Khamis, 22 Januari 2015

JANTUNG ALLAH BAGI...MALAH SEMUA ALLAH BAGI...JANGAN KITA HIDUP BUAT MAKSIAT..DERHAKA PADA ALLAH...ZALIM...KERAS KEPALA...SOMBONG BONGKAK MACAM TAK INGAT MATI SEDANG UMUR SEDANG2 DIHUJUNG NYAWA




 Tanda Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Tahu. Usia Muda? Belum Tentu!
Posted on Thursday, January 22 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Tanda Tanda Sakit Jantung

Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

  3. Lidah terasa tegang dan pendek.

  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.

  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

  10. Rasa keletihan sepanjang masa.

  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

  12. Degupan jantung tidak menentu.

  13. Nafas terasa pendek.

  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.

Rahang tidak selesa

Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.

Leher rasa terbakar


Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.

Sakit di bahu

Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.

Rasa berat di bahagian dada

Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.

Sakit belakang


Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.

Tidak selesa pada lengan

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.

Rasa Letih

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.

Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.

Rasa Loya

Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.

Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas:

  • Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.

  • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.

  • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.
Bila perlu jumpa doktor?

Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :
  • Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.

  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.

  • Sakit yang kuat.

  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti.

  • Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.

  • Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.

  • Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.

  • Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.

  • Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.
Ini bukan kami yang kata. Ini doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang kata.

Serangan sakit jantung mengejut

Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.

Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat?

Jadi, bagaimana menangani sakit jantung bila seorang diri?
  • Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

  • Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru.

  • Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.

  • Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.

  • Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.
Harapan kami

Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans untuk membawa anda ke hospital.

Dikhuatiri jika anda lambat bertindak, anda boleh pergi buat selama-lamanya. Siapa mahu mati muda?

siraplimau



MB S'gor: “Mana ada PM lain jalan luar negara setiap bulan”
Posted on Thursday, January 22 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



IJOK, 22 JAN: Peruntukan Jabatan Perdana Menteri patut dipotong dan perjalanan Perdana Menteri ke luar negara dikurangkan bagi penjimatan wang negara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata keperluan utama Kerajaan Pusat adalah memastikan ketirisan tidak berlaku, penyalahgunaan kuasa dan mulakan proses tender terbuka.

Hentikan perjalanan ke luar negara setiap bulan. Mana ada Perdana Menteri lain berjalan keluar negara setiap bulan.

“Najib Razak tidak memahami keperluan penjimatan, sebab itu kita lihat laporan Ketua Audit Negara saban tahun penyalahgunaan berbilion-bilion ringgit,” katanya.

Dalam Bajet 2015, JPM mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM13 bilion dengan RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.

Selain itu, Najib juga dilaporkan membelanjakan RM26,080,144.39 ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.

sumber
 











Ribuan Orang Jadi Mualaf Setelah Penghina Nabi Kena Adzab

ilustrasi © Wikipedia
ilustrasi © Wikipedia
Orang-orang Nasrani itu bersuka cita. Mereka meluapkan kegembiraannya karena Pemimpin Mongol yang tadinya beragama Islam kini murtad.
Dalam perayaan yang dihadiri para tokoh Nasrani itu, tampillah seorang pendeta. Dengan segagah mungkin, ia ingin tampil mengkesima semua mata yang tertuju padanya. Ia juga ingin menguatkan pendirian sang raja. Agar tetap dalam kemurtadannya, dan tak sedikitpun melirik kembali agama Islamnya.
Dalam ceramahnya, pendeta itu menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Baru beberapa ucapan, tiba-tiba seekor anjing pemburu yang terikat di arena itu menyalak keras. Orang-orang terkejut. Tapi belum hilang keterkejutan itu, dengan cepat anjing tersebut lepas dari ikatannya dan berlari mencakar wajah pendeta. Masih beruntung, orang-orang di sekitar pendeta itu berhasil menghentikan aksi anjing tersebut.
“Itu pasti gara-gara engkau mencela Nabi Muhammad, karena itu anjing ini marah dan menyerangmu,” orang-orang mengingatkan sang pendeta yang kini wajahnya terluka.
“Oh, tidak. Anjing ini hanya salah merespon. Ia mungkin terkejut dan mengira isyarat tanganku tadi hendak menyerangnya,” sergah sang pendeta.
Ia pun kemudian bersiap melanjutkan kembali ceramahnya. Tak kapok, ia mulai menghina Nabi Muhammad lagi. Baru terucap beberapa kata-kata keji tentang Rasulullah, anjing tadi berontak dan lepas dari ikatan. Secepat kilat, ia menyambar leher pendeta dan merobek dadanya. Seketika pendeta itu roboh. Tak lagi bernyawa.
Teriakan histeris segera terdengar. Ada yang takut, pasti. Tetapi lebih banyak lagi yang merenungi peristiwa ini. Tidak mungkin ini kebetulan saja. Tidak mungkin anjing itu menyerang dua kali pada saat Nabi dihina kecuali ia digerakkan oleh Dzat yang Maha Kuasa. Akhir riwayat sang pendeta, secara dhahir, memang akibat dikoyak anjing. Tapi di balik itu, sesungguhnya kematian dengan cara mengerikan itu adalah adzab dari Dzat yang tidak ridha Muhammad dihina.
Siapa Dzat itu kalau bukan Allah? Siapa yang kuasa melakukan hal itu kalau bukan Rabb yang mengutus Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam? Maka, mereka pun kemudian berbondong-bondong masuk Islam.
“Karena kejadian ini,” tutur Ibnu Hajar Al Asqalani seperti ditulis Imam Adz Dzahabi dalam Mu’jamus Syuyuukh, “40 ribu orang Mongol masuk Islam.” Allahu akbar! [Kisahikmah.com]




Keadaan Penjara Mesir Gagal; Tawanan ‘Didera, Diseksa’ Posted on Thursday, January 22 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Pemantau Hak Asasi Manusia ‘Human Rights Watch’ menuduh pihak berkuasa Mesir pada Rabu gagal untuk mengambil langkah-langkah yang serius bagi memperbaiki keadaan keadaan penjara negara itu yang penuh penuh sesak dan menyebabkan kematian beberapa tahanan.

Kumpulan yang berpusat di New York, Amerika Syarikat itu berkata, ia telah mendokumentasikan sembilan kematian dalam tahanan sejak pertengahan tahun 2013, apabila pihak tentera Mesir merampas kuasa dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.

Menurut kumpulan itu, rampasan kuasa itu telah diikuti oleh tindakan keras pihak berkuasa terhadap para penyokong Morsi.

Badan pemantau itu juga berkata pihak berkuasa Mesir gagal dan mengambil langkah-langkah yang tidak serius untuk menangani isu tersebut.

Kumpulan itu berkata beberapa tahanan nampaknya telah meninggal dunia selepas penyeksaan atau penderaan fizikal

Manakala ramai yang lain nampaknya telah meninggal dunia kerana mereka telah diadakan di sel teruk dan penuh sesak atau tidak menerima rawatan perubatan yang mencukupi untuk penyakit yang serius.

Memetik temu bual dengan saudara-mara tahanan yang meninggal dunia serta para peguam, mereka memanggil situasi tersebut, ramai tahanan yang menghadapi ‘ancaman nyawa’ mereka dan memperincikan kematian lima lelaki akibat dipukul dan kekurangan rawatan perubatan.

Sebaliknya Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir Hany Abdel Latif menafikannya dan berkata “tuduhan itu tidak mempunyai asas dalam kebenaran.”

“Ini adalah cakap-cakap yang sangat pelik dan tidak pernah diperkatakan di tempat lain sebelum ini,” dakwa Hany


sumber


  Kerajaan bakal bayar gaji buta setahun kepada operator PLKN? - Anthony
Posted on Thursday, January 22 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM: Adakah operator kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dibayar 'gaji buta' sepanjang tempoh setahun ini?, soal Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony berkata demikian mengulas jaminan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien semalam bahawa semua pegawai bergaji tetap dan penjaga PLKN tidak akan terkesan dengan penangguhan program itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan program PLKN ditangguh selama setahun sebagai langkah penjimatan demi mempersiapkan negara bagi mendepani persekitaran ekonomi yang mencabar akhir-akhir ini.

Langkah itu menyaksikan penjimatan sehingga RM400 juta setahun.

"Apabila kerajaan kata (penangguhan PLKN) dapat jimatkan RM 400 juta tetapi pembayaran masih diberikan kepada kontraktor, jadi adakah kontraktor itu dibayar gaji buta.

"Sekarang (umum PLKN) ditangguhkan tapi pada hari yang sama Menteri Pertahanan kata semua kontraktor akan dibayar seperti biasa. Itu tidak mencapai objektif yang ingin dicapai (berjimat)," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ahli Parlimen Seremban itu menambah, PLKN sewajarnya dibatalkan terus, dan bukan ditangguhkan selama setahun sahaja.

Malah ujarnya, program seperti Biro Tatanegara juga patut dikurangkan bagi menjimatkan kos. 

"Apabila kerajaan itu membuat keputusan PLKN itu ditangguhkan, maksudnya kerajaan sendiri melihat PLKN ini bukan prioriti utama.

"Tetapi, mungkin modul yang diperkenalkan di dalam PLKN itu diserapkan dalam sekolah dan kementerian Belia dan Sukan," ujarnya sambil menambah, langkah berkenaan ternyata mampu memberi implikasi yang positif terhadap perbelanjaan negara.

Pengumuman penangguhan PLKN itu mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan pemimpin, di mana ada di antaranya menyambut baik langkah berkenaan. Tidak kurang juga ada yang melihat penagguhan tersebut tidak memberikan penyelesaian jangka panjang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan tidak sewajarnya menangguhkan program tersebut, sebaliknya memansuhkannya terus dan mencari alternatif lain untuk menjana pembangunan remaja.

Pendapat tersebut turut dikongsi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

"PM, tak perlu tangguhkan PLKN. Mansuhkan terus. Banyak lagi ruang yang lebih berfaedah untuk wang tersebut", tulisnya dalam Twitter.

sumber

Tiada ulasan: