Jumaat, 6 Julai 2012

KITA BOLEH TUTUP MENGIKUT KEKUASAAN YANG KITA ADA...JIKA ALLAH IZIN...JIKA TIDAK MAKA TIDAK BERJAYALAH....MAKA TERLODEH SERTA TERBARAI ABISLAH.....INGATLAH ADA KUASA TERBESAR....MAHA BERKUASA...MAHA BESAR...IAITU ALLAH SWT....INGATLAH MATI.... BAGI AHLI2 MAKSIAT...BAGI PENIPU2...BAGI YANG MAKAN RASUAH...MAKAN HAK RAKYAT.....BAGI ORANG YANG MENENTANG HUKUM ALLAH...MENENTANG HUKUM@HUDUD SAMALAH MENENTANG ALLAH...BODOH BETUL ORANG NI...IKUT BISIKAN DAN HASUTAN SYAITAN...

Lamb chops: GMI bidas Twitter menteri dalam negeri

  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:41PM Jul 6 2012
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar.

GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar".

hishammuddin serdang squad muda kdn 100612Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu.

"Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan.

"Yang jadi penentuan (ialah) sama ada (guna) budi bicara (beliau) untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak.

"Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya.

Ahmad Syukri yang juga koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam Twitternya malam tadi.

Tertanya-tanya langkah menteri
Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku" ketika mengulas tweet seorang pengguna lain berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops..."

Ahmad Syukri menggesa Hishammuddin mencontohi amalan di negara luar seperti Carlifonia yang menubuhkan jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah mogok lapar di penjara Pelican Bay.

NONE"Tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut menteri kita begitu (mengenai lamb chops)," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan pendedahan dan tekanan terhadap kerajaan membebaskan tahanan kerana "itu sahaja pilihan yang ada".

Mengulas sikap diam Hishammuddin daripada mengulas isu mogok lapar, Ahmad Syukri berkata hal demikian menunjukkan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikannya.

Bahkan, tambahnya, semua pihak tertanya-tanya kini mengenai tindakan kerajaan sama ada untuk membebaskan awal tahanan atau menilai situasi tahanan dalam kem tersebut setakat ini.

"Adakah ada satu jawatankuasa atau satu badan khas ditubuhkan untuk melihat (kes itu) atau menilai untuk membebaskan awal atau tidak.

"Langsung (tidak ada). Semua orang tertanya-tanya apa yang Kementerian Dalam Negeri buat," kata Ahmad Syukri.
MB S'gor: Kontrak hamper RM2 juta ikut buku

  • S Pathmawathy
  • 2:39PM Jul 6 2012
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan pemberian kontrak RM2 juta untuk membekalkan hamper hari raya sejak 2009 kerana ia didakwa berjalan mengikut buku.

Katanya, ketika keputusan itu dibuat pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui tender terbuka kerana ia bernilai bawah RM50,000 yang dibenarkan.

NONE"Tetapi bila kita bercakap tentang kontrak RM2 juta (sekali gus), ini mesti melalui tender terbuka," kata Khalid kepada pemberita ketika ditemui di Gombak hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan, kerajaan Selangor dituduh memberi tender itu sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka untuk membuat agihan kepada golongan miskin.

Sumber-sumber kerajaan Selangor memberitahu, tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta; melalui rundingan terus.

Exco bertanggungjawab Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan tersebut.
Dr M: Jadikan Anwar 'PM kehormat' 5 hari
3:53PM Jul 6 2012
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONE"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir (kanan) berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Justeru, katanya, rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan BN yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor.
- Bernama
'Isteri tahanan ISA 'diugut', diminta tarik laporan'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:36PM Jul 6 2012
Gerakan Mansuhkan ISA mendakwa, isteri seorang tahanan ISA diminta pegawai Bukit Aman supaya menarik balik laporan polis berhubung dakwaan suaminya dipukul dalam kem Kamunting kerana mengadakan mogok lapar.

Setiausaha GMI Ahmad Syukri Ab Razab mendakwa, polis "mengugut" dengan warganegara Indonesia itu Nunurheni Onim dengan memperingatkan bahawa visanya akan tamat tempoh pada September ini.

NONE"Sebab apa kita kata ugut, dia (polis) kata, Puan Nunurheni ini warga Indonesia, datang ke Malaysia menggunakan visa, ikut suami. Dan visa ikut suami akan tamat pada bulan September ini.

"Dia (polis) kata, sila beri kerjasama, visa puan akan tamat bulan September ini," kata Ahmad Syukri (atas, sedang berucap).

Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh didiamkan kerana seolah-olah membiarkan kezaliman, kata Ahmad Syukri kepada pemberita selepas berucap dalam acara pidato anti-ISA di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini.

Suaminya Razali Kasan antara 45 orang yang masih ditahan di Kamunting. Walaupun ISA dimansuhkan April lalu, perintah tahanannya masih berkuatkuasa dan hanya boleh dibatalkan menggunakan kuasa menteri berkenaan.

Demo siswa Ahad ini
Ahmad Syukri kemudiannya memberitahu Malaysiakini, GMI mengetahui perkara tersebut selepas menghubungi Nunurheni petang semalam.

Ahmad Syukri juga berkata Nunurheni juga tidak akan menarik balik laporan polis tersebut.

NONEMenurut Ahmad Syukri, tiga anggota polis datang ke rumah Nunurheni di Johor Bahru tengah hari kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Mohd Safwan Anang dalam ucapannya mengumumkan pihaknya akan terus mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan demonstrasi di hadapan kem Kamunting pada Ahad ini, jam 11 pagi.

"Mahasiswa akan turun dan mengajak seluruh rakyat turun menunjukkan solidariti (kepada tahanan)," katanya.
'Larang cakap dengan Mkini cuba sembunyi sesuatu'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:58PM Jul 6 2012
Gerakan Mansuhkan ISA menyifatkan larangan supaya kakitangan kem tahanan ISA di Kamunting daripada bercakap dengan Malaysiakini sebagai cubaan menyembunyikan sesuatu.

Setiausaha GMI Ahmad Syukri Ab Razab berkata pihak kem perlu bersikap telus dan menjelaskan kepada umum jika dakwaan tahanan melancar mogok lapar untuk kebebasan mereka tidak benar.

NONE"Apa yang hendak disembunyikan. Dia perlu bersikap telus, terbuka, jelaskan kepada wartawan.

"Jika benar tuduhan ini tidak betul, maka dia perlu membuka perbincangan dengan orang luar, bukan tutup terus," katanya.ketika ditemui pemberita selepas acara pidato anti-ISA di Masjid Negara di Kuala Lumpur petang ini.

Pidato anjuran GMI dan kumpulan mahasiswa itu antaranya bertujuan menuntut pembebasan 45 tahanan ISA yang masih ditahan di situ.

Bekas pemimpin pelajar itu berkata lagi, larangan itu juga dilihat untuk melindungi sesuatu dan menghadkan maklumat dalaman keluar dari kem tersebut.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kakitangan di Kamunting - yang menempatkan kumpulan terakhir tahanan ISA - tidak dibenarkan menjawab panggilan dari portal berita bebas itu.

Menurut seorang kakitangan, larangan khusus terhadap Malaysiakini itu dibuat oleh pentadbiran kem.
'Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM'
1:02PM Jul 6 2012
Polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.

NONE"Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas).

Rafizi sebelum ini mendakwa projek tambahan LRT Laluan Ampang yang pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Datuk Seri Najib Razak.

Susulan pendedahan itu, Rafizi kini disiasat sepasukan polis dari Bukit Aman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

azlanDalam kenyataannya semalam, Wan Azizah berkata, siasatan itu seolah-olah bertujuan menghalang Rafizi daripada terus bercakap tentang dakwaannya sebelum ini.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi polis terhadap Rafizi bertujuan melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

"Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas," katanya sambil menggesa polis menghentikan siasatan pada Rafizi itu.

"Sebaliknya, siasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang," katanya.

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

  • Leven Woon
  • 2:57PM Jul 6 2012
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

NONENg (kanan dalam gambar) berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.

Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.

"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut.
Penolong penguasa SPRM dipenjara 13 tahun, denda RM2.275j
3:27PM Jul 6 2012
Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.
  
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
  
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13  tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.
  
Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh jatuh hukum hari ini.
  
Peguam yang mewakili Mohan, R Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
  
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM.
  
Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000.
  
Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidakmeneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
  
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk  melakukan perkara yang sama.
  
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada  22 Oktober 2009.
  
Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk  dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk  melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di  Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009.
  
Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009  memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

- Bernama
Zahid dakwa Anwar sumbang berita negatif pada media Indonesia
4:05PM Jul 6 2012
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Beliau berkata penasihat PKR itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannya menyalurkan berita negatif mengenai Malaysia.

NONE"Selama ini gambaran yang diberikan kepada media Indonesia datang daripada Anwar. Berita-berita negatif (mengenai Malaysia) disumbangkan oleh Anwar padahal apa yang (sebenarnya) berlaku (di Malaysia) tidak sebegitu keadaannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek jalan dari Kampung Sungai Dulang ke Kampung Sungai Ipil di Bagan Datoh hari ini.
  
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatannya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, Indonesia Selasa lepas.
  
Katanya Anwar tidak sepatutnya memberikan gambaran negatif mengenai Malaysia kepada media Indonesia kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di antara kedua-dua negara.

Ahmad Zahid berkata pada lawatan itu rombongan pemimpin Umno itu termasuk Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie.
  
Katanya lawatan pemimpin Umno itu merupakan kunjungan balas kepada pemimpin parti Golkar yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini.
  
Beliau berkata setakat ini Umno mempunyai hubungan erat dengan empat parti politik terbesar di Indonesia iaitu Parti Demokrat, Golkar,  Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dan Parti Keadilan Sosial Indonesia.
  
Mengenai projek jalan itu, Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh berkata kerajaan memperuntukkan RM13 juta bagi fasa pertama membaik pulih jalan sepanjang 10.3 kilometer itu yang akan bermula 1 Ogos ini dan dijangka siap pada Jun 2014.
  
Katanya fasa kedua projek baik pulih jalan di kawasan ini dijangka dimulakan pada pertengahan tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.

- Bernama
Izzah: Jangan kunci mulut pemerhati p'raya

  • Koh Jun Lin
  • 12:37PM Jul 6 2012
Pemerhati pilihan raya patut diberikan akses untuk bercakap dengan media ketika pilihan raya sedang berlangsung, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

NONE"Pemerhati pilihan raya, sama ada daripada luar negara atau domestik, mesti diberikan akses media semasa pilihan raya," kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditanya berhubung langkah kerajaan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Nurul Izzah berkata, walaupun ia langkah positif, pemerhati luar tidak harus hadir dalam keadaan mulut terkunci.

Beliau mengetengahkan isu pemerhati Kommonwealth di Malaysia pada tahun 1990 yang laporannya tidak diketahui orang awam.

Menurut Nurul Izzah lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu membersihkan daftar pemilih untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

Tiada ulasan: