Isnin, 19 Januari 2015

ALLAH SAJA YANG TAHU SAPE YANG BERSIH...ADAKAH YANG MASIH BERSIH...ATAU MASING2 SEMUANYA SEMAK SAMUN...TUNGGU AJE BALASAN ALLAH SWT SAMPAI DIDUNIA ATAU DIAKHIRAT NANTI

8:54PM - 18 Jan 2015

Apa rahsia besar itu, Kit Siang soal kabinet

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan berterus terang bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung projek keselamatan negara antara pihaknya dan 'raja judi' Paul Phua.

Tuntutan itu dibuat selepas Zahid enggan mendedahkan perkara itu atas alasan “rahsia besar” bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Kabinet – pada Rabu ini – patut pegang teguh prinsip urus tadbir baik dan telus dan menukar status berhubung maklumat 'projek keselamatan negara' melibatkan individu didakwa raja judi Paul Phua, yang mana polis tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Kabinet patut biarkan rakyat Malaysia tahu sama ada terdapat 'projek keselamatan negara' melibatkan Phua sebelum ini, berapa banyak semuanya dan kenapa polis tidak tahu menahu,” kata Lim.

Zahid mencetuskan konservatif selepas suratnya bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat didedah.

Dalam surat itu, Phua dikatakan membantu kerajaan Malaysia dalam projek “keselamatan negara”.
6:12PM - 18 Jan 2015

Anwar sedia beri 'bukti' tentang Daim pada SPRM


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan mendedahkan “bukti” dimilikinya, berkaitan dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika dipanggil.

Kepentingan perniagaan yang dikaitkan dengan Daim sekali lagi menjadi perhatian, apabila media mesra kerajaan juga melaporkannya.

Ia berlaku selepas Daim tampil mengkritik dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar (kanan), ketua umum PKR dan ketua pembangkang, berkata beliau sedia bekerjasama jika SPRM memutuskan untuk menyiasat Daim.

“Jika beliau panggil saya, sudah tentu saya akan kerjasama. Malah, saya ada bukti kukuh,” tegasnya.

Gambar: Suhu Sejuk Luarbiasa Melanda Kuala Krai


Sebelum ini, portal Siakapkeli pernah menyiarkan satu artikel yang bertajuk Malaysia akan dilanda musim sejuk luar biasa yang memetik laporan dari Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad. Menurut dari laporan tersebut, Malaysia berkemungkinan mengalami cuaca sejuk luar biasa sehingga suhu yang mencecah 17.2 darjah Celcius.

Baca : Malaysia Akan Dilanda Musim Sejuk Luar Biasa

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial, keadaan di sekitar Kelantan, terutamanya Kuala Krai sudah mula dilanda suhu sejuk yang luar biasa.

Berikut adalah gambar keadaan di kawasan Pekan, Kuala Krai hasil perkongsian laman Facebook, Hanya di Kelate. Menurut dari kapsyen, gambar-gambar ini dirakam diwaktu pagi.





Fenomena ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia malah pada tahun lepas, beberapa negeri di negara ini turut dilanda fenomena yang sama - Siakapkeli.com.my

(Gambar & Video) Kucing Selamatkan Bayi Dari Kesejukan


OBNINSK - RUSIA - Tindakan seekor kucing mengiau dengan nyaring dan bingit menyelamatkan seorang bayi dari kesejukan disini.

Bayi lelaki yang berumur 3 bulan itu ditemui di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di anak tangga sebuah pangsapuri di Rusia semalam oleh seorang wanita yang tertanya-tanya mengapa kucing bernama Masha itu membuat bising.

Ketika bayi itu ditemui, dia dalam keadaan panas walaupun cuaca di Rusia ketika itu sejuk.

"Kucing tersebut menjaga bayi itu beberapa jam dan mengiau seolah-olah meminta pertolongan.

"Kucing itu telah mengekalkan kepananasan bayi itu," kata wanita itu memetik laporan dari Sinar Harian.

Selain dari bayi, wanita itu turut menjumpai satu beg makanan bayi dan juga lampin.

Polis kini dalam usaha untuk mengenal pasti ibu bapa kepada bayi berkenaan manakala kucing tersebut dianggap sebagai wira oleh penduduk tempatan di kawasan itu.

Masha
Memetik laporan dari Nypost.com, Masha, si kucing jalanan, cuba memanaskan bayi berkenaan dengan melompat masuk ke dalam kotak tersebut dan duduk bersama bayi itu, kata pegawai kesihatan.

"Bayi tersebut telah berada di luar beberapa jam dan terima kasih kepada Mahsa, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan akibat dari itu", kata salah seorang jurucakap hospital yang kini merawat bayi berkenaan. - Siakapkeli.com.my





Video Masha ketika 'ditemuramah' oleh RT.com

Australia Tak Benar Sirul Azhar Dibawa Pulang ke Malaysia


Kuala Lumpur : Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan perintah ekstradisi untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar.

Memetik laporan dari Sydney Morning Herald, permohonan oleh kerajaan itu tidak boleh dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati keatas Sirul Azhar Umar.

Menurut laporan yang memetik kenyataan dari Jabatan Penguam Negara Australia itu lagi, permohonan itu hanya akan dipenuhi oleh Australia sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati keatas bekas anggota elit polis itu.

Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” memetik petikan laporan tersebut yang dialih bahasa oleh Malaysiakini.

Untuk makluman umum, Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar
Sirul Azhar Umar merupakan tertuduh kedua dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Sirul Azhar menghadirkan diri ke mahkamah pada Selasa lalu menyebabkan Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap keatasnya.

Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. - Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan: