Rabu, 18 Januari 2012

PERAHU BOLEH DIUNDUR...TERLAJAK CAKAP BOLEH BINASA BADAN@JIWA...TU BELUM SEBUT HUKUM ISLAM..PENYELEWANGAN@TIPU ADALAH AMALAN AHLI NERAKA...

Keluarga Shahrizat perlu dedah penyata kad kredit

Harakahdaily, 17 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.

Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.

Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:

Tarikh

Memo

Credit

22/1/2009

Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh

RM 49,431.02

22/1/2009

Maybankard Center – Izmir Salleh

RM 47,763.06

22/1/2009

Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail

RM 6,910.34


JUMLAH

RM 104,104.42

Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:

NAMA

KAD KREDIT

JUMLAH SETAHUN (2009)

Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Maybank dan CIMB Bank

RM182,525

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

Maybank dan CIMB Bank

RM160,673

Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh

Maybank

RM127,900

Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh

Maybank

RM122,402

JUMLAH

RM593,500

Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.

“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Media Malaysia dikendali manusia rosak akhlak

Tidak kiralah sama ada media tv, radio atau media cetak, selagi ianya dikawal dan dikuasai oleh UMNO/BN, kesemuanya sudah hilang kewarasan dan akhlak manusiawi. Memang mengaib dan memalukan! Media di Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam memiliki akhlak dan moral yang telah rosak sehingga menjunam ketahap paling rendah berbanding pengendali media Barat yang rata-ratanya tidak beragama Islam.

Kita lihat dengan mata dan hati yang bersih, seorang Kapten kapal penumpang yang kapalnya telah terlanggar batu karang di kepulauan Itali baru-baru ini, mengakibatkan kapal tersebut senget lalu tersadai di perairan yang cetek, telah diberi ruang oleh media BBC, CNN, ALJAZEERA, CCTV bagi menjelaskan cerita sebenar mengikut versi Kapten kapal tersebut.

Walhal, pada awal berita yang disiarkan, banyak pihak telah menuding jari kearah Kapten kapal tersebut kerana kononnya telah mengemudi kapalnya terlalu hampir kepada tebing yang cetek airnya. Apabila beliau diberikan ruang seadilnya bagi menjelaskan rentetan peristiwa yang membawa kapal tersebut tersadai lalu terbalik kebahagian sebelah 'port' (kanan), rakyat dan penonton disajikan dengan berita dan gambaran dari dua pihak yang bertentangan i.e. yang membuat tuduhan dan yang kena tuduh. Itu cerita pasal media yang dikendali oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Bagaimana dengan media Malaysia, media yang diikendalikan oleh orang-orang yang mengaku beragama Islam? Orang Islam diajar supaya takut dengan kerja-kerja fitnah, takut dengan balasan pada Hari Mahsyar, takut dengan balasan didunia dan akhirat!

Banyak sejarah yang telah dipaparkan dengan cerita-cerita yang mengerikan tentang balasan keatas pembuat dosa! Kenapa media Malaysia masih terus menabur fitnah bahawa kononnya Anwar Ibrahim menyokong hak lelaki mengahwini lelaki dan lelaki meliwat lelaki!! Itu lah yang saya dengar dengan mata telinga saya sendiri.

Nazri Aziz kutuk Anwar, Rais Yatim kutuk Anwar, yang kesemuanya berpunca daripada rasa dendam kesumat mereka keatas kehebatan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap PR yang diketua Anwar Ibrahim.

Lebih menyedihkan apabila seorang yang bergelar Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria, tanpa usul periksa telah membuat kesimpulan sendiri di atas ucapan Anwar sewaktu di interviu oleh BBC London berhubung isu gay. Mana hak Anwar untuk menjelaskan isu tersebut di media Malaysia yang telah dilacur semahunya untuk terus menikam peribadi Anwar?? Kenapa bertindak zalim dan aniaya keatas Anwar Ibrahim?? Kenapa takut beri laluan kepada Anwar bercakap dimedia Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam??

Saya meneliti dan cuba memahami apa yang diungkapkan oleh Anwar dalam interviu BBC tersebut. Saya mengesahkan bahawa tiada suatu bukti sekecil zarah sekalipun yang Anwar pernah mengeluarkan kata-kata menyokong hak gay.

Saya berpesan kepada pengendali media Malaysia, cukuplah, cukuplah, cukuplah. Takut lah kamu akan doa orang yang dianiaya dan dizalimi. Tiada hijab doa diantara mereka dengan Allah s.w.t

Sedarlah bahawa sekuat manapun sokongan kamu keatas Najib, UMNO dan BN, mereka pasti akan jatuh tersungkur menyembah bumi. Pelajari sejarah kejatuhan Hosni Mubarak dan lain-lain pemimpin yang zalim yang menyalahgunakan kuasa mereka sepanjang mereka meneraju negara diatas kesengsaraan rakyat mereka.

Hamzah Abdullah,

Yang Dipertua PAS Batu Sapi.

PAS Gombak nafi 101 ahli sertai Umno

Khaulah Azwar, 17 Jan 2012
Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir (gambar) menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.

Homoseks: Jangan terpengaruh fitnah jahat media Umno

Harakahdaily, 17 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, katanya Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam.

Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).

Ahmad berkata, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

Beliau nukilkan petikan jawapan Anwar tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

“We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

“But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

“Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan,” jelasnya.

Hasan: Antara parasit dengan pelesit..

Mohd Sayuti Omar, 17 Jan 2012

Semalam Hasan Ali (Ahsan Akidah) cuba mencari modal dan idea baru untuk menghalalkan tindakan dia menyerang istananya (Pas) selepas dia dihalau dari istana indahnya itu. Sudah nampak semakin jelas Ahsan mulai gelabah dan merasa sepi dengan kehidupan baru - tidak menjadi ahli Pas dan bakal kehilangan jawatan Exco. Pendampingannya dengan tokoh-tokoh Umno mungkin tidak membawa sinar begitu cerah. Beliau terus berbelit dalam pukat basah yang dipsang Umno.

Kalau sebelum ini dia beriya-iya dan mendabik dada mengatakan dia bertindak untuk mempertahankan akidah, untuk membela akidah, untuk mengharmoniskan akidah, untuk mengembalikan akidah kepada akidah sebenarnya, kini nadanya sudah berubah dan bergetar-getar. Semacam ada selumbar tajam dalam halkumnya.

Bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu mula menjadikan soal peribadi dengan individu-individu tertentu sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya. Kenapa?

Idea dan modal baru digunakan Hasan ialah menyalahkan Anwar Ibrahim. Beliau meletakkan Anwar sebagai penyebab kegelunsuran dirinya dari wadah Pas. Menghanyutkan dan menjauhkannya dari kerusi MB. Boleh jadi peluangnya untuk jadi MB Selangor masih terbuka kalau dia tetap bersama Pas.

Dalam modal baru itu, katanya dia tidak suka Pas kerana Pas menyokong Anwar, alasannya kerana bakal PM itu memperjuang dan membenarkan gay? Dari mana sumber dan perawi yang beliau dapat untuk mengecapkan Anwar begitu, tidak pasti. Apakah dari Ismail Mina? Tetapi kawan baik Anwar berjubah lusuh itu bukan mempersoalkan soal gay tetapi soal Islam pluralisme agama.

Menghairankan kenapa Anwar yang menjadi sasaran? Apakah Anwar yang memperalatkan Pas dan bertindak membuangnya dari Pas. Naif sekali politik dan bacaan siasah Hasan Akidah ini. Masakan Abdul Hadi Awang dan Naib-Naib presiden Pas termasuk juga Mursyidul Am Pas dan timbalannya Dr Haron Din bersubahat sama dengan Anwar? Begitu sekali rangupnya teras pejuangan mereka dan seolah-olah Hasan seorang yang sangat berprinsip?

Mungkin orang boleh menerima akan keterbukaan dan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan akidah dan juga mengkritik mana-mana pemimpin yang tidak betul ataupun yang tidak obses kepada Islam.

Tetapi bila Hasan diam membisu terhadap penyelewengan dan salah akidah dilakukan para pemimpin Umno orang boleh membuat tafsiran lain. Orang jadi konfius tentang kejujurannya. Apakah Hasan sebenarnya yang menjadi talibarut kepada Umno yang bertindak hendak mensucikan Pas?

Saya masih ingat kata Nik Aziz Nik Mat mengikut hukum syarak, air kencing tidak boleh digunakan untuk membersih najis. Umno bukan wadah yang boleh mensucikan Pas sebaliknya Pas boleh menyamakkan Umno. Sepatutnya sebagai seorang anak yang dididik dengan Islam sejak kecil yang dilahirkan dari kedua ibu bapa yang tahu membaca Quran , Hasan tahu menilai ini.

Saya persoalkan ini kerana tidak ada kritikan dan teguran Hasan terhadap akidah projek lembu gemuk (NFC). Tidak ada teguran dan kritikan Hasan terhadap akidah 1 Malaysia dan ucap selamat 1 Malaysia. Tidak ada kritikan Hasan terhadap akidah rasuah berjuta ringgit dalam pembelian kelengkapan perang negara. Tidak kritikan Hasan terhadap rancangan hendak menyenaraikan Felda Global?

Begitu juga tidak kedengaran saranan lunak Hasan kepada kerajaan UBN supaya menggubal undang-undang murtad bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang didakwa kini berada dalam situasi parah kerana kegiatan Kristinisasi. Kenapa?

Kalau Hasan ikhlas untuk membela akidah umat Islam, itu dulu yang Hasan kena lakukan. Hasan sendiri kena mengambil inisiatif menganjurkan seminar, konvensyen dan sebagainya ke arah mencari sokongan untuk penggubalan undang-undang murtad atau sebagainya. Dengan kedudukannya sebagai Exco agama Hasan boleh cuba membawanya dalam Dun Selangor. Sama ada ia diterima atau tidak, Hasan perlu mencubanya sebagai menandakan komitmennya.

Tetapi selama memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab terhadap agama selama tiga tahun apakah Hasan berusaha ke arah itu? Mungkin saya terlepas pandang dan terlepas tenguk akan usaha Hasan ke atas itu.

Tidak cukup San kalau sekadar menjenguk gereja dari jauh ataupun ikut Tv3 buat serbuan ke sarang-sarang pelacur dan rumah-rumah urut saja. Tidak padan. Dan kerja menjenguk rumah urut itu bukan kerja Umur Ibnu Aziz yang boleh diteladani. Bukan cara itu. Tidak salah kalau saya katakan dengan mengikut Tv3 buat serbuan itu untuk membolehkan kita melepas gian untuk melihat pelacur berkemban saja? Maaf.

Modal kedua digunakan Hasan ialah kononnya dalam Pas ada parasit. Ada lintah darat. Sebenarnya soal parasit ini sudah lama diketahui Pas. Hasan tidak payah dedah siapa mereka. Pucuk pimpinan Pas sudah menyedarinya. Pas menyedari fenomena atau peranan parasit ini sejak tahun 80-an lagi sebelum Hasan menyertai Pas tahun 1997. Gerakan ini sudah lama berjalan dengan menamakan diri mereka dengan pelbagai nama dan mampu menyuburkan organisasi Pas?

Ramai yang dianggap parasit ini berada dalam Pas dan berjaya membina kedudukan. Tetapi satu perkara perlu disedari parasit ini adalah parasit Islam, yang hendakkan kepada Islam. Parasit ini parasit pejuang menegakkan hukum Allah bukan pelesit mengkhianti jemaah mendokong cita-cita Allah.

Pelesit jauh bezanya dengan parasit. Parasit menumpang dan bekerjasama dengan induknya. Parasit sejenis tumbuh-tumbuhan. Manakala pelesit pula sejenis belalang berwarna hijau sebesar kelingking dan dipercayai membawa hantu. Kerjanya ialah merasut dan menganggu orang, menyusahkan kawan dan ada kalanya mengelecahkan akidah orang agar mengikut akidahnya. Ia ternyata lebih jahat dari parasit.

Bagi saya tindakan dan peranan parasit ini jauh lebih baik dengan cara pelesit itu. Kalau hendak dikira cara Hasan itu lebih kejam dan sadis dan mirip kepada gerak kerja pelesit. Hasan kelihatan tidak amanah kerana bertindak seolah-olah hendak membakar kelambu kerana kegagalan membunuh seekor nyamuk. Hasan mulai bersikap seperti musang menuduh anggur yang dimakannya selama ini sebagai masam selepas gagal untuk memiliki anggur yang duduk dijulai tinggi. Apakah itu bukan hipokrit?

Orang boleh menilai kerja Hasan sejauh mana Islamik atau tidak berbanding dengan nyamuk parasit yang masih bertahan untuk bersama Pas. Di sinilah saya tampak Hasan tidak fatanah dan bersikap 'tasamuh' di dalam politik.

Pada saya parasit ini ada beberapa jenis yang bukan semuanya membawa keburukan dan kecelakaan. Kalau parasit itu boleh memberi oksigen atau nitrat kepada pokok ia tidak salah malah dialu-alukan. Dalam banyak-banyak jenis parasit ini ada yang berfahaman sosialis, komunis, kapitalis atau egois. Ada juga parasit yang berfahaman Islam tetapi fiil macam syaitan.

Adapun parasit yang ada dalam Pas yang hendak didedahkan dan dicemburi Hasan itu adalah parasit Islam yang mengakui Allah dan Muhammad sebagai Rasul. Yang menyertai atau menumpang Pas untuk berganding bahu dengan Pas menginfakkan profesional yang mereka ada. Ini adalah satu kebaikan kerana Pas perlukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan. Hasan sendiri boleh dianggap sebagai parasit yang memberi untung kepada Pas kerana ilmunya boleh dimanfaatkan Pas. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ilmu Hasan turut membantu mentuburkan Pas.

Saya suka mengambil pandangan Dr Haron Din yang menegaskan Pas ada prinsip dan dasarnya sendiri yang dimaktubkan dalam perlembagaan. Pas ada Majlis Syura Ulamak yang menjadi pemantau perjalanan Pas. Ertinya selagi Majlis Syura Ulamak tidak memberi apa-apa pandangan dengan kaedah dan uslub yang diambil Pas kini anggaplah ia betul dan benar. Terimalah ianya syariat yang dihalalkan.

Apakah kita sudah tidak mempercayai kepada Majlis Syura Ulamak? Bukankah badan ini tertinggi dalam Pas. Majlis Syura Ulamak juga bukan badan yang memiliki kuasa mutlak. Ahli-ahli Pas seluruhnya yang berkuasa menentukan hala tuju perjalanan dan perjuangan Pas. Ahli pula akan berpegang kepada kitab, hadith, ijmak ulamak dan qias. Apakah pandangan Hasan mengenai hal ini mengatasi pandangan atau pendapat pihak-pihak itu semua? Tidak mungkin Hasan berada dalam makam yang betul sedang makam-makam atau pendapat dan badan rasmi lain tidak bersamanya.

Tuduhan yang Hasan lakukan itu jelas dangkal dan ia modal murahan untuk mempertahankan dirinya yang kini sudah mulai hendak rapat ke dinding.

Dalam pada itu saya ingin berpesan kepada pemimpin Pas terutamanya Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Mohd Rani Osman (insyaAllah akan mengganti tempat Ashan) supaya tidak menjawab apa-apa juga kenyataan dari Hasan. Usahlah minta dia mendedah siapa yang dianggap parasit itu. Hasan atau orang politik yang menjadi penasihatnya boleh mencipta apa saja modal untuk berbuat demikian. Seorang motivator akan bercakap selagi lidahnya tidak kejang atau dipotong.

Ingatlah suara Hasan tidak pun sebesar mana. Ia hanya pelakar di siang hari sahaja yang tidak akan menampak secalar cahaya pun. Bunyi mungkin kuat mengeger seantero alam tetapi cahaya tidak sedikit pun mampu mencerahkan kandati sekerat jalan. Apa yang lebih baik, diam jangan peduli dan biarkan Hasan bercakap bersendirian. Lama kelamaan Tv3 atau Utusan akan jemu juga menyiarkan kenyataan Hasan yang dari hari ke hari sudah tidak ada nilai berita. Bila lengguh mulut akan berhentilah dia tanpa sesiapa menyuruhnya.

Ahsan... Ahsan. [wm.kl.1:52 t/hari 17/01/12]

Pelombong bantah guna sinida di lombong emas

Khairil Abdul Rahim, 17 Jan 2012

RAUB, 17 Jan: Susulan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Richard Malanjum minggu lalu yang membenarkan permohonan penduduk bagi kebenaran merayu dalam isu penggunaan sinida (cynades) di lombong emas Bukit Koman di sini, akan memberi peluang penduduk mendapatkan keadilan.

Adun Tras Choong Siew Onn (gambar kiri) berkata, penduduk Kampung Bukit Koman yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sinida dalam lombong emas di kawasan itu, boleh meneruskan perjuangan mereka daripada segi undang-undang bagi persekitaran bebas pencemaran.

“Mereka perlu mendapat keadilan untuk menghalang pengusaha lombong daripada menggunakan sinida kerana antara kesan yang dialami penduduk ialah gatal-gatal pada kulit, alahan dan mudah demam,” katanya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan penduduk memulakan semakan kehakiman pada 1 Jun 2009 untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) membabitkan lombong emas yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal penduduk.

Penduduk diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar.

Bahan kimia sinida digunakan syarikat pelombong bagi ‘menarik’ emas tulen daripada campuran galian yang telah dilombong.

Sementara itu seorang wakil Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Pelombongan Bukit Koman, Franchis (gambar kanan) yang hadir bersama Choong, berkata pihaknya telah menuntut beberapa perkara daripada pihak kerajaan.

“Penduduk minta kerajaan mendirikan satu alat pemantauan di sekitar perkampungan bagi memantau dan merekodkan tahap pelepasan bahan kimia termasuk sulfur dioksida melalui asap yang terapung di udara.

“Bukit Koman hanya terletak tiga kilometer dari bandar Raub dan terdapat sekitar 30,000 penduduk yang terlibat dalam lingkungan itu. Di situ terdapat Sungai Pasu dan Sungai Lui jadi sungai-sungai tersebut mesti dipantau kadar kandungannya.

“Penyiasatan terperinci harus dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mengetahui punca kemerosotan kesihatan penduduk akhir-akhir ini,” jelasnya.

Pelombongan di Bukit Koman telah diusahakan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd dan lokasi berkenaan telah dilombong emas sejak hampir 200 tahun lalu melalui penerokaan British semasa menjajah Pahang dulu.

Tiada ulasan: