Jumaat, 12 September 2014

TIADA NAS QURAN SERTA HADIS PEMIMPIN2 DUNIA...SULTAN2...RAJA2...HINGGA PEMIMPIN2 ISLAM...PEMIMPIN PARTI2 ISLAM DLL MASUK SYURGA...KECUALI MEREKA TAKWA

Thursday, 11 September 2014


ISTERI-ISTERI RASULULLAH ﷺ

Transliterasi oleh : Jebat

Isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ adalah wanita-wanita yang mulia di dunia dan di akhirat. Mereka akan tetap mendampingi Nabi ﷺ sehingga di syurga nanti. Mereka juga merupakan ibu dari orang-orang yang beriman, kerana itu sebutan ummul mukminin senantiasa disematkan di nama-nama mereka. Allah Ta’ala berfirman,


النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Al-Ahzab: 6).

Jika isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ adalah ibu orang-orang yang beriman, maka amat pelik lagi malang sekiranya kita yang mengakui beriman kepada Rasul-Nya tidak mengenali ibu kita sendiri. Berikut adalah profil ringkas 11 isteri Nabi Muhammad ﷺ.

1. Khadijah binti Khuwailid.

Ummul mukminin Khadijah radhiallahu ‘anha adalah wanita Quraisy yang terkenal dengan kemuliaannya, baik dari sisi nasab mahpun akhlaknya. Nasabnya bertemu dengan Nabi pada generasi datuk kelima, kerana itu beliau adalah isteri Nabi yang memiliki kekerabatan paling dekat dengan Nabi ﷺ.

Dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah, ibunda Khadijah sempat mengalami fasa jahiliyah namun hal itu tidak mempengaruhi perangai dan keperibadiannya yang mulia. Beliau adalah wanita pertama, bahkan orang pertama yang beriman kepada kerasulan suami, Rasulullah ﷺ. Tidak ada sedikit pun kalimat-kalimat penolakan, mendustakan risalah, atau yang membuat Nabi ﷺ sedih. Di saat-saat Nabi ﷺ mula menerima wahyu yang berat, Khadijahlah yang selalu memberikan semangat dan menguatkan hati Rasulullah ﷺ.

Ketika berusia 4o tahun, Khadijah dinikahi Nabi ﷺ. Pernikahan itu terjadi pada tahun 25 sebelum hijrah, dan saat itu suami yakni Rasulullah ﷺ pun genap berusia 25 tahun. Rumah tangga yang suci ini berkekalan selama 25 tahun. Dan keduanya dianugerahi 6 orang anak; 2 lelaki dan 4 perempuan. Mereka adalah Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Qultsum, dan Fatimah.

Ummul mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha wafat pada usia 65 tahun, 3 tahun sebelum hijrah Nabi ﷺ ke Madinah.

2 .Saudah binti Zam’ah

Saudah binti Zam’ah adalah seorang wanita Quraisy dari Bani ‘Amir. Sebahagian sejarahwan menyatakan tidak ada catatan yang boleh dijadikan rujukan yang kuat mengenai tahun kelahiran beliau. Ummul mukmini Saudah binti Zam’ah radhiallahu ‘anha adalah janda dari sahabat Baginda ﷺ, as-Sakran bin Amr radhiallahu ‘anhu. Bersama as-Sakran beliau (Saudah) memiliki 5 orang anak.

Kerana itu tidak diketahui usianya saat beliau bernikah dengan Nabi ﷺ dan berapa tahun usianya ketika wafat. Namun ada yang mengatakan bahawa usia Saudah saat menikah dengan Nabi adalah 55 tahun. Saudah dinikahi oleh Nabi ﷺ pada tahun ke 3 sebelum hijrah.

Pernikahan Nabi ﷺ dengan Saudah binti Zam’ah bagi menghilangkan fitnah yang dilemparkan kepada Nabi ﷺ yang mana pada ketika itu Nabi ﷺ dirudung dengan kedukaan ekoran kewafatan isterinya, Khadijah radhiallahu anha. Khoulah binti Hakim datang menyarankan agar baginda ﷺ menikah. Khoulah mencadangkan dua nama iaitu Saudah atau Aisyah. Lalu Rasulullah ﷺ memilih Saudah binti Zam’ah. Beliau memilih wanita yang tua usianya dibanding Aisyah yang masih muda. Setelah pernikahan itu berusia lebih 3 tahun, barulah Nabi menikahi Aisyah. Kalau tuduhan orang-orang yang dengki terhadap Islam itu benar, niscaya beliau lebih mengutamakan wanita-wanita muda dan gadis untuk dijadikan pendamping baginda ﷺ setelah Khadijah.

Ummul mukminin Saudah binti Zam’ah wafat di akhir pemerintahan Umar bin al-Khattab pada tahun 54 H.

3. Aisyah binti Abu Bakar

Salah satu isteri Nabi ﷺ yang paling dikenali oleh umatnya adalah Aisyah radhiallahu ‘anha. Ummul mukminin Aisyah memiliki banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh ummahatul mukminin yang lain. Di antaranya, dialah satu-satunya isteri Nabi ﷺ yang Allah turunkan wahyu dari atas langit ketujuh untuk membela kehormatannya. Bukan satu atau dua ayat, tetapi Allah firmankan 10 ayat (An-Nur: 11-20) yang membela kehormatan Aisyah radhiallahu ‘anha dan terus-menerus dibaca hingga hari kiamat. Menodai kehormatan Aisyah sama saja mengingkari Alquran. Oleh kerana itu, para ulama memfatwakan kafir bagi orang-orang yang merendah-rendahkan kehormatan Aisyah radhiallahu ‘anha.

Ummul mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha dilahirkan pada tahun ke-7 sebelum hijrah. Beliau adalah seorang wanita Quraisy, seorang puteri dari lelaki yang paling mulia setelah para nabi dan rasul, iaitu Abu Bakar ash-Siddiq radhiallahu ‘anhu dan ibunya adalah Ummu Ruman radhiallahu ‘anha.

Sebelum menikahi Aisyah, Rasulullah ﷺ melihatnya 3 malam berturut-turut dalam mimpinya dan mimpi Nabi adalah wahyu. Baginda ﷺ menuturkan mimpinya,


رأيتُك في المنام ثلاث ليال ، جاء بك الملك في سرقة من حرير، فيقول : هذه امرأتك فأكشف عن وجهك فإذا أنت فيه، فأقول : إن يك هذا من عند الله يُمضه

“Aku melihatmu (Aisyah) dalam mimpiku selama tiga malam. Malaikat datang membawamu dengan mengenakan pakaian sutera putih. Malaikat itu berkata, ‘Ini adalah isterimu’. Lalu kusingkapkan penutup wajahmu, ternyata itu adalah dirimu. Aku bergumam, ‘Seandainya mimpi ini datangnya dari Allah, pasti Dia akan menjadikannya nyata’. (HR. Bukhari dan Muslim).

Maka, tindakan Nabi ﷺ menikahi Aisyah adalah disebabkan perintah dari Allah Ta’ala.

Aisyah dinikahi oleh Rasulullah ﷺ saat beliau berusia 9 (dihitung sejak Rasulullah ﷺ bercampur dengan Aisyah) tahun dan rumah tangga yang suci ini berlangsung selama 9 tahun pula. Aisyah menuturkan,


تزوجني رسول الله صلى الله عليه وسلم لست سنين ، وبنى بي وأنا بنت تسع سنين

“Rasulullah ﷺ menikahiku saat aku berusia 6 tahun dan berumah tangga bersamaku (menggauliku) ketika aku berusia 9 tahun.” (Muttafaq’ alaihi).

Umur Aisyah yang sangat muda menjadi polemik di masa kini. Kerana orang-orang sekarang menimbang masa lalu dengan kaca mata masa kini. Padahal tidak ada satu pun orang-orang kafir Quraisy, Abu Jahal dan lain-lain lagi, mencela pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Aisyah. Kita ketahui bahawa orang-orang kafir Quraisy telah berusaha dan mengerahkan segala macam cara untuk menjatuhkan kedudukan Rasulullah ﷺ, hingga fitnah yang di luar logik akal pun akan mereka lakukan demi merosakkan imej Rasulullah ﷺ di tengah manusia. Mereka menyebut beliau pendusta dan tukang sihir setelah mereka sendiri menggelarinya dengan gelaran al-amin. Ertinya, disini jika Abu Jahal dan lain-lain mahu menjatuhkan kredibiti Rasulullah ﷺ, pastinya alasan ini akan digunakan. Namun kita dapati bahawa Abu Jahal tidak pula mencela Rasulullah ﷺ yang menikahi Aisyah pada usia yang masih sangat muda, kerana ianya adalah sebahagian dari budaya semasa pada zaman tersebut.

Salah satu hikmah dari pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Aisyah radhiallahu ‘anha adalah menghapus tanggapan orang-orang terdahulu yang menjadi norma yang dipercayai di antara mereka iaitu ketika seseorang sudah bersahabat dengan rapat, maka status mereka selayaknya adalah saudara kandung dan berlaku hukum-hukum saudara kandung. Rasulullah ﷺ adalah sahabat rapat kepada Abu Bakar. Ketika Rasulullah ﷺ hendak menikahi Aisyah, Abu Bakar sempat mempertanyakannya, kerana dia merasa apakah yang demikian dihalalkan.


عن عروة أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب عائشة إلى أبي بكر فقال له أبو بكر: إنما أنا أخوك، فقال: أنت أخي في دين الله وكتابه وهي لي حلال.

Dari Aurah, “Rasulullah ﷺ datang kepada Abu Bakar untuk melamar Aisyah. Lalu Abu Bakar berkata, ‘Sesungguhnya aku ini saudaramu’. Nabi menjawab, ‘Iya, engkau saudaraku dalam agama Allah dan Kitab-Nya dan dia (anak perempuanmu) itu halal bagiku’.” (HR. Bukhari).

Rasulullah ﷺ hendak memutus kesalahfahaman ini dan mengajarkan hukum yang benar yang akan terus berjalan sehingga hari kiamat kelak.

Saat Aisyah radhiallahu ‘anhu baru mencapai usia 18 tahun, di pangkuannya, sang suami tercinta Rasulullah ﷺ wafat meninggalkannya untuk selamanya. Dan saat berusia 65 tahun pula barulah dia pula menyusul sang kekasih pujaan hati. Dengan demikian, selama 47 tahun Aisyah hidup sendiri tanpa suami.

4. Hafshah binti Umar bin al-Khattab.

Wanita Quraisy yang berikutnya yang juga termasuk dalam senarai ibu orang-orang yang beriman adalah Hafshah, puteri dari Umar al-faruq. Hafshah dilahirkan pada tahun ke-18 sebelum hijrah. Sebelum menikah dengan Rasulullah ﷺ, Hafshah adalah isteri dari seorang pahlawan Perang Badar, Khunais bin Khudzafah as-Sahmi radhiallahu ‘anhu. Bersama Khunais, Hafshah mengalami dua kali hijrah, ke Habasyah untuk kali pertama dan kali kedua ke Madinah. Khunais radhiallahu ‘anhu wafat kerana luka yang dia alami ketika saat Perang Badar.

Setelah Khunais radhiallahu ‘anhu wafat, Umar berusaha mencarikan lelaki terbaik untuk menjadi suami kepada puterinya ini. Dia mendatangi Abu Bakar dan Utsman, namun keduanya bukanlah jodoh bagi anak perempuannya. Lalu Rasulullah ﷺ meminang Hafshah. Betapa bahagianya Umar, selain menjadi sahabat Rasulullah ﷺ, dia pun mendapatkan kehormatan dengan memiliki hubungan kekerabatan dengan Nabi ﷺ yang mulia.

Pernikahan Hafshah dengan Rasulullah ﷺ terjadi pada tahun ke-3 H. Ketika itu usia Hafshah adalah 21 tahun. Dia hidup bersama Rasulullah ﷺ, dan membina keluarga bersama Rasulullah ﷺ selama 8 tahun. Saat usianya menginjak 29 tahun, Rasulullah ﷺ wafat. Dan Hafshah wafat pada usia 63 tahun tahun 45 H, pada masa pemerintahan Utsman bin Affan radhiallahu ‘anhu.

5. Zainab binti Khuzaimah.

Keistimewaan ummul mukminin Zainab binti Khuzaimah adalah kegemarannya menderma sesuatu kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Kerana hal ini, dia dijuluki dengan gelaran ibu bagi orang-orang miskin. Zainab binti Khuzaimah adalah seorang wanita Quraisy janda dari pahlawan Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy radhiallahu ‘anhu.

Setelah menjanda, Rasulullah ﷺ menikahinya di bulan Ramadhan pada tahun 3 H. Namun mahligai yang dibina bersama dengan Rasulullah ﷺ tidaklah lama. Ummul mukminin Zainab bin Khuzaimah wafat ketika usia pernikahannya dengan dengan Rasulullah ﷺ baru berginjak 8 bulan atau mungkin kurang dari itu. Dan saat itu usia Zainab radhiallahu ‘anha 30 tahun. Dengan demikian Rasulullah ﷺ dua kali merasai pengalaman berhadapan dengan situasi wafat ditinggalkan isteri.

6. Ummu Salamah.

Nama sebenar Ummu Salamah adalah Hindun binti Umayyah. Dia adalah wanita Bani Makhzum, anak dari salah seorang yang paling dermawan dari kalangan Quraisy, Umayyah bin al-Mughirah. Sebelum menikah dengan Rasulullah ﷺ, beliau bernikah dengan seorang muhajirin yang pertama memeluk Islam, iaitu Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi al-Qurasyi.

Ummu Salamah dilahirkan pada tahun ke 24 sebelum hijrah. Nabi ﷺ menikahinya pada tahun ke 4 H. Saat itu usianya menginjak 28 tahun. Hikmah dari pernikahan Nabi ﷺ dengan Ummu Salamah adalah pemuliaan terhadap Ummu Salamah radhiallahu ‘anha. Dia dan suaminya adalah orang yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai orang-orang pertama yang menyambut dakwah Islam. Ummu Salamah juga memiliki 4 orang anak yang menjadi yatim. Nabi ﷺ menjadi penanggungnya dan keempat anaknya.

Ummu Salamah radhiallahu ‘anha memiliki usia cukup panjang, iaitu 85 tahun. Dia wafat pada tahun 61 Hihrah, pada saat pemerintahan Yazid bin Muawiyah.

7. Zainab binti Jahsi.

Ummul Mukminin Zainab binti Jahsi dilahirkan pada tahun 32 sebelum hijrah. Ibunya adalah Umaimah binti Abdul Muthalib, ibu saudara Rasulullah ﷺ. Ummul mukminin Zainab binti Jahsi adalah wanita terhormat saudari dari Abdullah bin Jahsi, sang pahlawan Perang Uhud yang dimakamkan satu liang dengan bapa saudara Nabi ﷺ, Hamzah bin Abdul Muthalib radhiallahu ‘anhu.

Sebelum menjadi isteri Rasulullah ﷺ, Zainab adalah isteri dari anak angkat Nabi yakni Zaid bin Haritsah radhiallahu ‘anhu. Pernikahan keduanya tidak berjalan lama kerana perbezaan kufu (taraf). Akhirnya perceraian pun terjadi.

Lalu Zainab dinikahi Nabi ﷺ. Ketika itu, Zainab berusia 37 tahun. Rumah tangga Rasulullah ﷺ dengan Zainab berjalan selama 6 tahun, sehingga Rasulullah ﷺ wafat. Di antara keistimewaan Zainab binti Jahsi radhiallahu ‘anha adalah Allah Ta’ala yang menjadi wali kepadanya saat menikahi dengan Rasulullah ﷺ.

Di antara hikmah pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Zainab adalah meluruskan budaya yang dikelirukan oleh masyarakat pada masa itu. Orang-orang saat itu beranggapan bahawa anak angkat sama statusnya dengan anak kandung. Anggapan ini tentu saja akan melibatkan kepada hukum-hukum syariat yang lainnya; waris, mahram, pernikahan, dan lain-lain lagi. Tradisi dan anggapan ini kian mengakar dalam masyarakat Islam pada saat itu sehingga perlu diluruskan. Kerana itu, Allah Ta’ala memerintahkan Nabi ﷺ untuk menikahi Zainab binti Jahsi radhiallahu ‘anha, untuk menghapus anggapan demikian. Jika tidak anggapan ini akan semakin memberatkan bagi umat manusia, secara khusus lagi umat Islam.

Ummul mukminin Zainab binti Jahsi radhiallahu ‘anha wafat pada masa pemerintahan Umar bin al-Khattab tahun ke 21 H pada usia 53 tahun.

8. Juwairiyah binti al-Harits bin Abi Dhirar.

Ummul mukminin Juwairiyah binti al-Harits al-Kuza’iyah al-Qurasyiyah dilahirkan tahun ke 14 sebelum hijrah. Dia adalah wanita yang sangat cantik dan memiliki kedudukan mulia di tengah kaumnya. Ayahnya, al-Harits bin Abi Dhirar, adalah ketua kabilah Bani Musthaliq.

Suatu hari, al-Harits bin Abi Dhirar mengumpulkan pasukan untuk menyerang Rasulullah ﷺ. Mendengar khabar tersebut, Rasulullah ﷺ segera bertindak pantas dan bertemulah kedua pasukan di sebuah oasis yang dikenali dengan Muraisi’. Peperangan itu dimenangi oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya. Al-Harits bin Abi Dhirar terbunuh dalam peperangan tersebut manakala Juwairiyah bin al-Harits menjadi tawanan.

Juwairiyah diserahkan kepada Tsabit bin Qais bin Syammas yang masih memiliki hubungan kekerabatan dengannya. Namun Juwairiyah tidak menerima hal ini. Dia datang kepada Nabi ﷺ dan bersedia menebus dirinya. Lalu Nabi ﷺ menawarkan tawaran yang lebih terhormat daripada hal itu. Nabi ﷺ menawarkan diri baginda untuk menikahi Juwairiyah. Dengan gembira Juwairiyah menerima tawaran Nabi ﷺ.

Hikmah dari pernikahan Nabi ﷺ dengan Juwairiyah adalah untuk menakluki hati Bani Musthliq agar menerima dakwah Islam. Lantaran pernikahan ini, para sahabat membebaskan tawanan-tawanan Bani Mustaliq yang jumlahnya sekitar 100 keluarga. Para sahabat tidak rela kerabat Rasulullah ﷺ menjadi tawanan. Aisyah radhiallahu ‘anha pun memuji Juwairiyah sebagai wanita yang penuh keberkahan untuk kaumnya.

Pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Juwairiyah berlangsung pada tahun ke-5 H. Saat itu ummul mukminin Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu ‘anha berusia 19 atau 20 tahun. Rumah tangga yang nubuwah lagi bahagia ini berlangsung selama 6 tahun.

Ummul mukminin Juwairiyah binti al-Harits wafat pada tahun 56 H saat beliau berusia 70 tahun.

9. Shafiyah binti Huyai bin Akhtab.

Sebelum memeluk Islam, Ummul mukminin Shafiyah binti Huyai adalah seorang wanita Yahudi dari Bani Nadhir. Ayahnya, Huyai bin Akhtab, adalah tokoh terkemuka di kalangan Yahudi dan termasuk ulama Yahudi di masa itu. Nasab ummul mukminin Shafiyah radhiallahu ‘anha bersambung sampai Nabi Harun bin Imran ‘alaihissalam. Jadi beliau adalah wanita dari kalangan Bani Israil. Ummul mukminin Shafiyah lahir pada tahun 9 sebelum hijrah.

Setelah Bani Nadhir diusir dari Madinah, mereka berhijrah menuju ke perkampungan Yahudi di Khaibar. Dalam Perang Khaibar, Allah Ta’ala memenangkan kaum muslimin. Banyak harta rampasan perang dan tawanan yang dikuasai oleh kaum muslimin. Di antara mereka adalah Shafiyah binti Huyai. Awalnya, Shafiyah termasuk rampasan perang perang yang diserahkan kepaa sahabat yang mulia, yang mana Malaikat Jibril sering datang dalam bentuk fizikalnya iaitu Dihyah bin Khalifah radhiallahu ‘anhu. Namun kerana kedudukan Shafiyah, ada seorang sahabat yang datang mengajukan agar Rasulullah ﷺ menerima Shafiyah. Kemuliaan Shafiyah sebagai wanita bangsawan Bani Quraizhah dan Bani Nadhir hanya layak digandingkan dengan Rasulullah ﷺ.

Setelah menerima Islam, Rasulullah ﷺ menikahi Shafiyah. Pernikahan dilangsungkan pada tahun 8 H. Rumah tangga yang mulia ini berlangsung selama 4 tahun sehingga wafatanya Nabi ﷺ.

Hikmah pernikahan ini ialah, Islam menjaga kedudukan seseorang itu. Islam tidak tidak merendahkannya malah menjadikannya semakin mulia. Siapa yang mulia sebelum Islam, maka dia juga dimuliakan setelah memeluk Islam.

Ummul mukminin Shafiyah binti Huyai wafat pada tahun 50 H pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anhu. Saat itu beliau berusia 59 tahun.

10. Ummu Habibah.

Nama Ummu Habibah yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sufyan. Beliau dilahirkan pada tahun 25 sebelum hijrah. Dia merupakan puteri dari salah seorang tokoh Quraisy yakni Abu Sufyan bin Harb radhiallahu ‘anhu.

Ummu Habibah radhiallahu ‘anha masuk Islam terlebih dahulu berbanding ayahnya dan saudara lelakinya, Muawiyah bin Abu Sufyan. Bersama suaminya Ubaidullah bin Jahsi dia berhijrah ke negeri Habasyah. Namun sayang, ketika di Habasyah, suaminya murtad - berpindah agama menjadi seorang Nasrani. Ummu Habibah berhadapan dengan situasi yang pahit, apakah dia harus turut bersama suaminya menjadi Nasrani atau dia terus menetap di Habasyah dan hidup dalam pengasingan, atau kembali ke Makkah dalam kekangan sang ayah yang tatkala itu masih kafir.

Akhirnya khabar gembira tak terduga datang menghampiri Ummu Habibah. Melalui an-Najasyi, Rasulullah ﷺ melamarnya. Pernikahan pun dijalankan, namun ada sesuatu yang berbeza dengan pernikahan ini, ketika itu pernikahan dijalankan dengan mewakilkan an-Najasyi. Ini kerana Rasulullah ﷺ berada di Madinah. Pada tahun 6 atau 7 H, barulah Ummu Habibah radhiallahu ‘anha tiba di Madinah. Saat itulah kehidupan rumah tangganya bersama Rasulullah ﷺ dimulai. Usia rumah tangga ini berjalan selama lebih kurang 4 tahun dan berakhir dengan kewafatan Nabi ﷺ.

Ummu Habibah wafat pada tahun 69 H pada usia 44 tahun.

11. Maimunah binti al-Harits bin Hazn.

Ummul mukminin Maimunah binti al-Harits dilahirkan pada tahun 29 sebelum hijrah. Dia adalah saudara dari Ummu al-Fadhl, isteri bapa saudara Nabi, al-Abbas bin Abdul Muthalib. Dia juga merupakan ibu saudara dari Abdullah bin Abbas dan Khalid bin al-Walid radhiallahu ‘anhuma.

Maimunah binti al-Harits adalah wanita terakhir yang dinikahi oleh Nabi ﷺ. Saat menikah dengan Nabi ﷺ, dia telah berusia 36 tahun. Nabi menikahinya pada tahun ke 7 H, satu tahun setelah perjanjian Hudaibiyah.

Hikmah dari pernikahan Nabi ﷺ dengan ummul mukminin Maimunah adalah menundukkan hati Bani Hilal untuk menerima Islam, kemudian meneguhkan keIslaman mereka.

Pada saat mengadakan safar antara Makkah dan Madinah, iaitu pada tahun 51 H, ummul mukmini Maimunah binti al-Harits wafat. Usia beliau saat pada ketika itu adalah dalam lingkungan 80 atau 81 tahun.

Tambahan

Mariyah al-Qibtiyah

Mariyah al-Qibtiyah radhiallahu ‘anha sering dinyatakan oleh sebahagian orang bahawa dia termasuk di antara ummahatul mukminin. Namun yang lebih tepat, beliau tidak termasuk dari kalangan ummahatul mukminin. Seorang wanita dikatakan ummahatul mukminin apabila Nabi ﷺ mengikat akad pernikahan dengannya dan menggaulinya, walaupun kemudian bercerai. Dengan demikian, wanita yang dinikahi Rasulullah ﷺ akan tetapi belum digaulinya, maka dia tidak disebut sebagai ummahatul mukminin. Sama halnya dengan seorang wanita yang digauli Rasulullah ﷺ bukan kerana ikatan pernikahan –kerana dia adalah hamba (Taraf Hamba berbeza dengan taraf isteri)-, maka dia tidak disebut sebagai ummahatul mukminin.

Dari sini, kita mengetahui bahwa Mariyah al-Qibtiyah bukanlah ummahatul mukminin, kerana Nabi ﷺ tidak mengikat akad pernikahan dengannya.

Hikmah dan Tujuan Pernikahan Nabi 

Setelah membaca 11 biografi singkat ibu-ibu orang yang beriman ini, kita boleh memberikan suatu kesimpulan bahawa pernikahan Nabi ﷺ bukanlah berorientasi seksual. Kita boleh memahami bahawa pernikahan baginda ﷺ memiliki beberapa hikmah:

a) Politik dan dakwah: seperti menikahi anak-anak ketua kabilah agar kabilah tersebut menerima Islam dan semakin menguatkan kedudukan umat Islam di tanah Arab.

b) Sosial: seperti menikahi janda, Rasulullah ﷺ menjadi pelindung dan penanggung keperluan mereka dan anak-anaknya.

c) Syariat: mengubah adat istiadat yang bertentangan dengan syariat. Dari sini kita ketahui, ketika adat istiadat bertentangan dengan syariat, adat istiadatlah yang tunduk kepada syariat bukan syariat yang perlu tunduk dan harus mengikut adat istiadat setempat.

RM5900 sebulan: Kita tahu ia tidak benar – Steven Sim





RM5,900 sebulan: Kita tahu ia tidak benar.
Lazim dikatakan ahli politik kerap menipu.
Sebenarnya, ahli politik lebih kerap memberi kita statistik.
Apa perbezaannya? Mark Twain memberitahu: “Terdapat tiga jenis penipuan; penipuan, penipuan celaka, dan statistik.”
Statistik terbaru yang ditayangkan dengan bangga kerajaan Malaysia ialah laporan pendapatan isi rumah di negara kita melepasi RM5,900 sebulan.
Perkara ini disebut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bekas taukeh Maybank yang dilantik ke dalam Kabinet sebagai “Menteri Ekonomi”.
Gerak hati kita tahu kenyataan tersebut mengarut. Kenapa?
Ini kerana ramai keluarga yang kita kenali, mungkin termasuk keluarga kita sendiri, tidak mempunyai pendapatan RM5,900 sebulan.
Ini kerana kerajaan sendiri meuar-uar program BR1M memanfaatkan sebanyak 80% isi rumah di Malaysia.
Berdasarkan syarat untuk menerima BR1M, iaitu pendapatan bulanan isi rumah mesti kurang daripada RM3,000 sebulan, maka bagaimana pula Menteri Ekonomi kata pendapat isi rumah sudah lebih RM5,900 sebulan sedangkan majoriti besar isi rumah menjadi penerima BR1M?
Ini kerana dalam sidang Parlimen yang lepas di September 2013, kerajaan dalam menjawab soalan saya menyatakan 82.5% orang muda Malaysia yang berumur 30 ke bawah, bergaji kurang daripada RM3,000 sebulan.
Golongan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia.
Ini kerana mengikut laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 (PPRI/KA 2012), 40% terbawah (“bottom 40%) isi rumah Malaysia hanya berpendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.
Tambahan pula, walaupun PPRI/KA 2012 melaporkan isi rumah Malaysia sudahpun berpendapatan RM5,000 sebulan pada tahun 2012, 50% daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan.
Bagaimana ini boleh terjadi?

Statistik, seni “putar belik” rasmi
(Kaveat: saya sebenarnya suka akan statistik kerana dengan penggunaan yang bertanggungjawab ia memberi perspektif berguna bagi memahami realiti)
Menteri Ekonomi menggunakan laporan PPRI/KA 2014 terbaru, yang masih tidak dimuatatas ke laman web Jabatan Statistik Malaysia.
Maka, saya akan menggunakan laporan PPRI/KA 2012 untuk menunjukkan bagaimana pak menteri mempergunakan statistik bagi melakar gambaran yang “indah khabar dari rupa” tentang pendapatan kita.
Abdul Wahid menggunakan min pendapatan isi rumah untuk menunjukkan pendapatan isi rumah sudah mencapai RM5,900 sebulan. Sebenarnya dalam PPRI/KA 2012 yang saya sebut di atas, min pendapatan isi rumah sudah mencecah RM5,000 sebulan.
Ini diperoleh daripada membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan semua isi rumah dengan jumlah isi rumah tersebut; iaitu mengambil puratanya.
Kita sedia maklum cara ini berkesan sekiranya nilai-nilai dalam suatu set data cukup dekat dengan satu sama lain; dalam erti lain, cara ini berkesan sekiranya semua isi rumah yang dibanci mempunyai pendapatan yang lebih kurang sama.
Sebaliknya, jika wujud satu atau dua nilai yang tinggi dalam set data tersebut, purata akan menjadi tidak tepat.
Sebagai contoh: Jika diambil purata gaji Bill Gates dan beberapa orang pekerja bawahan yang lain, maka setiap satunya akan menjadi jutawan.

PPRI/KA 2012 juga melaporkan median pendapatan isi rumah di Malaysia hanya RM3,626. Median memberikan gambaran yang lebih tepat sekiranya set data mengandungi nilai-nilai yang amat berbeza antara satu sama lain.
Set data tersebut dibahagikan kepada dua, nilai-nilai atas dan nilai-nilai bawah, dengan nilai median di tengah.
Justeru, menurut laporan PPRI/KA 2012, separuh daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan, walaupun secara puratanya pendapatan adalah RM5,000 sebulan.
Kedua-dua merupakan statistik yang sah, jadi di mana masalahnya?

Masalah dengan “ketidakjujuran” ini bukannya kerajaan menipu kita, tapi kerajaan menipu diri sendiri. Apabila kerajaan berbangga dengan “pencapaian” tersebut, maka ia sekali gus gagal melihat keadaan seadanya dan usaha-usaha yang masih perlu dilaksanakan.

Dalam sidang parlimen pertama saya pada tahun 2013, Menteri Ekonomi yang sama dengan megahnya memaklumkan Dewan Rakyat, kerana kadar pengangguran berada di bawah paras 4%, maka mengikut ahli ekonomi John Maynard Keynes, Malaysia boleh dianggap mencapai penggajian penuh (“full employment”).
Sejak masa itu, saya berkali-kali menunjukkan perspektif “syok sendiri” sebegini membutakan kerajaan terhadap situasi penggajian yang benar dalam negara ini dan masalah-masalah yang dihadapi rakyat Malaysia dalam sektor pekerjaan termasuk kadar pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda, isu “underemployment”, amalan industri yang tidak adil, diskriminasi jantina di tempat kerja, kebergantungan tinggi Malaysia kepada pekerja migran berkemahiran rendah dan penghijrahan cerdik pandai (“brain drain”).

Justeru, dalam kes ini juga, sekiranya seorang pemimpin bertaraf Menteri Ekonomi mengatakan kita sudahpun berpendapatan RM5,900 sebulan, besar risikonya kerajaan akan terlepas pandang masalah sebenar: gaji rendah, kos hidup yang tinggi, hutang isi rumah dan hutang individu yang tinggi dan jurang pendapatan yang semakin melebar.
Biarpun banyak laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi, kita gagal dalam tempoh 20 tahun ini untuk mengecilkan jurang ketidaksamarataan. Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni, Indeks Gini Coefficient Malaysia, yang mengukur ketidaksamarataan (0 bermaksud samarata sempurna, 1 bermaksud tidaksamarata sempurna), adalah 0.431 pada tahun 2012 dan merupakan antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding negara-negara seperti Thailand (0.4) dan Indonesia (0.37).
Maka, masalah paling besar bercakap bohong bukannya orang lain akan percaya, tapi pembohong sendiri mempercayai bohong-bohongnya itu. – 11 September, 2014
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.9:32AM - 12 Sep 2014
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fais Al-Hajari added 2 new photos — with Nur Amirah Jamaluddin and 5 others.
Masa aku solat kat surau midvalley, aku terserempak dgn apek ni. Muallaf (baru 4 tahun masuk islam) berumur 60 tahun. Bila aku tanya dia "dpt bantuan baitulmal ke x", dia kata "dapat rm50 setahun." Gila apa.
Dia skang ni homeless, lepak kat puduraya je. So kpd sahabat2 yg sudi hulurkan zakat, boleh berbuat demikian melalui acc bank islam 14041020457836 atas nama muhammad ali ong atau ong koi ting.
 

'Kuasa mutlak hanya pada Allah'

ULASAN Islam tidak pernah menetapkan bentuk sesebuah negara untuk ia dikatakan sebuah negara Islam. Sistem beraja pernah dan masih menjadi bentuk sebuah negara yang tertegak dalamnya nilai dan perundangan Islam.

Sebuah negara demokrasi juga boleh menjadi pemerintahan Islam begitu juga sebuah negara republik tidak akan menghalang tertegaknnya pemerintahan Islam. Islam dan pemerintahan menjangkau perbahasan bentuk dan format kerana nilai pemerintahan yang bermatlamatkan keadilan adalah tanda aras kepada sebuah pemerintahan.

Tidak ada maknanya walaupun apa nama negara yang dibentuk tetapi keadilan dikesampingkan waima nama negara itu dinamakan dengan nama Islam sekalipun.

Raja atau sultan merupakan individu yang memainkan peranan besar dalam menjelmakan nilai pemerintahan Islam dalam dunia dan alam Melayu. Peranan besar yang dimainkan ini berjaya membentuk institusi kesultanan atau institusi beraja yang sinonim dengan bentuk perlindungan kepada kedaulatan Islam sehingga mereka menamakan diri sebagai zillullah fil ardh (bayangan Allah di bumi).

Walaupun tradisi beraja sejak zaman pra-Islam telah pun memakai konsep ini dengan kesesuaian dogma kepercayaan waktu itu, konsep figura suci raja-raja setelah datangnya Islam diberi makna baru kepada perlindungan syariat dan menegakkan keadilan dalam kerangka syariat Islam.

Transformasi sistem kesultanan kepada kerangka Islam tidak syak telah memainkan peranan Islam dijelmakan dalam bentuk kedaulatan sebagai kerajaan. Oleh kerana Islam tidak mengenali perpisahan antara kerajaan dan agama maka ulama sebagai institusi menjadi penasihat supaya raja-raja Melayu tidak tergelincir daripada ajaran Islam.

Namun demikian hubungan Islam dengan kesultanan kadangkala dicemari dengan kebimbangan tidak dapat mengekalkan status quo kuasa.

Nilai kebebasan bersuara

Dengan kata lain faktor kuasa dan kecenderungan mempertahankannya termasuklah mereka yang mendapat manfaat menumpang kuasa kadangkala mengabaikan nilai utama pemerintahan iaitu hak kebebasan bersuara dan menegur pemerintahan.

Pertembungan antara melindungi kuasa dengan memberikan hak bersuara sering menyaksikan natijah yang lebih berpihak kepada melindungi kuasa lebih diutamakan. Kebebasan bersuara yang dianggap tidak banyak berpihak kepada kepentingan dapat terus berkuasa akan berpotensi diabaikan malah kadangkala dibenamkan.

Demikianlah halnya dengan apa sahaja bentuk kerajaan yang wujud dulu dan sekarang konflik antara memberikan hak kebebasan bersuara dan menjaga kepentingan kuasa akan membentuk hubungan yang menekan antara kerajaan dan rakyat.

Hari ini negara kita telah memeluk konsep dan bentuk negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen di mana institusi beraja mempunyai kuasa dalam kerangka perlembagaan yang mendefinasikan kuasa raja atau sultan. Istilah yang digunakan ialah raja berperlembagaan.

Hakikat bahawa institusi beraja dipandu oleh perlembagaan telah membezakan kita dengan konsep absolute monarchy atau “raja mutlak” yang mempunyai kuasa penuh ke atas perjalanan kerajaannya.

Walau apapun status raja dalam kategori kuasa, Islam meletakkan beberapa prinsip asas dalam memahami konsep pemerintahan demi memelihara nilai kebebasan bersuara supaya tidak diabaikan dan dibenamkan.

Hak bersuara adalah sebahagian dari maksud kemuliaan insan yang diiktirafi oleh Islam dalam Al Isra’ ayat 79.

Prinsip asas ini mestilah dipatuhi dan dibela oleh kerajaan dan rakyat kerana antara mempertahankan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan dengan mempertahankan hak kebebasan bersuara maka mempertahankan hak kebebasan bersuara adalah lebih utama kerana kerajaan dengan kuasanya boleh datang dan pergi tetapi hak kebebasan bersuara akan kekal selamanya.

Kritikan dengan kasih

Justeru itu, Islam meletakkan beberapa prinsip asas:

- Kekuasaan mutlak (absolute and eternal) hanyalah pada Allah SWT yang menentukan kuasa kepada siapa yang Dia dikehendaki. Segala kuasa lain termasuk kuasa kerajaan atau raja hanyalah sementara yang dipinjamkan. Segala sesuatu yang sementara (temporal) bermakna kuasa mereka mestilah dilaksanakan mengikut kehendak dan perintah pemilik mutlak. Jika ‘peminjam’ membuat sesuatu luar daripada ditetapkan maka menegur kerajaan atau raja tidak boleh dianggap derhaka malah merit teguran itu mesti diadili atas neraca Allah SWT yang mempunyai milik mutlak kuasa.

- Sahsiah figura atau ketua negara atau apa sahaja istilah yang digunakan seperti perdana menteri, presiden atau raja bukanlah suci daripada sebarang kesalahan dan kerana itu keperluan menegur adalah sesuatu yang pasti. Menganggap mana-mana figura yang berperanan sebagai ketua tidak boleh ditegur kerana kemaksumannya atau sakralnya dia adalah khurafat besar yang mesti dihapuskan. Budaya Melayu mengajar kita dari kata-kata Jebat yang malangnya dikaitkan dengan penderhakaan, “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.”

- Raja atau perdana menteri atau presiden adalah aparatus untuk menegakkan keadilan dan membela hak kepada yang berhak. Apabila aparatus atau alat gagal berfungsi untuk melaksanakannya maka teguran untuk membetulkan aparatus itu perlu dilakukan kerana tidak mungkin ‘alat’ lebih besar dari matlamat apabila menegur ‘alat’ dianggap derhaka dan tidak patriotik.

- Kuasa dan bebanannya bukanlah kepada kenikmatannya tetapi kuasa dan bebanannya adalah kepada menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan insaf. Raja atau perdana menteri berada pada tempatnya untuk menjadi contoh unggul dan paling utama akhlak seseorang raja ialah berendah diri dengan kuasa. Raja yang berendah diri dengan kuasanya dan bersedia ditegur adalah raja yang berhati dijiwa rakyat dan apabila seseorang berada di hati kita, maka hubungan raja dan rakyat adalah hubungan kasih.

Islam menentang sikap kuku besi kerana segala nilai kebebasan menegur dan mengkritik secara membina tidak akan menemui cahaya harapan.

Berbeza dengan set minda doktrin yang menganggap kritikan kepada raja adalah penderhakaan, Islam meletakkan teguran kepada raja sebagai kasih untuk menyelamatkan ketua dan untuk memelihara kepentingan umum.

Rasulullah SAW bersabda: “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”.

Berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?”

Jawab baginda: “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya.” (Riwayat Bukhari)

Hubungan raja dan rakyat adalah hubungan kasih dipandu oleh ajaran agama Islam yang suci kerana raja dan rakyat berpisah tiada seperti umat dan syariat terikat padu bagaikan satu.


MUJAHID YUSOF RAWA ialah ahli parlimen Parit Buntar daripada PAS. 


"Walaupun PAS ada perlembagaan dan berlaku masalah boleh rujuk perlembagaan PAS tapi hendaklah dibaca bersama dengan hukum tertinggi dalam PAS iaitu kedudukan al-Quran, as-sunnah dan ijtihad.
“Memandangkan muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan PR maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan muktamar PAS tersebut.
Malah Mahfodz sekali lagi menegaskan, apa yang dilakukan Hadi berhubung kemelut menteri besar adalah tindakan yang tepat sebagai seorang pemimpin yang mengambil kira semua aspek sebelum melakukan tindakan susulan.
"LUHAM tidak ada hak untuk mentafsirkan dasar-dasar dan apa juga yang diputuskan oleh Majlis Syura kerana Majis Syuralah yang mempunyai hak untuk menghurai, mentafsir dan memberikan arahan-arahan kepada ahli-ahi PAS.

Aplikasi Yang Paling Efektif Untuk Jejak Pencuri Telefon Anda




Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.


Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :

  1. Telefon anda hilang atau dicuri
  2. Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
  3. LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
  4. LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah. 


Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan? - SiakapKeli.com5:18PM - 12 Sep 2014

Friday, 12 September 2014


KERTAS PEPERIKSAAN UPSR BOCOR .. PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN DI GANTUNG TUGASNYA SERTA MERTA.



VIENTIANE - LAOS. [DIKEMASKINI] Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September.

Muhyiddin berkata, siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.

Soalan bocor: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas


Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuatkuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh, lapor Bernama.
  
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.
  
"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegasnya.

Muhyiddin bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di Vientiane hari ini.
  
Timbalan perdana menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
  
Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.
  
Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baru 30 September.

Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.

Ketika ditanya berapa lama tempoh penggantungan tersebut, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada pihak-pihak berkaitan menyempurnakan siasatan masing-masing.
  
Timbalan perdana menteri berkata beliau faham perasaan marah masih membara dalam kalangan ibu bapa dan rakyat dengan apa yang berlaku dan kementerian perlu bertindak segera.
  
Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak beramanah dan pengkhianat.
  
Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil.
  
Insiden seumpama itu, katanya, boleh menjejaskan nilai sijil peperiksaan dan pihak kementerian tidak boleh berkompromi dalam soal itu.
  
Muhyiddin juga berkata individu yang melakukannya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 September.

- Bernama

Tiada ulasan: