21 September 2014
Keputusan Muktamat MB Selangor - Derhaka?
Beberapa
penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan
menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa
menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Penganalisis
politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik
Selangor yang pakatan pembangkang sendiri cetuskan itu perlu dihentikan
demi kelangsungan pembangunan di Selangor.
"Mereka harus menghormati keputusan muktamad sultan, sudah pasti sultan
mahukan seorang menteri besar berkaliber, mampu membangun dan menerajui
Selangor," kata pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Bernama.
Khamis lepas, Istana Selangor mengesahkan Majlis
Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada
Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang, bagaimanapun nama menteri besar
baharu itu tidak diumumkan lagi.
Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit
Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad
adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi
pentadbiran negeri Selangor itu.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains
Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata krisis pakatan
pembangkang di Selangor akan berakhir jika mereka benar-benar menerima
pilihan sultan kelak.
"Namun, jika nama itu tidak serasi dengan apa yang dikehendaki oleh DAP
dan PKR maka ia boleh meneruskan lagi krisis kepimpinan MB Selangor.
"Contohnya Azmin dipilih, krisis dalaman PKR dilihat akan masih berlaku
kerana mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
(menjadi MB Selangor).
"Jika Iskandar pula dipilih, maka ia juga menimbulkan masalah dalaman PR kerana Selangor hanya mahu ditakluk oleh PKR.
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr. Zainal Kling
membayangkan situasi di Selangor tetap akan tegang selepas lantikan
menteri besar baharu itu nanti.
"Rakyat Selangor ada yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ada
juga menyokong Azmin, jadi ini akan melahirkan keadaan yang
berpecah-belah," katanya.
Zainal berkata masalah lain juga akan timbul sekiranya Iskandar dilantik
menjadi menteri besar yang baharu kerana tidak mendapat sokongan dari
satu lagi rakan sekutu parti itu, iaitu DAP mahupun PKR.
"Ini kerana DAP dan PKR pastinya tidak mahu PAS berkuasa di situ," katanya.
Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua
Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor
yang baharu.
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi
DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan
liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi
kerusi DUN itu.
Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan
merancang untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor
yang baharu.
- Bernama
Malaysiakini
Prove 'bought by PKR' claim, PAS rep tells Hadi
PAS state assemblyperson Saari Sungib today
challenged his party president Abdul Hadi Awang to provide proof that he
was "bought" by PKR.
Isu Fitnah: Hj Hadi Boleh Disaman Oleh YB Shaari & YB Hasnul
Dakwaan broker dan barua: Saari tuntut penjelasan HadiSHAH ALAM: Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.
Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.
"Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?
"Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya memberitahu Antarapos.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.
“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.
“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,” kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam.
Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti.
"Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah," ujarnya.
Bagaimanapun, usaha Antarapos untuk mendapatkan respon ADUN Morib Hasanul Baharuddin berhubung kenyataan presiden PAS itu gagal. -AP
Krisis MB Selangor: 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Tunjukkan bukti dahulu," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad.
Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
"Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya.
"Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya.
Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar.
"Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam?
"Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," tambahnya.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor. -mstar
ULASAN GB
Petang tadi, GB bersembang sambil mengeteh dengan seorang peguam yang juga seorang ahli PAS. Kami berbincang mengenai banyak perkara dan salah satunya ialah isu "broker" dan "barua" yang diungkapkan oleh Presiden PAS di ucapan penggulungan di muktamar semalam.
Menurutnya, apa yang diucapkan oleh Hj Hadi itu sesuatu yang berat, fitnah yang menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat. Apa yang diucapkan oleh Haji Hadi berkenaan sudah boleh menjadi asas bagi tuntutan dalam tort fitnah (defamation) di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957)
Hj. Hadi cukup terkenal dengan membuat fitnah-fitnah melampau ke atas orang yang tidak disukainya. Kes beliau memfitnah bekas calon PKR mengenai isu pil kuda kini masih berjalan di mahkamah. Chegu bard, bekas calon PKR di Sungai Acheh juga telah memfailkan saman ke atas Hj. Hadi. Haji Hadi juga pernah memfitnah bekas calon Kota Damansara dengan isu komunis. Kesemua fitnah itu dilakukan semasa PRU13 sebagai satu justifikasi untuk beliau secara sendirian mengeluarkan watikah untuk calon-calon PAS bertanding di tempat yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh PKR.
Semalam beliau mengeluarkan fitnah lagi.
“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.
“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,”
Adalah jelas yang dimaksudkan dengan "wakil rakyat kita" itu ialah dua ADUN PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Perkataan "beli" di situ menunjukkan bahawa beliau memfitnah YB-YB berkenaan kononnya YB-YB berkenaan menerima bayaran tertentu dan jika demikian tuduhannya, menjadi beban kepada beliau untuk menunjukkan "bukti"nya (evidences). Jika tiada, maka ia jelas satu "fitnah". Kedua-dua Shari Sungip dan Hasnul Baharuddin adalah wakil rakyat yang telah dipilih dan fitnah yang dilemparkan oleh Hj Hadi jelas menjejaskan reputasi mereka sebagai wakil rakyat yang sah. Kedua-duanya berhak dan layak untuk menyaman Hj Hadi bagi menndapatkan remedi pampasan dan gantirugi kerana reputasinya sebagai wakil rakyat telah terjejas di mata masyarakat.
Selain daripada memfitnah, Hj Hadi terkenal juga membuat kenyataan-kenyataan mengaibkan orang lain iaitu terhadap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai seorang yang tiada kebolehan, oleh itu tidak layak menjadi calon Menteri besar Selangor.
kesemua fitnah di atas tersebar luas di media masa termasuk video-video di media sosial dan youtube. Dan kesemua pihak yang difitnahkan itu layak untuk menyaman Hj.Hadi di mahkamah. Fitnah yang dilakukan Hj.Hadi jatuh di dalam kategori "libel" bukan sekadar "slander".
Hj. Hadi sanggup memfitnah demi mencapai apa juga tujuannya. Ia seolah-olah menggunakan teknik haiwaniah Machievilisme "Matlamat Menghalalkan Cara" yang bertentangan dengan Islam.
Justeru itu, kaedah yang beliau gunakan itu tidak lagi mewajarkan beliau untuk terus memegang jawatan sebagai Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).
GB telah lama mengingatkan pimpinan PAS bahawa mereka perlu bersedia untuk diheret ke mahkamah pada bila-bila masa. Di dalam satu tulisan GB sempena Maal Hijrah tahun 2009 lagi GB telah menjangkakan:
Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.
Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan
Wallahu alam.
Rasulullah
s.a.w sendiri tidak pernah memBARUAHkan kaum YAHUDI melainkan setelah
turun Wahyu dari Allah yang menglaknat Bani Israel..Barulah Rasulullah
menyampaikan kepada Umatnya Bahawa Allah s.a.w telah menglaknat Bani
Israel di atas sifat Bani Israel yang tidak beriman serta kerap
memungkiri Janji dan memperjuangkan Semangat Assobiyah yang melampau..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · · Share
"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.
"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri," kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.
"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."
Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"
"Boleh apa?" soal Hanipa.
"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.
"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.
Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.
Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.
Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.
Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. – 20 September, 2014.
Tak habis-habis..
Dulu Kes fitnah PIL KUDA siap suruh ahli buat solat hajat nasib baik Datok Seri Anwar Ibrahim arahkah ahli PKR yg terfitnah tu tarik semula saman RM 2 Juta tu..
Sekarang ni 2 Ahli PAS sendiri akan buat laporan pada SPRM dan saman malu..

Nak panggil Ahli buat solat hajat lagi ker?
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · · Share
Muktamar medan tunjuk belang sebenar Pas
ANALISIS - Komitmen Pas untuk konsisten meneruskan tahaluf siyasi dalam
PR yang sebelum ini berantakan akibat percanggahan pendirian dalam
memilih calon Menteri Besar Selangor kian diragui selepas ucapan
penggulungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas
ke-60 yang melabuhkan tirainya semalam, menghantar isyarat yang jelas
dan keras terhadap rakan komponen parti pembangkang itu.
Ucapan Abdul Hadi sarat dengan nasihat, teguran, kritikan, persoalan dan pendirian untuk mempertahankan parti Islam itu daripada cubaan mengikis imej Islam dan perlembagaannya apabila melakukan kerjasama politik bersama PKR dan DAP.
Muktamar Pas Pusat ke-60 itu juga telah menyerlahkan belang sebenar Abdul Hadi, pimpinan dan perwakilan yang sebulat suara mahu menepis anasir luar termasuk rakan komponen dalam menentukan hala tuju Pas, sedang tahaluf siyasi membenarkan mereka mengamalkan ideologi masing-masing.
Abdul Hadi antara paling lantang berhujah apabila mempersoalkan kepentingan Akuan Bersumpah (SD) berbanding bai'ah Pas dalam menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbai'ah semasa hendak pilihan raya.
"Mana lebih besar, bai'ah atau SD," soalnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat, semalam.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menyelar tindakan dua Adunnya di Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) yang menandatangani SD itu sebagai broker atau barua yang mendahului keputusan Pas.
"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan dua wakil rakyat kita, ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Abdul Hadi juga turut memberi amaran kepada rakan tahalufnya supaya tidak menjadikan Pas sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.
"Jangan jadikan Pas ini 'hotel atau jambatan pendek' untuk melintas sungai kemudian masuk hutan.
"Kita bertahaluf dengan PKR dan DAP melalui titik persamaan. Ahli Pas mesti faham ada perbezaan," tegasnya.
Aspek ketaatan kepada pemimpin Pas atau wala' turut diberi penekanan oleh Abdul Hadi kepada pimpinan semua peringkat dan ahli parti Islam itu.
Menurutnya, tindakan pemimpin dan ahlinya yang tidak wala' adalah bertentangan dengan prinsip berjemaah dalam parti itu, dan wala' kepada pihak lain adalah haram dalam jemaah Islam.
Begitu juga katanya dengan tindakan membocorkan rahsia mesyuarat parti serta membawa agenda pihak lain ke dalam parti.
"Wala' dengan pihak lain diharamkan, kita kena pegang kepada jati diri Islam," katanya.
Sementara itu, terdapat juga sesetengah perwakilan menyuarakan bahawa jika Sultan memilih Adun Pas menjadi Menteri Besar, jawatan itu perlu ditolak demi menjaga kesetiaan Pas dalam bertahaluf dengan PR.
Bagaimanapun perwakilan yang hadir tidak mudah menerimanya bulat-bulat susulan Pas mempunyai kerusi Dun yang mencukupi untuk menuntut kerusi panas itu namun Abdul Hadi menegaskan Pas tidak pelahap dengan jawatan tersebut.
"Walaupun Pas ada 15 kerusi, PKR ada 13 dan DAP 15, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mesti Melayu Islam, Pas tidak berebut jawatan itu.
"Tetapi dalam hal ini ada hukum syaraknya, jangan ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan negeri dan rajanya, kita ada peranannya dan tidak boleh berdiam diri," ulasnya.

PAS meminggirkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ketua
kerajaan negeri tidak stabil sekiranya ia menerima jawatan menteri besar
Selangor, kata peguam parti itu sementara disampuk berkali-kali oleh
ahli yang tidak setuju.
Mohamed Hanipa Maidin meneruskan juga dalam gangguan ejekan dari akar
umbi PAS di Muktamar ke-60 supaya beliau dapat memberi pandangannya
sebagai peguam mengapa ia bukan idea yang baik bagi parti untuk menjadi
menteri besar Selasa ini."Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.
"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri," kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.
"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."
Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"
"Boleh apa?" soal Hanipa.
"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.
"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.
Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.
Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.
Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.
Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. – 20 September, 2014.
Jumaat, 19 September 2014
Tuan Ibrahim: Kalau Pas dipilih jadi MB...
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan
komponennya sekiranya calon daripada parti itu dipilih sebagai Menteri
Besar Selangor yang baharu, ujar Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man.
“Perbincangan itu penting kerana Pas telah memilih untuk memberi komitmen bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi apa-apa pun kita akan berbincang dahulu sebelum membuat kata putus,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Terdahulu, Pas dilapor mencadangkan tiga nama ahlinya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diteliti sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Angin bertiup kencang mengatakan, senarai nama yang dicalonkan Pas adalah anggota Exco Selangor dari parti itu iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.
Kemudian muncul pula laporan yang menyebut hanya seorang ahli Pas iaitu Iskandar yang dicalonkan parti itu manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
Keputusan Pas mencalonkan lebih daripada dua nama mengundang kekecewaan rakan sekutunya dalam PR.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak pernah mendedahkan senarai sebenar nama yang dihantar oleh Pas untuk pertimbangan istana, namun secara terang-terangan mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk menggalas jawatan penting itu.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan dan disahkan kebenarannya oleh pegawai istana, majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa di Istana Alam Shah, Klang.

Masjid mesra homoseksual dibuka di Cape Town
Agensi | Kemas kini: September 21, 2014
(Diterbitkan pada: September 21, 2014 09:01 MYT)
CAPE TOWN: Di sebalik kebangkitan kumpulan
militan Islam di peringkat global, sebuah masjid untuk golongan
homoseksual atau ‘gay’ telah dibuka pada Jumaat di Cape Town, Afrika
Selatan meskipun terdapat ancaman agar ia tidak dibuka.
Masjid itu diasaskan oleh ahli akademik Islam, Taj Hargey yang juga adalah pengarah Pusat Pendidikan Islam Oxford di United Kingdom.
Selain golongan 'gay', masjid turut membuka pintunya untuk mereka yang beragama kristian dan wanita.
Pembukaan ‘masjid terbuka’ itu yang serentak dengan solat Jumaat mendapat lebih banyak perhatian dari pihak media berbanding jemaah, mahupun penunjuk perasaan.
Turut kelihatan, kelibat anggota polis yang bersiap-sedia sekiranya berlaku kekacauan di sekitar masjid yang terletak di kawasan kejiranan Wynberg.
Beberapa anggota kumpulan yang membantah pembinaan masjid terbabit memaklumkan kepada agensi berita AFP, mereka menunggu pihak berkuasa untuk bertindak dan akan “menghentikan perkara itu, walau apa pun yang berlaku”.
Sesi solat Jumaat bagaimanapun berlangsung tanpa gangguan meskipun sekali-sekali terdengar teriakan “anda akan ke neraka” oleh penunjuk perasaan.
Hargey menyifatkan masjidnya itu sebagai satu “revolusi agama”, susulan kepada revolusi politik yang dicetuskan bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, yang menyaksikan sistem demokrasi menggantikan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.
Dalam khutbah Jumaatnya, Hargey membidas penyebaran rasa benci di kalangan umat Islam dan penganut Kristian yang dikatakan semakin meningkat.
I
Dia meletakkan kesalahan kepada ajaran agama tidak sihat yang didakwa datangnya dari Arab Saudi dan Pakistan yang menjadi punca tertubuhnya kumpulan radikal seperti Negara Islam, IS, Taliban di Afghanistan dan Boko Haram di Nigeria.
Dakwanya “wang kotor dari Arab Saudi” telah digunakan untuk mempromosi sikap tidak bertoleransi di kalangan umat Islam .
Hargey turut mendakwa dia sendiri telah menerima ancaman fizikal dan psikologi sejurus mengumumkan rancangannya untuk membina masjid itu.
Termasuk ancaman untuk mengerat kemaluannya, memenggal kepalanya dan menggantung dirinya.
Namun semua itu tidak menghalang dari masjid itu dibuka.
Hargey sememangnya tidak asing dengan kontroversi, di United Kingdom dia pernah melancarkan kempen mengharamkan burka atau bertudung menutup muka sepenuhnya buat kaum wanita.
Afrika Selatan memiliki seramai 737,000 umat Islam, atau 1.5 peratus dari jumlah penduduknya.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/masjid-mesra-homoseksual-dibuka-di-cape-town-44374?cp
Ayob Hussin shared a photo to the group ANAK MUDA BANGKIT HANCURKAN UMNO.
2 hrs ·
Bahasa Tamil Pulak Bocor....
Sebenarnya bukan masalah Bocor Soalan
Tapi Bocor Integriti !
Bocor Ketelusan !
Bocor Iman !!!!!!!
TAHNIAH
MALAYSIA !!! TAK PERNAH DALAM SEJARAH PENDIDIKAN M'SIA SAMPAI BOCOR 4
KERTAS PEPERIKSAAN... Inilah hasil keberkesanan JIKA MELANTIK 2 MENTERI
& 2 TIMBALAN MENTERI DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN...Sebenarnya bukan masalah Bocor Soalan
Tapi Bocor Integriti !
Bocor Ketelusan !
Bocor Iman !!!!!!!
Tak heranlah SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA MALAH MENGALAHKAN NEGARA2 MAJU DI DUNIA...
JANGAN LUPA, slps PRU14 nnti letak lagi menteri banyak2 dlm Kementerian AGAR BOLEH PECAHKAN REKOD SEKARANG !!!
JANGAN LUPA, slps PRU14 nnti letak lagi menteri banyak2 dlm Kementerian AGAR BOLEH PECAHKAN REKOD SEKARANG !!!
Kisah Bapa Dan Anak Kecil Ini Pasti Membuat Korang Menangis
Seorang pengguna
facebook, ARieda Akhtar U'waisyahtelah memuat naik gambar dan caption
yang pasti menyentuh hati pembaca. Kisah seorang bapa ini pasti mampu
membuat korang menangis.
Baca kisah yang dikongsikan di bawah:-
Coretan semalam..
tersua dan lunch dgn
hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an...membawa anak kecil
lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.
Sejak 2 minggu lalu
berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke
sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg
dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.
Baru sahaja berhenti
kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak
sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.
Dah lama tak makan nasi
berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan,anak
kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi
penganti botol susu babynya..
biasa tengahari buat
jeput gandum@cekodok kat bilik n hantar bekalan pada isteri katanya. Kos
tinggal di Bandaraya,sewa rumah yg tinggi,taska yg mahal,terasing dan
berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari
keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik
dan melalui semua itu.
Tiada tanah,kereta,motor
dan harta peninggalan dari orang tuanya.selesai makan,not hijau yg
diberi diambil dengan gengaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil
mohon berlalu pergi dengan segera..mungkin ingin cepat mencari susu buat
anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja..
Sudah lama ku
memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu..Ya
Allah,nikmatMu terlalu luas Ya Allah...Rahmatmu didambakan setiap
insani....Astagfirullah..ampunkan kami ya Allah...Permudahkan urusan
hambamu ini.
Suspek dirogol dalam balai polis
Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Kuala
Lumpur – Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang
wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu
negara, kelmarin.http://nusapark.com/
Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.
Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.
“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian.
Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lapor Hmetro.
September 21, 2014
Pelik.!!! Ikan Keli Bersaiz Gergasi Terdampar Di Pantai Sabah [4 Gambar]
Aku tidak mempunyai apa apa maklumat mengenai kejadian ini. Semua gambar ini dikongsi laman Facebook Sabah Bagus Bah.
Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni..
Saksikan gambar-gambar ikan keli gergasi yang terdampar di Sabah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan