Sabtu, 28 Januari 2012

SENDIRI ADA KAIT MENGAIT..SENDIRI KATA TAK PAYAH...MACAM SESUATU NAK DILINDUNG...DUNIA MUNGKIN TERLEPAS...AKHIRAT BAGAIMANA...

Keluarga Shahrizat nafi rakus belanja pinjaman RM250 juta
Pengarah eksekutif syarikat National Feedlot Corporation, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang RM250 juta untuk projek lembu fidlot.

"Tidak munasabah kalau saya (guna wang) untuk berpoya-poya, anak-anak saya akan lingkup, (keluarga) saya akan hancur bila tidak boleh bayar pinjaman yang besar itu.

"(Ada yang dakwa) kami rakus dengan wang, beli kondo, beli (kereta) Ferrari, beli coli RM16K pun ada (yang kata).

"Orang cepat melatah dan kata benda-benda begini," katanya dalam satu taklimat kepada beberapa pemimpin NGO di Kampung Baru hari ini.
Ini merupakan kali pertama Shahinur Izmir tampil di khalayak umum untuk mempertahankan syarikat milik keluarganya yang kini dilanda kontroversi.
Anak kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu berkata, beliau tidak pernah membeli kenderaan Ferrari dan gaji beliau juga tidaklah mencapai angka RM40,000 seperti yang didakwa.

Beliau turut menjelaskan keputusan syarikat berkenaan untuk membeli hartanah, seperti dua unit kondominium One Menerung.

Tegasnya, hartanah berkenaan telah memberi pulangan dalam bentuk bayaran sewa.

Katanya, syarikat itu juga perlu membayar pinjaman berkenaan tahun ini, sedangkan projek National Feedlot Centre telah ditangguhkan.

"Jadi dengan duit pinjaman itu, kita kena putuskan sama ada hendak biarkan dalam bank atau dijadikan pelaburan.

"(Keputusan untuk membeli hartanah) merupakan keputusan yang baik pada masa itu," katanya lagi.
Beliau juga menyifatkan bahawa tuduhan demi tuduhan terhadap beliau dan anggota keluarganya itu sebagai dakwaan yang tidak jujur.

"Macam mana nak seleweng duit yang kita sendiri pinjam? Setiap sen pinjaman itu kena bayar balik," katanya lagi.

Beliau turut menerima beberapa soalan daripada wakil NGO yang hadir, termasuk daripada wakil pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan.

Suhaimi menimbulkan persoalan berhubung nasib penternak lembu di kawasan Air Kuning Selatan, Gemas yang kini menjadi tapak projek NFC.

Suhaimi berkata, tanah penternak berkenaan telah diambil tanpa sebarang pampasan manakal projek ladang satelit yang dijanjikan melalui NFC juga tidak berjalan.

Wan Shahinur Izmir dalam penjelasannya berkata, syarikat NFC tidak bertanggungjawab atas pengambilan tanah berkenaan, yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Beliau kemudiannya bergegas keluar meninggal majlis berkenaan tanpa menerima apa-apa soalan daripada wartawan.

Difahamkan, Wan Shahinur Izmir akan menyertai bapanya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang kini sedang mengerjakan umrah di Mekah.



  • Marimuthu Pachayappan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
    Bukan keluarga Sharizat je kena salahkan dlm hal ni..... Jabatan kerajaan yg saja bagi semua duit sebelum projek dimulakan dgn sepenuhnya pun kena salahkan jua...... Seperti kata PR, kena tubuhkan siasatan diraja utk ketahui bagaimana kesilapan ni boleh berlaku........ Biar mereka buat kesilapan ni terima akibatnya.......

    • Lolo Yuep · Pengulas Tertinggi
      Ini BUKAN KESILAPAN... ini perancangan dng niat, tak yah nak putar belitkan prk yg dah berlaku ............

    • Rahman Ramli · Pengulas Tertinggi · Tak sempat habis cikgu mati
      piii daaaa mau putar alam la pulak, dasar kaki pembohong keluarga sarizat... sampai mampus aku sebagai warga negara malaysia tak akan halal kan dan maaf kan kamu sekeluaga sarizat... mentekedarah wang dan harta haram........eekkk tuuuiii

    • Pprt Tsekah · Pengulas Tertinggi · Sekolah Pondok Rembia
      Rahman Ramli aku sokong ... hei anak lembu, ko jangan dolak dalik yer, kalo lembu tu boleh bercakap dia pun rasa malu gak

  • Toner Pekat · · Sibu, Sarawak
    Seandainya di dunia ini kita tidak dikenakan hukuman atas kesalahan yang kita lakukan semasa kita masih hidup, percayalah hukuman di akhirat adalah yang pasti untuk kita........Allah maha mengetahui dan tahu apa yang harus dilakukan.....TQ.

    • Toman Tamin · Baling
      Samsu Hilmy Abdullah mooooo, jangan cakap cam tuuubos dia dok di mekah ooooo

    • Putera Shah Naqiuddin · SK Bandar Seri Putra
      Toman Tamin

Tiada ulasan: