Ahad, 8 Julai 2012

ISLAM SAJA AGAMA YANG ALLAH TERIMA...DERHAKA PADA MANUSIA MAKA DIBICARA DIAKHIRAT KELAK....DERHAKA PADA ALLAH MAKA ROSAK AKN IMAN KITA....BAGAIMANA KITA MATI DALAM KEROSAKAN IMAN...KAN NAYA TU.....



Untungnya Najib... hehe...
Posted on Friday, July 06 @ 21:23:10 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dhalyanun

"
Untungnya Najib kerana mendapat sorang Isteri yang amat pandai berjimat cermat... hehe... 



Lagi untung Najib kerana Isterinya jugak berkeupayaan untuk mengambil alih tempatnya sebagai PIEM bagi bangsa Umno... ANYTIME she likes... hehe...

  Pencari Hantu yang berhantu?
Posted on Saturday, July 07 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

"

Setelah menulis 64 artikel tentang Sultan Johor dan Kerabatnya, akhirnya Syed Abdullah putera Syed Hussien ditahan polis.

Mengapa tunggu hingga 64 artikel baru ditahan pemilik blog Uncle Seekers? Mengapa puas Sultan Johor "ditelanjangi" baru diambil tindakan?

Mengapa didakwa atas akta OSA (dokumen sulit), tidak dibawah akta hasutan? Dan terkini polis keluar kenyataan tentang dadah dalam tubuh Uncle Seekers. Apa kaitan dadah dengan isu yang ditimbulkan oleh Pencari Hantu itu dalam blognya?

Adakah polis mahu tunjukkan bahawa Uncle Seekers menulis dalam keadaan khayal dadah? Mampukan individu yang berada dalam mabuk dadah cari bukti dengan dokumen-dokumen sulit?

Nasib baik polis tidak takrifkan Uncle Seekers dalam kategori kurang waras dan disumbat dalam wad Hospital Tampoi!

Siapakah Uncle Seekers?

Namanya mula "naik glamour" apabila cintanya dengan bekas Permaisuri Agong dihalang. Pelbagai versi artikel dikeluarkan oleh beliau mengenai isu ini. Hingga babitkan mahkamah dan saman menyaman.Kesnya senyap hingga kini. Tiada perkembangan terkini.

Tiba-tiba nama dan blognya meletup hingga mencapai 10 juta pengunjung apabila beliau lancarkan " Perang Dunia Ketiga " keatas Sultan Johor dan kerabatnya.

Segalanya diaibkan bermula dengan Sultan Johor, Tengku Mahkota, Peguam Negara dan Ketua Polis Johor.

Sultan digelarnya Ku Yem, Tengku Mahkota digelarnya Mail dan Ketua Polis sebagai Hang Mokhtar. Tiada hormatnya pada mereka yang bergelar dan berpangkat itu. Mengapa?

Mengapa begitu "murka"nya Uncle Seekers terhadap Istana Johor? Inilah persoalan yang timbul di mata rakyat?

Begitu berani beliau mengaibkan Sultannya sendiri. Hingga Tengku Mahkota menggelarnya "anjing yang menyalak" dalam twitternya

Adakah ada orang dibelakangnya? Apa motifnya begitu bersungguh beliau "berperang" dengan Istana Johor.?

Bandingkan dengan isu Nizar dengan nombor plat WWW 1. Nizar sekadar menulis tentang duit beli WWW 1. Tidak disebut sepatahpun nama Sultan jauh sekali panggil nama Ku Yem.

Kesannya, Sultan sampai murka dan polis Johor dengan pantas sepantas "concorde" menyerbu pejabat Nizar.

Tapi bagaimana dengan blog putera Syed Hussien anak kelahiran Johor berketurunan ulama yang sampai 64 artikel menghina dan "melondehkan Istana Johor" baru polis bertindak?

Inilah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi rakyat.

Apapun, artikel Dr Asri Zainal Abidin perlu dibaca untuk kita bersikap adil ..http://www.malaysiakini.com/news/202843

Dan kita perlukan pastikan dua perkara :
1) Keselamatan Uncle Seekers selamat dalam tahanan reman.
2) Bawa Uncle Seekers ke mahkamah untuk didakwa atas kes menghina Institusi Raja.

nota : blog Uncle Seekers sudah tidak dapat dilayari lagi.

Pencari Hantu yang berhantu?"

 Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri
Posted on Saturday, July 07 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: Inimajalah

"Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com.

Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa.
uncleseekers
Imej dari malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my.

Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas.

Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor.

Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah:

1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit ‘terpadam’ begitu sahaja.

2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak ‘fakta’ (jika benar wujud) akan terbongkar.

3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya?

Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu.

4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri?

Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri.

5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan?

Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan.

Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter.

Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat. Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi ‘episod berantakan rakyat dan penguasa’!

Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU) kelak. – inimajalah.com.my"


 Tolong Jawab: Dari mana dapat ayat "Jangan Derhaka Kepada Raja"?
Posted on Friday, July 06 @ 21:21:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Salaam semua pembaca Kerajaan Rakyat,

Tiada satupun ayat “Jangan derhaka kepadaSultan” yang diucapkan olih Nabi Muhammad s.a.w.
 Tun Mahathir suruh Melayu berfikir. Baca di sini
Kerajaan Rakyat sekadar inginkan kepastian;
~ Dari mana datangnya ayat “Jangan gerhaka kepada raja”?


Kerajaan Rakyat bertanya kerna apa yang terbaca hanya seperti di bawah:


Perlukah aku beritahu kamu tiga perkara dosa besar yang paling besar?” Kami (para sahabat) menjawab, “Tentu, ya Rasulullah.” Maka Nabi berkata “ Menyekutukan Allah dan menderhaka kepada Ibubapa.” Pada mulanya Nabi bersandar lalu Nabi duduk untuk melanjutkan percakapan. “Begitu juga dengan pembohongan dan penyaksian palsu.” Beiau terus mengulanginya sehingga kami ingin beliau berhenti”. (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Firman Allah bermaksud :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)

Firman Allah lagi yang bermaksud :
“Bersyukurlah kepada-Ku dan berterima kasihlah kepada Ibubapamu, hanya kepada Ku tempat kembali.” (SurahLuqman ayat 14)

Ayat di atas menyatakan bahawa bersyukur kepada Allah tidak membawa apa-apa erti andai tidak disekalikan dengan terima kasih kepada Ibubapa, berbuat baik kepada mereka sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul.

Islam meletakkan kedudukan Ibu lebih istimewa daripada ayah. Kasih sayang ibu lebih nyata dan lebih banyak. Ibulah yang menanggung bagaimana susahnya waktu mengandung, melahirkan, menyusukan, berjaga malam, menukar lampin dan sebagainya.Pengorbanan ibu telah disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua Ibubapanya. Ibu telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan penuh penderitaan. Mengasuh dengan sabar sejak dari mengandung sehingga bercerai susu, selama tiga puluh bulan lamanya.” (Surah Al-Kahfi ayat 15)
Dalam sabda Nabi yang lain yang bermaksud : “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, “Kepada siapakah yang paling patut aku berbuat baik?.” Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” “Selepas itu kepada siapa.” Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” Selepas itu kepada siapa. Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” Setelah itu kepada siapa. Lelaki itu masih bertanya. Nabi menjawab, “Selepas itu kepada ayahmu.” (Riwayat Bukhori dan muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. mengulangi perkataan “Kepada Ibumu” sehingga 3 kali untuk menyatakan betapa ketaatan anak kepada ibunya lebih daripada ayahnya walaupun anak diwajibkan taat kepada kedua-duanya. Ini adalah kerana kepayahan, keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh ibunya lebih dalam membesar dan mendidik anaknya.

Namun begitu, ketaatan kita kepada ayah tidaklah terpinggir begitu sahaja, sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis yang bermaksud :

Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w. katanya “sesungguhnya ayahku telah merampas hartaku. Nabi berkata “Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, Anak-anak kamu adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu kamu berhak memakan harta mereka.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa taat dan patuh kepada Ibubapa kita. Janganlah kita membentak, mengherdik atau menyergah malah mengeluh atau berdengus pun tidak dibenarkan dan sudah dikira berdosa. Kasihilah mereka sementara mereka masih bernyawa. Sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada Ibubapa.

Nota: Tiada satupun ayat “Janganderhaka kepada Sultan” yang diucapkan olih Nabi Muhammad s.a.w. 
Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini (jam 2.02am) Seekers dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi ...
Penahanan blogger Uncleseekers aka Syed Abdullah Syed Hussein Al-Alttas olih pihak polis malam semalam hanyalah satu permulaan kepada perjuangan menegakkan kebenaran yang lebih besar dan hebat. Ami Hussein ...
Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Tangkapan itu diyakini urutan ...
KR: As-salaamualaikum. HP: Waalaikumsalaam. ... Lokasi?? KR: Rumah Beb (sambil ketawa besar). Ante kat mana sekarang? HP: Ante ketawa!! Petang tadi abah ana pun telepon ana. Ana kat Melaka beb... dengan anak ...
 
 Lanjutan kisah wanita di serang di tempat letak kereta
Posted on Friday, July 06 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"

Akhbar hari ini mengesahkan kejadian yang menimpa Nooralida M Noor yang diserang di tempat letak kereta sebuah pasaraya terkenal di ibu kota pada siang hari.

Pembaca boleh membaca detik-detik serangan tersebut secara terperinci yang disiarkan di beberapa blog di internet antaranya di meramonst.blogspot.com.

Jenayah kejam yang dilakukan pada siang hari di tempat awam sebegini benar-benar meletakkan rakyat Malaysia dalam kebimbangan, seolah-olah penjenayah di Malaysia ini bebas melakukan sekehendak hati mereka.

Hanya kepada Allah kita mohon perlindungan.

Leher dirodok penyamun
Harian Metro 7 Julai 2012

AMPANG: Seorang wanita kini bertarung nyawa namun stabil selepas menjalani pembedahan pada paru-para kanan lebih tujuh jam ekoran tragedi hitam yang menimpanya apabila hampir disamun dan diculik seorang lelaki di sebuah pasar raya besar di Ampang, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang Selasa lalu itu, mangsa berusia 30-an bersendirian membeli beberapa barangan di pasar raya berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki ketika mahu masuk dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan pasar raya itu.

Lelaki itu meletakkan pisau di leher mangsa. Ketika mangsa meronta mahu melepaskan diri, lelaki terbabit merodok lehernya hingga mencederakan paru-paru kanannya.

Kejadian itu tersebar melalui laman sosial facebook mangsa yang dikenali sebagai Nooralida M Noor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di Hospital Gleneagles, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan memberitahu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kritikal pada leher dan paru-paru kanan akibat dirodok dengan pisau dan menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Dalam laman facebook, Nooralida berkata, dia diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika mahu masuk dalam keretanya.

Katanya, lelaki itu meletakkan pisau pada lehernya dan memegang tangannya dipercayai bagi mengelakkannya melawan.

Menurutnya, dia melawan tindakan lelaki itu menyebabkan lelaki terbabit merodok lehernya hingga berlaku pendarahan serius.

“Saya membunyikan hon menyebabkan seorang wanita bersama anak lelakinya berusia 20-an hairan dan mengesyaki sesuatu berlaku.

“Lelaki itu yang menyedari kehadiran mereka melarikan diri sebelum saya menahan kesakitan dan memandu kereta ke balai polis berhampiran membuat laporan,” katanya.

Katanya, polis menghantar mangsa ke hospital dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati paru-paru kanannya mengalami kecederaan serius akibat terkena tikaman.

Bagaimanapun, mangsa sudah menjalani pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU selain dilaporkan stabil.

Usaha Harian Metro semalam untuk menemui keluarganya gagal apabila enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian menimpa mangsa.

Sumber: hmetro.com.my"

Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah
Posted on Friday, July 06 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: halimislam

"Saluran TV satelit pertama Mesir yang sepenuhnya dikendalikan oleh wanita yang mengenakan purdah akan dilancarkan pada 20 Julai, menandakan hari pertama bulan Ramadhan.

Semua pekerja di saluran baru yang bernama Maria, serta para tetamu yang menjadi pembicaraan dalam program-programnya adalah wanita yang mengenakan niqab atau purdah, menurut Safaa al-Refaie, pimpinan stesen TV baru tersebut.

"Niqab adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar," ujar Refaie seperti dilaporkan oleh akhbar pemerintah Mesir, al-Ahram. Dia menolak untuk mendedahkan sumber pembiayaan saluran tvnya.

Maria adalah nama dari salah satu isteri Nabi Muhammad saw, yang mempunyai latar belakang Kristian Koptik Mesir. Sebahagian besar program saluran baru ini akan fokus pada acara keagamaan dan kehidupan perkahwinan.

"Mesej kami akan diarahkan kepada perempuan Muslim, mengajar mereka sunnah Nabi Muhammad," kata Refaie.

Baca Selanjutnya SINI 
 
 "Kenapa tak dakwa Uncle Seekers di bawah Akta Fitnah 1957?
Posted on Friday, July 06 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: lipasmalas

"PENGENDALI blog uncleseekers. blogspot.com dilaporkan di media-media tempatan ditahan dan direman selama empat hari kerana didakwa melakukan fitnah kepada Sultan Johor.

Namun cuba lihat laporan di bawah ini baik-baik, petikan berita daripada Sinar Harian. Uncle Seekers didakwa melakukan fitnah namun ditahan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.


Jika segala pendedahan di blognya, termasuk dokumen-dokumen, kenyataan dan video adalah fitnah, sepatutnya Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Fitnah 1957, namun ia tidak berlaku.

ReJaM© "Maknanya pendedahan Uncle Seekers bukanlah fitnah cuma dedahkan rahsia sahaja... "

Saksikan video Rakaman Uncle Seeker gembira ketika ditahan Polis MiLo SuaM"
 
 Terhot di Blog !!!! Pasti tiada Di Akhbar dan TV..Perdana
Posted on Friday, July 06 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"

40 Tahun melabur... inilah hasil sahamnya..... seperti disebelah.

Ini dia saham yang umat Islam Dapat setelah 40 tahun UMNO melabur... dia jual pada bulan ramadhan pula... dan tengok siapa yang rasmi pula tu..... huhu baca sendiri tau...

suntingan dari Abu Luqman"
 
 Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik
Posted on Friday, July 06 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: halimislam

"Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

"Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya."

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

Baca Selanjutnya SINI"

Tiada ulasan: