Selasa, 9 September 2014

BAHAYA SETIA DAN BEKERJA SELAIN ALLAH...DIKONGSI2 NIAT PUN TAK BOLEH...INGATKAN UJIAN PERJUANGAN ISLAM ADALAH PANGKAT/TAHTA...WANITA/LELAKI DAN HARTA/KEMEWAHAN

8:21PM - 7 Sep 2014

PAS larang ahlinya sertai PasMA


Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, terdapat rancangan untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Pengerusinya yang juga pemimpin PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NGO berkenaan tidak berniat menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama serta tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menyatakan PasMa tidak penting tetapi mampu mendapat sokongan dalam era media baru masa kini.

"Saya ingat ia tidak penting. namun memandangkan kita dalam era media baru dan terbuka, ia akan tersebar dengan cepat," kata beliau.

'Awas musuh dalaman'

Sementara itu Tuan Ibrahim diminta menjelaskan mengenai ucapan beliau dalam majlis penutup Ijtimak PAS Selangor hari ini memberi amaran ahli PAS agar tidak menyebarkan suara "musuh dalam parti".

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai siapa yang disebut musuh itu tetapi menyatakan semua pihak yang mahu memporak-porandakan parti.

"Di antara perkara yang kena jaga adalah jangan menyebarkan pandangan musuh dalam parti kita. Ia boleh menimbulkan polemik.

"Jadi semua berita kena tapis dan teliti sebelum sebarkannya supaya kita tidak memporak-perandakan keadaan yang tidak harmoni dalam parti," kata beliau.

PAS kini dikaitkan dengan cubaan golongan yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Saya guna budi bicara dan perlembagaan PAS namakan calon MB, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini.
"Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan.
"Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden," kata Hadi.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat khasnya dengan ahli dan pemimpin PAS Terengganu di sebuah dewan terbuka di perkarangan Masjid Rusila pada Khamis.
Menurut Hadi, ia merupakan amalan pemimpin PAS terdahulu termasuk Datuk Fadzil Mohd Nor ketika mahu melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar Kelantan.
"Bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun 'sign'. Presiden yang 'sign' surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," kata Hadi dalam taklimatnya.
Katanya, demikian juga yang diamalkan sepanjang PAS memerintah Terengganu dan Kelantan sejak 1959 hingga 1978.
"Sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat tahun 1978, di mana perlantikan menteri besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan.
"Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat,” katanya.
Pada Khamis, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai satu kenyataan PAS menghantar tiga nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.
Sedangkan kata beliau, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos hanya memutuskan dua nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari juga membangkitkan perkara yang sama.
Adly berkata, beliau terkilan dan amat bersimpati dengan AJK PAS Pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan menteri besar Selangor itu seperti dilaporkan semalam.
"PAS Melaka amat terkejut dengan tindakan tersebut. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan esok," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Hadi menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar Selangor pada 3 September lalu iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketika memberitahu Utusan Malaysia pula, Mustafa berkata keputusan nama itu dibuat oleh Majlis Syura PAS yang bermesyuarat di Kota Bharu.
The Star pula melaporkan, Hadi pada 2 September menghantar nama tiga exco PAS Selangor kepada istana untuk dilantik menjadi menteri besar. – 6 September, 2014.

Friday, 5 September 2014


JIKA SEMUA KEMAHUAN DAN PANDANGAN PKR PAS KENA AKUR DAN SETUJU TIDAK PERLU LAGI PAS WUJUD, BEGITU JUGA SEBALIKNYA ... SUBKY LATIF



Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.1:44PM - 8 Sep 2014

'Baiah PAS setia pada Allah, bukan pemimpin'


Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Khalid berkata demikian dalam satu wawancara dengan Malaysiakini sewaktu menjelaskan pandangan yang mendakwa mereka yang berhujah dan berbeza pendapat dengan presiden parti dan Majlis Syura sebagai tidak taat kepada parti.

Menurut Khalid, dalam PAS kini wujud segolongan "ustaz muda" yang cuba mewujudkan persepsi bahawa perbezaan pendapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kesalahan - demi agenda peribadi mereka.

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin.

"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham.

"Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.

"Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," kata MP Shah Alam.

Menurutnya, badan pembuat keputusan tertinggi (legislatif) dalam PAS sebenarnya adalah muktamar tahunan parti.

Sementara, Jawatankuasa Pusat PAS pula bertindak sebagai pelaksana (eksekutif) dan Majlis Syura pula memberikan panduan umum bagi memastikan PAS tidak terkeluar dari landasan syariah.

Menurutnya, ramai sebenarnya keliru di antara kuasa eksekutif dan legislatif dan ramai juga yang tidak sedar bahawa seorang presiden parti tidak semestinya merupakan seorang ulama.

"Kertas kerja asal penubuhan PAS memperincikan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pusat PAS adalah eksekutif, Majlis Syura pula adalah organisasi yang memberi panduan dan memantau legislatif sendiri iaitu muktamar," katanya.

Oleh sebab itu, keputusan bersifat polisi yang penting seperti keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat diputuskan sewaktu muktamar tahunan.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. 5:30PM - 8 Sep 2014

Muslimat: Hilang percaya pada Azizah sejak 2008


Kewibawaan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terus dipertikaikan pemimpin PAS.

Kali ini giliran Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam pula membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.

Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.

Dua pemimpin kanan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden) dan Datuk Haron Din (timbalan mursyidul am) sebelum ini telah menjelaskan Azizah ditolak kerana isu kelayakan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.

Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.

Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.

Kenyataan Rosni itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap dakwaan Wanita DAP bahawa perangai Hadi dalam isu itu memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
5:00PM - 9 Sep 2014

Rosmah mahu media sekat kandungan keterlaluan



Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar pendidikan dan pembuat dasar untuk memperkenalkan dasar dan garis panduan lebih baik serta hala tuju perlindungan kandungan media bagi kanak-kanak di seluruh dunia, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata kajian itu harus meliputi pelbagai aspek media termasuk mereka program berdasarkan tahap perkembangan dan umur serta kaedah pembelajaran berbeza bagi setiap kanak-kanak selain menyekat kandungan yang keterlaluan bagi melindungi minda mereka yang masih muda apabila mereka melayari internet.

"Mereka bukan hanya perlu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak, tetapi juga harus memberi tunjuk ajar bernilai tentang kehidupan dalam masyarakat yang akan membentuk kepercayaan, sikap dan tingkah laku terhadap kekuatan dalam kepelbagaian.  

"Mereka juga boleh memainkan peranan positif dalam pembinaan bangsa dengan menerapkan kesatuan sosial dan menyatukan keharmonian kaum," kata Rosmah dalam ucaptama pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Media Bagi Kanak-Kanak (WSMC) 2014, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah pendidik termasuk ibu bapa perlu menguasai kemahiran menggunakan media sebagai alat mengajar untuk memupuk reflektif dan pemikiran kritikal serta menggalakkan rasa ingin tahu.

Selain itu, Rosmah berkata mereka perlu mengawal tabiat anak-anak ketika menonton televisyen, permainan video dan penggunaan internet dengan menonton bersama-sama mereka dan membimbing mereka membezakan mana yang betul dan salah.

"Ia adalah kenyataan, gaya hidup kita hari ini tidak dapat lari daripada media. Kita semua bergantung kepada maklumat dan komunikasi untuk meneruskan kehidupan kita melalui aktiviti seharian.

Kesan media ini terhadap kanak-kanak apabila mereka membesar akan mencorakkan tabiat sosialisasi, pembelajaran dan kesihatan mereka," kata Rosmah.

- Bernama

Monday, September 8, 2014.
Korang Tengok Ni....Sape Lebih Rasional Antara Hadi Dan Wan Azizah?
Maaflah......mungkin tajuk aku ni mencubit sikit.....
Tindakan seorang nelayan dan seorang dokter pastinya berlainan
Tentunya seorang dokter akan lebih cermat kerana kerja mereka melibat manusia yang ada perasaan dan rasa sakit berbanding nelayan yang menebarkan jalan jala/pukat secara rambang walau pun di dalam air itu ada batu, kayu hatta selipar buruk pun akan terjala!
Aku bukan penyokong tegar Wan Azizah atau Anwar
Tapi aku tengok pada kecerdikan dan rasional pemikiran mereka
Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah
8 Sep 2014
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.
Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.
"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, dalam satu ceramah Hadi dinaikkan di Youtube menyatakan Azizah bukan pemimpin yang kuat serta tidak mempunyai kebolehan untuk berdebat soalan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Hadi turut menyatakan beliau menolak Azizah bukan kerana ada kaitan dengan jantina sebaliknya seorang menteri besar perlu mempunyai kriteria tertentu yang tidak dipenuhi Azizah.
Wanita dan Pemuda PKR serta DAP kemudiannya mempertahankan Wan Azizah dan menempelak Hadi yang didakwa turut telah gagal dan tidak berkesan dalam Parlimen serta menjadi menteri besar Terengganu hanya sepenggal.
Bagaimanapun Wan Azizah berterima kasih dan mendoakan agar Hadi dipanjang umur serta mahu tiada lagi sebarang kenyataan menyelar Hadi dibuat oleh sesiapapun.
"Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno-Barisan Nasional yang menekan rakyat," katanya.
Posted by mountdweller

Sunday, September 7, 2014

Antara Punca Kenapa Wan Azizah Tak Layak Jadi Menteri Besar



Kemelut politik di Selangor kini semakin hangat diperkatakan mutakhir ini apabila Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang melabelkan Presiden PKR,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak layak dan tidak berupaya mentadbir Kerajaan Negeri  Selangor. 

Akibat kenyataan panas Hj.Hadi itu, maka ramailah pemimpin tertinggi DAP dan PKR yang menyerang beliau sekarang. Antaranya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Antara lain kenyataan Nik Nazmi mendakwa Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu sedangkan Dr Wan Azizah menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1998 selain dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 2008 di mana ia turut mendapat sokongan Hadi. 

Sementara itu, Lim Guan Eng pula mendakwa PAS kini sedang menghadapi pergolakan dalaman selepas kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan keupayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. 

DAP tetap percaya dan yakin kemampuan Wan Azizah untuk menggalas tugas Menteri Besar. Katanya, Wan Azizah seorang yang berpengalaman dan telah berjaya mengambil alih tugas PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Susulan kenyataan ini, saya selaku bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan antara individu yang banyak berjuang membela Pakatan Rakyat sejak tahun 1998 lagi iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan Kerajaan Malaysia, maka saya terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat dari pandangan pihak ketiga yang lebih bebas sebenarnya.

Janji Wan Azizah Untuk Berehat 2008, Tinggal Kenangan
Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu ada asasnya dan bukan sekadar omongan kosong semata-mata. Saya masih ingat kenyataan Wan Azizah ketika melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disitu pada tahun 2008 dulu. Wan Azizah mendakwa beliau hanya mengambil alih tugas Anwar ketika dia dipenjara sahaja, namun selepas Anwar bebas maka suaminya pula harus teruskan perjuangan rakyat dan dia sendiri mahu berehat untuk tumpukan tugas sebagai isteri, disamping menumpukan sepenuh masa kepada anak dan cucunya.

Namun, perkara sebaliknya pula berlaku apabila Wan Azizah terus mempertahankan jawatan Presiden PKR pada pemilihan selepas itu. Dakwaan mahu berehat hilang begitu sahaja. Anwar pula menjadi Ketua Umum PKR dari dulu hingga sekarang. 

Persoalannya, apakah Wan Azizah berjaya menjalankan tugas tersebut dengan baik?. Rakyat terutamanya para penyokong pembangkang melihat dengan mata dan kepala mereka sendiri. Benar, Wan Azizah pernah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen, namun ketika itu hanya beliau sahaja yang menang kerusi parlimen PKR dan sebagai menghormati Anwar beliau diberi keutamaan untuk memimpin Pakatan Rakyat  di parlimen. 

"Imam" Biarlah Di Pilih Di Kalangan Lelaki Muslim

Soalnya, benarkah dakwaan Hj.Hadi bahawa Wan Azizah tidak layak dan memenuhi kriteria sebagai Menteri Besar. Dari sudut pandangan Islam sahaja kita melihat bahawa wanita itu tidak wajar menjadi "imam" kepada lelaki. Melainkan sudah tiada lelaki yang berwibawa dan mempunyai ilmu agama yang tinggi untuk diangkat. Inilah yang berlaku kepada Wan Azizah, kerjasama dalam Pakatan Rakyat melibatkan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 


Iaitu sebuah parti yang menitik beratkan soal hukum syarak dan agama dalam pentadbiran mereka. Lantaran itulah, lebih utama memilih ketua dikalangan lelaki sebelum wanita. Melainkan sudah tiada pemimpin lelaki yang berkelayakan dan wajar diangkat sebagai pemimpin. PKR harus faham semua ini dan tidak perlu bercakap sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan agama. Kriteria ini sudah membuktikan Wan Azizah tidak layak.

Presiden PKR: Adakah Wan Azizah Berfungsi Dengan Baik 

Dalam soal beliau menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan. Adakah Wan Aziziah berfungsi dengan baik?. Umum melihat sejak Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2008 dulu, Ketua Umum itu lebih berfungsi dari Presiden PKR. Memang jelas dilihat Presiden PKR gagal berfungsi dengan baik jika dibandingkan dengan Presiden parti yang lain seperti PAS, DAP hatta UMNO sendiri. Ini bukan sekadar omongan kosong tetapi kenyataan. 


Buktinya banyak program PKR dihadiri oleh Anwar sendiri. Malah, mesyuarat dalaman parti, ceramah, jelajah rakyat malahan sidang media itupun kebanyakkannya Anwar yang menguruskannya. Di mana Wan Azizah?. Beliau dilihat tidak berfungsi dan hanya timbul sekali sekala tatkala ada program tertentu, sebaliknya program-program besar di seluruh negara banyak dihadiri oleh Anwar. Anwar yang lebih menonjol sedangkan Wan Azizah adalah Presiden parti. 

Wan Azizah Gagal Selesaikan Kemelut Dalaman PKR

Ini harus diakui, malah calon Timbalan Presiden PKR ketika pemilihan 2010 iaitu Datuk Zaid Ibrahim pernah mendedahkan isu ini dulu. Beliau berkali-kali mendakwa mahu menganggat semula imej Presiden PKR agar lebih berfungsi.

Kemelut yang melanda PKR sendiri pun terutamanya krisis Azmin-Zaid dan Azmin-Khalid gagal ditangani dengan baik oleh Presiden PKR itu hingga ia menjadi barah yang semakin paran sekarang. Wan Azizah tidak berupaya untuk mentadbir sebuah negeri, berbeza dengan sebuah parti di mana suaminya Anwar Ibrahim boleh melaksanakan tugas tersebut. Maka itulah, rakyat melihat beliau tidak layak menjadi Menteri Besar kerana pasti akan dibayangi oleh batang tubuh Anwar kelak. 
Rakyat Gusar Wan Azizah Jadi Menteri Besar Boneka
Kita tidak mahu Wan Azizah jadi "Menteri Besar Boneka", hanya pada nama, sama seperti menjadi Presiden PKR sekarang. Akhrinya nanti segala urusan pentabdiran Kerajaan Negeri Selangor akan diuruskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Inilah yang amat ditakuti oleh rakyat Selangor dan disedari oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang sebenarnya.

Malah, lebih mengejutkan lagi ketika PKR umumkan Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang itu pun Anwar sendiri yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Di manakah Wan Azizah?. Beliau hanya dilihat kelibatnya ketika Kongres Nasional PKR sahaja, kemudian jasadnya hilang dibayangi susuk tubuh Anwar Ibrahim. Inilah yang ditakuti oleh PAS sebenarnya, mereka takut Azizah  gagal menjadi Menteri Besar dan berfungsi dengan baik akibat dikawal dengan "remote control" oleh suami beliau sendiri. Bukankah ini sesuatu yang sudah boleh dibaca sebenarnya.

Jika Wan Azizah MB, Anwar Ibrahim Berkuasa Sebenarnya

Justeru, tidak salah untuk beliau mendakwa Wan Azizah tidak layak bagi jawatan Menteri Besar Selangor. Bagi mereka yang menyokong beliau tentu ada sebabnya yang dijanjikan. Tapi bagi saya yang sudah tidak bersama PKR dan mana-mana parti politik di negara kita, saya melihat dari skop yang lebih bebas dan berkecuali. Kemelut Selangor tidak akan dapat diselesaikan jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar, kerana awal-awal lagi kita sudah melihat sebenarnya Anwar Ibrahim nanti yang akan "berkuasa" bukannya Azizah. 

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, namun itulah hakikat sebenarnya yang berlaku. Jika Wan Azizah Presiden PKR yang bagus kemelut politik di Selangor sekarang pasti tidak akan terjadi. Beliau sepatutnya sejak dari awal sudah menyelesaikan masalah peribadi antara Azmin dengan Khalid Ibrahim. Namun, apa yang Azizah lakukan selepas PRU-13 lalu?. Dia hantar nama Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja sebagai satu-satunya nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Jika beliau bijak, dia harus hantar nama Azmin dan Khalid, dan wajar menyokong Azmin sebagai MB selepas sepenggal diuruskan oleh Khalid. Namun, dia gagal mendamaikan kedua-dua pemimpin itu hingga kemelut menjadi parah.

Anehnya sekarang PKR sibuk menyalahkan PAS pula, walhal isu itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman oleh Wan Azizah. Bukankah isu Azmin mahu gantikan Khalid sudah tersebar sebelum PRU-13 lagi. Jika Azizah bijak, terus hantar nama Azmin Ali kepada Sultan Selangor, pasti kemelut yang kita saksikan hari ini tidak berlaku. Pasti "Kajang Move" tidak terjadi dan semua dapat diselamatkan. Kini "Nasi Sudah Jadi Bubur", PKR yang memulakan kini PAS pula yang disalahkan. 

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
aka BLOGGER CUCUMATKILAU

MUNGKIN BANYAK ISTERI PEMIMPIN2 BEGINI/SAMA CUBAANYA....DAN PEMIMPIN2 WANITA BAIK MP2 DAN DUN2 ...TAK TERKECUALI....BAGAIMANA KALAU ISTERI KENA....ATAU PEMIMPIN2 WANITA KENA...BOLEH TAHAN KE....JANGAN SEMBANGLAH...JANGAN2 KITA TUMPANG SENGSARAAN ORANG LAIN....KITA BERJAYA DAN MENANG


Sabtu, 23 Ogos 2014


CUMA IBU LAIN TAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT....BERZINA... SUAMI DIPENJARA ENAM TAHUN...SUAMI DITUMBUK MATA...ANAK2 BAGAIMANA NAK KE SEKOLAH SEBAB SEMUA ORANG TAHU BAPA KAKI LIWAT KAKI ZINA...TERMASUK BAPANYA DIKATAKAN MENYALAH GUNA KUASA


Sunday, September 7, 2014


Rendah dan Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam


Tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu.

TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia.

Malah ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

TG Haji Hadi sepatutnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional.

Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga harus disentuh.

Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau ‘memanaskan kerusi’ di parlimen.

Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam.

Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’.

Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini.

Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru. TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka.

Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini.

Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu ‘berpaut’ kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.

Harus disedari bahawa ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk ‘menolak’ mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian.

Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain. Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa.

Abu Hassan Adam 
7 September 2014

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 Oktober 2014


Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.


Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ


  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain

Tiada ulasan: