Selasa, 6 Januari 2015

SALAH SATU TANDA AKHIR ZAMAN...MANUSIA BERZINA DIKHALAYAK RAMAI...SELAIN MEGAMBIL REZAKI TIADA KIRA SUMBER...SAMADA HALAL ATAU HARAM...SAPU BERSIH




CEO 1MDB letak jawatan serta-merta
  • 1Malaysia Development Berhad1Malaysia Development Berhad
 1 / 1 
SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman dilaporkan telah meletakkan jawatan serta-merta, hari ini.

Menurut laporan portal berita tempatan, tempatnya bakal diganti oleh pegawai bank Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kandasamy.

Arul, 38 dilaporkan akan dilantik sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB.

Skandal 1MDB: Rafizi sedia beri keterangan
  •  Rafizi RamliRafizi Ramli
 1 / 1 
SHAH ALAM – PKR sedia untuk memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa pendedahan pimpinan parti itu mengenai hutang dan penggunaan dana oleh syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tidak dilakukan sebelum ini kerana beliau tidak yakin pihak berkuasa itu akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap pengurusan 1MDB yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara.

“Laporan-laporan kes lain yang tidak bersabit dengan pemimpin tertinggi BN pun tidak mendapat perhatian (pihak berkuasa).

“Setakat ini, saya tidak nampak kesungguhan di pihak SPRM dan PDRM untuk menyiasat skandal 1MDB,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan semalam yang mahu memberikan kenyataan mengenai skandal 1MDB kepada unit siasatan jenayah Bukit Aman dan SPRM dalam masa terdekat.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan bagaimanapun berkata, pendedahan beliau dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua sebelum ini juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa itu jika mahu membuka kertas siasatan.

“Maklumat yang telah dibentangkan setakat ini mencukupi untuk membuka kertas siasatan terhadap 1MDB.

“Ini peluang SPRM dan PDRM untuk membuktikan kebebasan mereka dengan membuka kertas siasatan terhadap 1MDB dan pemimpin BN yang mempunyai kaitan dengannya,” katanya lagi.
5:52PM - 5 Jan 2015

MB: RM52.5j bina rumah mangsa

 banjir di K'tan


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menganggarkan dana sebanyak RM52.5 juta diperlukan sebagai inisiatif membina semula kira-kira 1,500 rumah rakyat yang dikenal pasti telah musnah akibat bencana banjir di negeri itu.

Bersimpati dengan nasib mangsa banjir khususnya di kawasan selatan negeri itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang mencari penempatan dan setakat ini sebanyak 224 khemah penempatan sementara telah disediakan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ketua jajahan di bandar Gua Musang.

"Kerajaan turut memastikan mana-mana bangunan komersial yang belum diguna atau kuarters kerajaan atau perumahan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir negeri dan diselaraskan dengan Jawatankuasa Khas Banjir melalui Timbalan Pengerusinya iaitu Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan," katanya.

Selain inisiatif projek jangka panjang itu, kerajaan negeri menyeru kepada dermawan dan pihak tertentu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina penginapan sementara seperti rumah transit, membekalkan kanvas dan khemah melalui ketua-ketua jajahan.

"Kerajaan amat prihatin terhadap persekolahan anak-anak bagi sesi 2015," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan itu kerajaan meluluskan melalui YAKIN di bawah bantuan kemiskinan dan persekolahan sejumlah RM50 ribu kepada setiap ADUN dan penyelia DUN bagi meringankan beban anak ke sekolah," katanya.

Selain itu, Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan gerak kerja pembersihan dan memungut sampah sarap yang ada dengan segara.

"Kerajaan negeri telah meluluskan RM50 ribu kepada setiap PBT untuk tujuan tersebut," katanya.

Beliau turut mengingatkan banjir besar di negeri itu seperti berlaku dalam sejarah Islam yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.





 ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (H.R. Muslim)



Keterangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
 4:54PM - 5 Jan 2015

IGP: Enggan ulas bukan kerana 

takut bos


Ketua polis negara menolak tanggapan "takutkan bos" apabila enggan mengulas berhubung surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes Paul Phua Wen Seng.

"Come on-lah. Ini bukan soal takutkan bos. Seperti yang saya cakap, kes beliau (Phua) sedang dalam perbicaraan di mahkamah AS.

"Orang bercakap banyak sebab mereka tidak tahu prosedur undang-undang. Saya tahu," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara selepas Persidangan Integriti Ketua Balai Polis (OCPD) hari ini.

Ketika ditanya pemberita berkenaan surat tersebut, Khalid berkali-kali menegaskan tidak akan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu perjalanan kes melibatkan Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Khalid juga berkata polis sedang mengesan surat yang dikatakan dihantar kepada FBI pada 2008.

Tiada geng 14K di M'sia

Beliau juga mengesahkan pihaknya ada berhubung dengan FBI berkait isu Phua.

"Tapi kandungan surat itu saya tidak mahu mengulasnya sekarang," kata Khalid.

Beliau turut menegaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K tidak pernah wujud di Malaysia.

Bagaimanapun Khalid tidak menafikan ada rakyat Malaysia menjadi ahli kumpulan 14K di luar negara.

"Kumpulan 14K ini sangat berkait rapat dengan dadah.

"Kita mempunyai undang-undang dadah yang ketat di negara ini.

"Saya tak fikir 14K mahu berada di negara ini," ujarnya.







5:54PM - 5 Jan 2015

'Isteri saya letak jawatan bukan tekanan BN'

 


Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata peletakan jawatan isterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri sebelum ini bukan kerana tekanan dalaman BN.

Sebaliknya, kata pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu, serangan PKR menjadi penyebab utama Sharizat berundur.

Beliau menjawab "tidak setuju" apabila menjawab soalan peguam defendan Joshua Kevin sama ada peletakan jawatan Sharizat akibat tekanan parti komponen BN.

“Saya tidak bersetuju.

"Saya ada tanya (mantan Perdana Menteri Tun) Mahathir (Mohamad), dia juga tidak memberi tekanan kepada Sharizat,” katanya.

Salleh menjelaskan, Mahathir hanya berkata mungkin Sharizat harus meletakkan jawatan disebabkan tekanan dan serangan PKR.

Salleh juga menjelaskan, selepas sidang media pemimpin popular PKR Rafizi Ramli berhubung isu itu, terdapat 110 tulisan artikel diterbitkan dan semuanya menyerang keluarganya.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan penuh kes samannya terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan mantan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Ia berhubung pembelian lapan unit kondominium di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Gempar!! Pengakuan Berani Gadis Melayu


Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.

Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.

ALOR SETAR – Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.

Difahamkan, mereka juga membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.
Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
“Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.

“Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga,” katanya.

Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah.

Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan.

Pasangan Gila !!! Buat Projek Dalam 

Keretapi Terima Padah


Memang Dunia akhir zaman itulah yang berlaku apabila sekarang kita lihat 
manusia tanpa rasa malu melakukan projek dimerata tempat seperti binatang
bertemu pasangan

Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam 
keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas
lapor China Times.

Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan 
tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih 
menjijikkan,seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan
pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya.

Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen 
keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai 
masalah mental.

2 Gambar Aksi Terlampau Pelajar Sekolah Tersebar


Jika kita kurang didikan agama serta cetek akal fikiran, inilah akibatnya. Jika kita membuat sesuatu tanpa memikirkan

apa kesan dan akibatnya, kita akan menyesal seumur hidup. Gambar pasangan terlampau ini telah tersebar meluas akibat daripada kebodohan diri sendiri.

Jika ingin membuat sesuatu, cuba-cubalah berfikir secara positif, ingat mak ayah, ingat Tuhan, sayangi diri sendiri…

maruah bukan boleh dijual beli. Kita sebagai manusia tidak akan sesekali terlepas dari membuat kesilapan. Bertaubatlah selagi kita masih bernafas


Gempar!!! 5 Gambar Gadis Selfie Tunjuk Dada Seketul Diluar Baju Tersebar


Inilah budaya selfie barat yang menunjukkan barangnya diluar baju tanpa rasa malu beliau menunjukan gambar-gambar ini di kemudian upload ke dalam laman sosial. Mungkin ada yang mengatakan bahawa ala biasanya orang barat... betul tu.. tapi untuk makluman anda gadis bangsa melayu pun turut selfie seperti ini lihat gambar dibawah maaf gambar ditutup bahagian-bahagian tertentu 






Tiada ulasan: