Ahad, 1 Julai 2012

KALAU DAH JODOH TAK KEMANA...BAIK ALLAH JODOH YANG BAIK JUGA...

Lim Guan Eng has a rude shock when a youth brushes against him from behind.
Teluk Bahang: Enjoying a Saturday morning stroll in Teluk Bahang, Chief Minister Lim Guan Eng had rude a shock when a Perkasa member suddenly appeared from behind and brushed his left shoulder and arm.
Some local village security and development committee (JKKK) members managed to push away the youth and escorted the chief minister to his car.
Though Lim was uninjured, he was stunned by the incident.
Lim arrived at the Teluk Bahang wet market complex at 8am for a walkabout and dialogue session with constituents.
It was part of his one day “Meet the People in Balik Pulau Parliamentary Constituency” between 8am and 3pm.
Lim was about to go to his car when a youth forced his way through the crowd and brushed him.
The chief minister later said he now feared for his safety as the hostile Perkasa members were getting aggressively closer to him.
Earlier, some 10 Perkasa members held a protest against Lim outside the wet market.
They carried anti-Lim and state government banners and placards, and chanted slogans.
Anti-Lim and “racist” posters were also pasted on the market’s walls.
Some were removed by local residents and the island municipality (MPPP) workers before Lim arrived at the site.
Sources said Perkasa members were seen putting up the posters at about 3am.
Upon Lim’s arrival, the Perkasa protest and chants grew louder and the protestors started to throw his posters all over the road.
Several Perkasa youths also followed Lim around during his walkabout.

Lim then went for a dialogue session with some 300 constituents.
The “brushing” incident took place as he was about to leave for another function.

Police must act

FMT learnt that a Perkasa member had lodged a police report complaining that he was roughed up by Lim’s aides.
Balik Pulau OCPD Superintendent Mohd Hatta Mohd Zain confirmed the report and said the police would investigate it.
Penang House Speaker Abdul Halim Hussain, who accompanied Lim, said that some 10 policemen, who were on duty during the event, failed to stop the youth from reaching the chief minister.
Describing Perkasa’s behaviour as “embarrassing and unhealthy”, he called on the police to take stern action.
“The Perkasa youths were  disgraceful, racist and unruly.
“Police should act before something bad happens,” he told FMT.



 Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?
Posted on Saturday, June 30 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Artikel Oleh: imamsurau

"Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untukpengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

Pengeluaran Caruman KWSP Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!.

Kena ingat:

“Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut”
Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.

Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!

Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).

Hutang Pinjaman KWSP Kerajaan Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Cadangan Meningkatkan Dana KWSP? Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
  1. Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
  2. Naikkan had persaraan kakitangan swasta
  3. Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
  4. Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.

P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula?

sumber"


Penyebar fitnah terhadap Syiah & Iran diminta bertaubat

Kpd puak2 sesatyg mengatakan Syiah itu tidak Islam dan kafir sila hentikan dan bertaubat seberapa segera:-

* beribu2 mujahideen dari seluruh dunia islam yg lari penindasan kjaan sekular masing2 spt dari afghan, palestine, negara2 arab, negara2 asia tenggara kini mendapat perlindungan dari republik islam iran tanpa apa2 masalah mazhab. Ada yg bawa keluarga tinggal di iran


*Ustaz Fadzil Noor sendiri penyokong kuat republik islam iran

*Pemimpin2 Pas sendiri spt Ustaz Fadzil, Hj Hadi dan TGNA tak berani kafirkan syiah

*konflik di syiria adalah diantara sekular dan islam bukan di antara mazhab syiah dan sunnah


*di mana2 disepanjang sejarah islam ada sunni sekular dan syiah sekular dan juga ada sunni/syiah yg berpegang teguh kpd islam

*perang bosnia berhenti setelah beribu2 mujahideen dari iran campur tangan membantu saudara islam mereka di bosnia bersama2 mujahideen dari negara2 lain

*beribu2 mujahideen dari iran skrg bergabung dgn Gulbuddin Hekmatyar menentang Amerika Sykt di Afghan skrg malahan Hekmatyar beberapa kali berlindung di Iran

*byk pejuang2 islam di malaysia tidak tahu apa sebenarnya cerita kononnya ada konflik syiah dan sunnah. Sila turun ke medan perang dan dptkan maklumat dari mujahideen2 di afghan iraq palestine, syria, lubnan utk dptkan cerita sebenar tentang fitnah konflik sunnah syiah ini..

*konflik yg berlaku sesama islam di iraq adalah sebab2 politik bukannya sebab mazhab. Saddam Hussain bunuh byk muslim kurdis bukan sebab mazhab tetapi konflik politik

*dptkan maklumat dari sumber2 yg sah mujahideen bukan dari sumber tak sah yg tidak diketahui kesahihannya


ADUN Umno cadang Johor laksana hudud
Ahmad Fadli KC
4:16PM Jun 30 2012

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.

Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

'Sokong Umno kalau ikhlas'

Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.

Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.
http://www.malaysiakini.com/news/20236

Tolonglah carikan dia suami yang boleh membimbing

KUALA KEDAH: "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.

Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ... tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."




Demikian luahan Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, yang menyampaikan perkongsian pengalaman penghijrahannya dekat sini dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu.

Mendengar penuh tekun ceritanya selain masyarakat setempat yang memenuhi pekarangan Pasar Besar ialah Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa, Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dan Ketua Pemuda Kawasan, Azizi Abdullah.

Abby menyampaikannya penuh santai dan format majlis berbentuk forum, terdiri dua panelis termasuk Nasir dan dikendalikan moderator Solehah Mariam Shaari daripada TV al-Hijrah.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran PAS dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

"Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah," katanya.

Kata Abby, selain pentas PAS untuk berkongsi pengalaman, beliau juga mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.

Perjuangan sebenar, ujar Abby, ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada Allah dan akan terus bersama platform PAS dan NGO Islam yang lain demi memperjuangkan Islam.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana mendapat banyak ilmu agama, selepas mendekati kuliah-kuliah dan bersama gerakan Islam yang tidak jemu-jemu membimbingnya.

"Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang cakap macam-macam, cakap tak sedar diri, dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah.

"Namun bila bersama mereka tidak pernah memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya.

Menurut Abby, untuk sementara waktu beliau masih mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Bukan saya tak nak jadi ahli PAS atau nak mengelakkan tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan ... sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli PAS dan apabila saya betul-betul faham baru akan sertai ... bukan tak nak masuk, sabar ya," katanya.

Selain jemputan ke majlis dan pentas ceramah, Abby turut berkongsi pengalaman dan berdakwah melalui laman facebook untuk memberi sedikit kesedaran kepada peminat dan rakan-rakan artis yang lain supaya kembali ke ajaran agama.

"Bila dah belajar, saya rasa malu, dulu tak bertudung...dan kini alhamdullilah saya sudah berhijrah dan mudah-mudahan kekal berterusan.

"Ramai yang tidak faham, isunya bukan tudung tetapi aurat wanita yang kita kena jaga keseluruhannya," katanya.

Kini beliau merasa semakin tenang setelah berhijrah dan semakin sibuk memenuhi pelbagai jemputan dari pelosok negara.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang banyak di samping mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

"Allah memberi peluang kedua kepada saya, yang banyak kelemahan dan melakukan pelbagai dosa selama ini.

"Saya terharu dan syukur, walaupun saya serba kekurangan, Tuhan memberikan layanan yang amat baik kepada saya untuk berhijrah," katanya sambil beliau sesekali mengucapkan kalimah 'takbir' yang disambut serentak hadirin.

Selepas forum itu, Abby turut dijemput ke majlis dialog sempena pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut pada sebelah malamnya dan bertolak esoknya ke Kelantan, bertemu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
 






‘MGR’ sambut Anwar



SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.

Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.

Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.

Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.

Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah.

Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.

Anwar yang meneruskan ucapan walaupun diganggu berkata, beliau mahu menang dengan bersih dalam pilihan raya akan datang tanpa melibatkan politik kotor sama ada rasuah, zalim dan tindas-menindas antara satu sama lain.

Beliau turut menegaskanbahawA jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam pilihan raya umum akan datang, wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan.

“Ini bukan mainan politik tetapi hasrat yang akan diusahakan jika kita menang,” katanya dalam Siri Jelajah DSAI ke Kedah di Taman Ria Jaya di sini.

Dalam pada itu, belum sempat Anwar melangkah turun untuk pulang, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar yang ketika itu dilihat mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.

Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai.

Tiada ulasan: