Rabu, 10 Ogos 2011

KALAU DUA...ADA SATU BETUL...ADA SATU SALAH...MUSTAHIL DUA2 BETUL...DUA2 SALAH ADA KEMUNGKINAN...BETUL SELAMAT...YANG TIPU MASUK NERAKA KERANA ZALIM..

Anak: Laporan bedah siasat Baharudin 'bercanggah'
Salhan K Ahmad
Ogos 9, 11
2:10pm

Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut.

Akuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.

NONEPermohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri) disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.

Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpah itu pula menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya.

Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya."

Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.

Laporan 'bercanggah'

Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.

Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.

Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza, 25.

NONE"Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik.

Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kiri atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.

Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.

Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.

"Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu) 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.

Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.

"Namun (keadaan itu) berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama.

Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.

Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.

SPR daftar Kg Baru pula sebagai pengundi
Ogos 9, 11 9:25am

Kongsi 1352
Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

NONEKali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?

“Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?” soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.

Tidak sah

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.

NONENONE“Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

“Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini,” katanya.

Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

NONENamun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.

Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.

voter registration campaign 110707 registration“Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

“Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan,” katanya.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.

“Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

azlan“Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

“Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR,” katanya lagi.

Serbuan gereja: MCA desak exco DAP letak jawatan
Joseph Sipalan
Ogos 9, 11
2:01pm

MCA Selangor menuntut semua ahli exco kerajaan negeri DAP supaya meletakkan jawatan kerana membisukan diri mereka berhubung isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

mca toll hike protest 291206 theng bokKetua Biro Aduan Awamnya, Theng Book (kiri) berkata sebagai wakil yang dipilih, ahli exco berkenaan sepatutnya bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi mereka.

Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran.

"Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

azlan"Penduduk Petaling Jaya sedikit kecewa (dengan sikap mendiamkan diri mereka). Mereka mesti keluar dan nyatakan pendirian mereka kepada PAS dalam hal ini,” katanya.

Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

  • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    MCA jgn cuba nk bermain api, campurtangan pemimpin2 parti politik sememangnya 'diharamkn' dlm isu ini...
    • Nusantara Panglima · Works at Kerja sendirian berhad
      felda bukan mak bapak punya tetapi kerajaan tolog tempatkan dari miskin jd senang tu tk krnang jas ajugak ker/
      cari lah kerajjan lain mana adee r 99.99 org melayu ader ferlda
    • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
      Nusantara Panglima siapakah kerajaan? Ia timbul dari jubur saiful ke? Tanah felda tanah mak bapak pemimpin Umno ke? Kau tahu tak berapa banyak hutang peneroka felda kepada felda? Hutang yg tak sepatutnya terjadi. Felda ditubuhkan untuk membantu peneroka bukan jadikan peneroka hamba abdi kepada Felda.
    • Labu Labi · Top Commenter · 6 tingkat
      mohd karim dgn nusantara panglima ni bodoh bebal tahap jahil. Ko ingat istilah kenang budi n kenang jasa tu adalah satu perkara wajid kepada setiap kakitangan kerajaan ke?????

      woi mangkuk dua ekor, hak berpolitik adalah hak individu. Ini termaktub dalam negara demokrasi.

      Lebih elok kalau ko tunjukkan lagi kebodohan ko tu dengan berkata "penyokong Pembankang tidak mengenang budi kerana menggunakan jalan raya yg disediakan kerajaan tapi tetap menggunakan jalan raya". Barulah terserlah kebodohan keturunan ko wahai MOHD KARIM & NUSANTARA PANGLIMA
  • Syed Zul · Top Commenter · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAH
    Riuh rendah dan heboh satu malaya pasal isu gereja ni hingga isu BERSIH, Pengundi Hantu, SPR, Rakyat 'Misma'h dan kebobrokan Umporno/BeENd di lupakan...;).
    • Mohd Kamal · Shah Alam, Malaysia
      itu agenda sebenar... timbulkan satu isu yang
      DAH LAMAAA DAH.. dari dulu lagi isu ni..
      dan tercapailah harapan mereka
      utk MENENGGELAMKAN SEMUA ISU-ISU SEMASA
      bijak2....
    • Syed Zul · Top Commenter · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAH
      kalau nak siasat pasal murtad ni dari dulu kerajaan boleh siasat, tak payah tunggu jais, pegi tanya mufti perak dan zul nordin kulim yg dakwa org melayu ramai murtad...
    • Muhammad Firdaus Alhadi · Top Commenter · Friends with Pria Malaya
      BTULLLLLLLLLLLLLLL DOHHHHHHHH....... syed zul... pandai main isu len nk ttup kesetanan die, i2 lah U_n_
  • Iffliea Abdullah · Top Commenter
    Pemimpin yang baik akan cuba menjaga keharmonian rakyat samada secara tindakan, percakapan atau hanya diam. Jika keharminian tergugat, bukan hanya Melayu/Cina, Islam/Kriatian yang susah tetapi seluruh rakyat termasuk tukanga batu api pun akan susah.
    • Arjunan Aman Arjunan · Top Commenter
      Menteliti apa ini? boleh jadi pemimpin? Inilah demokrasi zaman moden. Bodoh, angkuh, benggang dipilih sebagai ketua.
  • Ng Hong Yap · UTM
    nasib baik di tempat PR~kalau di area B-end, rasa rasa dah pelbagai api dia org main dan merumitkan lagi keadaan ~bab ini memang cara B-end.....main isu "agama+bangsa' supaya boleh jadi heroes dengan seluar dalam atas kepala............bengong.​......org pakai baju kuning ditangkap.......tapi ada org pakai seluar dalam atas kepala xhal~hahahahaha.
  • Hanapiah Hanapi · Top Commenter · Kebansaan manir
    mca x payah nak bising la..dap nk letak jwtan buat apa? kamu igt krjaan slngor tu duduk dlm negara afica ke? krjaan slgor adalah dlm mlysia dan yg patut selesai kes ini ialah krjaan pusat, isu ini yg sgja d mainkan untuk menutup kes warga asing dpt kerayatan, nati lah pas jupa gereja dan jais dulu mca kalau tak tahu nk selesai dok diam2..tgok cmna pas selesai nanti.
NGO dakwa JAIS temui bukti dokumen
Ogos 9, 11 2:31pm

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menemui bukti berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan dalam serbuan di Gereja Mathodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

NONEPersatuan Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Hussain mendakwa, soalan itu antaranya bertanyakan tentang malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, maksud Islam, Muslim dan Quran, lapor Berita Harian.

Dr Dzulkhaini mendakwa, apabila JAIS dan polis masuk membuat pemeriksaan selepas menunggu 20 minit, pihak gereja didakwa mengoyak dan membuang kertas itu dalam tong sampah.

"Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah," beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Dzulkhaini dilaporkan bercakap bagi pihak 45 NGO Islam Selangor.

Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan pelbagai usaha "NGO" dan "NGO Kristian" untuk memurtadkan umat Islam melalui bantuan wang ringgit.

Antara laporan itu, Ketua Penerangan PERKASA Ruslam Kasim dengan memetik satu sumber berkata, terdapat lebih 100 ibu tunggal dikesan menjadi pengunjung tetap DUMC.

"Kesemua mereka dikatakan terpijak bantuan diberikan pihak gereja, perkara ini tidak boleh dipandang ringan...," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, menurut seorang ibu tunggal yang ditahan dalam pemeriksaan semasa serbuan itu mendakwa sebuah NGO mensasarkan golongan itu yang kurang berkemampuan sebagai penyebar agama itu.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin mendakwa, beliau sendiri ditawarkan jawatan tinggi dalam agama terbabit, lapor harian itu.

  • Mohamad Shukri · Top Commenter
    Yang bersalah UMNO kerana gagal menggubal undang2 Murtad....Ramai Melayu tapi tak ramai yang Islam rasanya....
    • Laila Latiff · Selangor, Selangor, Malaysia
      kalau tak silap ni cita lama tp ianya hanya d heboh2kan bila ada keperluan,sepatut nya jangan kira masa nak dekat2 undi je
    • Asmael Ramli · Top Commenter · Friends with Thi HzRain
      SEtuju dengan Mohamad shukri. Yang mana dalam perlembagaan Malaysia ada menyebut "Kanak-kanak yang berumur 18 tahun keatas bebas memilih Agama" Kan ini menjadi tentangan para Ulama terdahulu yang tak setuju salah satu syarat untuk Merdeka 31-Ogos-1957.
    • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
      Isu ni harus ditutup dengan segera. Wartakan perlembagaan baru untuk mengekang kejadian seumpama ini berulang lagi.Amat setuju dgn Laila Latiff.. well sekadar nak mengalih perhatian..sobab NAJIB jubur Saful akan disoal siasat minggu depan...rakyatku nak gaduh lantaklah..BN kalah pun lantaklah..yang penting aku dan Cayangku Rosamah akan lari ke Planet Pluto..hahaha bye UMPorno ku sayang..bye BN..Lantaklah PR yg akan mewarisi kerajaan yg hancur..
  • Mohd Iznan Shamsuddin · Kuala Lumpur, Malaysia
    kebenaran mula terserlah..antimamak terus senyap..khalid samad dah ketag kepala lutut.
    • Mohd Khairi · Top Commenter · UKM
      ANtimamak tak bersuara langsung. Aku rasa dia ni kafir laknat tapi berprofilkan orang islam.
    • Abi Johann · Spm je
      aku tak berani kata ttg status akidah antimamak mamak ni.. cuma ada beberapa waktu bila dia komen waktu tu waktu solat memang tak kena langsung dgn timing seorg muslim.. lg pun dia cuma ada 3 org kawan,,semuanya kat luar negara..
    • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
      Mohd Iznan Shamsuddin: kebenaran makin terserlah? terkentut hang dongak kenyataan mu..Kebenaran hotak hang semua yang percaya.. Leftenan Nan,, ya betuuuii..sapa suru..korang pandai cakap saja tapi cakap tak serupa bikin..cakap agama suci tapi suka kutuk2 orang..adui..ponong kepalo.."lepas ni adalah orang nak kutuk aku ni.. sebab mereka mengaku merekalah orangnya yg tak dapat menerima hakikat" silakan..
  • Hazry Hidzir · MMU
    kalau sokong pembangkang pon xperlu la rasenye sampai bende libatkan agama pon sanggup tutup mata.
    • Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
      kalau 99.9 peratus serupa kenapa tak minta tolong pakar asing sah kan SEPERTI FBI ATAU SCOATLAND YARD KA????mereka ada kepakaran dan pengalaman luas dan dah tentu mereka ada profil anuar...kenapa minta tolong pensyarah yang tak dikenali???????dato johari pun dah tunjuk bukti,dan sah dia bukan anuar...mana ada rambut seseorang boleh lebat dalam masa satu malam broo???
    • Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
      ye ke polis tak bawa ke mahkamah sebab takut kene tangguh??? tugas polis ke mendakwa? bukan tugas pendakwa raya ke? bawak la ke mahkamah syariah karpal singh tak ble tangguh2 lg....
    • Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
      kalau takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut naik mahkamah jangan pandai2 nak tunjuk bukti.....
  • Abu Mirza · Top Commenter · Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan
    Bangkai mula membusuk walau cuba d tutup dengan lembaran pitih.
    • Abd Malik Abu Bakar · Bebas at Pendakwah Islam
      Pemimpin Yahudi & Nasrani memang agenda tersendiri utk memesongkan aqidah orang beragama Islam.Satu dunia tahu. Apa yg nak dihairankan kalau kes MURTAD berleluasa di Malaysia, kerna pemimpin tertinggi mahupun Tok2 Guru serta Ustaz2 baik dari UMNO mahupun PAS berpeluk tubuh.Kalau cakap pun, tak serupa bikin.Hangat2 tahi ayam je.
    • Antanom Ontoros · Top Commenter · Universiti Malaysia Sabah
      Betul tu Abu, bila baca je news di sini sana ada peperangan, ada keganasan, ada serbuan, ada tuduhan tak berasas dsbnya..skripnya sama dan pelakonnya juga sama.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Tempoh hari pak menteri cakap negara luar seperti amerika hendak belajar menangani keharmonian kaum dan agama dgn mlysia. kononya mlysia berbilang kaum berbilang agama hidup dgn amai damai. tapi sebaliknya apa sudah terjadi???. cakap tak serupa bikin. ada udang di sebalik ketam..
  • Mohd Hassany Hashim · Universiti Kebangsaan Malaysia
    Kenapa MB S'gor salahkan JAIS dalam hal ini? Sedangkan soalan yg dikemukakan betul-betul bertujuan JAHAT.
    • Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
      pasal siapa? golongan munafik memenuhi tanah malaysia ini,tu sebab byk yg tak reti buat macam reti.
    • Mira Hj Abu · Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
      Yagami Raito...Salah awak nie kalau nak letak kesalahan pada paderi semata2...Kebanyakan orang islam yang murtad adalah kerana pegangan agama dia yang lemah..Islam mengajar kita untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain...walaupun orang KAFIR sekali pun..Islam itu indah sebenarnya...Yang jadi kacau bilau tentang agama skrg nie berpunca dari pemerintah...Kalau pemerintah jujur dengan agamaNYA tak akan timbul isu2 nie...Ingat lagi tak ada pemimpin UMNO mengatakan "Melacur pun boleh kalau dah darurat" Islam tak mengajar kita begitu...Kalau dah tahu orang Islam banyak yang susah..Kenapa kerajaan melalui Baitulmal/Jabatan Agama atau pusat zakat tidak membantu...Mana boleh duit zakat dibuat perniagaan..melabur sana..melabur sini..Gunakan lah duit itu utk membantu sesama Islam..Malah duit zakat pun boleh dan diharuskan kita membantu selain dari Islam...Permudahkan pada orang2 yang betul2 memerlukan..Jangan terlalu banyak BIROKRASI.///
    • Azfar Mar · Director at World Car Rental
      hahahaha....cik mira sy ad seorg kawan serani kristian..beliau tidak terkejut dgn tindak tanduk pihak gereja yg seperti anda maklum..mmg ade usaha untuk mengkristian kan umat islam didunia..dimn2 pn berlaku so tidak mustahil di negara kita terdapat usaha2 ini..kenapa hendak dipersalahkan pemerintah..sedangkan pegangan agama dan ilmu pengetahuan tentang islam perlu dibina atau bermula dr bwh sekali..termasuk ibu bapa,sahabat dan lain..sy hndak brtanya kpd anda,adakah anda masih berpegang pd iajaran islam..dan sy menganggap anda akn menjawab- sy seorg yg masih berpegang kpd islam..ibu bapa sy mendidik sy dgn nilai2 islam seperti kebanyakkan org lain..so jika anda menyalahkan pemerintah bagaimana anda blh menjawab anda masih berpegang kpd islam? so kesimpulan nye adalah tggjawab kita semua untuk melindungi kesucian islam...

Yap: Skim pemilikan rumah di S'gor hanya umpan politik
Ogos 9, 11 4:34pm

MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan PKR Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.

NONEKetua Penerangannya Datuk Yap Pian Hon mendakwa kerajaan negeri mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membuat bayaran RM1,000 menerusi skim itu, sedangkan mereka perlu menjelaskan bayaran premium tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah.

"Mengikut siasatan kami, penduduk di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, yang menetap di tanah seluas 4,239 kaki persegi (393.8 meter persegi) dikenakan bayaran RM1,000 untuk memiliki 'land title' sahaja dan mereka langsung tidak diberitahu mengenai bayaran premium tanah RM30,978 untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

"Ini sangat keterlaluan sebab kalau ikut pentadbiran BN terdahulu, penduduk hanya dikenakan 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi tanah seluas lebih 4,000 kaki persegi (371.6 meter persegi), dan ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 sahaja untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

azlan"Kadar pengiraan formula ini pula dibatalkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang dikeluarkan mengenai garis panduan skim baru ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Yap berkata rakyat Selangor terpaksa menjelaskan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa melalui skim itu jika hartanah mereka dipindah milik atau dijual.

Katanya ini tentu membebankan golongan miskin terutamanya di kawasan Kampung Baru kerana mereka akan berhadapan masalah melunaskan bayaran premium tinggi disebabkan nilai hartanah yang sentiasa meningkat.

Yap turut melahirkan rasa kesalnya dengan pekeliling itu berhubung garis panduan skim pemilikan kediaman persendirian yang dikatakan tidak mempertimbangkan rayuan penduduk untuk mengurangkan bayaran premium bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah.

NONEPekeliling itu antara lain memberi kuasa kepada pentadbir tanah daerah untuk membuat penolakan awal sebarang permohonan rayuan pengurangan premium yang diterima, tanpa perlu mengemukakan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan PKR Selangor menidakkan hak asasi rakyat untuk merayu," kata Yap.

Yap, yang juga Ketua Penerangan BN Selangor, turut kesal dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan negeri baru-baru ini berhubung proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri.

Beliau berkata antara syarat ditetapkan adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak boleh bertanding bagi jawatan itu yang sekaligus menidakkan sumbangan warga emas yang memajukan penempatan Kampung Baru Cina di Selangor.

- Bernama



  • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
    dulu tak de cerita pun masa BN berkuasa...Gitu lakalu dah takde kuasa.
  • Pemuda BTP
    Umpan Politik pun ok ma...dapat rumah, kalau Umno BN, dapat kain batik cap 3 ayam jer....Pengundi dah bijok la boh! dulu bole la...TV Hitam Putih.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    Mari kita tanya ketua penerangan mca ini... adakah yang ditabur kepada rakyat sepanjang siri pilihanraya kecil bukan merupakan umpan politikkah? apa yang ditabur oleh najib sepanjang lawatannya ke seluruh negeri bukan merupakan umpan politikkah
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    Dah bagus tu dapat tanah untuk rumah kediaman bayar RM 1,000 hari ini dalam sejarah BN pun tak boleh buat macam tu syabas PR.
    • Faisal Ahmad · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      mmg ler baguspun.... tpi tak phm kat kena byr 30k lebih tuu.. kena byr bila tanah itu nak jual kpd pihak lain ker?
    • Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
      faisal ahmad kalau x salah aku tang 30k tu bila nak lanjutkan pajakan.. tgok la kalau pajakan 60 tahun or 99tahun lepas habis tmpoh kene la bayar premium.. yg mana masa tu kita hidup atau mati x tau la lagi... kira krajaan selangor bagi hnya RM1000 blh dpt tanah pajak utk rumah kira bagus sangat dh tu.. buat apa nak fikir primium blum tentu kita hidup smpai 80tahun
  • Syed Salim · Victoria Institution
    agaknya Yap cuba nak kelirukan rakyat. Premium RM 1K adalah bayaran memiliki tanah. Premium penuh hanya perlu dibayar bila nalk pindah milik atau membaharui tempoh pajakan SETELAH TAMAT TEMPOH 6O TAHUN.
    Itu pun kalau mereka tak dapat kumpulkankan duit dalam tempoh tersebut saya pasti kalau Pakatan masih memerentah boleh dilanjutkan tanpa bayaran. FAHAM?

Alhamdulillah ...Tun Siti Hasmah dah Bertudung...

Saya tidak mahu komenlah fasal kemanjaan Che Det dan isterinya. Cuma harapan saya semoga Tun Siti Hasmah kekal bertudung hingga akhir usia, bukan hanya untuk majlis tertentu. - Tayadih Malaysia


Gambar sekitar Majlis Sambutan Perkahwinan Che Det dan Tun Siti Hasmah.

Kredit: Minaq Jinggo


Walau Pun DULU :
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.


ROSMAH???

Murtad: Jangan Beli Barang Tak Laku

Dalam kehidupan manusia, perkara yang paling pokok dan paling utama ialah aqidah. Aqidah sebagai penentu kepada persoalan atau aspek yang lain. Andainya aqidah tidak betul atau rosak atau menyeleweng maka seluruh persoalan atau aspek lain tidak ada nilai. Nilai perbuatan manusia adalah ditentukan oleh Allah SWT. Maka segala amalan manusia hendaklah dituju kepada Allah SWT. Sekiranya aqidah sudah cacat, rosak dan menyeleweng maka semua amalan akan tertolak.

Islam telah meletakkan Rukun Iman yang enam perkara itu sebagai akar tunjang atau 'piling' kepada keseluruhan pegangan hidup. Pegangan kepada pokok aqidah ini sama sekali tidak boleh cacat walau sedikit pun. Cacat yang sedikit sudah dikira sebagai kerosakan secara keseluruhan.

Mempelajari, memahami dan menghayati pegangan aqidah yang pokok ini mesti menepati sebagaimana yang sebenarnya. Umpamanya mengenali Allah SWT itu mesti menepati sebagaimana sifat-sifat Allah SWT yang sebenarnya dan tidak boleh dalam keadaan agak-agak, andaian, syak atau zan dan sangka-sangkaan semata-mata. Demikianlah juga kedudukan rukun iman yang lain-lain itu.

Amalan-amalan lain pula mestilah menepati sebagaimana yang telah disyariatkan dan telah ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ. Setelah diamalkan menurut panduan syariat, andainya kedapatan cacat cela (umpamanya solat tidak khusyuk) tidaklah sampai menjejaskan perkara lain di sisi Allah SWT. Sebab itu dalam mencari dan memilih kebenaran untuk pegangan hidup, telitilah terlebih dahulu aqidahnya.

Andainya difikirkan secara mendalam tidak boleh diterima akal adanya di kalangan remaja Islam yang telah menukar agama atau murtad. Rasanya tidak mungkin remaja Islam sanggup berbuat demikian. Malah hampir mustahil ada dalam benak para remaja itu lintasan untuk menukar agama.

Namun realitinya telah, sedang dan terus berlaku. Apa yang berlaku ini satu fenomena yang merupakan malapetaka kepada umat Islam. Sensitiviti umat Islam nampaknya dalam keadaan pasang surut. Ketika sedang bergelora dengan isu Nur Aisyah Bokhari atau Lina Joy, ramai yang menampilkan diri sebagai wira jurubicara pembela umat. Selepas berlalu untuk suatu tempoh, kelantangan itu merosot dan sunyi sepi. Sedangkan jerat tidak pernah melupai pelanduk. Tidak hairan agenda pemurtadan itu terus berlaku.

Kepada semua pihak, khususnya remaja yang terlintas ada keinginan untuk menukar agama khususnya Kristian, ada baiknya ditangguhkan dahulu dan marilah berfikir secara rasional. Apakah benar pertukaran agama itu kerana mencari kebenaran? Apa alasan atau bukti atau hujah bahawa agama yang bakal dianuti itu adalah benar?

Ingatlah bahawa kebenaran (haq) paling pokok yang mesti dilihat ialah mengenai keTuhanan. Kalau persoalan keTuhanan itu bercelaru, samar dan tidak dapat dihurai secara jelas dan tidak menepati Tuhan yang sebenar, biar berbakul hujah mengenai perkara kehidupan, maka wajarlah ditolak.

Ingatlah perkara yang bersangkutan dengan agama ini tempat tujuannya ialah keTuhanan. Apabila soal keTuhanan itu jelas maka di situlah adanya kebenaran. Mengiringi soal keTuhanan itu ialah Al Kitab. Kitab yang benar-benar tulen dan tidak berubah, lengkap dan sempurna ialah Al Quran.

Bible bukan kitab Injil yang asli. Malah Al Quran ada menerangkan bahawa kandungan Bible itu sudah terlibat dalam berbagai pindaan oleh tangan manusia. Kepercayaan bahawa Jesus itu anak Tuhan bukan sahaja bercanggah dan disanggah oleh Al Quran malah bercanggah dengan Kitab Injil yang asal.

Suatu yang tidak kurang pentingnya untuk difikirkan ialah mengenai nasib agama Kristian itu sendiri di Barat. Andainya para remaja memiliki duit banyak pergilah melihat sendiri bagaimana nasib Kristian di tempat asalnya. Jangan hanya mendapat gambaran dari 'lecture' dan 'torture'. Kerana dalam keadaan demikian semuanya digambarkan indah belaka. Ringkasnya bahawa mereka di Barat sudah menolak Kristian. Tiada erti agama bagi masyarakat Barat. Bermula dari konsep trinity yang bercelaru hinggalah kepada kebangkrapan ajaran agama itu sendiri.

Kalau di Barat sendiri sudah tidak laku untuk apa mereka 'menjajanya' di negara kita. Dan kalau di Barat sendiri sudah tidak laku apa pula alasannya kita di sini "membelinya". Di sinilah terasa anehnya! Dan mungkin juga mentaliti kita terlalu rendah sehingga tidak mampu berfikir terhadap perkara yang sangat 'simple'. Kalau mereka ada tenaga, ada duit, ada masa dan mereka yakin, mengapa tidak digunakan tenaga, masa duit dan keyakinan itu untuk 'menjaja' di Barat serta hidupkan kembali gereja yang sudah usang, sepi, tersisih dan tidak berfungsi?

Selain mentaliti yang rendah sehingga tidak dapat menyanggah persoalan sekecil itu ada faktor lain yang berselindung di sebalik kononnya mencari kebenaran. Di antaranya:

a. Lemahnya didikan dan asuhan aqidah. Yang berlaku selama ini bukan penghayatan aqidah. Apa yang berlaku hanyalah kebiasaan dan penghafalan yang hanya melekat di dalam ingatan. Sedangkan penghayatan ialah melekat kuat, tertancap kukuh di dalam hati.

b.Apabila lemah penghayatan aqidah tidak usahlah disandarkan seseorang itu pernah bersekolah agama, tahu membaca Al Quran dan hafal Surah Yasin. Kerana ramai professor di Barat yang hafal seluruh Al Quran, mampu mentafsir dan menjadi pensyarah kepada pelajar Islam. Namun dirinya tidak Islam kerana apa yang dimiliki itu hanyalah ilmu yang dipelajarinya, bukan penghayatan.

Lemah penghayatan aqidah, rendah pula kemampuan berfikir, maka mudah saja termakan hujah orang lain. Adakalanya digula-gula terlebih dahulu dengan asyik makhsyuk alam percintaan nafsu. Atau dipujuk dengan sedikit bantuan material, seperti melunaskan hutang atau dijanjikan kesenangan hidup.

c. Perangkap dan jerat mereka sangat licik. Permainan dan putar belit terancang mereka itu menjalar secara halus. Setelah terperangkap diiringi pula dengan imbuhan dan habuan yang datang mencurah-curah.

Sebagai kesimpulannya semua pihak perlu bukan sekadar menyalur dan menyampaikan ajaran Islam tetapi mestilah beserta dengan roh Islam. Mesti ditanamkan juga dijiwa remaja Islam dengan roh jihad. Bukan sekadar belajar ilmu dan memburu kelulusan markah tinggi dalam peperiksaan.

Kalaulah roh Islam dan roh jihad itu memang ada dalam diri, dadah sifar tidak perlu menunggu tahun 2015. Kalau benar didikan Islam itu berkesan tentulah yang berlaku sebaliknya, iaitu gelora kegembiraan sering berlaku kerana berbondong-bondong remaja lain menyertai agama yang hak ini yang datangnya dari Allah SWT.

Cukuplah ekonomi kita tidak menentu kerana 'rompakan' halus dari dalam negara dan dari Barat. Janganlah pula aqidah dan maruah diri turut kena rompak. Jangan ditukar aqidah dan maruah diri dengan bayaran sekeping cinta palsu yang tidak boleh dibawa mati, atau harta sementara yang akan habis bila-bila masa.

محمد فضلي بن يوسف

08 Ramadhan 1432H

08 Ogos 2011

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150337162701719)

Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

Tiada ulasan: