya hendak seorang penterjemah, sudah tentu saya ambil seorang berbangsa Perancis, atau warga Britain. Kenapa saya nak ambil seorang warga Mongolia?
Pernahkah dia pergi ke Perancis, tinggal di sana dan belajar bahasa itu? Dan semua orang percaya sahaja yang dia seorang penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar untuk itu. Tiada siapa yang persoalkan perkara itu.
Dalam akuan bersumpah pertama Bala, ada satu lagi tuduhan, iaitu Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada anda.
Itu sebahagian dari naratif itu. Saya sudah katakan beratus kali, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Najib tak pernah kenal perempuan itu. Najib tidak bersalah. Kalau anda semua rasa ada kaitan antara mereka, mana buktinya? Jangan lupa yang dalam keadaan macam ini, ramai orang ambil kesempatan. Kita dah selalu sangat tengok perkara ini.
Bagaimana anda mengenali Altantuya?
Kalau saya kenal Najib, tak bermakna dia tahu semua tentang saya. Tetapi, kesimpulan dibuat, dia (Najib) tahu semua yang saya buat. Itu satu kesimpulan yang salah.
Saya katakan dalam afidavit saya, dan itulah kebenarannya. Kebenaran itu menyakitkan keluarga saya, dan ada perdebatan di kalangan pasukan guaman saya sama ada saya patut masukkan perkara itu atau tidak. Saya sudah beritahu bagaimana saya jumpa dia. Semuanya ada di sana (dalam afidavit).
Jadi, anda mengatakan isi kandungan akuan bersumpah Bala yang pertama itu mengarut?
Semuanya mengarut. Termasuk juga tuduhan seks luar tabii. Semua mengarut. Semua orang anggap akuan bersumpah itu betul. Tambahan pula, dalam akuan bersumpah itu, Bala kata: “ada orang beritahu saya” atau “saya beritahu dia”. Semua itu cakap-cakap orang sahaja.
Siapa di belakang semua ini?
Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.
Tujuan utamanya ialah hendak mengenakan Najib?
Ya, sudah tentu.
Dan anda juga menjadi mangsa?
Tidak, saya tak boleh kata saya mangsa. Ada pembunuhan berlaku, dan disebabkan saya mempunyai kaitan dengan keseluruhan perkara itu, dan ceritanya sangat menarik untuk dilepaskan begitu saja.
Di luar sana ada ramai orang yang mengambil kesempatan. Dan jangan lupa. Najib ketika itu timbalan perdana menteri (TPM), dan di negara kita ini, TPM cuma selangkah sebelum menjadi PM. Semua orang tahu beliau berpotensi menjadi PM.
Adakah anda masih rapat dengan Najib sekarang?
Tidak. Tapi pentingkah perkara itu? Keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal, kalau saya minum teh dengan Najib, semua orang akan kata "Ya Tuhan..." Jadi, kita kena mara ke hadapan teruskan kehidupan.
Adakah anda rasa rakyat Malaysia akan mara ke hadapan? Hantu Altantuya akan berakhir di sini?
Tidak. Kerana ada ramai pihak berkepentingan di luar sana. Kerana, ini satu percaturan politik. Kita semua mangsa permainan politik ini. Anda tahu ada berapa ramai hantu di luar sana? Orang tidak peduli sebab semua mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi yang ini, orang peduli, kerana ia bermotifkan politik. Itu saja. – 29 Januari, 2015.


 DARI SURAH YASIN

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥)

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)







Sahabat yang belum tunaikan solat fardhu Isya' bersegera lah.
Like ·
Perubatan swasta gagal kesan simptom denggi
  • nyamuk aedes denggi
1 / 1
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta gagal mengesan simptom denggi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana laporan kes denggi terus meningkat dan diagnosis awal yang berkesan perlu dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengesyorkan klinik dan hospital swasta supaya memperkukuh kaedah mendiagnosis pesakit dengan menggunakan ujian 'Combo Rapid Test Kit'.

"Saya harap semua pihak perubatan swasta memiliki kit ini dan menggunakannya. Tidak mengapa jika mereka terpaksa menggunakan sehingga empat kit namun hanya satu kes dikesan kerana kita tidak mahu terlepas mengesan walaupun satu kes," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berharap pihak perubatan swasta memandang serius isu denggi yang semakin meningkat ketika ini dengan menyimpan stok ujian "Combo Rapid Test Kit" yang mencukupi di klinik dan hospital masing-masing.

Sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tiga minggu pertama tahun ini, yang meningkat 65 peratus berbanding 5,141 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Beliau juga meminta doktor melihat kepada tanda-tanda lain denggi dan memberi tumpuan kepada pesakit yang demam kerana denggi sehingga bukti menunjukkan sebaliknya.

"Kita juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjaga kebersihan sekeliling kerana persekitaran yang kotor adalah penyumbang utama peningkatan kes denggi," katanya.

Dr Subramaniam berkata, kementerian juga mendapati gigitan nyamuk aedes lebih banyak berlaku di dalam rumah dan berharap masyarakat mengambil langkah-langkah perlindungan seperti semburan aerosol di kawasan rumah semasa nyamuk aktif dari 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.

Selain itu, katanya pencegahan denggi ketika di luar rumah juga perlu diambil terutamanya bagi mereka yang keluar rumah di waktu nyamuk aedes aktif dengan menggunakan krim repelan atau memakai baju berlengan panjang dan berwarna cerah.  - Bernama
·
Mencuri di surau pasar raya terkenal
BAYAN BARU - Orang ramai di sini dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan seorang wanita yang dikatakan mempunyai tabiat mencuri di surau sebuah pasar raya di sini.

Sumber berkata, pencuri yang juga seorang wanita itu akan melakukan kegiatannya pada waktu tengah hari.

“Sehingga kini sudah masuk tiga kali dia mencuri di surau berkenaan.

“Jadi kami minta supaya orang ramai yang berkunjung ke pasar raya berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan di pasar raya tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mamu berkata, orang ramai tidak sepatutnya leka walaupun tempat yang dikunjungi adalah rumah ALLAH.

Menurutnya, pencuri berada di mana-mana dan tidak mengenal mangsa.

“Kalau boleh waktu solat letak beg di bahagian depan sejadah atau kalau masih bimbang, boleh simpan di bahagian peti keselamatan dalam pasar raya.

“Saya pun selalu dengar rungutan macam ini, memang tak seronok dengar orang Islam kita mencuri tetapi kita sendiri kena hati-hati,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi masih belum menerima sebarang laporan daripada pasar raya yang dikatakan.

Menurutnya, ia hasil daripada pemeriksaan laporan dari 25 Januari hingga semalam.




Ya Allah, sedihnya.. Kisah Seorang Isteri Curang.. Jadikan Iktibar..


YA Allah sedihnya... KISAH SEORANG ISTERI CURANG..
Baca dan jadikan pengajaran..

Biasalah hati seorang wanita walau dah berkahwin jumpa lelaki tampan macam-macam fikirkan...

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.

Tiada ulasan: