Khamis, 8 Januari 2015

DAJJAL YANG DICERITA DIDALAM HADIS








Terpaksa sembelih 30 arnab jam 4 pagi
  • Kamarulzaman bersama anak-anaknya menunjukkan reban arnab peliharaannya. Kamarulzaman bersama anak-anaknya menunjukkan reban arnab peliharaannya.
1 / 1
CHENOR - Seorang penduduk terpaksa menyembelih 30 ekor arnab pada jam 4 pagi apabila reban haiwan ternakan di Kampung Telok Melati itu semakin ditenggelami banjir.

Penduduk, Kamarulzaman Umar, 53, berkata, dia perlu mengambil tindakan tersebut bagi mengelakkan arnab yang dibela mati menjadi bangkai.

Menurutnya, dalam kejadian banjir selama lapan hari itu, rumahnya yang terletak di hadapan Sungai Pahang ditenggelami air setinggi 2.5 meter.

“Ketika air mula naik, saya pindahkan arnab ke tingkat atas reban sementara alihkan barang rumah ke tempat tinggi. Tapi, kurang sejam selepas tu, air semakin tinggi mencecah tingkat atas reban dan membasahi kaki arnab. Melihatkan keadaan tu, saya segera menyembelih semua arnab dengan dibantu isteri," katanya.

Kamarulzaman berkata, dia tiga beranak tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir sebaliknya berteduh di atas rumah rakit.

Menurutnya, adalah menjadi kebiasaan pada setiap kali banjir mereka akan berbuat demikian.
“Tujuh hari duduk atas rumah rakit memang membosankan. Tapi, ada pihak yang tetap hantar bekalan makanan ke sini. Saya sekeluarga bersyukur sangat,” katanya.


Bantuan banjir sampai boleh buka kedai?
  • Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah
bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai
1 / 1
KUALA KRAI - [DIKEMASKINI] 'Ada yang sudah boleh buka kedai’. Itu gambaran diberi seorang penghulu sebuah kampung, di sini, mengenai pelbagai bantuan yang diterima lebih 100 keluarga yang menjadi mangsa banjir di kampungnya.

Setiausaha sebuah majlis tindakan Dun (MTD) pula menggambarkan betapa banyaknya bantuan terutama makanan diterima hingga boleh diagihkan kepada semua penduduk di Dun itu termasuk yang tidak terlibat banjir.

“Jika bantuan makanan, tidak ada mangsa banjir kebuluran kerana bekalan mencukupi, bahkan penduduk yang tidak terlibat secara langsung dengan banjir pun kita beri bantuan makanan,” katanya ketika ditemui.

Namun, dua gambaran itu tidak boleh dijadikan ukuran tahap sampainya bantuan kepada penduduk di puluhan kampung di daerah ini yang terjejas teruk akibat banjir terutama di kawasan pedalaman seperti di Dun Dabong.

Ini kerana, suasana berbeza dikatakan berlaku kepada penduduk di sebuah perkampungan di seberang Sungai Kelantan, yang dikatakan terputus bekalan makanan selepas bencana itu berakhir.

Keadaan penduduk dikatakan kelaparan itu didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selepas melawat perkampungan tersebut yang hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan sungai.

Kenyataan NGO terbabit mungkin sukar dipercayai jika melihat kepada kehadiran ratusan kenderaan untuk misi bantuan banjir di daerah ini, sejak seminggu lalu, bahkan sehingga menyumbang kepada kesesakan laluan lintas.

Jika benar apa yang dialami penduduk di perkampungan seberang Sungai Kelantan itu, timbul persoalan ke mana ‘menghilangnya’ beratus-ratus tan bantuan termasuk makanan untuk mangsa banjir yang dikatakan ‘terlalu’ banyak itu.

Bagi setiausaha MTD, masalah bantuan tidak menyeluruh itu dipercayai berpunca daripada tindakan pihak penyumbang, terutama dari luar Kelantan yang menyalurkan sendiri bantuan itu secara terus kepada kawasan pilihan mereka.

“Mereka ini dapat maklumat kawasan yang teruk terjejas daripada laporan media dan terus hantar bantuan ke kawasan berkenaan dan bukannya dengan kerjasama agensi kerajaan atau pusat operasi banjir setempat.

“Ini menyebabkan penyumbang tertumpu di sesetengah kawasan sama, manakala mangsa di pedalaman terutama di kawasan terputus hubungan, bantuan tidak sampai kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, bantuan sama dan berulang di kawasan sama turut menimbulkan masalah termasuk pembaziran kerana berlebihan dan isu kebersihan seperti yang berlaku kepada bantuan pakaian.

Mengenai bantuan seterusnya, setiausaha MTD terbabit berkata, apa yang paling diperlukan kini ialah bantuan seperti selimut, bantal dan tikar kerana mangsa banjir sudah pulang ke rumah.

'Jurutera kampung' cipta jentera
  • Che Len menunjukkan jentera meracun padi yang berjaya dihasilkan. Che Len menunjukkan jentera meracun padi yang berjaya dihasilkan.
1 / 1
KUBANG PASU - Walaupun tidak mempunyai segulung ijazah, diploma atau sijil kemahiran, ia tidak menghalang seorang mekanik menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan rekaan jentera berat.

Che Len Mustafa, 53, dari Kampung Pida 11 Lama, di sini, boleh digelar sebagai 'jurutera kampung' kerana mempunyai daya inovasi dan idea tersendiri yang diserlahkan melalui jentera yang direkanya.

Mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kemahiran, Che Len melakukan percubaan untuk membuat sebuah jentera meracun padi atau rumput, jentera penabur benih padi dan mesin janakuasa elektrik.

Menurut Che Len, kerja-kerja merekacipta itu telah dilakukannya sejak kira-kira 20 tahun lalu dengan mengubahsuai pelbagai peralatan.

“Saya gunakan kemahiran sendiri yang diperoleh melalui kerja membaiki jentera mesin padi, pembajak, enjin dan baiki kenderaan.

“Dari situ saya berjinak-jinak untuk merekacipta jentera sendiri,” katanya, semalam.

Che Len berkata, jentera meracun padi yang diciptanya sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil apabila jentera tersebut boleh bergerak dan berfungsi walaupun masih memerlukan penambahbaikan.

“Untuk jentera ini saya gunakan enjin jenis Kubota yang menggunakan bahan api diesel. Manakala kerangkanya saya reka dengan idea sendiri.

“Jentera ini berfungsi untuk kerja meracun rumput atau padi dengan lebih senang tanpa menggunakan tenaga buruh yang ramai,” katanya yang juga bapa tunggal kepada seorang anak lelaki.

Tambah Che Len, bagi jentera penabur benih padi pula masih dalam proses pembuatan selepas dimulakan sejak tahun lalu.

“Untuk jentera ini mungkin akan mengambil masa lebih lama dan bergantung kepada sumber kewangan saya sendiri. Ini kerana kerja mekanikal seperti ini memerlukan modal yang besar.

“Semua jentera ini bertujuan memberi kemudahan kepada golongan pesawah dalam kerja menghasilkan tanaman padi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Che Len berharap, usaha yang dilakukan itu mendapat perhatian daripada pihak-pihak berwajib untuk memberi bantuan kepadanya sama ada berbentuk tajaan dan sumbangan peralatan bengkel.

“Sebelum ini saya telah menerima kunjungan daripada pihak Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan beberapa agensi lain yang datang melihat sendiri kerja-kerja rekcipta yang saya hasilkan.

"Jadi, saya berharap sekiranya ada pihak yang boleh membantu agar usaha saya ini dapat diteruskan dengan lebih baik dan berjaya,” katanya.


Terpaksa catu bekalan
  • Paras air di Empangan Gemencheh dianggap kritikal. Paras air di Empangan Gemencheh dianggap kritikal.
1 / 1
SEREMBAN - Paras air Empangan Gemencheh, Tampin berada di tahap kritikal dan hanya mampu bertahan sehingga 120 hari sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun hujan lebat di beberapa daerah negeri ini, selain kejadian banjir di pantai timur, namun tiada sebarang taburan hujan berlaku di empangan tersebut.

“Taburan hujan sedia ada tidak memberikan julat bacaan yang tinggi ke dalam kawasan tadahan Empangan Gemencheh. Malah, paras air di empangan tersebut dianggap kritikal sebab tiada air mencukupi.

“Paras air yang ada sekarang ini tidak mampu menampung permintaan sedia ada, di mana ia memerlukan lapan juta gelen sehari bagi daerah Tampin dan Rembau," katanya.

Berikutan perkembangan itu, pihaknya menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) terpaksa melakukan catuan air di Tampin dan Rembau bermula 12 Januari ini.

"Kita terpaksa membuat catuan air berjadual bagi membolehkan bekalan simpanan air di empangan tersebut bertahan sehingga lapan bulan sementara menunggu kerja-kerja pengepaman air dilakukan,” katanya pada sidang media mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha menyiapkan rumah pam yang kini sudah pun memasuki fasa kedua untuk menyedut air dari Sungai Jelei ke Kampung Geduhom melalui Ladang Johol untuk disalurkan ke Empangan Gemencheh.

Beliau berkata, perancangan tersebut diharap akan dapat membantu meningkatkan paras air di empangan berkenaan sehingga ke tahap yang maksima.

“Kita yakin, melalui kerja-kerja pengepaman itu nanti, kita akan dapat menambah sekurang-kurangnya 12 juta gelen sehari air mentah ke dalam empangan tersebut.

“Saya berharap masyarakat terlibat dapat memahami situasi yang berlaku sekarang ini, walaupun ada hujan tetapi air hujan tidak masuk ke kawasan tadahan empangan kita. Jadi paras air berada di tahap yang sama,” katanya.

Difahamkan, catuan berjadual akan bermula pada 12 sehingga 30 Januari, kecuali 14 Januari kerana cuti umum.

Catuan bekalan secara berjadual ini akan dibuat secara bergilir-gilir di kedua-dua daerah, bermula jam 10 pagi hingga 10 pagi hari berikutnya.
Balak haram hanya di Kelantan?
BENARLAH seperti yang dinyatakan dan dipersetujui oleh banyak pihak bahawa kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal adalah salah satu faktor banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Seperti yang dibuktikan menerusi gambar-gambar di media, juga dilihat sendiri oleh petugas sukarela pasca banjir, bertan-tan kayu balak yang dihanyutkan air deras telah meranapkan rumah dan bangunan, juga telah meruntuhkan jambatan.

Maka ada sebab untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim marah-marah dengan penebangan hutan secara haram lagi amat rakus di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, khasnya di kawasan Lojing.

Kata beliau, seperti disiarkan media: “Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya.”

Menteri itu kesal kerana perakus yang melakukan kegiatan haram itu tidak kena apa-apa, sedangkan beratus-ratus ribu rakyat Kelantan kini menderita dengan musibah yang menimpa.

“Kita harus buat sesuatu dengan segera,” katanya sambil berjanji akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya “pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.”

Mudah-mudahan suara dan sikap Shahidan yang amat berkobar-kobar – seperti yang disiarkan TV – untuk memerangi pembalak haram di Lojing betul-betul berkesan. Kalau boleh biarlah dalam waktu terdekat ini penjenayah balak itu dihukum.

Tetapi, perlu diingat adakalanya cakap sahaja berkobar, tindakan tidak seberapa.

Tambahan pula kes pembalakan haram dan penebangan hutan tidak mengikut undang-undang ini bukan terjadi hanya di Serambi Makkah.

Penyangak dan perompak hutan wujud juga di negeri-negeri lain, malah lebih teruk.

Kalau kita masih ingat, hanya kira-kira dua bulan lalu, penebangan dan penerokaan hutan secara haram telah memberi kesan amat buruk di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

23 Oktober baru lalu banjir kilat dan berlumpur melanda Lembah Bertam dan Ringlet di kawasan peranginan itu, mengakibatkan lima orang maut.
Setahun sebelum itu – 2013 – kawasan sama diranapkan banjir lumpur, menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara kerakusan menebang hutan.

Sama seperti yang disahkan di Kelantan dua minggu lalu, kegiatan perompak hutan di Pahang pun dilakukan ‘macam negeri tak ada undang-undang’. Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan bagaikan buta, tidak melihat jenayah mega di hadapan mata.

Seperti yang didedahkan media juga NGO-NGO yang prihatin alam, penerokaan haram di Cameron telah berlaku sejak sekian lama, dengan beribu-ribu hektar kawasan hutan telah teroka secara haram untuk dijadikan kawasan pertanian.

Dikhabarkan juga, lebih 10,000 warga asing, termasuk yang datang secara haram @ Pati, menjadi penghuni tetap kawasan tersebut sebagai pekerja di ladang-ladang sayur. Mereka mengotorkan persekitaran dengan sampah-sarap yang menyempit dan menyekat aliran air.

Beberapa hari setelah tragedi banjir lumpur Cameron, semua pihak tersentak bagaikan dikejutkan dari lena yang panjang. Pemimpin-pemimpin besar dari KL, termasuk Perdana Menteri, datang bergerombolan, semua berjanji akan memperbaiki keadaan.
Polis dan tentera dikerah untuk memburu Pati dan menangkap tauke @ pemilik ladang-ladang haram itu.

Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan siasatan dan tindakan ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berhubung isu Cameron.
Katanya tidak ada pihak akan dikecualikan dalam siasatan. Tegas Timbalan Perdana Menteri: “Tiada maaf bagimu!”

Hari ini lebih dua bulan berlalu, isu panas yang meluap-luap di Cameron, sudah semakin dingin. Kecuali beberapa orang Pati ditangkap, setakat semalam tiada seorang pun pemilik @ tauke ladang sayur haram berjaya dikesan, jauh sekali ditangkap.

Ladang luas masih di situ, sayur pun terus subur, tetapi tauke haram masih tidak dapat dijejaki.

Sudah berpuluh tahun menjadi peneroka haram, dan telah mengaut laba RM juta-juta-juta, si penjenayah gagal diburu.
Hutan kita sudah diranapkan, tetapi tidak ada yang ditangkap atau dihukum, walaupun ada amaran ‘tiada maaf bagimu’.

Apakah sukar sangat untuk mengesan pemilik @ tauke-tauke tanah haram itu?

Apakah memerlukan ujian DNA? Apakah perlu khidmat pakar forensik dari luar negara?

Atau, apakah setelah dua bulan, peneroka haram di Cameron Highlands sudah dimaafkan?

4:00PM - 8 Jan 2015

Dr M: Charlie Hebdo tak patut cetus provokasi

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo tidak sepatutnya mencetuskan provokasi dan menyakitkan hati orang Islam.

Mahathir berkata, beliau tidak menyokong tindakan kumpulan bersenjata yang menyerang pejabat Charlie Hebdo sehingga mengorbankan 12 orang semalam.

Namun, redaksi akhbar tersebut sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan orang Islam, kata Mahathir seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia Online.

“Mereka suka membuat karikatur mengenai Nabi Muhammad. Ini provokasi.

"Walaupun orang Islam tidak harus membunuh tetapi sudah tentu ada kalangan orang Islam yang agak begitu marah dan mereka membuat tindakan sebegitu.

“Apa niat mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam.

"Hanya kerana mereka rasa selamat dan kuat maka mereka boleh buat apa sahaja,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Tiga orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu adalah Said Kouachi (lahir tahun 1980), Cherif Kouachi (1982), dan Hamyd Mourad (1996).

Menurut polis, ketiga-tiganya dikenalpasti melalui kad pengenalan dalam kenderaan yang digunakan suspek.

Laporan Reuters petang ini menyebut, salah seorang daripadanya menyerah diri kepada pihak berkuasa petang ini.






Kampung berubah jadi 'pantai'
  • Keadaan pulau sungai yang terletak berhampiran Kampung Dusun Nyiur, dekat Kuala Krai,
selepas dilanda banjir besar, minggu lalu Keadaan pulau sungai yang terletak berhampiran Kampung Dusun Nyiur, dekat Kuala Krai, selepas dilanda banjir besar, minggu lalu
1 / 1
KUALA KRAI - Sebuah kampung tradisional di tebing Sungai Kelantan, dekat sini, berubah menjadi seperti perkampungan pesisir pantai kerana dilitupi pasir akibat banjir besar yang melanda kampung itu, minggu lalu.

Bukan sahaja di kawasan bekas tapak rumah yang hanyut, jalan utama menghubungkan penduduk dengan bandar Kuala Krai serta tanah perkuburan Islam di kampung itu juga ditenggelami pasir yang dibawa arus banjir berkenaan.

Lebih menyedihkan, kesemua 23 keluarga di kampung itu kini hilang tempat tinggal apabila buat pertama kali dalam sejarah kampung tersebut, arus deras Sungai Kelantan melimpah dan menghanyutkan rumah mereka.

Ada juga beberapa rumah masih kekal di tapak asal tetapi keadaannya rosak teruk dan tidak lagi selamat untuk didiami, manakala rumah lain sama ada hanyut entah ke mana atau ‘beralih’ tempat.

Berteduh di bawah khemah

Seorang wanita berusia 67 tahun yang tinggal berseorangan di sebuah rumah di tebing sungai itu antara yang menjadi mangsa bencana itu apabila rumahnya dihanyutkan arus banjir.

Wanita terbabit, Sapinah Ibrahim berkata, bencana itu menyebabkan dia hilang tempat tinggal dan kini terpaksa berteduh di bawah khemah seperti penduduk lain.

“Masa air sungai melimpah masuk ke kampung ini, saya tidak berada di rumah dan bila saya nak balik, jalan masuk ke kampung ini sudah ditenggelami air.

“Bila banjir makin teruk, saya dihantar ke pusat pemindahan pada hari sama dan hanya dapat balik tengok keadaan rumah, tiga hari lalu tetapi semuanya sudah tidak ada,” katanya, semalam.


Sapinah, yang berasal dari Machang dan mempunyai empat anak bekerja di perantauan berkata, banjir itu adalah yang paling besar pernah disaksikan sepanjang hayat hidupnya.

“Paling tinggi air banjir pernah naik di depan rumah saya hanya setakat paras betis dan itu pun banjir darat, bukannya air sungai melimpah naik seperti minggu lalu,” katanya.

Pasir dari pulau berdekatan

Menurut imam kampung itu, Azman Ahmad atau lebih dikenali sebagai Haji Din, pasir yang melitupi perkampungan itu dipercayai berasal dari sebuah pulau sungai bersebelahan penempatan berkenaan.

Katanya, pasir pulau itu dipercayai dihanyutkan arus deras apabila air sungai berkenaan melimpah masuk ke kampung itu.

“Sebelum banjir minggu lepas, pulau ini hijau kerana penuh dengan pokok dan tumbuhan tetapi sekarang hanya tinggal pokok mati dan pasir,” katanya yang turut hilang rumah dalam kejadian itu.

Tambahnya, berdasarkan cerita generasi awal penduduk, kawasan itu asalnya sebahagian daripada kampung itu sebelum berubah menjadi pulau akibat banjir besar pada 1942.

“Sebelum banjir itu, ada penduduk dikatakan bercucuk tanam di kawasan tersebut kerana antara pulau dan kampung ini hanya dipisahkan dengan sebatang parit kecil.

“Kalau banjir 1942 menyebabkan kawasan itu jadi pulau, banjir minggu lalu pula menjadikan kampung ini ‘padang jarak, padang tekukur’ dan berubah jadi seperti kawasan tepi pantai,” kata Azman.

Dapat perhatian banyak pihak

Mengenai bantuan makanan, Azman berkata, penduduk bernasib baik apabila penderitaan mereka mendapat perhatian banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari luar Kelantan.

“Hari ini (semalam) pun ada sukarelawan dari Pokok Sena, Kedah yang datang bantu bina khemah untuk penduduk jadikan sebagai tempat tinggal sementara.

“Khemah didirikan di tapak asal rumah yang hanyut dan paling diperlukan penduduk sekarang ialah bantuan seperti tikar, bantal dan kain selimut,” katanya.


Islam Menyempitkan Yang Haram dan Meluaskan Yang Halal

by admin on March 24, 2013
Soalan:
Assalamualaikum WBT,
Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini.
Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.
Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula.


Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.
Apa pandangan akak?
p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(

Jawapan:
Adik yang disayangi fillah,
Mari kita teliti mana yang lebih hikmah dalam gaya dakwah berikut:
a) Tabarruj:
1. Mengkritik muslimah yang berfesyen sebagai bertabarruj dan melabel dia sebagai orang yang berdosa atau membuat kesalahan.
(Atau)
2. Memahami bahawa tabarruj itu haram tapi ‘maksud’ tabarruj itu diperselisihkan oleh para ulama[1]. Tidak memaksakan orang lain mengikut ‘maksud’ yang kita faham kerana ‘maksud’ yang kita faham itu mungkin berat bagi orang lain. Menghargai perselisihan dalam masalah ini tetap dalam daerah pahala.
b) Fesyen:
1. Memperleceh muslimah yang bergaya dengan shawl dan sebagainya sebagai mengikut-ngikut arus fesyen, berprasangka buruk bahawa niat hatinya untuk bersaing bukannya untuk Islam, dan menganggap industri fesyen itu haram.
(Atau)
3. Memahami bahawa muslimah itu melakukan sesuatu yang harus kerana tiada dalil haram terhadap pilihannya itu. Menganggap asal hukum bagi dunia fesyen adalah harus. Daripada sekadar mengkritik keterukan fesyen yang dicipta pada hari ini, dia tampil memberikan alternatif bagaimana fesyen-fesyen muslimah yang masih melepasi syarat-syarat dan batasan-batasan sebagai gaya dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan).

Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?
Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat berkenaan masalah wanita selama ini kerana kebanyakan para ustaz yang baik yang sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran) dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah) . Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.
Akak lebih menemui ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi , kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari dalam masalah-masalah wanita. Khususnya para ulama muktabar itu ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi dan seumpamanya. Kebanyakan mereka lahir dari tarbiyyah (didikan) Ikhwanul muslimin. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.
Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.
Contohnya, bagi mereka yang berpegang dengan fatwa bahawa hukum asal purdah itu adalah wajib, maka wajiblah baginya menutup wajah. Wajiblah baginya tidak meletak gambar ‘wajah’ di facebook meskipun untuk tujuan dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan). Wajiblah baginya makan nyorok-nyorok masa kenduri-kendara, bimbang nanti ternampak wajahnya. Wajiblah baginya tidak mencari pekerjaan yang mewajibkannya membuka wajah. Dan banyak lagi implikasi ‘pegangan seseorang’ dalam praktikaliti hidupnya. Sebaliknya, bagi mereka yang berpegang hukum asal purdah cuma harus, maka dia mempunyai kebebasan untuk berpurdah atau tidak berpurdah mengikut keperluannya. Hatinya tenang dan tidak diburu rasa berdosa kerana dia cuma mengikut ijtihad jumhur ulama yang masih dalam daerah pahala, samada 1 atau 2 pahala.

Kaedah-kaedah Fiqih Khususnya Berkaitan Wanita
Kita kembali sejenak kepada manhaj fiqah dan kaedah-kaedahnya khusus dalam isu-isu wanita. Antaranya ialah:
1. Menjadikan nas sharih (jelas) Al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan.
2. Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3. Menggabungkan antara fiqah dan hadis.
4. Menghormati ijmak yang diyakini.
5. Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6. Memerhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.
7. Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8. Bersikap moderat (sederhana, pertengahan) dan berimbang.
9. Memperhatikan kepentingan umum.
10. Mempermudah (terutama ketika terjadi bencana).
11. Berbicara kepada orang lain dalam bahasa zamannya.
12. Berpaling daripada hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal yang positif.
13. Memperhatikan tujuan syariat Islam.
14. Memperhatikan fakta (Fikih keseimbangan dan fikih prioriti).
15. Mempersempit yang haram dan yang wajib.
16. Mempersempit yang haram dan yang wajib.

Mempersempit yang Haram dan yang Wajib
Kaedah-kaedah di atas ada diterang secara terperinci dalam buku Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi. Kita ambil contoh satu kaedah, “Mempersempit yang haram dan yang wajib.” Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang shahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu, kecuali apabila mereka memiliki dalil yang tidak diragukan sama sekali, sebagaimana yang dilakukan mazhab Hanafi, dan jika tidak, maka mereka menurunkan hukumnya dari darjat fardhu kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh. Sebab itu dalam perkataan mereka sering menyebut begini contohnya, “Saya tidak suka yang begini,” tetapi mereka tidak berterus terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram. Contoh, sebelum ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat. Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101)
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih)
Baginda bersabda lagi,
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).

Asal Sesuatu adalah Mubah (Harus, dibolehkan).
Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan mubah, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus. Kata Imam Asy-Syatibi,
“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit dan justeru kawasan yang dihalakan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah swt.

[1] Erti tabarruj dalam fiqih al-Qaradhawi ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
Ilustrasi makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  1. Bercampur dengan lelaki
  2.  Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  3. Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.

Sumber: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

Wanita China Buat Pembedahan Plastik Di Korea Selatan Hadapi Kesukaran Di Lapangan Terbang Kerana Wajah Tidak Menyerupai Gambar Dalam Pasport.


WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesukaran untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.

Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.











Tiada ulasan: