Rabu, 6 April 2011

RASUAH HARAM DIAMALKAN....YANG PENGAMALNYA MASUK NERAKA...PEMBERI DAN PENERIMA...DUNIA LEPAS AKHIRAT SANGKUT

Taib letak adik sendiri di Muara Tuang dipersoal
Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak khususnya pengundi di Dun Muara Tuang sudah muak dengan amalan kronisme kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasrat rakyat untuk melakukan perubahan terserlah apabila PAS bertanding di kerusi ini.

Ini, katanya dapat dilihat apabila terdapat penubuhan beberapa cawangan penaja bagi PAS di Dun tersebut yang disertai golongan muda.

Menurutnya, sewaktu merasmikan penubuhan cawangan penaja malam tadi, ketua cawangannya, Abdul Rahman Doli meluahkan kebimbangan masa depan Sarawak jika tak berlaku perubahan politik baru.

"Isu di sini ialah soal kronisme di mana mereka tidak lagi begitu gembira dengan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud apatah lagi calon yang bertanding ini adik beliau sendiri.

"Kita lihat juga semalam kehadiran anak muda yang begitu mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dan ini menunjukkan hasrat rakyat yang sebelum ini kita tidak tahu dan apabila PAS bertanding, baru kita tahu mereka cari kita," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah hari ini.

Beliau juga berkata, BN tidak lagi menghadapi laluan mudah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun tersebut.

"BN tak akan mendapat jalan yang mudah seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini mereka ada jalan mudah untuk menang besar tapi saya percaya kali ini jalannya sukar.

"Contohnya, seperti yang berlaku di Tenang, BN berhempas pulas menurunkan jentera untuk melawan PAS," katanya.

Tambahnya, tindakan adik Taib itu kekal bertanding di Dun tersebut menunjukkan beliau dan abangnya Taib ingin menambahkan kekayaan.

"Muara Tuang ini mereka anggap begitu mudah untu menang dahulu, tetapi penolakan orang terhadap Taib Mahmud orang melihat bahawa tidak wajar untuk Taib Mahmud bertanding lagi dan mengekalkan adiknya, seolah-olah Taib Mahmud ingin meneruskan empayar kekayaannya," katanya.


Kematian pegawai Kastam: Pastikan siasatan yang adil
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 April: Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub, berjanji akan mempastikan siasatan yang adil dilakukan ekoran kematian seorang pegawai kanan Kastam pagi ini di perkarangan bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Parlimen Kubang Kerian memberi reaksi segera terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

"Sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berwajib bagi memastikan satu penyiasatan yang adil dapat dilaksanakan dengan segera ke atas kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Bagi beliau, kematian seorang pegawai Kastam yang membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini sangat menyedihkan.

"Sebagai anggota Parlimen, saya akan memastikan ia disiasat dengan cara yang telus dan diberikan penjelasan yang wajar oleh SPRM.

"Kita bimbang, ketika kematian Teoh Beng Hock masih lagi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kematian pegawai Kastam ini akan memberikan persepsi yang lebih buruk kepada SPRM," kata Salahudin. (gambar bawah)

Kematian pegawai kanan Kastam yang dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM ke gelanggang badminton berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mengejutkan banyak pihak.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak berbayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu di Klang berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya hari ini, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam itu sudah tidak ada.

Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.



Mengapa SPR ambil masa sah penyata kewangan calon BN
Hazayani Zakaria
KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.


Penjelasan SPRM berhubung kematian pegawai kastam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam pagi tadi.

Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan.


Rumah Pertamaku hanya gimik politik
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 April: Projek perumahan 'Rumah Pertamaku' tidak akan memberikan sebarang erti kepada keseluruhan rakyat negara ini, selagi para pemimpin Umno BN tidak benar-benar ikhlas untuk merealisasikannya.

Sebaliknya, generasi muda yang menjadi golongan sasar bagi projek itu mungkin akan menanggung beban hutang yang berpanjangan disebabkan kecenderungan para pemimpin Umno BN bermain politik dengan rakyat berhubung dengannya.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain yang turut menyedari perkara itu berusaha menyedarkan para pemimpin Umno BN agar tidak terus bersikap demikian demi kepentingan rakyat, dengan membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, mengenai projek perumahan 'Rumah Pertamaku', apakah kerajaan dapat memastikan projek itu tidak dipolitikkan.

Katanya, persoalan tersebut dibangkitkan supaya genarasi muda yang menjadi pembeli rumah menerusi projek itu tidak menanggung hutang akibat tidak berkemampuan membayarnya disebabkan harga rumah yang tinggi.

"Sehingga kini kerajaan dilihat tidak mempunyai kawalan menyeluruh terhadap pemaju-pemaju perumahan, khususnya di kawasan-kawasan bandar dan lokasi-lokasi tertentu," katanya ketika mengemukakan soalan lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Disebabkan kelemahan itu, menurut beliau, kebanyakan pihak pemaju telah mengambil kesempatan menaikkan harga rumah, sehingga menjadikan harga rumah begitu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh generasi muda.

"Ini akhirnya turut menimbulkan satu lagi masalah lain, iaitu projek-projek perumahan itu akan terbengkalai kerana tidak mampu dibeli oleh orang ramai," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dalam jawapannya hanya berjanji akan mengambil perhatian dengan perkara yang dibangkitkan itu, tetapi tetap tidak diyakini akan berkemampuan mengubah keadaan.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, Muhammad berkata, urusan perumahan merupakan perkara amat penting kepada setiap orang termasuk generasi muda.

Namun dalam hubungan ini, beliau amat kesal apabila projek tersebut hanyalah dijadikan gimik politik oleh para pemimpin Umno BN bagi meraih undi dari orang ramai.



Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang
yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,
ِ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al- Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
ِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan
apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas
apa-apa sifat;
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi
atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya



4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan
atau peratusan;
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau
benda berharga;

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-
apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-
apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau
tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada
menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya, saya kira tidak

sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk
melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi,
3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang
kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-
Bukhari & Muslim )

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk
kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua;
separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum
Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang
kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari
separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang
makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan
diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan
kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi)
berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al
Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya
adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah
adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini
wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.

Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi
pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak
diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat
dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi
perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-
wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/
)
Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui

Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan
kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil
menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di
sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan
Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama
seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-
1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam
katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam
usaha membanteras rasuah

2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan
kenalan rapat.
Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana
bersubahat.
3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak
libat aku, sudah'.
Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.
4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di
sini.
Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan.
Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.
5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin
selamat.
Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam
diri.
6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan
dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.

Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka.
Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap
kesungguhan mereka.
7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat
dan besar.
Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai

keadaan ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang

terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang
bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di
tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku
potong tangannya!"

Fakta Kajian

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan
bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah
kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000
ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan
bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang
RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa
terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah
berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index
2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).
Piawaian Rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia
telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke
tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke
tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu
memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180,
berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi
tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada
lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari
rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara
mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik
di dunia.!
Rujuk senarai keputusan negara-negara seperti berikut :-
( Ia menggunakan skala 1- 10, dengan 0 menunjukkan tahap rasuah yang dicatat dan
dikenalpasti adalah paling tinggi dan 10 menunjukkan tahap terendah.

Tiada ulasan: