Selasa, 6 Januari 2015

BILA UNTUNG SENYAP....BILA RUGI BISING@RIUH...NI LAH PERNIAGA YANG TAK BERTIMBANG RASA...SIFAT NI BUKAN SEMUA PERNIAGA...HANYA SEGELINTIR YANG MENAGUK DI AIR KERUH...PERNIAGA YANG ADIL AKAN MASUK SYURGA...SYARATNYA ISLAM DAN SOLAT....AKIDAHNYA BENAR DAN IBADAHNYA SAH

Perkahwinan Muslim Jepun lebih Islam dari Melayu

Sebuah perkahwinan pada 2 Januari 2015, di antara seorang lelaki Jepun yang baru menjadi Muslim dan seorang wanita Jepun Muslim di Masjid Niihama-Jepun. Perkahwinan Islam mestilah senang, selesa dan memudahcara seperti perkahwinan ini. Berdoalah untuk pasangan baru ini, semoga Allah memberkati mereka.

BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.

「アッラーが(あなたの結婚において)あなたに祝福を与え、降り注いでくれますように。そしてあなた方二人をよきものにおいて、縁結びして下さいますように。」

Semoga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu, dan semoga Dia menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

بارك الله لك ، وبارك عليك ، وجمع بينكما في خير

バーラカッラーフ ラカ、ワ バーラカ アライク。ワ ジャマア バイナクマー フィー ハイル。








Status dan gambar di atas diambil dari fanpage Islam in Japan 日本でのイスラム memperlihatkan betapa perkahwinan Islam itu mudah, ringkas dan simple, malah pakaian pun sempoi je.

Orang2 Muslim di Jepun, di sebuah negara yang mengamalkan kepercayaan animisme, yang tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mempunyai budaya yang sangat pelik2, lebih faham keindahan Islam itu sendiri berbanding orang yang lahir2 sudah Islam, di negara yang Islamnya agama rasmi namun lebih mengutamakan budaya kaum sendiri, budaya kaum sendiri yang dicedok dari kaum lain serta budaya barat berbanding agama Islam itu sendiri.

Ya, orang Muslim di Jepun ini sendiri lebih faham yang perkahwinan Islam itu mestilah senang, selesa dan memudahcara, tapi entah kenapa kebanyakan orang melayu Muslim di Malaysia ini tak faham perkara asas tu, malah ditambah pula dengan pelbagai unsur2 yang dicedok dari kaum Cina, agama Hindu dan budaya barat. Tak rasa malang ke kita sebagai seorang Muslim yang lahir2 dah jadi orang Muslim di sebuah negara Islam?

Tambah pula bila budaya2 barat seperti lelaki melamar kekasih dengan ungkapan "Will you marry me?" dibuat secara besar2an untuk tatapan orang awam sambil menghulur cincin ini telah disetkan dalam minda anak2 melayu sebagai suatu perbuatan yang romantik dan sweet kepala taik.

Di salin tampal dari FB Muhammad Rusydi:

Anak: "Mak, semalam tengok satu show LIVE di tv ni, ada artis lelaki melamar artis wanita. Heboh satu Malaysia. Dialong diorang:

H: Will u marry me?
Z: Insya-Allah, thank u.
H: Sorry?
Z: Yes.

Sweetnya. Sweetnya. Nak gini gak!'

Mak: "Melamar dalam rancangan maksiat. Di pentas maksiat. Dengan pakaian maksiat. Bersaksikan penonton yang redha dengan persembahan maksiat.

Perfect couple of maksiat.

Padahal baru je sambut Maulidurrasul. Masih lagi dalam situasi duka bencana banjir.
Biarlah mak bapak diorang izin anak-anak mereka buat macam tu, tapi mak tak redha dunia akhirat andai anak mak yang buat macam tu.

Kita ni orang Islam. Jangan sebab nak sweet kita belakangkan Allah."

Di copy pasta lagi dari FB:

Bercinta sakan masuk Galaksi TV9, berpeluk2an masuk Instagram, melamar masuk Gegar Vaganza, bertunang masuk Hlive, nikah kahwin masuk Raikan Cinta, majlis kenduri masuk Nona, honeymoon nak beromen masuk Romantika tajaan AirAsia, pregnant buat anak masuk Pureen Chak Chak, tayang anak sapa lagi comel dan pandai jaga anak masuk Baby Kiko, bergaduh laki bini masuk Meletop, bercerai masuk Melodi, kene tangkap khalwat duda/janda masuk Harian Metro, dah tua miskin mintak derma masuk Bersamamu, dah insaf masuk Hijrah Selebriti, nak mampos masuk Tanah Kubur! Tak lama lagi berjimak malam pertama pun boleh live telecast kt TV!

Realitinya, perkahwinan orang Melayu ni memang sangat kompleks, namun yang sebenarnya kahwin itu mudah kalau kita mudahkan.
Tragedi kebakaran berulang
  • Keadaan Bazar Haji Ibrahim selepas berlakunya kebakaran jam 1 petang semalam.Keadaan Bazar Haji Ibrahim selepas berlakunya kebakaran jam 1 petang semalam.
 1 / 2 
RANTAU PANJANG – Pada 6 Januari tahun lalu, sebahagian premis di Zon Bebas Cukai yang sinonim dengan syurga membeli belah, hangus dalam kebakaran pada jam 11.25 malam.

Ini menyebabkan 60 premis kedai di Blok B Zon Bebas Cukai dan sebahagian Bazar Mimi hangus sama sekali.

Genap setahun selepas itu, ia kembali menghantui peniaga apabila kebakaran sama berulang di bangunan bersebelahan bazar berkenaan, jam 1 petang semalam.

Suasana panik peniaga dan api yang marak menyebabkan banyak kelengkapan jualan tidak sempat diselamatkan.

Biarpun ada peniaga mengalihkan barang jualan di laluan pejalan kaki, namun bahang panas menyebabkan ia turut musnah.

Ada peniaga terpaksa membuka pintu Pasar Lama Rantau Panjang yang ditutup sejak tahun lalu, bagi meletakkan barang jualan ke tempat selamat.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bertindak pantas dengan memotong bekalan di kawasan berdekatan, bagi mengelakkan kebocoran arus elektrik.

Laluan sehala ke bazar berkenaan menjadi dua hala kerana dipenuhi kenderaan peniaga sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Peniaga berdekatan juga bertindak pantas dengan menyelamatkan barang perniagaan antaranya di pembahagi jalan.


20 anggota dikerah ke tempat kejadian


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman berkata, anggaran awal mendapati sebanyak 20 kedai di Bazar Haji Ibrahim hangus dalam kebakaran tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.50 petang dan seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas serta Pengkalan Kubor menaiki empat jentera, satu tangki air bagi operasi menyelamat ini.

“Kita turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat dari Sungai Golok, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan api berjaya dikawal dalam masa 90 minit kemudian. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Azmi berkata, melihat kepada rentetan kejadian kebakaran yang berulang ini, mungkin ia disebabkan masalah sistem pendawaian ekoran banjir.

Beliau turut menasihati peniaga dan penduduk agar mengambil langkah awal dengan memeriksa sistem pendawaian kerana ia mungkin boleh menyebabkan litar pintas.


Jatuh ditimpa tangga

Sementara itu, peniaga, Rohani Mohd Salleh, 45, berkata, dia hanya menyedari kebakaran itu apabila salah seorang pekerjanya, Mohd Hafize Che Daud, 18, menjerit kerana melihat asap tebal dari bumbung stor.

Menurutnya, stor yang terletak di hujung bazar ini dipercayai punca meletusnya kebakaran yang memusnahkan 20 premis di sini.

“Kami hanya mampu menjerit meminta tolong kerana terlalu panik melihat asap tebal dan bahang panas.

“Belumpun sempat mengemas kedai akibat dilimpahi banjir, kami berdepan satu lagi ujian apabila kesemua barang jualannya hangus dalam kebakaran,” katanya.

Mat Ruzi Abd Rahman, 46, berkata, banjir tempoh hari menyebabkan dia mengalami kerugian apabila sebahagian besar beg sekolah, selimut tebal dan kelengkapan dapur ditenggelami air.

Namun katanya, walaupun ditenggelami air, dia masih mampu menjualnya dengan harga yang murah.

“Sekarang, tak mungkin saya dapat menjualnya semula kerana semua barang dah hangus.

“Saya anggarkan kerugian melibatkan tiga kedai peralatan dapur dan kelengkapan rumah ini, mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Polis potong gaji bantu mangsa banjir
  • Mohd Fuzi (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua, kiri) selepas menerima sumbangan berupa jet pam air daripada Simon, William dan Ismail, semalam. - Foto Ihsan PDRMMohd Fuzi (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua, kiri) selepas menerima sumbangan berupa jet pam air daripada Simon, William dan Ismail, semalam. - Foto Ihsan PDRM
 1 / 1 
SUBANG  - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengumpulkan dana RM1 juta bagi membantu mangsa banjir khususnya warga PDRM yang terjejas akibat bencana tersebut.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Mohd Fuzi Harun berkata, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir warga PDRM, kita akan cuba menumpulkan dana sebanyak RM1 juta bagi membantu mereka.

“Selain mengadakan kutipan dan sumbangan orang ramai dan pihak swasta, kami juga dalam usaha membuat potongan gaji untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Sehingga 2 Januari lalu seramai 1,422 keluarga warga PDRM terjejas banjir.  Selain terpaksa berpindah ke penempatan sementara, mereka juga kerugian harta benda akibat kerosakan rumah,” katanya pada sidang media majlis penyampaian sumbangan jet pam air (Water Jet Pump)  kepada mangsa banjir warga PDRM.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Redland Aviation Services Sdn Bhd, Datuk Ismail Hassan, Pengurus Besar Karcher Cleaning Systems Sdn Bhd, William Kiew, dan Pengarah Fable Plus Sdn Bhd Simon Tan. Sebanyak 80 unit jet pam air disumbangkan ketiga-tiga syarikat berkenaan bernilai lebih RM150,000.
12:13PM - 5 Jan 2015

Banjir: Gaji 123,000 polis dipotong


Bagi membantu meringankan beban hampir 1,500 anggota polis yang terjejas akibat banjir, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat potongan gaji terhadap lebih 123,000 anggota dan pegawainya.

Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, inisiatif itu dipersetujui semua wakil persatuan polis pada Isnin lalu dan potongan itu membabitkan gaji bagi bulan Januari ini, lapor Berita Harian.

Dalam laporan itu, beliau berkata potongan itu melibatkan semua peringkat dalam PDRM, daripada kakitangan awam sehingga kepada ketua polis negara.

Menurutnya lagi, nilai potongan antara RM5 hingga RM100 bergantung kepada pangkat masing-masing.

"Perkara tersebut turut mendapat persetujuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," kata Mohamad Fuzi seperti dilapor akhbar itu.

Beliau juga berkata, seramai 1,422 pegawai dan anggotanya terjejas dalam banjir di beberapa buah negeri baru-baru ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

"Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya.




Harga Makanan Kekal Walaupun Harga Minyak Turun

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 7:40 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Harga makanan di restoran, kedai kopi mahupun gerai masih dikekalkan walaupun kos bahan api berkurangan selepas penuruhan harga minyak.

Ia jelas tidak selari dengan tindakan sesetengah pengusaha kedai makan yang menaikkan harga makanan apabila berlakunya kenaikan bahan bakar sebelum ini.

Mereka seterusnya menuding jari dan menyalahkan pembekal bahan mentah kerana mengenakan kos penghantaran pada kadar yang sama.

Persatuan Pemilik Lori PanMalaysia (PMLOA) menggesa ahli-ahlinya untuk mengikut trend harga minyak semasa dalam mengenakan caj pengangkutan.

Walau bagaimanapun, Presidennya, Jong Foh Jit berkata margin pelarasan tidak dapat ditunjukkan kerana sekatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC).

"Penurunan harga diesel adalah berdasarkan kepada trend harga minyak mentah dunia, tetapi berapa lama trend ini akan kekal masih tidak diketahui," katanya.

Sebaliknya Jong menggesa kerajaan untuk mengurangkan cukai ke atas alat ganti dan tayar.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, ahli-ahlinya mahu menurunkan harga makanan makanan namun kos perbelanjaan masih tinggi.

"Kami bergantung kepada pembekal yang tidak menyemak semula kadar mereka walaupun selepas harga bahan api jatuh kali pertama pada bulan lepas.

"Kami bersedia untuk menurunkan harga makanan kerana ia akan menarik lebih ramai pelanggan dan menambah keuntungan tetapi kami tidak dapat menampung caj tinggi yang dikenakan pembekal," katanya.

Bermula 1 Januari lalu, harga RON95, RON97 dan diesel telah disemak semula kepada RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.
Tags / Kata Kunci:RON95 , RON97 , Diesel




Banjir: Pemuda PAS kemuka idea 

 

'rumah budiman'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengetengahkan idea Projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) dalam usaha melaksanakan 10 peratus daripada keseluruhan rumah yang musnah dalam banjir 2014. 

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, ia datang daripada usaha pelbagai pihak seperti parti politik, NGO dan individu yang berhati budiman membantu mereka yang kurang berkeupayaan di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.

Menurut beliau, dengan usaha daripada kumpulan rakyat budiman itu akan mewujudkan jaringan persaudaraan baru pasca banjir antara rakyat di Kelantan dan di luar Kelantan. 

Beliau mengambil contoh sebuah keluarga besar Haji Saadon di Johor Bahru mahu mengusahakan 2 unit rumah ibu tunggal, Mak Cik Besah dan Abang Li di Manek Urai. 

"Setelah projek siap ia akan mewujudkan persaudaraan baru pasca banjir. Inilah idea yang mahu diketengahkan oleh Pemuda PAS," ujarnya menerusi facebook. 

Katanya lagi, inisatif rakyat budiman di bawah pengawasan Kerajaan Negeri Kelantan.

Baginya, cabaran pemulihan pasca banjir bukanlah terletak di bahu kerajaan negeri sahaja tetapi juga kepada jentera PAS seluruh negara.

Ini, katanya kerana negeri itu telah diberi mandat oleh rakyat untuk ditadbir oleh PAS. 

"Pemuda PAS perlu merasakan ia sebuah tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah kepada kita semua untuk menggalasnya," ujar Suhaizan.

Beliau berkata, sebagai parti Islam yang mendukung konsep kebajikan rakyat selaras tuntutan Islam, marilah sama-sama kita tanamkan azam agar segala kesusahan yang menimpa ini akan berkurang dalam tempoh sesegera mungkin. 

Teruskan khidmat bakti untuk mangsa-mangsa banjir kerana Allah, katanya.

Untuk sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Pemuda boleh disalurkan melalui Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 6/1/2015
Misteri jet: Jadilah betul-betul PM, bukan lari-lari
HARAKAHDAILY | 05 Januari 2015.
KUALA LUMPUR: Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin dalam blognya.
Bagi beliau, jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.
"Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri," tulisnya.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?
Jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.
Jika ketika bercuti ke Hawaii sebelum sambutan Krismas dulu, Najib tidak merahsiakan pemergiannya dan memberitahu salah satu acaranya ialah bermain golf dengan Barack Obama, sudah tentu tiada siapa kisah apabila gambarnya dengan Presiden Amerika itu tersebar luas.
Jika setelah banjir semakin menggila dan beliau kemudian membuat keputusan kembali ke dalam negara, beliau pulang dengan pesawat yang sama yang membawanya bercuti ke Hawaii, sudah tentu juga tiada siapa mahu sibuk-sibuk menjejaki di mana pesawat rasmi itu berada.
Tetapi tentulah agak menghairankan apabila pesawat itu ditinggalkan di Amerika sedangkan Najib sebagai "tuan yang berhak" menggunakannya sudah berada di dalam negara.
Itulah yang akhirnya mendedahkan bahawa Najib menaiki pesawat komersial daripada Amerika ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM ke Kota Bharu. Hanya setelah timbul banyak persoalan kenapa jet itu ditinggalkan di Amerika, barulah kemudian ada penjelasan bahawa ia mengalami masalah teknikal.
Tetapi apabila dikesan melalui FlightRadar24, pesawat itu bergerak di antara Hawaii - Indianapolis - Los Angelas dan New York, bukan saja penjelasan mengenai masalah teknikal sudah tidak bermakna, bahkan menyebabkan keghairahan orangramai untuk mengetahui siapa penggunanya jadi semakin membara.
Jika setelah beberapa hari menghabiskan masa dengan mangsa banjir di seluruh negara, Najib juga memberitahu semua media bahawa beliau akan pergi ke Thailand bertemu dengan rakan sejawatnya di sana, sudah tentu juga tiada siapa mengaitkannya dengan "kebetulan" pesawat 9M-NAA itu turut berlabuh di Bangkok pada waktu yang sama.
Tetapi sekali lagi, sebagaimana bercuti ke Hawaii dilakukan secara sembunyi-sembunyi, pemergian Najib ke Thailand juga seperti seorang yang ada kekasih hati tapi takut bini.
Dan jika Najib memberitahu bahawa selepas bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, beliau juga bertemu kembali dengan keluarganya yang ditiinggalkannya di Hawaii sebelum ini, tiadalah juga sesiapa yang berminat mahu bercakap tentang pemergiannya itu dan mengambil gambar isterinya sedang membeli-belah di kota Bangkok.
Malangnya, bukan saja pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand dirahsiakan, malah bagaimana isterinya boleh sampai ke Bangkok juga tidak diberitahu secara rasmi. Nasib baiklah ada FlightRadar 24 yang memberitahu bahawa jet kerajaan itu menjelajah beberapa kota besar dunia dan berada di Bangkok ketika Najib juga berada di sana.
Malam tadi, jet 9M-NAA itu akhirnya kembali ke dalam negara secara rasmi. Sekali lagi, Najib juga pulang secara sembunyi-sembunyi.
Jika sebelum ini, setiap kali Najib berlepas dan kembali ke dalam negara, ramai yang menyambut, meraikan dan mencium tangannya, semua itu tidak berlaku lagi kali ini.
Sebagaimana beliau pergi ke Hawaii dan Thailand macam pencuri, kembalinya juga macam pencuri. Semuanya dilakukan secara sembunyi dan ingin dirahsiakan.
Dalam dunia langit terbuka yang Najib sendiri antara pengagumnya dengan begitu aktif menyebar-luaskan aktiviti, menghebahkan maklumat dan memuat-naik gambar-gambarnya melalui laman sosial miliknya, adalah begitu ganjil beliau bersikap sebaliknya kali ini.
Di ketika beliau juga kerap menyatakan bahawa internet dan media sosial adalah medium penyebaran maklumat yang penting sekarang, adalah ganjil juga apabila Najib merasakan seolah-olah Utusan, Berita Harian dan TV masih berkuasa.
Dalam dunia langit terbuka dan hanpir semua orang sudah memiliki gajet pintar dalam genggaman, sesiapa saja adalah wartawan dan pemberita sebenarnya. Penyebaran berita tidak lagi menunggu media rasmi menghebahkannya.
Sesuai dengan itu, Najib juga seharusnya bersikap telus dan terbuka. Sebagai Perdana Menteri yang menjadi hak kepada mana-mana rakyat memperkatakan tentang setiap jalur kehidupannya, Najib tidak seharusnya cuba bersembunyi-sembunyi lagi kerana banyak kamera tidak rasmi sedang berada di sekelilingnya sepanjang masa.
Lagi beliau cuba berahsia, lagilah pemberita tidak bergaji ini makin aktif mengejarnya.
Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri.
Like ·  · 

Tiada ulasan: