Selasa, 23 September 2014

APA YANG KITA USAHAKAN SEKARANG ITU YANG AKAN MENENTUKAN AKAN DATANG/HARI YANG MENDATANG....SAMADA TENTANG DUNIA MAUPUN TENTANG AKHIRAT...JANGAN LUPA KITA NI WARGANEGARA AKHIRAT ...DAN KITA PASTI BALIK SAMADA DUDUK SYURGA ATAU DUDUK NERAKA...DUNIA SEBAGAI CUBAAN/UJIAN...ALLAH NAK SAPE PALING TAKWA

سُوۡرَةُ البَقَرَة<object width="420" height="315">
 
 >
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥)
Surah Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)

Monday, 22 September 2014


GAMBAR GEMPAR CCTV YANG DIPASANG DI TANDAS WANITA UIAM TERSEBAR.



Beberapa gambar mengenai kisah CCTV yang dipasang di tandas wanita UIAM tersebar.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Gombak digemparkan dengan pembongkaran pemasangan kamera CCTV yang dipasang disalah sebuah tandas di Kafeteria Kulliyah kampus berkenaan.

Pendedahan itu turut dikongsikan menerusi Facebook Ma’ruf Club UIAM dan kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial. Tindakan itu juga mendapat kecaman hebat kerana menceroboh privasi dan keselamatan pelajar terutamanya kepada kaum wanita. 11:30AM - 22 Sep 2014
Remaja 14 tahun mangsa nafsu rakan
KUALA DUNGUN – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas beberapa rakan lelaki yang bertindak merogolnya di beberapa lokasi berasingan.

Kejadian pertama dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut dua rakan lelaki ke sebuah hotel murah di Dungun, manakala kejadian kedua berlaku di sebuah rumah di kampung Molek oleh dua lelaki berasingan selain satu lagi kejadian dikatakan berlaku di Bukit Besi.

Hasil pemeriksaan doktor, mangsa difahamkan dirogol beberapa kali dan empat lelaki dipercayai suspek sudah ditahan polis.

Exco: Khalid antara MB terbaik S'gor


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah salah seorang menteri besar terbaik di Selangor, kata Exco Iskandar Abdul Samad.

Beliau yang juga ADUN Cempaka berkata Selangor sebagai "amat bertuah" kerana mendapat menteri besar seperti Khalid sepanjang enam tahun ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid, yang telah menjalankan tugas dengan baik.

"Saya melihat dia antara Menteri besar terbaik yang pernah Selangor dapat," katanya ketika ditemui media di lobi bangunan SUK hari ini.

Hari ini merupakan hari terakhir Khalid menamatkan tugasnya selepas kemelut beberapa bulan di mana pada kemuncaknya beliau dipecat PKR.

Khalid yang hadir hari ini dengan wajah ceria menyatakan akan membuat sidang media terakhir beliau petang ini.

Satu jamuan perpisahan di pejabatnya akan turut dijalankan petang ini.

Iskandar dilaporkan sebagai salah seorang calon yang ditemubual Istana untuk menggantikan Khalid.

Sementara itu, seorang lagi Exco Selangor, Sallehen Mukhyi mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana memberi tunjuk ajar selepas dilantik sebagai exco awal tahun lalu.

"Dia (Khalid) telah menunjukkan pimpinan yang baik, berintegriti, sukar untuk dicari ganti. Jadi kita kehilangan seorang tokoh yang besar di Selangor," katanya.

Bekas penggali kubur meninggal dunia ketika solat
  • Allahyarham Abu bersama isterinya sebelum menunaikan ibadah haji pada 2002. Allahyarham Abu bersama isterinya sebelum menunaikan ibadah haji pada 2002.
1 / 1
LEDANG - Seorang bekas penggali kubur meninggal dunia ketika sujud menunaikan solat Maghrib di Surau Al-Nasirin Kampung Kenangan Tun Syed Nasir dekat Tanjung Agas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam, Abu Othman, 73, dari Jalan Parit Haji Othman, tiba-tiba terbaring selepas didapati tidak bangun untuk meneruskan solat pada rakaat kedua.

Saksi yang juga jemaah surau berkenaan, Hashim Jaiman, 67, berkata, insiden itu turut disaksikan 40 jemaah lain yang terkejut dengan kejadian pertama kali berlaku di surau itu.

“Arwah yang dikenali Pak Abu Kubur adalah jemaah tetap yang menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau tersebut setiap hari. Bagaimanapun, pada malam kejadian, arwah mendirikan solat secara duduk di saf hadapan, tidak berdiri seperti kebiasaannya.

“Selesai sahaja solat, ada jemaah membantu membetulkan kedudukan arwah dan juga menghubungi ambulan serta memanggil keluarganya. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian.

Isteri Allahyarham, Asiah Sabtu, 68, berkata, dia amat terkejut dengan insiden yang menimpa suaminya itu sehingga menyebabkan dia pengsan sebaik tiba di surau berkenaan.
Menurutnya, pemergian arwah begitu mudah dan mengejutkan kerana tidak menunjukkan sebarang petanda.

“Cuma Jumaat lalu, arwah mencuci basikal pusaka arwah datuknya dalam hujan dan mengatakan ada orang hendak beli basikal itu selain turut menggunakan basikal itu bersiar-siar sekitar kampung,” katanya.

Asiah berkata, arwah suaminya mempunyai masalah kesihatan menyebabkannya berhenti meneruskan pekerjaan sebagai penggali kubur yang sudah dilakukan lebih 40 tahun, sejak dua tahun lalu.

Katanya, pemergian suaminya meninggalkan kesan mendalam terhadapnya dan sembilan anak mereka kerana sikap arwah yang suka mengembirakan keluarga dan rakan.

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Agas, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Setelah Memimpin Shalat Isya’, Tokoh Dakwah di Libya Ini Dibunuh

Rubrik: Afrika | Kontributor: Sofwan - 21/09/14 | 22:46 | 26 Dhul-Qadah 1435 H
Syaikh Nabil Sathi (magharebia.com)
Syaikh Nabil Sathi (magharebia.com)
dakwatuna.com – Tripoli. Dua orang bersenjata membunuh seorang tokoh terkenal dalam dakwah Islam di Libya, Sabtu (20/9/2014) malam ini. Syaikh Nabil Sathi yang merupakan imam masjid Qais bin Umar dibunuh di depan masjid setelah memimpin shalat Isya’.
Saksi mata mengatakan bahwa dua orang bersenjata telah menunggu Syaikh Nabil di dekat masjid. Begitu keluar, dua orang tersebut menghujani beliau dengan peluru senapannya. Banyak orang yang menyaksikan peristiwa tersebut. Ketika terdengar suara tembakan, mereka lari berhamburan menyelamatkan diri.
Penanggung jawab media di rumah sakit Al-Harawi menyebutkan bahwa pihaknya menerima Syaikh Sathi sudah dalam kondisi meninggal dunia. Sejumlah peluru telah menembus kepala dan beberapa bagian tubuhnya.
Syaikh Nabil Sathi adalah seorang ulama kelahiran tahun 1977. Sebelum meninggal dunia, beliau adalah kepala bagian budaya dan dakwah dalam kementrian agama di kota Benghazi. Beliau juga merupakan anggota dalam majelis fatwa Libya dan ikatan ulama Libya. Sehari-harinya, beliau adalah imam, khatib, dan guru Al-Qur’an di masjid tempat dirinya dibunuh. (msa/dakwatuna/almuslim)
Redaktur: Sofwan
Topik:

Remaja mati terkena flash kamera digital

on Sunday, September 21, 2014
Bolehkah elektrik memasuki badan kita melalui flash kamera digital?

Ya 100% ia boleh berlaku.

Kejadian ini berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 21 tahun yang belajar kejuruteraan. Beliau meninggal dunia di hospital Keshwani. Beliau telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan terbakar.

Sebab ?? Dia pergi ke Amravati untuk lawatan sambil belajar.beliau sedang menunggu kereta api di stesen kereta api bersama-sama dengan kawan-kawannya. Ramai daripada mereka telah mengambil foto dalam telefon bimbit mereka dan juga kamera digital. Pelajar ini juga cuba untuk mengambil gambar. Remaja lelaki itu tidak boleh mendapatkan gambar yang baik dari tempat dia berdiri. Jadi, untuk mendapatkan gambar lengkap, dia berundur sedikit. Tempat di mana dia berdiri, terdapat wayar elektrik 40,000 volt. Sebaik sahaja dia menekan butang kamera digital, elektrik 40,000 volt memasuki kamera melalui flash kameranya dan kemudian jari dan kemudian seluruh badan remaja itu. Semua ini berlaku dlm beberapa saat dan badannya 50% terbakar.dalam keadaan itu dia telah dibawa ke hospital Keshwani dan kemudian ke Mumbai dengan ambulans. Dia tidak sedarkan diri untuk 1 setengah hari. Oleh kerana badannya 50% terbakar, doktor mempunyai harapan tipis untuknya. Selepas itu dia meninggal dunia.

Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana kita semua menggunakan telefon bimbit.

Adakah kita bertanggungjawab?

#elakkan menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.

#elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

#apabila anda menerima panggilan semasa mengecas telefon bimbit; pertama keluarkan pin pengecas dan kemudian menerima panggilan.

# tidak meletakkan telefon bimbit di atas katil atau perabot kayu ketika mengecas.

#jangan menggunakan telefon bimbit / kamera digital -flash di stesen keretapi atau mana-mana tempat lain, di mana terdapat wayar elektrik yang ada voltan tinggi.

Ini adalah untuk keselamatan anda.

Selepas membaca, sila berkongsi kerana mesej kecil ini boleh disimpan sebagai rujukan.

Sila ambil berat.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Azizah restu Azmin jadi MB
  • Azizah
1 / 1
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] PKR sebulat suara bersetuju Timbalan Presidenya, Mohamed Azmin Ali untuk menerima jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mohamed Azmin ketika ditemui media di luar ibu pejabat PKR malam tadi berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada parti sebaik sahaja beliau menerima surat pelantikan daripada istana pada jam 3 petang tadi.

Sehubungan itu, satu mesyuarat tergempar biro politik diadakan  pada jam 5 petang, disusuli pula dengan pertemuan bersama semua Adun PKR Selangor pada jam 5.30 petang dan pada jam 6 petang mesyuarat bersama pimpinan tertinggi parti diadakan.

"Sebaik menerima (surat perlantikan) seperti yang saya janjikan pada parti sebelum ini, saya terus maklumkan kepada Ketua Umum ( Datuk Seri Anwar Ibrahim)  tentang perkembangan terbaru itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan rakan-rakan pimpinan kerana sebulat suara memilih saya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, " katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana Sultan Selangor telah berkenan memilih beliau menjadi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Isnin lalu, spekulasi mengatakan Mohamed Azmin bakal menerajui negeri Selangor tersebar luas apabila beliau antara tiga Adun yang disenarai pendek selain Iskandar Abdul Samad ( Adun Chempaka- Pas)  dan  Dr Mohd Yunus Hairi (Adun Sijangkang- Pas).

Sementara Anwar yang ditemui selepas mesyuarat itu juga enggan memberi memberi komen lanjut hanya memaklumkan yang keputusan mesyuarat yang diadakan itu positif.

"Mesyuarat tadi keputusannya positif," katanya ringkas.

Pemilihan Mohamed Azmin disifatkan bakal menamatkan kemelut yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu sebaik Abdul Khalid dipecat daripada PKR dan didesak untuk meletak jawatan.

Pas sebelum ini juga telah menegaskan yang tidak akan merebut jawatan menteri besar itu kecuali atas permintaan istana.
Pejabat Penasihat Ekonomi ditutup serta-merta
  • Faekah Husin Faekah Husin
1 / 1
SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang di sini serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin, dalam satu kenyataan, menyebut penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).
Beliau berkata SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.
Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor. - Bernama

Tiada ulasan: