Rabu, 25 Januari 2012

BUATLAH SESUKA HATI KITA@TENGAH BERKUASA..AKHIRAT NANTI BARU TAHU KUASA KITA SETAKAT MANA...NERAKA TEMPAT YANG TAK AMANAH@SALAH GUNA KUASA..SYURGA UNTUK YANG TAAT PADA ALLAH...KITA SAMA2 TUNGGGUUUUUUUUUUUU.....

'Sedarlah Soi Lek, sekarang sudah 2012'

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menasihatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sedar bahawa kini sudah tahun 2012 di mana rakyat tidak lagi termakan dengan sentimen politik perkauman sempeit yang diperjuangkannya.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, kenyataan Chua Soi Lek bahawa sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa adalah suatu kenyataan provokasi dan penuh sentimen kebencian terhadap PAS.

Menurutnya, presiden MCA itu cuba menanamkan sikap prejudis antara kaum supaya timbul perasaan tidak senang komuniti Tionghua terhadap PAS.

Sedangkan, rakyat katanya mahukan kesejahteraan, keadilan dan kemakmuran di dalam sistem politik baru yang sedang dibawa oleh Pakatan Rakyat lebih dari sentimen politik sempit perkauman.

"Kenyataan Datuk Seri Dr Chua sebenarnya adalah kenyataan lapuk yang telah ditolak oleh masyarakat yang peka dan arif dengan perkembangan politik negara.

"Datuk Seri Dr Chua kelihatan seperti ketinggalan zaman dengan kenyataan-kenyataan ‘usang’ yang cuba diolah kembali bagi ‘menghidupkan’ kembali politik beliau yang telah dilupakan orang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.

Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”

Mengulas lanjut Riduan menjelaskan, PAS bersama Pakatan Rakyat tetap komited memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, kezaliman, penyelewengan, penindasan serta sikap rasis sesetengah pihak.

"Pakatan Rakyat bertekad mahu membebaskan rakyat dari belenggu rejim korup Umno BN yang sedang menanti rebah.

"Adakah ini yang sangat ditakuti oleh pemimpin seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," soalnya.

Menurut Riduan lagi, beliau sangat yakin, sekiranya semua kaum mengerti matlamat perjuangan PAS, mereka tidak akan membantah, malah akan terus memberikan sokongan kepada PAS.

Ianya terbukti apabila PAS kini memiliki Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terus memberikan sokongan meskipun mereka tahu PAS meletakkan perjuangan Islam sebagai matlamatnya.

"Justeru, DPPM menasihatkan Datuk Seri Dr Chua agar bermain politik secara bijak dan matang.

"Rakyat mahu melihat apakah hasil dari perjuangan yang telah diusahakan oleh beliau dan partinya, bukan hanya berkokok tidak tentu pasal," tegasnya.

Umno umpan wang misi tawan Kelantan

Mohd Nor Yahya, 25 Jan 2012
KOTA BHARU, 25 Jan: Umno dianggap hanya bergantung kepada kekuatan wang ringgit bagi menjayakan misi menawan Kelantan. Sedangkan taktik itu bertentangan dengan perjuangan dibawa Nabi Muhammad saw.
(Gambar: Nik Aziz melepas rombongan Kelantan Ride)
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno sejak 20 tahun lalu beriya-iya sangat hendak tawan Kelantan dengan harapan mereka ada kekuatan wang ringgit.
“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak sehingga bercakap begitu, sedangkan semasa Nabi Muhammad saw dahulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal.
“Jadi tidak pelik dan hairanlah kalau kami (PAS) di Kelantan ini juga berusaha mempertahankan Kelantan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan pelepasan rombongan Kelantan Ride di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Semalam ketika datang ke Kelantan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu menawan negeri tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
Malah, sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melahirkan keyakinan serupa, mampu merampas Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Mursyidul Am PAS berkata, walaupun Umno berusaha merampas Kelantan, namun PAS tetap mempertahankan negeri ini.
Bagaimanapun menurutnya kekayaan yang dimiliki seseorang tidak digunakan untuk Islam dianggap hanya sia-sia sahaja.
“Firaun kaya, Qarun kaya, Namrud pun kaya kalau nak banding dengan Nabi saw masa itu. Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT,” ujarnya.
Kata beliau juga rakyat Kelantan akan bertanggungjawab di hadapan Allah Taala kelak sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh mempertahankan dasar Islam yang ada sekarang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak nampak sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan Umno mahu  merampas Kelantan.
“Keyakinan itu perkara lumrah dan bukan kali pertama disuarakan pemimpin Umno samada di peringkat pusat mahu pun negeri.
“Pada pilihanraya umum 2008, Umno Kelantan di bawah Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan serupa, bahkan mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Tangguh sementara projek udang di Permaisuri

Khairul Azlam Mohamad, 25 Jan 2012
KUALA TERENGGANU, 25 Jan: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mendesak kerajaan Terengganu menangguhkan sementara projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) di Setiu.
(Gambar: Zulkefly melawat tapak projek udang di Permaisuri yang menimbulkan masalah kepada alam sekitar)

Penangguhan itu bertujuan bagi memberi tumpuan kepada keselamatan alam sekitar yang dikatakan menjejaskan kawasan berhampiran akibat pelaksanaan projek tersebut.

Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar mendakwa projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300 juta itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian menyeluruh.

Malah, katanya projek kolam udang berskala besar itu memberi kesan terhadap kawasan penempatan penduduk termasuk banjir yang dikatakan lebih buruk berbanding
tahun sebelumnya.

“Sebelum pelaksanaan projek i-SHARP sepenuhnya, syarikat yang bertanggungjawab memajukan
ka wasan itu perlu menyediakan kemudahan yang baik untuk memastikan kawasan selamat dengan menambah baik sistem pembuangan sisa dari kolamdan sistem perairan.

“Apabila menternak udang di kawasan itu, sisa daripada ternakan udang akan disalurkan kepada
sungai dan akibatnya, sungai akan tercemar dengan bahan toksik,” ujarnya kepada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu baru-baru ini.

Selain itu, katanya air sungai yang tercemar dengan sisa buangan kolam udang akan menjadi toksik
dan tercemar.

Menurutnya, projek tersebut turut memberi kesan kepada kemusnahan kawasan pembiakan hidupan laut, sangkar penternakan ikan penduduk tempatan terjejas, hakisan tanah serta masalah sosial akibat pengambilan buruh yang mungkin menggunakan khidmat buruh asing.

Beliau menjelaskan, projek i-SHARP tersebut dimajukan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.
Projek terbabit, katanya melibatkan keluasan 1,000 hektar atau 2,400 ekar tanah yang meliputi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampung Banggol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri.

Zulkefly mendakwa selain hutan paya gelam kawasan tersebut turut melibatkan pengambilan tanah
rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi yang disediakan semasa kerajaan PAS Terengganu.
”Kita (PAS) tahu, walaupun projek itu mendapat sokongan Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) tetapi ia tidak mengambil kira kajian menyeluruh oleh DEIA dan tidak mengambil pandangan semua pihak termasuk rakyat.

“Orang kampung bukan meneroka tanah kerajaan secara haram tetapi diusaha kan dengan lesen
menduduki sementara (TOL) yang diberikan semasa kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dahulu.

“Apabila bertukar kerajaan, lesen (TOL) tidak disambung semula tetapi orang kampung terus mengusahakan tanah dari tahun 2000 hingga 2009,” jelasnya.

Menurutnya, rakyat kehilangan tanah RTB dan sumber mata pencarian apabila kerajaan mengambil
tanah di kawasan tersebut serta diserahkan kepada pemaju dengan taraf pajakan selama 30 tahun.

Beliau berkata, pihaknya bukan mengetepikan pem bangunan tetapi menegaskan sebarang bentuk
kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil berat kesan terhadap alam sekitar termasuk segala perkara berkaitan kelangsungan hidup rakyat.
LAPORAN BERKAITAN

Permaisuri menangis kerana projek udang

PAS tinjau kolam udang prihatin aduan rakyat

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta.

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.

Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.

Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.

"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.

'Undi MCA bermakna beri kuasa kepada Umno'

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS bersetuju bahawa orang Cina sedar, mengundi DAP bermakna memberi kuasa kepada PAS namun mereka juga sedar, mengundi MCA bermakna memberikan kuasa kepada Umno yang perkauman itu.

Demikian kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam twitternya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.

Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”

“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider (TMI) dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, lapor TMI.

Tiada ulasan: