Empat Exco Selangor letak jawatan
- Dari kiri: Sallehen, Dr Halimah, Dr Ahmad Yunus dan Ir Iskandar tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, semalam. -Foto Bernama
SHAH ALAM - Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan
serta-merta semalam.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.
"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau dalam pada itu berkata Pas Selangor sebenarnya menjadi penyelamat utama dalam krisis menteri besar hingga berjaya mengelakkan berlakunya pilihan raya negeri.
"Empat Exco Pas yang terus kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid sebenarnya membawa semangat dan prinsip PR sepanjang tempoh krisis berlaku.
"Empat orang Exco ini pada hakikatnya menjadi penyelamat dan menghalang dari berlakunya pilihan raya negeri kerana kita tetap kekal mendengar arahan Pas Pusat dan terus bersama kerajaan menteri besar (kini bekas), sekali gus menyelamatkan kerajaan negeri.
"Mereka juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan jika ada Adun Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.
"Akhirnya, kemelut menteri besar ini sudah berakhir dan saya bersyukur ia berakhir dengan baik," katanya.
Beliau merujuk empat Exco Pas yang meletak jawatan itu melibatkan Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan beliau sendiri yang kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid.
Semalam, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid di Istana Alam Shah.
Iskandar turut menzahirkan kesediaan Pas dalam bekerjasama dengan Mohamed Azmin dan yakin mampu bekerja dengan baik demi kebajikan dan kemajuan rakyat.
Sementara itu, Sallehen berkata, beliau tiada masalah jika bukan lagi Exco dan menyifatkan semua Adun Pas yang lain juga mempunyai kredibiliti masing-masing terpilih untuk menggantikannya.
“Saya seronok kalau nama saya digugurkan. Kuasa memilih barisan Exco adalah terletak pada menteri besar dan ia terpulang sama ada Azmin ingin mengekalkan empat Exco Pas yang lama atau melantik yang baharu.
“Cuma dalam parti saya rasa masih akan tetap mengekalkan Exco yang sedia ada sebab masing-masing sudah ada perancangan dan elok untuk meneruskannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar, di Istana Alam Shah, semalam.
Sementara itu beliau menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai jahil dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat kenyataan mendakwa empat Exco Pas sebagai ‘pengkhianat’ kerana tidak meletak jawatan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Astro Awani | Kemas kini: Ogos 26, 2014
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dah-mereka-tak-suka-saya-letaklah-jawatan-abdul-khalid-42619?cp

Dah mereka tak suka, saya letaklah jawatan - Abdul Khalid
Astro Awani | Kemas kini: Ogos 26, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 26, 2014 22:21 MYT)
SHAH ALAM: Sidang media perletakan jawatan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor turut
diselit soalan petugas media yang membuatkan Abdul Khalid tertawa.
Ketika petugas media berkenaan melontar soalan, mengapa Abdul Khalid hendak meletakkan jawatan, dan ini katanya;
"Dah mereka tidak suka dengan saya, saya letak jawatanlah," katanya bersahaja dan diikuti gelak ketawa petugas media yang lain.
Jelasnya, perasaannya kini lega dan gembira selain berharap kemelut menteri besar yang melanda negeri itu selesai segera dengan perlantikan calon baru untuk jawatan berkenaan.
"Saya sentiasa berharap masalah di Selangor selesai dengan pentadbiran menteri besar yang baru.
"Saya gembira melepaskan tanggungjawab ini. Saya harap orang baru kelak dapat menumpukan usaha menguruskan pentadbiran negeri," katanya.
Abdul Khalid bagaimanapun sebelum itu memberitahu perletakan jawatannya itu dititah untuk ditangguh oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
sehingga proses pelantikan menteri besar yang baru selesai.
Dalam pada itu, Abdul Khalid mengakui nama calon Pakatan Rakyat (PR) dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan ISmail tidak dibangkitkan dalam perbincangannya dengan Sultan Selangor.
Abdul Khalid turut mengakui akan meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.
Ditanya tentang status terkini sebagai wakil rakyat, Khalid berkata akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Khalid pertama kali dilantik menjadi menteri besar Selangor sejak tahun 2008, selepas menang bertanding di DUN Ijok semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Abdul Khalid sebelum ini menyifatkan dia menghadap Sultan Selangor susulan keputusan pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas pada 17 Ogos lalu yang membuat pendirian untuk tidak menyokong lagi kepimpinannya selain membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Bengang tak dapat ikut kekasih, cuba bunuh diri
KUALA TERENGGANU - Gara-gara bengang hasratnya untuk mengikut buah
hatinya seorang lelaki warga Bangladesh tidak ditunaikan, seorang amah
bertindak cuba membunuh diri.
Tindakan bodoh Eti Rohaeti, 33, dari Batam, Indonesia itu bagaimanapun membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, atas dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
Eti didakwa telah cuba membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau dan sebatang pengasah pisau di Klinik Rawatan Keluarga, Jalan Kamaruddin, di sini, pada 20 September lalu, kira-kira jam 12 tengah malam.
Dengan itu, Eti didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau dengan denda atau dengan sebat atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan jurubahasa bahasa Indonesia memandangkan Eti mendakwa tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan terhadapnya menggunakan bahasa Malaysia.
Sebelum ini, pada 19 September lalu, kira-kira jam 11.30 malam, pengadu dalam kes berkenaan iaitu Wan Razani Wan Mohamad, 58, menemui Eti bersama teman lelakinya seorang warga Bangladesh di dalam rumahnya.
Wan Razani kemudian memarahi dan menyuruh lelaki itu keluar dari rumahnya kerana masuk tanpa kebenaran.
Kemudian, pada 20 September lalu, jam 12 tengah malam, Eti cuba mengikut teman lelakinya itu, namun lelaki tersebut enggan mengajak Eti sebelum dia bertindak menampar teman lelakinya sebanyak dua kali.
Selepas itu, teman lelakinya melarikan diri dan Eti terus mengambil sebilah pisau dan sebatang pengasah pisau serta mahu mencederakan dirinya tetapi tindakannya itu sempat dihalang Wan Razani dan beberapa orang lain yang ada di lokasi kejadian.

Azwan Ali: Tolong hormat saya
NAMA pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi
sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri
Besar Selangor.
Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan 'viral' di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.
"Tolong hormat Azwan Ali!," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung membenarkan perumpamaan 'mengangguk di air yang keruh' sedangkan sebelum ini dia tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa untuk berjaya.
"Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan.
"Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar," tegasnya.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Azmin, pengacara yang popular dengan tagline 'Ada Aku Kesah???' ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Setiap pendirian saya itu, sudah tentulah ada sebab musababnya.
"Tolong hormat pendirian saya," katanya lagi.
6:00PM - 23 Sep 2014

FOTO: Hari pertama Azmin sebagai MB S'gor
Malaysiakini (BM Version) added 10 new photos to the album Hari pertama Azmin sebagai MB Selangor — with Abu Hasan Al-Shari and 3 others.
Broadcasting & Media Production · 844,456 Likes
· 18 hrs ·
Azmin meluangkan masa bersama ibu dan para penyokong sebaik selepas mengangkat sumpah jawatan menteri besar.
Foto oleh Lim Huey Teng dan Ahmad Fadli KC

Che Tom: Lupakan perkara lalu
- Che Tom menyuapkan pulut kuning ke mulut Mohamed Azmin ketika hadir di kediaman ibunya itu untuk mendapatkan restu, semalam.
GOMBAK - Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang ibu apabila anaknya mencapai satu kejayaan baharu dalam karier.
Begitulah yang dirasai Che Tom Yahaya, 80, ketika mendapat perkhabaran anak keempatnya, Mohamed Azmin Ali menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, kelmarin.
Beliau yang mesra dipanggil Mak Tom berkata, berita tersebut disambut dengan emosi bercampur baur, antara senyum dan tangis.
Malah, meskipun keadaannya kurang sihat kerana mengalami sakit jantung, beliau tetap menggagahkan diri melayani tetamu di majlis kesyukuran sempena pelantikan Mohamed Azmin di kediamannya, di sini, semalam.
“Masa dapat tahu, makcik memang terkejut sebab makcik ada sakit jantung. Itu yang tak berapa sihat.
“Jadi bila dengar berita macam itu antara senyum dan tangis. Senyum sebab gembira dan tangis sebab sedih,” katanya.
Menurutnya, beliau begitu berbangga dengan pemilihan Mohamed Azmin yang dianggapnya sebagai tidak disangka-sangka.
Namun, dalam masa sama beliau menitipkan pesanan kepada Mohamed Azmin agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua orang.
“Harapan makcik sebagai ibu mestilah tinggi. Kita nasihatkan dia yang terbaik.
“Sudah jadi menteri besar mesti mesra dengan orang bawahan. Jangan fitnah orang, jangan aniaya orang dan jangan berbohong,” katanya.
Che Tom juga berharap pelantikan Mohamed Azmin dapat menyelesaikan persengketaan keluarga beliau sebelum ini.
“Kalau boleh semua perkara yang dulu itu ditinggalkan. Jangan diingatkan lagi.
“Bila tengok ramai macam ini (hadir di majlis kesyukuran), semua orang suka pada dia. Jadi, kita pun rasa suka,” katanya.
Sebelum itu, suasana sebak menyelubungi kediaman Che Tom apabila Mohamed Azmin tiba untuk mendapatkan restu ibunya.
Mereka berdua saling berpelukan dan Mohamed Azmin turut mencium tangan ibunya.
Kedua-dua mereka memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran di majlis yang turut dihadiri keluarga dan sanak saudara yang lain.
Selain Mohamed Azmin, Che Tom mempunyai lima anak yang lain iaitu Norlia, Intan Dawini, Azman, Azwan dan Ummi Hafilda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan