PM: 'Bantah, tapi mahu durian runtuh Felda'
6 Julai 2012
PM: 'Bantah, tapi mahu durian runtuh Felda'
Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk ketika hadir ke majlis Pelancaran Mini Maha di Felda Chini, hari ini. - Foto Bernama
Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda di peringkat global.
"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini hari ini.
Najib memuji golongan peneroka yang hadir pada majlis itu dan menyifatkan mereka sebagai pembela dan pejuang yang meletakkan Felda di mercu kejayaan.
Katanya, transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.
"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.
Najib juga pada majlis itu turut mengumumkan bahawa pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang akan dibayar mulai esok sempena sambutan Hari Peneroka. - Bernama
Polis Johor: Uncle Seekers positif dadah
6 Julai 2012
Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.
Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
47% pekerja muda 'dijangkit' hutang serius
6 Julai 2012
sekadar gambar hiasan
Penemuan pusat itu juga menunjukkan bahawa bayaran bulanan hutang pekerja-pekerja muda 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar.
Malah menurut CRRC, kajian mereka juga menunjukkan seramai 37 peratus mengakui bahawa mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, CRRC menambah, seramai 15 peratus pekerja muda tidak mempunyai simpanan langsung.
"Bagi yang mempunyai simpanan, sekiranya mereka berhenti bekerja (atas beberapa sebab tertentu), secara purata hanya mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan selama empat bulan," tambah pusat itu yang mengendalikan kajian berkenaan dengan perilaku dan sikap pekerja muda.
Secara purata, katanya, pembelian menggunakan kad kredit adalah RM702 sebulan.
Menyenaraikan penemuan-penemuan lain, CRRC berkata, seramai 37 peratus tidak pernah terfikir tentang persediaan untuk persaraan.
"Bagi yang pernah memikirkan tentang persediaan untuk persaraan, 60 peratus tidak begitu berpuas hati dengan persediaan mereka," katanya lagi.
Malah kajian pusat itu juga menunjukkan bahawa 43 peratus memberikan kurang mempunyai pengetahuan kewangan.
"Secara amnya, pekerja muda memberikan skor yang rendah untuk tahap pengurusan kewangan diri mereka sendiri. (skor purata 2.75 pada skala 1 hingga 4 di mana 4 ialah pengetahuan pengurusan kewangan yang lemah)," kata CRRC lagi.
Kaji ini dijalankan bagi pihak Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia.
Anwar patut bersara sekarang, kata Mahathir
6 Julai 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.
Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.
"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.
Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.
Justeru, katanya rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. - Bernama
Najib bidas pembangkang suka ajar rakyat perkara tidak baik
6 Julai 2012
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".
"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.
Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.
Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.
"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.
Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.
"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.
Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi.
"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya.
Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. - Bernama
PRU13: Pas optimis tawan Putrajaya
6 Julai 2012
Menjelang PRU 13
Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, agenda PR masih tidak berubah dan tetap akan menurunkan harga minyak, yang juga keperluan asas kepada rakyat selain menghapuskan tol.
“Bagi golongan pelajar pula, PR tetap akan menawarkan pelajaran percuma daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) selain elaun khas sebanyak RM500 sebulan untuk golongan pendidik.
“Elaun bulanan itu sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa dan tawaran ini tidak mustahil dapat direalisasikan jika PR diberi peluang untuk mentadbir Putrajaya.
“Kita ambil contoh di negeri ini sendiri, sebaik sahaja PR mentadbir rakyat dapat menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma dan pelaksanaan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) serta Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menyampaikan ceramah isu semasa di pekarangan rumah bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Othman Samsudin anjuran Pas Kawasan Tanjong Karang di sini.
Beliau turut menjelaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 itu hanyalah pemberian ‘one off’ untuk memancing undi orang kampung supaya mereka menjadi penyokong Umno dan BN.
“Bantuan terbaru disediakan untuk keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah diberikan bantuan yuran pra sekolah membuktikan Kerajaan PR mampu jika sekiranya diberi peluang mentadbir negara,” katanya.
Hudud: Generasi muda Pas, Umno perlu main peranan
6 Julai 2012
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal
Menurutnya, beliau melihat penambahbaikan dalam mencapai kata sepakat antara Umno dan Pas berhubung hudud juga seharusnya bermula dari peringkat golongan muda.
“Saya secara peribadi menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan itu dan berharap janganlah perkara tersebut dipolitikkan.
“Bagaimanapun, saya lihat penambahbaikan Pas dan Umno perlu bermula dari golongan muda untuk mencapai tujuan tersebut kerana golongan pemimpin-pemimpin lama antara kedua-dua parti ini mungkin masih memendam perasaan tidak senang sesama sendiri,” katanya semalam kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, sekiranya mahu hudud diimplementasikan, apa yang perlu dilakukan adalah satu sesi penerangan secara menyeluruh mengenai hukum tersebut kepada orang ramai tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan.
Katanya, langkah tersebut perlu dilakukan supaya tidak menimbulkan ketegangan antara kaum.
“Walaupun tak perlu dilaksanakan secepat mungkin tetapi apa yang paling penting adalah penerangan kepada orang bukan Islam malah orang Islam itu sendiri kerana mungkin ada dalam kalangan kita yang tak tahu dengan mendalam mengenai hukum hudud,” katanya.
Nurul Izzah: 'PR perlukan Anwar'
6 Julai 2012
NURUL IZZAH ANWAR
Anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.
Terdahulu, dalam laporan Financial Times Selasa lalu, Anwar menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.
Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.
Menurut Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.
“Beliau adalah pemimpin yang berjaya menyatupadukan parti pembangkang menjadi satu pakatan dan seharusnya ramai ahli parti tidak mahu kehilangan pemimpin yang berpengalaman seperti beliau.
“Pada saya adalah penting untuk beliau beri mesej tunjukkan tahap keseriusan perjuangan amat penting khusus untuk pilihan raya dalam gerakan reformasi,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ditanya mengenai pengganti selepas Anwar, Nurul menegaskan persoalan tersebut tidak muncul, kerana parti adalah milik semua dan PR perlu bekerja keras memastikan kesinambungan perjuangan dapat dicapai.
“Ini bukan melibatkan individu dan personaliti. Itulah yang beliau ingin sampaikan berkaitan dengan isu perjuangan yang seharusnya dipikul segenap lapisan masyarakat.
“Jadi, apa pun yang dibuat seharusnya kami akan melakukan yang terbaik dengan harapan bahawa sistem pilihanraya itu dapat dilaksanakan dengan adil dan bersih kerana setakat ini, itulah halangan besar kami semua hadapi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Katanya, sekiranya PR menang pada PRU13, ia adalah kejayaan besar untuk memberikan ruang kepada mereformasi sistem politik, ekonomi dan sosial.
Presiden PKR kesal serangan terhadap isteri Guan Eng
6 Julai 2012
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Beliau melahirkan rasa kesal dan simpatinya terhadap Betty Chew, yang juga isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, dan menegaskan serangan itu menunjukkan BN ketandusan idea dan tidak berupaya menawarkan dasar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
“Serangan terhadap Betty Chew adalah perbuatan pengecut, bertujuan mengaibkan seorang wanita dan keluarganya. Saya berdoa agar beliau kekal kuat dan terus berdiri teguh hadapi serangan yang tidak beretika itu,“ katanya.
Sehubungan itu, Wan Azizah merayu kepada semua ahli politik menjunjung dan hormati maruah wanita.
"Saya percaya sebagai ibu dan isteri, semua wanita memahami sepenuhnya masalah yang dihadapi Betty," katanya.
Beliau juga berharap pemimpin wanita daripada BN mampu bersuara untuk mempertahankan ruang politik yang bersih dan sihat untuk wanita.
“Kita mesti mengambil pendirian teguh tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan budaya politik kotor ini dihentikan serta-merta," katanya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan