Isnin, 23 Januari 2012

BILA HAK ASASI MANUSIA DIABAI...MALAHAN LEBIH DAHYSAT HAK ALLAH DINAFIKAN..SEDANG KITA DIHIDUPKAN DAN KURNIAKAN PELBAGAI NIKMAT...

PERKASA cabar NFC lapor polis isu kad kredit

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mencabar pengendali projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini.

NONE"Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi.

"Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula.

"Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya.

PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Promosi 'itu ini' di Australia

JINGGA 13 (bawah) minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

NONENGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC.

Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini.

Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu semata-mata untuk "aktiviti syarikat".

"Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit.

"Ini aktiviti syarikat," katanya lagi.

VIDEO | 19.58 min

Pemantau: Hak asasi 'cakap besar, kurang tindakan'
Di sebalik ikrar untuk menjamin lebih hak rakyat melalui pemansuhan beberapa undang-undang keselamatan, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan apabila dikritik badan pemantau hak asasi dunia sebagai "cakap banyak, kurang tindakan".

"Pemimpin Malaysia memperbodoh dirinya dengan berfikir mereka boleh mundur daripada janji awam untuk menghormati hak berdemonstrasi secara aman dan mengkritik kerajaan tanpa rasa takut," Timbalan Pengarah Human Rights Watch Phil Robertson dipetik sebagai berkata oleh AFP.

azlan"Lebih banyak Perdana Menteri Najib dan ahli politik kerajaan tampil cakap besar tetapi kurang tindakan dalam hak-hak (rakyat), lebih banyak mereka perlu jangkakan kemerosotan populariti."

Badan pemantau itu dalam laporan tahunannya berkata, Asia Tenggara pada tahun lalu menyaksikan berlakunya penahanan pengkritik secara "sewenang-wenangnya", menyuraikan perhimpunan aman untuk reformasi sistem pilihan raya dan menggantikan kawasalan terhadap perhimpunan aman dengan "undang-undang lebih drakonian (zalim)".

Agensi berita antarabangsa itu juga berkata, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi dalam masa terdekat untuk mendapatkan reaksinya.

Dalam laporan itu juga, badan yang berpangkalan di New York itu berkata, di sebalik janji kerajaan, hak asasi manusia di Malaysia "kekal dikekang hebat".

Human Rights Watch juga mengkiritik perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Nik Aziz sedia umum harta kepada SPRM
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

NONE"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.

"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.

- Bernama

'Pegawai balas dendam, jual maklumat NFC'

Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja atas dakwaan pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

NONE"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.

Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.

Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.

Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,

PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.

"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.

"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.

PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tiada ulasan: