Jumaat, 12 Ogos 2011

KADANG2 CAKAP BERBELIT2 SYOK JUGA...BEGITU BODEK MEMBODEK DAN JAGA PERIUK NASI...TAPI JAUH NAK MENJAGA DIRI DARI API NERAKA ALLAH SWT

PM: K'jaan elak rusuhan seperti di London
Aidila Razak
Ogos 12, 11
6:59pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rusuhan yang berlaku di London membuktikan tindakan kerajaan menghalang BERSIH 2.0 daripada berarak pada 9 Julai lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini, Najib berkata tindakan berkenaan dijalankan bagi mengelakkan keadaan huru-hara yang sama berlaku.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku di United Kingdom itu sangat serius dan langsung tidak dijangka oleh pihak berkuasanya.

Tambahnya, tiada jaminan bahawa perhimpunan jalanan akan kekal aman kerana mungkin ada pihak tertentu yang akan menyertainya untuk membuat kekacauan.

"Dalam demonstrasi jalanan tak ada jaminan semua yang masuk kumpulan itu terdiri daripada mereka yang ada niat untuk mengadakan demonstrasi aman.

"Tentu ada yang lain yang ada tujuan tidak baik akan tumpang semangkuk menyertai kumpulan itu.

"Bila ada demonstrasi jalanan besar-besaran, besar kemungkinan pecah kedai dan serang menyerang adalah sesuatu kemungkinan yang tak boleh kata tak akan berlaku," katanya lagi.

  • Mark Kam
    rusuhan kat UK tuu gangster jalanan... kat BERSIH cume pakcik, makcik, abang, adik, kakak yg ade kat sana. Nampak gangster ke? Ade kerosakan ke kat stadium. Ade tak orang pukul polis... kat UK 100 polis cedera... kite 1polis tak cedera tapi 1000++ org kena tangkap. Perusuh kat UK tu sume penagih dadah dan gangster jalanan... ish ish... (at least dia org ada berani nak tunjuk keganasan polis dan gangster tersebut kat TV. TV kite ade? Takde kan... so DIAMLAH!:)
  • Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
    Mmg bodoh kl nak samakan BERSIH 2.0 dengan rusuhan di London. BERSIH berjuang utk keadilan pilihanraya. Yg kat London tu, bkn hilang kawal, tujuannya mmg utk membuat kacau. Lagipon kl polis bekerjasama dengan penganjur BERSIH, mana lah ada masaalah. Najib saja nak "betulkan" kesalahan yg telah dibuat olah polis.
  • Nirwana Wahab · Kuala Lumpur, Malaysia
    ala bodoh nya, mcm ni boleh jadi PM....memalukan! cuma yg bodoh je nak dengar statement bodoh tu najib..
  • Kok Wing · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah
    macam mana Pemimpin Nombor 1 Negara boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian!
  • Nasiruddin Ex-gt · Pengulas Tertinggi · Boss di KFC - Kentucky Fried Chicken
    Kerajaan kata mereka 'bijak' menghalang perhimpunan 9 Julai, kalau tak jadi macam rusuhan di London. Cuba kita tengok fakta kedua2 kejadian, jauh bezanya. Pertama, rusuhan di London, tidak ada kaitan dengan pengaruh politik. Kedua, apa yang berlaku di london itu dipanggil rusuhan, 9 Julai itu perarakan aman.takde peserta Bersih 2.0 pecahkan cermin kedai, rosakkan kenderaan, xda langsung. Umpamanya menyamakan lembu dan kerbau.Dan fakta paling utama himpunan 9 Julai polis yang ganas, peserta ramai cedera masa tu. kalau ada polis luka, konfem RTM buat tajuk berita 2 bulan punya. ada akal fikir la.


BERSIH: 'SPR lebih beria-ia pertahan parti pemerintah'
Ogos 12, 11 5:28pm

BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih, tetapi sebaliknya mendakwa suruhanjaya itu lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

NONEJawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat BERSIH 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

Masalah daftar pemilih


"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan daftar pada pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

azlan"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

'Malaysia yang kami hasratkan'


Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media, dibuat tanpa sebarang penelitian rapi.

"Membandingkan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan.

"Kenyataan bahawa parti pembangkang 'memiliki media baru' juga tersasar daripada pokok permasalahannya.

"Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu.


Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar
Hafiz Yatim
Ogos 12, 11
3:24pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.

Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof juga hadir untuk ditemubual.

azlanAnwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.

NONEOleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom (kiri).

"Meskipun berdepan dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat.

"BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

"Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanahair," katanya.

  • Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
    Kalau rakyat mempercayai "Kes Liwat II" Anwar adalah suatu usaha fitnah, maka sokongan rakyat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat akan bertambah dan semakin kuat...Ramai berpendapat,"Kebijaksanaan​ Najib adalah menyalahgunakan wang rakyat untuk" mengotorkan politik" serta membeli reputasi dan mengubah imejnya.Jika dibandingkan dengan zaman PAK LAH, politik kini adalah lebih teruk.
    • Zali Mascoll · Pengulas Tertinggi · Klang
      teo lu banyak betul itu saiful muda lagi banyak kuat saya ingat kalau susah sgt suruh anuar report itu saful kasi hantam anuar lorr. itu saiful sudah susah hati satu amoi pun x mau sama dia . anuar sudah kene tahan berapa lama keluar dia hantam lagi saiful . saya ingat dlm penjara lagi banyak dia hantam lorr .
    • Long Gy · SKMA Kadipaten
      Dia ingat semua orang akan caya .ada ke orang buat du kali .seronok ke masuk pnjara tu. Semua orang ingat ada orang nak kena kan ketua pakatan tu. Mungkin takut .semua tahu dia tu mrN tu ada udang di sebalik batu tahu
    • Long Gy · SKMA Kadipaten
      Senang saje bagi bn menang semua kita lihat .adahkah sua kaum senang atau susuh. Itu jam rakyat ada ingat .pakatan. Bila susuh rakyat akan salah bn . Itu jm pr baru senang .sebab ereka yg undi MCA GERAKAN. Mic atau umno baru sebersalah. Kalau tidak I rasa mereka semua tidur lagi lag minpi siang
  • Rman Arman
    Ya Allah aja wajala... tunjukanla kepada kami siapa yang berada dipihak yang benar dan tunjukanla juga kepada kami siapa pembawah fitnah agar kami tidak tergolong dikalangan pemfitnah dan pembawa fitnah..
  • Melissa Anis Harun · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    najib berani dtg kerana benar,, anwar asyik tangguh kerana salah....
    • AuDy AAziz · Pengulas Tertinggi · Guitarist di Musicians On Call
      mesti la najib dtg.. kalau tak dtg, nanti 1malaysia ckp die penyecut.. tp 1malaysia tahu dia takut bini..
    • Haessler Amandus · SMK Datuk Peter Mojuntin
      sekali datang dah kata kerana benar....anwar turun naik datang mahkamah bertahun tahun..tuduhan macam2...kena jel lepas tu mahkamah kata dia tak salah....lar ni buat script part 2 plak.....camna ni.....lucu3
    • Mamat Junta · Pengulas Tertinggi · OUM
      Melissa Anis nii spesis doh tiada DARA...sama laa dengan kome tu...mana tau pahla dosa...benar salah...pi ler
  • Ratu Aida Sania · Pengulas Tertinggi · Bangkok, Thailand
    Alhamdulilah, pak najib kesayangan hamba hadir bersama kak ros ke mahkamah dan mereka bisa di temubual, semoga apa jua ayat yg terpacul dari mulut semanis kurma itu tiada yang bohong dan menimbulkan kesangsian pada hati hamba....jangan bohong sana bohong sini Allah marah.

    P/S : kak ros tayang skit cincin 24juto tu, pasti tadi mahkamah bersilau2 kan.
  • Hasnan Hussin · Pengulas Tertinggi
    kalau najib betul jangan takut. jawab soalan bukan susah.

Pakar, peguam tak sepakat kuasa JAIS
Jimadie Shah Othman
Ogos 12, 11
4:23pm

Pelbagai pihak, termasuk pakar perlembagaan dan pengamal undang-undang tidak sepakat berhubung sejauh mana bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Ada yang berpendapat bahawa kuasa JAIS - melalui peruntukan daripada enakmen negeri - hanya sah terhadap orang Islam dan ada yang berpandangan sebaliknya.

NONEMenurut pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan), pihak berkuasa Islam - termasuk jabatan agama dan mahkamah syariah - hanya tertakluk kepada orang Islam.

Dan sekiranya dibenarkan oleh enakmen tertentu pun, menurutnya, ia masih boleh dicabar di mahkamah sivil.

"Soalnya adakah hadir ke gereja itu satu kesalahan? Setahu saya tidak, kerana jika ia kesalahan ertinya pergi ke gereja bagi orang Islam ialah sejenis jenayah syariah.

"Saya tak fikir begitu (jenayah)," katanya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Sementara peguam Syahredzan Johan dan Mohd Radzlan Jalaludin pula berpendapat sebaliknya.

Menurut mereka, Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 memperuntukkan kuasa itu.

Shahredzan berkata, enakmen itu memberi kuasa kepada 'pegawai bertauliah' untuk menyiasat kesalahan bawahnya dan menangkap tanpa waran orang yang disyaki melakukan kesalahan.

'Boleh panggil siapa saja'

Ia juga memberikan kuasa "menggendaki mana-mana orang yang mengenali keadaan kes", memeriksa secara lisan dan menulis kenyataan yang diberikan.

"Harus diingati bahawa Enakmen Agama Bukan Islam 1988 ini mewujudkan kesalahan bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam.

azlan"Ia bukanlah 'jenayah syariah' yang mana pendakwaan dilakukan di Mahkamah Syariah, tetapi kesalahan enakmen negeri yang mana pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Majistret," katanya.

Radzlan - yang terkenal dengan kes sensasi 'bini puaka' - pula berkata, enakmen itu juga membolehkan sesiapa sahaja dipanggil, termasuk daripada pihak gereja terbabit sendiri.

"Siasatan boleh diadakan pada siapa-siapa sahaja. Ada atau tidak dakwaan (mengembangkan agama bukan Islam) itu kita tidak tahu.

"Sepatutnya semua pihak berikan kerjasama selagi siasatan mengikut lunas undang-undang. Jika tidak, mereka ada kuasa mencabar tindakan itu, juga menurut lunas undang-undang," katanya.

Berhubung kuasa polis dan peranan polis pula, sekali lagi terdapat perbezaan pendapat antara pakar dan dua pengamal undang-undang itu.

Aziz Bari: Kuasa Peguam Negara relevan

Menurut Aziz, polis boleh menjalankan kuasa-kuasa tertentu, baik mengikut enakmen, akta dan undang-undang yang mengkanunkan kuasanya kerana "kerja polis melaksanakan undang-undang".

"(Tambahan lagi) undang-undang menyekat penyebaran agama bukan Islam adalah undang-undang sivil; ia bukan undang-undang syariah. Sebab itu kuasa Peguam Negara relevan (dalam isu ini)," katanya.

Sementara ketika ramai berpendapat tindakan itu sebagai pertindihan tugas, Radzlan pula secara berjenaka membandingkannya dengan keadaan siasatan kes lain seperti siastan VCD haram yang boleh dijalankan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali gus.

"Macam di internet, akhir-akhir ini banyak kes polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) menyiasatnya secara bersama.

"Soal sama ada ia bertindih atau tidak, kita tengoklah nanti siapa yang rajin buat kerja?" katanya.

NONESementara Syahredzan (kanan sekali) yang juga pengerusi kempen PerlembaganKu pula berpendapat polis tiada kena mengena dalam kes tersebut bawah kuasa negeri.

Katanya, seperti dinyatakan dalam perlembagaan, undang-undang negeri (dan persekutuan bagi Wilayah Persekutuan) boleh mengawal dan menyeket penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Menurut beliau, Selangor, contohnya, menggubal Enekmen Kawalan Dan Sekatan Pengembanga Agama Bukan Islam 1988 mengikut kuasa yang diberikan oleh Perkara 11(4).

"Maka pendakwaan juga berdasarkan kepada kesalahan- kesalahan yang tertakluk di dalam enekmen negeri. Tidak ada kena-mengena dengan polis," kata peguam di tetuan RamRais & Partners itu.

Tiada ulasan: