Ahad, 29 Januari 2012

NAK TEMPUR....MESIR LAIN..RAKYATNYA TERDIRI DARI TENTERA@LELAKI....MALAYSIA PENGAWAI KESELAMATAN PUN RAKYAT JUGA...SANGGUP IA BERKORBAN KERANA SEGELINTIR MANUSIA...BERTANDING SECARA SIHAT..MENANG KALAH TENTUAN ALLAH..TERIMA SAJA LAH...KATA ISLAM ITU DENGAN AMAL SEDERHANA...TAK KAN NAK BUAT BENDA YANG MELAMPAU...

Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur

Harakahdaily, 28 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.

Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi (gambar) yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Tuan Guru Presiden.    
Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?
Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran – yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…  
Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?
Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.  
Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?
Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.

FGVH: Strategi dapat RM1.5b hanya janji lisan

Hazayani Zakaria, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa strategi yang digariskan Felda untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), hanyalah janji lisan dan tidak memberi apa-apa jaminan.

Sebaliknya, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad perlu mengemukakan jaminan bertulis mengenai langkah-langkah yang akan diambil Felda sebagai jaminan aset peneroka tidak akan terjejas.

"Ahmad Maslan kata ada strategi untuk dapatkan RM1.5 bilion itu. Tapi itu hanya cakap mulut, tak ada hitam putih.

"Sebab itu saya cabar kerajaan kemuka jaminan bertulis, bukti dan fakta supaya kedudukan Felda sebagai institusi tanah terbesar ini diyakini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Ahmad  menafikan Felda akan mengalami defisit 1.2 hingga 1.5 bilion seperti yang didakwa Anak.

Beliau berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.

Ahmad turut menyifatkan Anak mendakwa demikian kerana tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai pengapungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Mengulas mengenainya, Mazlan berkata, Anak mendakwa demikian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh darpada perjanjian pajakan tanah di antara Felda dan FGVH.

Sehubungan itu, beliau mengulangi pelawaan berdebat dengan Ahmad supaya kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan fakta mengenai perbelanjaan Felda.

"Mereka kata kita buat tuduhan melulu, hasut peneroka, sedangkan kita kemukakan apa yang terkandung dalam perjanjian dan apa yang diperoleh daripada pihak pengurusan Felda sendiri.

"Sebab itu saya ulang cabaran debat supaya masing-masing boleh kemuka bukti," katanya.

Tambahnya, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dengan mendapat segala kenikmatan daripada Felda hanya akan membuatkan Felda hilang kuasa untuk berdikari seperti sebelum ini.

"Saya nampak strategi yang dikatakan Ahmad itu menyebabkan kuasa terletak di tangan FGVH dan Felda yang sebelum ini menjana pendapatan sendiri, hilang sifat berdikari.

"Dulu Felda dibantu kerajaan, selepas itu menjalankan pengurusan sendiri tapi kini terpaksa bergantung kepada FGVH yang belum tentu berjaya," katanya.

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Abdul Aziz Mustafa, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Abdul Aziz Mustafa, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menggunakan populariti yang didakwa dimilikinya untuk bertegas menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Najib didakwa sangat popular dan Umno pula tidak popular seperti Najib. Dalam keadaan Umno dilihat sangat bergantung kepadanya, sepatutnya beliau berani bertindak supaya wang rakyat sebanyak RM250 juta yang semua orang tertanya-tanya apa terjadi dapat dikesan ke mana perginya.

"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dilihat umum sebagai ugutan, Sin Chew baru-baru ini memetik Shahrizat berkata,"beritahu saya pemimpin Umno yang mana tiada masalah".

Mahfuz juga menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai NFC.

"Setiap kali Muhyiddin membuat kenyataan, makin besar keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Muhyiddin hari ini dilaporkan berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan.

"Kenapa takut sangat dengan suruhanjaya diraja menyiasat projek NFC? Apa yang nak disembunyikan sangat dari pengetahuan rakyat?

"Dan lebih penting untuk diketahui rakyat, adakah Muhyiddin tidak terlibat sama sekali dengan pemberian dana RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) memandangkan ketika dana tersebut diberikan, Muhyiddin adalah Menteri Pertanian dan Asas Tani," kata Mahfuz. 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui NFC dan NFCorp terikat antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.

Beliau berkata, NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Debat Anwar-Najib, suparmarket cuai terhangat minggu ke-4

Harakahdaily, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Sepucuk surat mengadu kecuaian sebuah supermarket terkenal dan tawaran debat berat sebelah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengungguli 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu lepas.
Surat daripada seorang bapa, Wong Kok Onn yang mengadu kepada Harakahdaily akan kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam Jusco Bukit Tinggi yang menyebabkan anaknya  Adrianna Wong cedera telah menjadi artikel yang paling menarik perhatian para pengikut Facebook dan Twitter Harakahdaily.
Tawaran debat Anwar yang berat sebelah memihak kepada Najib – 40 minit kepada Presiden Umno dan 20 minit kepada beliau mendapat tempat kedua di hati pembaca minggu lalu.
Sementara itu, artikel yang melibatkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terus mengungguli carta artikel terhangat Harakahdaily. Kali ini ulasan karangan wartawan Wan Nordin Wan Yaakob samada Rosmah mengganggu persiapan PRU-13 Najib mendapat tempat ketiga.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 4, 22 hingga 28 Januari, 2012.
1
Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco Bukit Tinggi
2
Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar
3
Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?
4
Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan
5
Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka
6
Serang Azizan Razak tidak bijak
7
Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia
8
Pastikan keselamatan Datuk Shamsubahrin - PKR
9
Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras
10
Pemimpin Umno berjuang untuk diri bukan bangsa

Tiada ulasan: